Revisit: Monsun Biz adalah Scam
- 80
- Add a Comment
Selepas hampir 2 bulan entri bertajuk Monsun Biz adalah Scam - Sila Jangan Tertipu, entri tersebut menerima banyak aduan negatif berkaitan Monsun Biz yang mengukuhkan lagi persepsi aku terhadap operasi lahanat Monsun Biz ini.
Sebelum itu, kepada mereka yang terjumpa akan entri ini atau entri sebelum’nya, aku ingin terangkan sikit apa itu scam dari segi pengalaman aku sebagai pemakan bandwidth internet yang sangat tegar. Jika internet ini ada garam’nya, aku rasa aku makan garam lebih dari orang-orang di’Monsun Biz sana.
Scam atau penipuan dalam bahasa ibunda kita merupakan satu aktiviti penipuan yang melibatkan keuntungan (kewangan kebiasaan’nya) untuk pengirim’nya. Penipuan ini selalunya melibatkan teknik membina keyakinan ke’atas mangsa sehingga mangsa tidak sedar yang aktiviti tersebut adalah satu penipuan. Contoh yang sering terjadi adalah melibatkan hal-hal yang menjanjikan pulangan kewangan yang cepat. Pengamal scam ini akan berbuat apa sahaja untuk menampakkan yang aktivti’nya adalah real & sah.
Sekarang kau kaitkan apa yang aku tulis di’atas dengan apa yang sedang Monsun Biz lakukan sekarang;
- Membuat pelancaran besar-besaran untuk BossMailer & SeeMore.
- Memberi cabutan bertuah berupa RM100,000 dan BMW 5 Series. Wow!
- Mula mengiklan dengan iklan berwarna di Harian Metro.
- Mempunyai slot pendek di Malaysia Hari Ini (MHI). Bodoh TV3!
- Iklan televisyen dengan lebih kerap.
Semua-semua di’atas dilakukan untuk menampakkan yang aktiviti karut mereka itu adalah real & mereka mampu memberikan RM100,000 tanpa soal. Di’sini, RM100,000 itu datang dari mana kalau bukan dari bayaran awal berpuluh ribu ringgit setiap seorang yang di’kutip Puan Nora dari mangsa-mangsa’nya. Apalah sangat RM100,000 jika beratus orang telah melebur (ya, lebur) RM50,000 setiap seorang.
Sesuai dengan status entri ini, aku akan senaraikan beberapa respon mangsa skim lahanat Monsun Biz ini. Mari kita mulakan.
LOGIKnyer…kalau boleh invest 50k dan dapat untung 1m sebulan, bagi orang-orang monsun jer yang jadik tuan tanah Virtual nih. Mesti they all semua drive Mercedes. Ni kat Mid Valley aku tengok they all ni ada jugak yang masih naik Kancil dan tak kurang yang masih merangkak masuk Komuter. CONFUSED!!! - ed (29/5/2008)
assalamualaikum…bila sy terbuka blog ni hati sy bagai dsiat2,sy xmenyangka rupanya ramai yg meluahkan rasa tidakpuashati terhadap mirsb,sy pun xpuashati jugak sebab dah terjoin sekali…habis 10k sy.Tapi memang betul kata anda semua sama macam sy.TAK NAMPAK APA…….AJAR DKELAS TEKNIKAL XIKHLAS LANGSUNG….SENDIRI CAKAP…SENDIRI PAHAM.EKSYEN BAGUS!!!ORG YG KAT BAWAH MENGANGGA….BOSAN XPROFESSIONAL LANGSUNG.BILA KITA TEGUR…XTERIMA LANGSUNG..TAPI….XPE ALLAH TAALA TU ADA…JIKA MEREKA ADA NIAT HENDAK MENIPU…TUNGGULAH DIAKHIRAT…INGAT…DOA BAGI ORANG YG TERANIAYA…………………….! - JIWA MERANA (28/4/2008)
Dua komen ini betul-betul menyentap perasaan marah aku terhadap Monsun Biz;
Biarlah saya cerita sedikit, agar ada org MIRSB yg dapat membaca dan sedar apa yg mereka telah lakukan. Ibu saya telah meninggal dunia sekitar oktober yg lalu, ibu berada di pangkuan saya ketika itu. Sejak ibu pergi saya trauma, sehinggakan terpaksa berhenti kerja.Apa sahaja yg saya lakukan terasa seperti ibu masih hidup,pernah satu ketika saya membancuh air dan menghantar terus ke bilik ibu saya,apabila suami menegur yg ibu sudah tiada barulah saya sedar.Oleh kerana melihat keadaan saya ketika itu, suami dan ayah saya mencadangkan saya menjalankan perniagaan IT ini, sekurang-kurangnya waktu saya terisi.Namun yg berlaku sebaliknya,kini saya terpaksa melalui 2 trauma pulak. Tolonglah…….. semua kuncu2 MIRSB,jgnlah buat benda ni..bukan semua byk duit…kauorg tipu org2 spt kami ni? tahukah kauorg yg kami ni minta bantuan dari ALLAH atas apa yg kauorg lakukan.Sekiranya doa kami dimakbulkan sanggup ke kauorg terima bala darinya. - mangsaMIRSB (26/5/2008)
Ibu baru semalam pulang dari MekahtAlmukarramah. Terkejut juga samapi 2 bulan pihak Mobile 88 belum bagi lagi no password ke keyword.( terlibat dari bulan januari lagi) Sebelum pergi ada hantar message pada orang kuat MIRSB minta dia uruskan,kerana bayaran secara tunai saya serahkan padanya ( bayar dua belah tangan), tapi tak diendahnya. Hari ini saya cuba hubungi melalui telefon semua talian ditutup 4 talian utama. Rasa penyesalan yang amat sangat. Saya patut mendengar nasihat suami saya. Ya allah kenapa buat main-main duit ringgit orang. Saya ada juga berdoa dihadapan Kaabah berkali-kali. Minta Allah turunkan bala jika benar MIRSB ada niat untuk menipu orang ramai secara sedar dan berselindung disebalik nak tolong bangsa.Saya ingin mendapatkan kembali duit saya. Saya harap pihak MIRSB dapat mengembalikannya. Saya tidak berdaya lagi untuk menunggu.Saya tak nampak akan ada hasilnya dari pelaburan ini. Saya tidak redha dunia dan akhirat.Duit itu adalah duit suci bukan duit yang kabur atau duit dari hasil yang tidak baik. - Ibu (26/5/2008)
Apa Puan Nora itu tidak ada hati perut? Sedap betul dia makan duit harta makcik pakcik yang tidak tahu langsung berkaitan dunia IT. Lebih parah lagi, Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) antara agensi kerajaan yang menyokong aktiviti ini. Monsun Biz mempunyai sokongan yang kuat dengan penglibatan MECD. Pinjaman ke’atas mangsa mereka lebih mudah di’uruskan.
Aku nasihatkan mereka yang telah terjebak supaya membuat aduan polis berhubung perkara ini. Jangan tunggu esok atau lusa kerna aku yakin Monsun Biz tidak akan bertahan lama. Jika kau bertindak sekarang, ada kemungkinan wang yang telah kau laburkan itu boleh di’perolehi semula dengan jalan undang-undang.
Apa yang aku boleh lakukan sekarang adalah menghantar dua artikel tulisan aku berkaitan Monsun Biz ini ke sebanyak mungkin agensi berita dan MECD sendiri. Aku harap ada pihak berwajib yang membuka mata tentang hal penipuan yang serius ini.

80 Comments
Tech Blog
May 29th, 2008
at 8:23pm
Bila aku baca komen diorang, ini betul-betul menambahkan sakit hati aku.Sial punya Monsun Biz.
PeCo
May 29th, 2008
at 9:09pm
macam mana lah scam ni leh buat iklan kt tv plak. apa la!xkan x tau background monsun nih!
azraai
May 29th, 2008
at 9:12pm
report saja site ini phishing, malware dan segalanya. nnt muncul la dekat search engine. “This site is not trusted”
Fahmishah
May 29th, 2008
at 9:28pm
Nak cepat kaya, cepat pula lesap duitnya
saffa
May 29th, 2008
at 9:33pm
Hish! dari awal2 saffa dah tau.. benda ni mmg mgarut jer!
mmg duit haram arr sapa yg btanggungjawab tu~
zaki blogjer
May 29th, 2008
at 9:40pm
Heran aku mcmana iklan monsun biz boleh ada kat Tv3. Ada tertengok sekali (iklan statik kaler hijau) masa slot Wanita Hari Ini klu tak silap. Tak buat keje rumah ke Tv3 ni, atau main tibai je iklan mana2 asal masyuk??
zooltech
May 29th, 2008
at 9:43pm
mmg dah byk dah site scam mcm ni…..aku pon pnh kne tipu ngn site scam ni….tp nsb la aku x invest pape…huhuhu
wan wma
May 29th, 2008
at 9:58pm
Rasanya aku perlu bagitau kat subsrber aku yang Monsun Biz tu scam! Kesian la kalau diorang tertipu! Isk!
Hanep
May 29th, 2008
at 10:31pm
Mael, aku sblm ni mmg bharap sangat ko tulis pasal Monsun Biz ni. Serious, aku xnampak celah mana profitnya sampai menjanjikan pulangan sangat2 lumayan, dengan modal yang ‘agak lumayan’ juga.
Agak lucu juga bila aku tengok iklan-iklan TV diorang tu.
abdfatah
May 29th, 2008
at 10:31pm
yea yea hantar jangan tak hantar. kita tengok sapo yang menang.. mana kuncu2nya? taknak datang bertandang kat sini ke?
saya ada terjenguk monsun biz dalam area topix.com/forum, kat situ ada sorang mamat kuncu mirsb. kalo nak berteka ke apa ke boleh aaaa jenguk kat sana…ada tips dan panduan berguna untuk mereka yang join mirsb tu… hehehehe…
petikan mirsb
May 29th, 2008
at 10:35pm
============Assalamualaikum wbt buta IT.
saya merupakan salah seorang anak murid Dr Irfan Khairi…, saya membayar RM 740 untuk kursus sehari. tapi di monsun saya bayar RM 100 untuk kursus sehari .
kepada buta it…, jangan lah lagakan antara Dr Irfan dan monsun….. kerana anda menimbulkan polimik baru…..berapa ramai jutawan yang Dr Irfan sudah lahirkan…..
sedangkan Monsun biz….berwawasan untuk melahirkan ramai jutawan…. Platform sudah disediakan dan teknikal support juga disediakan
mengapa anda dok….kutuk-kutuk anda dapat apa dapat dosa. kalau tangan gatal sangat nak tulis…..tulislah benda-benda yang membangun kan minda supaya anda dapat mengumpul pahala.
kami yang mengambil pakej….nak capai wawasan kami. Tolong Jangan jejaskan peluang kami yang nak membuat duit.
Setahu saya…ebay, lelong, dan platform-platform yang lain tidak bermatlamat untuk berkongsi keuntungan dengan para usahawan…, sedangkan monsun setidak-tidaknya sedang memberi peluang untuk kita memiliki hak terhadap panel-panel yang ditawarkan dan kita berpeluang untuk membuat duit
TOLONG BERI KAMI PELUANG UNTUK BERUSAHA UNTUK MEMBUAT DUIT…KECUALILAH ANDA ADA SISTEM YANG LEBIH BAIK….YANG BOLEH MEMBANTU SAYA MEMBUAT DUIT===============
jawapan yang cukup menarik untuk menjadi jutawan…
KNizam
May 29th, 2008
at 11:14pm
ini kes teruk ya amat neh :(
newacx
May 29th, 2008
at 11:15pm
Sekarang ni iklan Seemore dah keluar kat TV pulak…harap2 xde yang kena tipu.
Apisz
May 29th, 2008
at 11:17pm
Kelakar pulak aku bila ada komen macam ini.
Oh ya, nanti, bila kau dah berjaya hasil kerberkatan monsunbiz, apa kata kau datang balik site ni dan bagitau pasal kejayaan kau.Tak sabar aku nak tunggu waktu tu.
*Ya’lah, kami ni buta IT, kan?
Mohd Ismail
May 29th, 2008
at 11:23pm
media ni *ehem* bangang *ehem* sikit.. jolok duit, iklan terus naik.. aku nak iklankan YouPorn kat TV3 nnt.. ha ha
megat
May 29th, 2008
at 11:32pm
tu la pasal. byk perkara pelik apabila melihat iklan-iklan tersebut. semakin dilihat semakin sakit hati dan bertambah sakit hati apabila adanya orang kita (buta it lak tu) yang teraniaya!
dunia akhir zaman…
Mohd Ismail
May 29th, 2008
at 11:35pm
seemore sama bossmailer Google da flag ade malware.. tp itulah, org yg join Monsun ni kan ‘pakar2′ IT yg jutawan.. =)
Mohd Ismail
May 29th, 2008
at 11:37pm
dia tibai je tu.. itu pasal aku cadang nak iklankan YouPorn kat sana.. ha ha.. mintak fund dr mecd.. mesti best punya..
Mohd Ismail
May 29th, 2008
at 11:37pm
ye bagus.. sebar2kan hal ini.. masukkan nama aku sekali pun xpe.. populariti itu aku suka.. ha ha
zool
May 29th, 2008
at 11:39pm
Pada aku takde kekayaan senang…
Yang penting kena usaha…
Dari aku laburkan duit kat tpt tu yang tak nampak benda nya baik aku layan cacing, kalau ada duit lebih layan plak kambing…
Kalau tak mampu gak baik aku layan blog je…
Aku suka ayat ni
” Setahu saya…ebay, lelong, dan platform-platform yang lain tidak bermatlamat untuk berkongsi keuntungan dengan para usahawan”..
Ebay dan lelong tu tpt untuk dapat untung. Walaupun dia tak kongsi untung tapi dia sediakan platform untuk berniaga.. Traffik sebulan 1 Juta .. Okaylah tu. Sama konsep macam org sewakan kedai. Penyewalah kena buat camne nak jayakan kedai…
Ramai yang untung gak kat lelong, ebay tu.. Yang penting usaha. Yang ni belum tentu arah lagi.. BeTul tak mail???
Mohd Ismail
May 29th, 2008
at 11:40pm
satu lg hal pelik berlaku.. tempat lain tulis monsun biz ni, ade je geng diaorg dtg back up.. kat sini, sape pun aku x nampak.. nak jugak bertegang urat.. ha ha ha
aidilmujahid
May 29th, 2008
at 11:47pm
salam may i know u lukis pakai pe ye mouse ke pensel pastu scan ke ape..ape kah rahsia anda ..
x habeh2 pemenang poteret kite x menang ke? ;p
lagi satu soalan saye mushkil la nk tuka cursor mouse tu kat blogger da try kat html error bakpe ye..camne ..kot la awk tau
aidilmujahid
May 29th, 2008
at 11:49pm
ape beze scam n spam
Mohd Ismail
May 29th, 2008
at 11:55pm
salam.. op kejap2.. aku rasa ko ni dah terkomen kat salah blog atau mmg ko nk tanya gitu kat aku?
aku x pernah lukis apa2 pun guna komputer.. kalo ade pun, aku mmg guna mouse.. =)
pasal potret, aku rasa ko better tanya Wan Wma tu.. dia lebih tahu.. aku mintak izin ko utk delete komen ko yg lg dua ni, mcm x appropriate la plak.. =)
Mohd Ismail
May 29th, 2008
at 11:57pm
spam x mengyakinkan org sgt utk beli barang atau produk.. dia selalu org guna utk gather information atau tujuan blackhat seo..
szakif
May 30th, 2008
at 12:15am
wah! aku kena tuntut ilmu mengesan mane satu scam mane satu tidak ni.. aku join pitis4u.net la pulak kan. tak tahu scam ke tak. have idea about it?
Qaiyum
May 30th, 2008
at 2:49am
Sepertimana Pengaruh Blog Mampu Menjatuhkan Sesebuah Kerajaan, Begitulah Juga Kekuatan Blog Mampu Untuk Membasmi Sebarang PEnyelewengan Dan Pembasmian Syarikat² Yang Cekik Darah Dan Penipu Seperti Monsun Biz Ini.
Oleh Itu Ayuhlah Para Bloggers Menyebarkan Sebarang Bentuk Penyelewengan Yang Berlaku. Jangan Hanya Lantang Bersuara Untuk Menjatuhkan Kerajaan. Tetapi Bacul Untuk Melawan Pihak Syarikat Yang Tak Serik² Makan Wang Rakyat Malaysia.
oDiN
May 30th, 2008
at 3:18am
Mail .. beli satu domain .
ban-monsunbiz
sure ramai join sign petition ke hape ke smpai masuk media
letak ads
for sure untung
huhu
sekurang - kurang nya letak iklan di blog bukan scam
:P
Boss Mailer ?
aku hampir menjadi penjual Boss Mailer .. biler aku tanye orang yg nak bagi aku jual tuh .
“Bro .. ni dah bukan macam spam ke ? kutip email pas2 send iklan ? ”
“eh .. mane ada .. dier tolong nak promosi perniagaan kita jerk .. ”
what can I say ?
crap ..
wan wma
May 30th, 2008
at 7:11am
patut la salah tanya soalan pun, sebab aku yang anto email kat dia pasal blog ni! huhuhu
adila
May 30th, 2008
at 7:41am
huh…macam-macam tawaran. Banyaknyer duit dorang nak bagi…
Ter rambang gak bijik mata ni…
Senang citer…bukan sennag nak senang nih…
Dan untuk susah tu…agak senang…tak sukar
Bukan senang nak berjaya…
nak musnah…mak oi tak susah mana pun…
kekadang terfikir, tak terfikirkan dorang tentang perasaan orang yang join program dorang ni…adakah orang tu bebetol perlukan duit dalam masa tertentu, atau sekadar nak tambah harta?
Garu kepala gak bila tengok iklan yang serabutkan otak kat tv. wah…tawaran lumayan..tapi…indah kabar dari rupa…
taukey
May 30th, 2008
at 7:59am
masakan pokok bergoyang melainkan ditiup angin? “monyet” di atas pokok la yang mengoyangkan nya. wakakakaka
p/s: tunjukkan bukti sesiapa dah jadi jutawan yang bukan owner monsunbiz. aku nak ahli ke 1000 yang join monsunbiz ni tunjuk statement kata dia jutawan kerana monsunbiz. ekekeke
hafifi
May 30th, 2008
at 8:47am
Nasib baik aku tak terpengaruh dengan benda ni sume..kawan aku beriya2 nk join, aku ckp xpyahlah..xde mknenya join benda ni, xnmpak hasil..
Uncle G
May 30th, 2008
at 8:57am
betui tuh… tapi just nak tanya.. kita buleh buat aduan web2 scam nie kat mana?
taza
May 30th, 2008
at 9:14am
Hm kengkadang aku sebndiri tak paham napa benda ni boleh jadi camtu diorang tak takut ker tipu duit orang ni….
Wizurai
May 30th, 2008
at 10:12am
bila eh program realiti dari wanita untuk wanita bersama nora tu nak tayang kat tv?
xmindfreakx
May 30th, 2008
at 10:55am
Monsun biz adalah scam….yer mereka adalah scam…jgn la masuk..aku terasa nak gi course diorang la mael..nak cari point,pastu tanya diorang soklan yang parah2..ahahha…
owh..monsun biz host dia under saifuddin server dimana website saifuddin itu sendiri masih under construction dan under same server,menghost beberapa domain..ahahaha…monsunbiz,kalo ko nak wat virtual properties,kenapa ko x sewa satu rack sahaja?rack itu ko punya,dimana tidak hosting lain2 website..ekekek..kalau reality properties pon akan membeli tanah sendiri,mereka tidak kongsi dengan pemaju lain..
abdfatah
May 30th, 2008
at 11:18am
banyaknya duit… juta juta jutaaaaaaaaaaa
abdfatah
May 30th, 2008
at 11:20am
hehehe… yang tu kena rujuk dalam ruangan topix dot com forum laa kalo nak cerita panjang lebar nak bertekak bertegang urat simpul ke apa ke… ada kat sana nun…
Truckster
May 30th, 2008
at 11:26am
MECD jugak lahanat……ramai betul Melayu2 yang ingin kekayaan secara kilat…ini aku tidak paham
penipuan dgn memanipulasi IT..ini adalah jenayah bodoh Pn Nora, aku dah muak dgn iklan2 monsun biz ni, bangang..ramai kaum aku tertipu
zool
May 30th, 2008
at 11:54am
Kat opis aku ada yang nak join yang guna sms tu..
Tapi aku nasihatkan dia..
Bahaya woo..
Nanti kena sue apa tak dpt..
titan
May 30th, 2008
at 3:15pm
aku tak tau nak kata apa. Siapa2 yg teraniaya. Korang kene bawak bukti klu betul2 nak wat aduan. Make sure bukti pembayaran dan lain2 kene bawak. Klu tak memang susah nanti. Pepaham jela. mahkamah sekarang pun leh kene beli. Tak mustahil macam2 leh berlaku kan?
So, kalau ada bukti kukuh. Saman je.
hairul
May 30th, 2008
at 5:05pm
Ya Allah….
Selamatkan diri kami sekalian daripada tertipu dengan benda-benda sebegini.
Amin…..
Semoga kita semua lebih berhati-hati selepas ini. Katakan TIDAK untuk SCAM.
Hancurlah Monsun Biz. Semoga mereka cepat sedar dan insaf.
shambie adzhan
May 30th, 2008
at 6:14pm
i wonder too, sapa2 dah TERjoin MonsunBiz ni.. dah dapat UNTUNG ka belum?
abdfatah
May 30th, 2008
at 6:28pm
mereka terpengaruh sebenarnya bukan apa… sebab nak tambah duit lebih dan yang tak kena caranya adalah monsun yang berlebih lebih akan kelebihan produk yang nampak kaww terlebih power…
asx
May 30th, 2008
at 6:36pm
Ada sorang member aku . Join . Tapi maybe sebab dia activ and ade knowledge sket pasal it , die boleh bawak . Memang betol lah , kelas macam gampang , ajar menda tak masuk akal . Dia kata baik duk rumah explore sendiri .
nicknuck
May 30th, 2008
at 6:37pm
lol..apa ke gile nak business pakai spam ?? bengong..
abdfatah
May 30th, 2008
at 6:52pm
http://bisneswanita.com/blog/coret-mencoret/monsun-biz-scam
meh tengok sini apa ada…?
hafifi
May 30th, 2008
at 9:12pm
orang kita ni nak cepat kaya, sbb tu kena tipu..gores dan menang yang sllu masuk berita pun masih lagi ada mangsanya..aku bersmpati kepada mereka yang join monsun biz ni..harap ada pihak yang membantu mangsa2..
Mamat Duit
May 30th, 2008
at 11:12pm
Huh, nampaknya ini just menambahkan trafik ke monsun.biz je ni…
taukey
May 30th, 2008
at 11:41pm
takper traffik dia tinggi…sebab kalau masuk dari sini no problem sebab orang saja nak tengok web tu…ekekeke…
reen
May 31st, 2008
at 12:21am
ntahla..selagi meletakkan sesuatu lebih tinggi dari Yang Maha Kaya, maka disitulah akan lahir jiwa yang dahagakan kemewahan walaupun darah kaum sendiri dihisap tanpa ehsan. Harap2 ada pihak2 tertentu yg tampil menjernihkan keadaan dan menjelaskan isu ini di mata umum. Jangan kerana RM maka semuanya halal.
Mohd Ismail
May 31st, 2008
at 12:51am
hehe.. sebab tu aku tak letak direct link ke monsun biz.. buat rugi aku je =) biar org baca sampai abes tercari2 link monsun.. ha ha
Mohd Ismail
May 31st, 2008
at 12:53am
sekarang tgh hot wanita2 melayu malaysia jadi mangsa sindiket pengedaran dadah.. ngeri tul la..
Mohd Ismail
May 31st, 2008
at 12:56am
aduan peringkat pertama rasanya ke pihak polis.. dr situ diaorg akan guide (mungkin) utk kita bawa aduan kita selanjutnya ke’mana.. first apa2pun, polis..
*aku nak tulis slogan polis sebenarnya, skang bukan Bersih, Cekap & Amanah da kan?*
Rjuna
May 31st, 2008
at 2:07am
Kasihan membaca komen-komen mangsa, yang terdiri dari bangsa aku sendiri, pakcik-makcik dan orang muda yang buta IT
AKu rasa orang Melayu harus ubah 200% budaya 4D=DUDUK DIAM DAPAT DUIT ni, mudah sangat kita ni ditipu hidup-hidup dan paling bangsat ditipu bangsa sendiri, memang palat
Mari hebahkan pada kawan2, saudara mara, pada semua orang kalau boleh, lakukan lah apa cara sekalipun, hantar emel ke editor harian metro, hantar surat/email ke penerbit MHI-WHI, SMS forward berantai, lakukan apa sahaja agar Monsun Biz ini terkubur.
hafifi
May 31st, 2008
at 8:33am
senang btul orang kita kena tipu kan mael?smpi ade yang kena hukuman gantung smpi mati..walhal mangsa tidak tau menahu tentang dadah, alih2 kena cekup..kesian betul..
abdfatah
May 31st, 2008
at 10:52am
tambah traffic buat apa? lagi bagus orang cari sendiri dan kemudian buat kesimpulan… beginikah website monsun yang membuat tawaran juta2 itu….? jika tercari2 mana website monsun… kita tertanya2 kenapa ada yang tak kena dengan mirsb tersebut?
mus
May 31st, 2008
at 11:34am
apa nak jadi…semua pasal duit lah ni jadi mcm ni
sham
May 31st, 2008
at 12:45pm
Mail, ko wat gatal tangan skit tulis ke news@tv3.com.my tengok samada diorang pandang sebelah mata atau tak pandang langsung..hohohoh
Tak pun ko cari email yang wartawan yang hardcore mcm karam sing,mazidul & etc.ko email skit.CC la ke wartawan “hairan” metro tu skit.
mana la tau, ada yang nak buka mata.Biar sedor skit..
zaki blogjer
May 31st, 2008
at 3:38pm
Biar betulla dia nih. Irfan letak harga mcm tu, sbb terbukti dia dh milionaire. Yg ngko pulak, apa buktinya.
Tambahan pulak, ada ke org kata Irfan scam, tak penah dengar kan?
Mcm niela, sebelom kutuk org, cermin diri dulu tu sikit, ok
Dan ingat la, doa org teraniaya mmg berkat
zaki blogjer
May 31st, 2008
at 3:40pm
Aku nk letak pasal benda ni kat twitter, stumble upon, facebook, myspace dan etc, moga org tau. Satu stumble dari aku
topo
May 31st, 2008
at 8:52pm
satu lagi stumble dari aku…
Mohd Ismail
June 1st, 2008
at 12:55am
owh.. terima kasih sebab letak kat semua2 tu.. harapnya maklumat ni boleh sampai cepat ke hati semua rakyat Malaysia.. supaya mereka2 boleh simpan duit pergi haji ke, bg anak kawen ke.. kawen lg satu ke.. haha..
thanks!
Mohd Ismail
June 1st, 2008
at 12:57am
aku baru email kat harian metro.. berita harian sama utusan.. itu pun pergi ke email utama mereka.. *tenggelam agaknya* huuhu.. aku akan usahakan email ke wartawan seperti ko kata =)
thanks Sham.. artikel ko pun ade menyumbang gak penyebaran maklumat ni.. =)
Mohd Ismail
June 1st, 2008
at 1:04am
yeah Rjuna.. kita gunakan medium yang sgt tajam era IT ini.. sampaikan maklumat pada semua2 =)
*rembeskan titis2 populariti itu kepada aku.. ha ha ha*
zen
June 1st, 2008
at 2:04am
Pasal monsun biz nih aku ada beberapa point unt dikongsikan bersama disbbkan ipar aku dah join menda scam nih dan aku sendiri menjadi wakil mendengar ceramah monsunbiz - tension dan boring tahap cipan masa mendengar ceramah 3bln yg lalu.
1 - Keahlian- Bayaran pendahuluan RM10K dr RM50K unt menjadi Landlord a.k.a Tuan Tanah Kedaun/Lg RM40K mendpt pinjaman dr pihak monsunbiz - aku merasakan salah satu dr taktik mereka nak tarik pelabur/ahli.
Keperitan- Ipar aku dah join hampir 3bln, tp satu slot pon blom terjual, dlm hati aku “huhhhh hangus ler RM10K tuh”.
2 - Khayalan - Aku dah dengar ceramah pasal monsun nih yg mn si penceramah telah membandingkan ebay dgn monsunbiz-idea bagus nak tlg org melayu/makcik jual nasi lemak dll, ttp dgn adanya unsur scam cam nih, tak kemana rasanya. Penceramah dah nyatakan monsunbiz nih aan jd “next big thing” di masa hadapan.
Realiti - aku merasakan monsunbiz dah pun menjadi “next big thing” bila semua bercakap pasal menda tak bagus program tuh.
Aku harap bebenar mana2 makcik yg nak join menda nih cek balik berbetul, jg mudah percaya dgn khayalan.
sham
June 1st, 2008
at 2:44am
hohoho..memang “the next big thing” la ni..Scammer terbesar di Malaysia..Kalo masuk media dengan perkara negatif,ia akan jadi perkara yang paling besar sekali selepas swiss cash.
mael, try mazidul@tv3.com.my. Aku tengok email dia kat blog dia. Episod akan datang 360 ialah tertipu.
Dia tengah mood nak dedahkan scam tu.Apa lagi mael..cucuk jarum la dengan email ko yang penuh puitis..cewah.. :P
sham
June 1st, 2008
at 2:46am
Yang jadi mangsa tu, email la sekali cerita masalah korang. Kuar sekali, tak jadi monsun dah..ombak pun belum tentu…terus gulung tikar agaknya..
Mohd Ismail
June 1st, 2008
at 4:01am
ha ha.. yg diaorg compare Monsun Biz ngan eBay tu takleh tahan.. kalo nk jadi the next big thing, mana boleh compare dgn apa yg ada sekarang.. kene jadi unik.. =)
monsun monsun.. haishh
Pendekar
June 1st, 2008
at 4:06pm
Memang…nie memang lahanat punye bisnes.
Aku banyak terima soklan berkaitan Monsun Biz setan nie.mmg banyak termasuk sedara2 aku.Ayah aku pun.HIsh..ISH..
Aku harap biar semua orang buka mata dan bukak hati.xdapatnyer duit secepat kilat.RM1 juta sebulan?Haha.lawak2.
Bukak “SARKAS” pun belum tentu dpt bnyak tuh.Taubat la taubat.
Bodoh punya MONSUN BIZ dan pihak KERAJAAN MALAYSIA yang terlibat.PIIIIIIIIIIIIRAAAAAAAAAh!
Azid
June 4th, 2008
at 4:25am
Larrr…mmg scam ngupeye…Ya allah..macam manela nasib owg yang dah melabur beribu2 tu..adussss..
Aku hampir2 nak join and melabur la kireye,alhamdulillah diselamatkan dari tercebur ke dalam api durjana MONSUN BIZ.
Bayak betul la penipuan la ni.Program itulah inilah…adushh…baik aku teruskan bela ikan puyu n keli kat kolam belakang umah aku,lagi berfaedah..
Mohd Ismail
June 4th, 2008
at 5:50am
alhamdulillah.. sorang lagi terselamat dr melabur dlm monsun biz ni.. aku happy bila entri aku lead kepada sesuatu yg baik.. ha ha ha =)
yep.. bela ikan lg baik =) *goreng pun sodap*
naga putih
June 8th, 2008
at 11:56pm
betulll….kuang hajo punye monsun biz.daripada buang duit & masa buat mende tak bermanfaat tu adalah lebih baik bersama2 ngan aku membuat perniagaan yang dah memang terbukti kejayaannya..
takde cara mudah untuk dapat duit kalau goyang kaki jer…cara yang senang skit buat dgn kerja berkumpulan & usaha, baru blh dapat duit ribu-ribu…
nak tahu lebih lanjut boleh hubungi aku ditalian
h/p:019-6483435
fendi
p/s:jangan mudah gelap mata bila org buat iklan 1m
tipah tertipu
June 11th, 2008
at 11:11pm
salam semua
kami sedang mengambil langkah yang betul untuk mencari jawapan kepada semua persoalan anda, dan membuat aduan pada pihak yang bertanggung jawab. sesiapa yang sudah membeli mana-mana pack atau product mirsb, silalah join group kami di mangsa_MIRSB@yahoogroups.com.
kepada sesiapa yang tak tahu mcm mana nak join group ni, ikuti langkah berikut
1. pastikan anda ada akaun email yahoo. jika tak tahu mcm mana nak buat, minta bantuan rakan2 yang sesuai. jgn tepon MIRSB pulak :p
2. klik alamat berikut
http://groups.yahoo.com/group/mangsa_MIRSB
3. kemudian klik butang join group dan ikuti langkah seterusnya. kami akan menghantar email kepada anda untuk langkah-langkah seterusnya.
harap dapat beri kerjasama. hanya mereka yang benar2 sudah membeli saja yang menyertai group tersebut untuk memudahkan urusan kami
abdfatah
June 12th, 2008
at 12:05am
sabor aje la. lepas nih kita tengok pulak kewujudan rupa paras UNIVERSITI MIRSB pulak… camner aaaaa rupa derang punya universiti… mesti mahal giler yuran daftar ahli.
monsun biz website pun dah tak tentu hala apa benda yang terisi dalam website tersebut… iklan entah apa-apa entahnya…
bila nak upgrade haaaaa……????
tipah tertipu
June 12th, 2008
at 11:10pm
ish… mana reply aku semalam. kena delete ke?
abdfatah
June 13th, 2008
at 12:08am
reply ngan url ke? kalo ada url kena uprove dulu oleh tuan tanah blog…. tunggu beliau online aaaa dan uprove kan nanti…
tipah tertipu
June 13th, 2008
at 11:26pm
ish… tapi kelmarin lepas hantar tu ada. tetiba je semalam hilang. kan abdfatah dah balas mesej saya masa tu. mesej awak tu pn hilang juga. napa ek?
dahlee
July 22nd, 2008
at 8:47pm
spam ke! scem ke! spem ke! rem ke! kem ke! apa ade hal..
setakat hilang RM10.000 tu..brape sen sangat…sok lusa, leh dapat balik..kira sedekah jelah…kalu dia org nipu tu diaorg nye pasal…aku bisnes tetap camtu jugak…
P/s:dah biasa kena tipu..kena tipu lah punca kita jadi kaya..
FaridSulaiman
August 22nd, 2008
at 8:03pm
Fuhh patutlah buat iklan gila-gila….nak pengaruh orang joint bebenda nih….
Sesungguhnya mereka yang menipu cara ini, Doa orang yang ditipu ni makbul…..saya syor kepada mereka yang dah terkena tu…buatlah sembahyang hajat supaya orang lain tak terkena.
Saya dulu pun pernah tertipu dengan Jai Network System S/B yang berlandaskan agama….nah sekarang pengasas dengan isterinya dah dihadapkan ke mahkamah, kerana pengurusan duit haram RM98 juta….padan muka dia…berkat doa orang yang dinyanya……
Tahniah bro…teruskan menulis perkara2yang Scam, maklumkan kepada semua rakyat Malaysia, celikkan hati mereka…..