Review: Kami The Movie

Aku tonton wayang lagi & kali ini KAMI The Movie. Tulisan aku yang seterusnya ini adalah pandangan aku terhadap filem ini semata-mata & tidak kena mengena dengan siri televisyen’nya.

Jika kau pengikut siri televisyen KAMI, kau tidak akan rasa bosan untuk 45 minit yang pertama kerana ia bukan masa untuk pengenalan watak dalam filem ini. Mula-mula sahaja, Abu sudah bergaduh dan lari dari sekolah (asrama?).

Filem ini mula menarik selepas 45 minit tersebut. Konflik dalam diri Ali (yang terlalu kool) & Lynn di’ungkai dengan kreatif. Aku mula sukakan KAMI The Movie pada saat ini.

Konflik KAMI The Movie

Lynn yang di’datangi oleh ex-boyfriend ketika di’kampung dulu yang kini menjadi pengedar dadah, terpaksa menjadi runner untuk melangsaikan hutang. Satu hari, Lynn sendiri telah menghantar dadah (mungkin) kepada Ali yang sedang tertekan dengan konflik keluarganya.

Ex-boyfriend Lynn sebenarnya tidak puas hati dengan Ali & Abu sejak hari pertama mereka berjumpa. Sebagai spoiler untuk mereka yang belum menonton KAMI The Movie, Abu meninggal dunia akibat di’tikam.

Aku sukakan ending filem ini yang pada aku ada sedikit kelainan dan tidak begitu cliché. Abu masih mampu berlawak ketika dalam perjalanan ke hospital & meninggal dunia di’ribaan Lynn.

Sofie akan melanjutkan pelajaran ke luar negara & aku kurang pasti apa sebenarnya jadi dengan Adii — mungkin terus mencari teman hidup dari internet.

Wajib Tonton atau Tidak?

Jika kau peminat siri KAMI, kau patut tonton kerana aku rasa filem ini adalah ending untuk KAMI. Jika kau bukan peminat siri tv mereka, tidak pergi menonton di’panggung pun tidak mengapa.

Tiada apa yang luar biasa dengan filem ini kecuali Juliana Evans di’lihat basah bermain air laut di’awal filem. Bukan satu pemandangan biasa untuk aku.

Comments

40 Comments so far. Leave a comment below.
  1. yup, ayat last hang buat aku tergelak lagi dan lagi, dan aku suka part tu, “kita serupa”

  2. asx,

    Belum sempat aku tulis , dah jalan dulu ya Mael .

  3. topo,

    first.. ko tgok ke tak siri KAMI???

    second… abu lari dari juvenil nye asrama ntah ape ntah panggil tempat tu…

    third… boy bukan ex-boyfriend lyn.. dan die mmg pengedar dadah pon sejak dari dulu… dulu pon lyn jd runner gak..

    fourth.. seb baek la aku dah tgok KAMI.. kalo x sure aku kecewa tgok ko dah bg spoiler.. hahahahah

    fifth.. KAMI memang cool.. hoohohoh panjang la plak komen ni.. da la nofollow plak tu.. hohohoho

  4. kerana Juliana Evans aku sudah mula nonton rancangan Remaja.huhu

  5. Tah la.. citer2 cam gini aku xleh lyn la.. siri nya tgk sikt jer pastu malas dah sbb x kena ngan jiwa…

  6. aku tak penah tengok… tapi takpe.. aku cuba, aku cuba..

  7. @topo aku mmg xtgk siri tv dia.. so banyak fakta aku tak tahu =) thanks!

    @pengodam lelaki, mana boleh x serupa kalau part tu =p

  8. @smaelz aku pun rasa x kene ngan jiwa.. masuk panggung terasa tua sbb yg tgk kebanyakkan’nya muda remaja & mat rempit.. haha

  9. azrn,

    idop kami! hahahahaha…
    sedih gak citer ni last2..
    huhuhu… kisah kawan2.

    aku rasa kalo x tgk siri tv dia pon, boleh layan citer movie dia. huhuhu~

  10. ika,

    xtgk lagi…waaa..mail dah letak spoiler lak huhuhu

  11. @ika itu la namanya review.. ha ha.. sila pergi tonton ye =)

    @azrn aku yg x pernah tgk ni pun layan gak.. tp ade sikit2 konfius la.. =)

  12. haha. tagline dia mmg kool habis.
    hidup memang palat, tapi esok masih ada.

    wow!

  13. ika,

    ape maksud palat tu ek? malas nak belek kamus haha

  14. mula2 citer pun dah kena sensor.. akhir citer pun kena sensor gak.. ngiahaha..

  15. @ika palat tu (ikut pengetahuan cetek aku) bermaksud celaka, teruk, sial, mcm haram & seumpamanya.. aku kurang pasti kenapa diaorg censor perkataan palat.. =) bukan mencarut pun, cuma kurang manis..

  16. ika,

    betul3. ape sensor2 pulak.at least bunyi dia ok dari maksud yang sewaktu dengannya huhu

  17. azraai,

    beli buku ini. http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=896

    byk scene yg takde dalam filem ada dalam ini.

  18. owh.. xpe-xpe.. saya x berminat nak tgk.. ntah la.. maybe sebab x follow TV series dulu kut. x mo la masuk-masuk, blur and bsing2 tanya org.. i’m waiting for people to review about Eagle Eye.

    ps: I have my own domain already!!

  19. sinematography gempak ke idak ek ?

  20. good review. Haha, aku suka baca review nih.

  21. @knizam sinematografi dia boleh diterima sbg standard sebuah filem.. =) agak kreatif berbanding filem melayu lain..

    @abdusfauzi congrats atas pemilikan domain sendiri =) dan aku da tulis review eagle eye..

  22. nak tengok KAMI!! aku mmg da tgk series dia. so da jd wajib tonton plak la. da sebulan ku tahan tak menonton wayang..

  23. aku harap aku tidak akan dipaksa lagi melihat cite melayu slps cinta. At least aku boleh jimat rm utk cite lain. Ya, aku mmg kedekut bab tgk wayang..hehehe

  24. oDiN,

    aku baru tengok semalam .. midnight ..

    yang pastinya banyak gelak ketawa .. esp mase mamat pengedar dadah kene langgar motor tuh . org siap gelak sebab enjin motor 125z tuh hidup lagik .. lol ..

  25. sya,

    suka sgt cerita kami ni. sedih bila abu takde dah. tak sangka pulak dorang keluarkan buku kami sekarang. pandai dorang nih. ahaha

  26. aku kalo bab2 nak mengeluarkan duit utk tgk filem melayu ni mmg liat sket.. kalo filem inggeris tu laju jek.. walaupun aku x tgk cite kami, tp aku minat ngan juliana evans tu..

  27. Juliana Evans di’lihat basah bermain air laut di’awal filem. Bukan satu pemandangan biasa untuk aku.

    >> hahaha!.. btw,nice rev bro! ;-)

  28. marketing cerita kami ni gempak..tu je leh aku ckp

  29. er. filem melayu? sori. :D

  30. hadoi.. nyesal lak aku baca entri ni.. kan aku dh tau ending dia camne.huhu

  31. cerita ni boleh lah. tp xde la best sgt… tp lawak la skit..

  32. aman,

    aiyak..dah ada spoiler..hampeh tul :(

  33. khai,

    To Afffuan, geli dan jelak aku membaca komen kau…. ceh ~

  34. dah lambat ke aku komen ni? ah tak peduli, nk komen gak. best giler KAMI!!!

  35. serabowt,

    hye..
    pape pown cite KAmi besh banget..
    hakku da bli bku kami tuh..
    haku tgk n bace sme jew pe y ada lam muvee ngan lam buku..

    agy satu..boy tuh bkn exbf si lynn lorh..ishk2 kamoo ni..
    tp aku suke banget ngan statement kamoo pasal adii..
    “aku kurang pasti apa sebenarnya jadi dengan Adii — mungkin terus mencari teman hidup dari internet.”

    haku pown rasa cm tuh..hikhik..

  36. uh aku dh tgk cter neh tp x tgk smpai abesh cbub kelam kabut g tgk muvee snario plak..
    dh tgk cter fury?
    gylerw besh!
    wat review pasal fury plak pas neh..

  37. zzarith,

    alamak..nape britau ending..sedeyznyer…tapi wat happen to ali and lyn..ade ape jadik ker..haks..

  38. lazyboy,

    tguk siri da habis tapi cita gantung…mau p tgok wayang x duit tgu cd cetak rompak blum kuar… dngar crita dari kamu ja laaa…miahahaha

  39. kami boleh tahan la..tapi asik2 indie..bosan aku..
    budak2 kecik pun nak layan indie ape tah.. kerja rumah tak buat..lagu indie hafal.. sifir tak hafal.. haha
    cmne kita nak buat budak2 ni berpada2?

    wlauapepun , aku akan ambik ksempatan pasal indie nanti..tunggukan masa :P

  40. ilham,

    filem kami best gak. xcam cite skg. byk mengarut

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?