Advertlets.com - Media pengiklanan generasi baru!
- 23
- Add a Comment
Untuk mereka yang bergelumang dengan dunia blog lebih setahun, pengiklanan di blog-blog bukan’lah suatu yang baru & trend pengiklanan begini telah melahir’kan ramai blogger yang mampu menjana pendapatan sampingan atau sebagai pendapatan utama. Ada antara blogger di Malaysia yang mampu meraih lebih dari USD1000 sebulan dengan hanya menulis blog. Kenapa USD? Di sini persoalan timbul & Advertlets.com tampil untuk menyelesaikan.
Blogger di Malaysia seperti LiewCF.com & Alang menjana pendapatan melalui pengiklanan dengan menjual ruang iklan di blog mereka dengan kadar tertentu. Dan, cara yang paling senang & mudah untuk mendapatkan pengiklan adalah dengan menyertai Google Adsense. Google Adsense menyediakan ribuan pengiklan yang sedia membayar untuk ruang pengiklanan produk mereka, dengan keperluan blog seperti trafik yang minimum, Google Adsense sudah berjaya pada tahap’nya yang tersendiri. Tapi,sebanyak mana pengiklan di Google Adsense mempunyai produk atau servis yang relevan dengan rakyat Malaysia?
Blog yang dibangunkan oleh LiewCF.com & Alang didominasi oleh blog berbahasa Inggeris dan mempunyai isi kandungan yang merujuk kepada target pasaran di luar negara. Kebanyakkan trafik ke blog mereka juga datang’nya dari luar negara, di sini, bagaimana blog ini mampu menjadi media yang berkesan di Malaysia jika blog yang dibina secara tidak langsung menyertai persaingan jutaan blog lain yang pembaca’nya terdiri dari orang luar negara.
Advertlets.com tampil sebagai medium pengiklanan baru yang akan menyediakan iklan paling relevan buat rakyat Malaysia.
Advertlets.com dibangunkan oleh Josh Lim & Associates yang berpengalaman lebih 30 tahun sebagai perundingcara dalam bidang pemasaran digital & mempunyai pasaran di luar negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Singapura & Hong Kong selain di Malaysia sendiri.
Selain menyediakan iklan yang relevan kepada blog di Malaysia, Advertlets.com turut menampilkan cara pengiklanan yang unik dengan memperkenalkan widget-for-blog yang buat masa ini memaparkan undian untuk mengenalpasti maklumat demografi sesebuah blog.Widget-for-blog ini juga akan bertindak sebagai medium pengiklanan yang akan meletak’kan iklan secara bergilir-gilir & pasti’nya menarik perhatian pembaca sesebuah blog tersebut. Ini adalah apa yang mereka kata berkenaan widget-for-blog;
…with functions to rotate the ads being shown (ever saw an ad you wanted to click, but it refreshed and disappeared before you could click it?) , as well as the ability to voice opinions on ads (tell the advertiser what you like - and what you don’t), users have control over their online blog advertising experience that wasn’t possible before.
Mentarek bukan?Kalau kau rasa blog yang kau tulis penuh potensi untuk mendapatkan pengiklan, apa salah’nya mencuba Advertlets.com & daftarkan diri di sini.
Selamat membuat duit!
UPDATE : Advertlets.com telah kreditkan RM50.01 ke dalam akaun aku ekoran review yang aku tulis ini, dan menjadikan entri pertama aku yang dibayar oleh pihak luar.
Paling buat aku terharu, Josh Lim sendiri bertanya pada aku tentang permisi untuk menggunakan review ini untuk Advertlets.com versi Bahasa Melayu.Jika dia mahu,aku akan tulis’kan yang baru.
Ini petanda positif.Whoaa!Terima kasih Advertlets!

23 Comments
Budiey
April 6th, 2007
at 10:15pm
Bersetuju dengan sedara, nampaknya sudah tiba masanya orang Malaysia melakukan sesuatu untuk anjakan pradigma blogger setempat.
cake
April 7th, 2007
at 10:38am
Dah lama nak try ad dalam blog ni.. Neway, dah cuba yang ini sebab lain dari AdSense skitt.. huhu. masalah sekarang kena kutip visitor byk skett.
shadowX_19
April 7th, 2007
at 11:44am
thanks 4 da info… wah.. bagusyer koye artikel jadi review..
akirasuri
April 7th, 2007
at 2:51pm
Salam.
dunia kini segalanya berkisar tentang duit. dan tahap halaju wang masuk ke poket :)
berusahalah.
Salam.
catz
April 7th, 2007
at 10:27pm
heheheheh..bahasa ko terlalu anggunlah mail..apapun,kalau aku ada masa yg cukup mungkin aku akan join gak..
azwanhadzree
April 8th, 2007
at 1:01am
Belum daftar lagi dengan advertlets tapi dah daftar dengan nuffnang. iklan pun dah masuk (site blogger, wordpress is still ad free) mungkin lepas ni akan cuba daftar dgn yg ni pulak
aad_lfcfn
April 8th, 2007
at 12:05pm
review memang dpt komisyen..tp payout dia rm 200..
so far takde seorang pun klik ad tu dlm blog aku :( , but anyway, nice entry..
mohdismail
April 8th, 2007
at 2:25pm
pelan-pelan..
:)
aku yakin Adverlets ni boleh pi jauh..
kalau ko stay lama..ada benefit nanti..
aad_lfcfn
April 8th, 2007
at 6:12pm
thanks for the nasihat bro..
Mohd Sufian
April 8th, 2007
at 7:37pm
Menarik juga nie…
Azhar Ahmad
April 9th, 2007
at 3:15am
Hummm saya menunggu saatnya….
bijak_sinner
April 13th, 2007
at 10:59am
* OK Filled in personal & payment details
* OK Code installed on blog
* XX Demographics Poll 100 more needed
aku punya status masih pending la.. camne nak solve kan Demographics Poll 100 more needed? aku x paham la.. mael, tolong ajar sikit leh? tima kaceh..
mohdismail
April 13th, 2007
at 11:58am
*XX Demographics Poll 100 more needed
Ini..kau perlu dapat’kan 100 orang untuk isi undian yang di’sediakan oleh Advertlets.com .
Bila dah cukup 100 nanti, baru team Advertlets.com akan buat tindakan seterusnya…
Kotak undian dalam blog ko tu,jangan letak bawah sangat. Nanti visitor susah nak nampak.
:)
Harap membantu
My First RM100 with Adverlets.com at Mohd Ismail dot Com
May 3rd, 2007
at 10:38am
[...] RM 100 dengan Advertlets.com. Walaupun belum boleh di’keluarkan, aku gembira. Baca dahulu review aku tentang Advertlets.com ini sebelum [...]
smartnrich
May 3rd, 2007
at 7:26pm
Good point n well done.
mr.eims
May 9th, 2007
at 4:58pm
Wah..bagus gak..ako baru join..hehe.. :D
ariff.azraai » Adverlets Sudah Mula Menunjukkan Tanda Akan Berkembang
May 23rd, 2007
at 4:15pm
[...] meminjam kat mohdismail, merupakan media pengiklanan generasi baru. Adverlets merupakan harapan masa depan untuk perniagaan [...]
Chee Kui
May 26th, 2007
at 12:41pm
Nampak macam menarik je ;)
I m signing up.
Make Money With Advertlets : Dirty little secret, ways to make money online
May 26th, 2007
at 3:43pm
[...] have been reading a few more blogs that are actually making money with Advertlets, I finally make up my mind and sign up as an [...]
Ashley home furniture.
February 21st, 2008
at 5:26am
Ashley furniture industries report….
Ashley furniture….
Colchicine.
June 12th, 2008
at 10:42pm
Buy colchicine….
Buy colchicine. Horticultural applied colchicine. Colchicine for urticaria. Colchicine. Horticultural applied colchicine supplyers…..
Tylenol helps bloody diarrhea.
June 13th, 2008
at 3:51am
Tylenol and pregnancy….
Tylenol deaths. 200 tylenol 1 for 49.99. Urinary bleeding and tylenol. Tylenol recall. Tylenol 2. Tylenol….
Lexapro.
June 16th, 2008
at 6:59am
Lexapro side effects….
Lexapro. Lexapro and alcohol. Lexapro pills. Lexapro zaps….