Riang Ria Perodua Nautica

Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) semalam melancarkan kenderaan baru mereka yang di’beri nama Nautica. Kenderaan jenis 4WD SUV ini adalah model pengganti untuk Perodua Kembara yang menjadi hits sekitar 1999 dahulu.

Pertama kali aku lihat foto-foto teaser di laman web rasmi Perodua Nautica, aku jatuh cinta dengan lampu hadapan & bentuk keseluruhan kenderaan ini walaupun tidak jelas dan aku kata,”kereta ni boleh ganti kegilaan orang terhadap MyVi..”.

MyVi sememangnya segmen kenderaan yang berlainan, tetapi di’Malaysia yang ketandusan kereta-kereta kool membuatkan apa sahaja jenis kenderaan keluaran tempatan yang keluar akan di’angkat sedaya upaya menjadi kenderaan yang kool. MyVi salah satu’nya yang berjaya. Proton Savvy tidak kool. Proton Juara bukan kenderaan, ia sebuah kotak bergerak.

TETAPI, hari ini baru aku tahu, Perodua Nautica bukan rekabentuk asal hasil tangan jurutera Perodua. Kenderaan ini adalah 100% duplikasi kepada Daihatsu Terios (yang baru) & Toyota Rush. Perodua Kembara dahulu’pun mengambil Daihatsu Terios sebagai asas. Untuk Nautica, walaupun Perodua claim yang bumper hadapan Nautica adalah buatan Malaysia, apa makna’nya jika keseluruhan bahagian lain adalah dari Jepun?

Perodua Nautica bukan kenderaan buatan Malaysia, ia kenderaan duplikasi Malaysia.

Sampai point ini, aku sendiri tidak faham akan proses ekonomi dunia sehingga memaksa tiga syarikat kenderaan yang berlainan mengeluarkan satu model yang 100% sama. Mercedes Benz & Brabus adalah contoh yang cukup berbeza. Brabus mengambil basis kenderaan asas Mercedes dan tune/upgrade menjadi lebih baik. Tidak tahu’lah kalau merekabentuk bumper hadapan adalah terma lain untuk Advance Automobile Tuning.

Jika kita membandingkan harga Toyota Rush, yang di’lancarkan awal tahun ini & Perodua Nautica yang mempunyai spesifikasi yang sama, Toyota Rush (RM85,000+) boleh di’miliki dengan harga yang lebih rendah berbanding Nautica (RM89,000+). Jika aku menjadi pembeli, aku akan lebih bangga memandu Toyota Rush berbanding Perodua. Persetankan semangat nasionalisme kerana kita sekarang duduk dalam masyarakat yang menuntut macam-macam.

Kredit - Gambar & maklumat oleh PaulTan.org [1] [2]

49 Comments

kalau nak dibandingkan harga serta jenama antara rush n nautica ni…saya juga mcm ko gak mael…saya akan beli toyota rush…

ya betul! ketepikan semangat nasionalisme.Biarpun jenama Malaysia tetapi teknologi enjin masih teknologi kuasa luar.

yeah.. selain bergaya dgn jenama luar negara, kita juga jimat beberapa ribu.. =)

Aiyak,lebih mahal dr Rush..baik aku angkat Rush..nasionalisme? kekekek, aku mmg takde semangat tu..kekekek

Apa2 pun aku masih still ngan Iswara aku.. walaupun dah nampak uzur namun itu je lah yang aku mampu…
Perodua Nautica ke Rush ke.. apa2.. belum mampu lagi..
cuma mampu tgk je..
Mail mampu kot…

Slm,

aku sbnrnye lg prefer Perodua Nautica ni dari toyota rush sbb die CBU dar jepun..sdangkan rush sbnrnya di buat di kilang daihatsu indonesia. So mane korg rs lg agk2 berkualiti?
msti dari jepun kn…

MyVi tu ambik design toyota Passo!

salam mael,
lme xbg komen..hoho..
ak dgr rumor psal perodua nautica nie dlm bulan lpas..
ak bce psal kete nie kat blog paultan..
pda ak..bler s’mlm paultan wat artikel psal kete nie..mhal siot..
dgr rumor,nautica akan jdi model pengganti..btol ker?hehe..

p/s: mael,ayat ko ‘persetankan’ tue nmpk kasar skit la bro..lembutkan skit ble..hehe..

betul betul betul :D …jimat tu yg pentingnya :)

sbb tu la MyVi banyak yang berlambangkan toyota dah skrg :D

aku tak rasa yang Toyota akan berkompromi dgn kualiti walau di’mana kereta mereka di’pasang.. =) tp selera masing2 ye tak? hehe..

apa2pun, design nautica/rush/terios ni mmg kool.. aku suka

salam awqi_zar.. bukan rumor da, semalam perodua da launch.. mmg komfem Nautica ni replacement tuk Kembara sebab Daihatsu upgrade Terios..

Daihatsu tak tukar nama Terios, Perodua tuka lak.. ngada2.. hah a

p/s: hehe.. kasar eh perkataan persetankan? atau kau maksudkan keseluruhan ayat tu?

harap2 keta baru nih xda masalah cam savvy ler lepas pelancaran…rosak sana, condem sini

aku?
aku akan beli sekadar yang termampu… :)

ces..akan pupus la kembara..uwaaa..ak nk kembara..xmo pajero ataupun landrover mahupun nautica..tp xtrail ble la..haha..kancil pun nk kne tkar dh mael..

p/s:xla,perkataan tue jek..hehe..

masalahnya kalu mmg org tu beli kete toyota, tp disamakn dengn myvi..tak best la..

aku pun takkan bli mael sbb aku tak suka design blakang perodua nautica nie..nmpak kontot semacam je..tapi dari segi keluasan dalam keta tu, aku suka..:)

Ada duit lebih. Baru la aku jeling2 kat nautica nih. Sekarang, cukuplah ada kelisa..

Mahal wo RM89k, angkat Rush la atau tunggu Proton punya MPV

wah pandai Perodua buat kereta, tukar logo & bumper saja

Bapak aku amat bersetuju dengan kau. Dia baru-baru ni tengah melakukan market research untuk pacuan 4 roda bagi emak aku yang terpaksa bekerja di pedalaman, Produa Nautika dan Rush selain daripada Hilux, Triton dengan Nissan Frontier menjadi pilihan. Perodua Nautika ini harga dia (seperti yang diberitahu) agak mahal. Wakil jualan Toyota pun ada memberitahu kami anggaran harga Nuatika ini (masa itu belum pelancaran rasmi) berbanding kenderaan 4WD lain. Frontier dan Triton harga dalam 95K. Dan mengikut pengedar jualan kereta itu, itu baru betul2 pacuan 4WD. haha

P/S: Aku masih tak dapat bayangkan mak aku yang agak kecik orangnya membawa kereta sebegini maskulin. Dia siap kena slide masa hendak turun dari kereta. Hehe. Selamat Hari Ibu mak!

betul3.. kalau Frontier & Triton, itu baru betul2 heavy duty punya 4WD.. Nautika ni buat elak lembu boleh la.. hah a..

itu la Advance Automobile Tuning mengikut definisi Perodua.. haha

apsal la pricing dia camtuh kan. takkan lah depa tak kaji dulu pricing. kan rakyat tengah sensitive pasal price. hehe

hatiku ttp pda mYvii..
its kool =)

sangat mahal bg aku..huhu~
lagi satu, lampu BMW lagi menawan..
tambah lagi satu, bg aku savvy tidak kool, savvy + body kit adalah kool~

Aku tak salahkan Perodua sebab meniru, selama ini, memang mereka meniru pon.

Cuma bile tgk harge die, wah sungguh terkilan. 89K? Fuel consumption pasti tinggi sebab dia ALL TIME 4 WHEELER. Persetankan smgt nasionalisme, beli je kerete lain.

skang dah start open utk pembelian kan? aku nampak kat mamak semlm ada org tgh deal utk tempah nautica

MyVi kool walaupun amik design Toyota Passo yang susah nak carik kat Mesia.. =p

itu la pasal.. dah la mahal, makan minyak mesti kaw-kaw punya.. haha =) korbankan nasionalisme kerana kereta..

hehe.. laju je ye org kita beli.. dah jatuh chenta sgt la tu.. ko bila nak beli Katz?

beli jangan tak beli , ada duit atau tak ada duit dan hendak berhutang beli la.. mahal plak tu

kalo asik nak gune semangat nasionalisme pun tak leh jugak. sepatutunya mereka dah tak perlu gune template luar lagi. guna template sendiri, barulah ade klass.

alah lu org semua jeles. kita beli ikut kemampuan.lu org komen mcm bagus. cuba lu org pk, kalau lu org punya kompeni,mesti nak plbagaikan produk lu org.dah memg mcm tue harga dia.nak wat camna.gua pun x berapa stuju ngan harga dia, mahal sgt.tapi kalau dah mcm tu gak harga dia.x da duit jgn gatal2 nak beli.pakai aja apa yg ada.cuba lu org byk duit, mesti dah beli punya.tunggu jelah keluarn model lain.gua tgk proton punya mpv baru mcm cun.lu org x da minat k?

kalau kamiorang banyak duit, ada molek’nya kamiorang beli Toyota Rush.. brand international.. satu dunia kenal.. ye tak? ada apa pada perodua kalo asyik amik produk org claim barang sendiri.. =)

proton punya mpv x nmpak lg.. yg ade banyak artist impression.. =) so xleh nak kata apa2 lg..

apa pun i minat myvi special edition jer….

nautica ni nampak kool gak tapi entahlah tak minat pulak bila tengok pasa rasa macam tengok kereta katun jer..comey sesangat..so lagibgus terus maintain gan myvi..mahal sagt..beras dah mahal keta pun mahal kuikuii…………jgan mare…

apa lu org kecoh sgt.kita patut sokong jenama tempatan. sokong bukan kena bayor pun.konon2 lu org pentingkan kualiti dan jenama luar. kalau nak gempak dan stylo, belilah ferrari@larboghini.baru cara siot.mcm gua,gua pun hanya mampu pakai skyline jer., x kecoh. bapak gua menoreh je. biasalah org jb mmg stylo2 belaka.lu org xda duit k? jgn ngada2 nak komen2.lu org tgk gua walau pun gua pki skyline, gua tetap sokong jenama tempatan coz gua pun ada sebiji kancil turbo yang gua dah convert enjin perodua viva. sbb gua sygkn hasil keluarn negara kita.akhir kata dari gua ” lu org ada mata lu org tgk, lua org ada telinga, lu org dgr, lu org ada otak, lu org pklah sendiri”.asalamualaikum.

pakai_ferrari

May 12th, 2008
at 2:29pm

xpe la. lu boleh pakai skyline. lu da tunjuk semangat sokong jenama tempatan. gua xde hal…… tapi, jangan la kutuk2 orang xda duit. dunia je ni semua

komen lu, ada unsur riak. tobat la

xdalah,gua bkn riak. lu org byk bunyilah. dah itu yg thasil, kt trima ajalah.k spatutnya sokong bkn komen itu komen ini.ok cuba lu org cdgkn kat proton@perodua idea2 yg bernas.diorg buat ssuatu mestilah dah buat kajian tlbh dahulu.si mail sndiri dh ckp kita hdp dalam masyarakat yng mnuntut mcm2. x penah puas dgn apa yg ada.gua igt walau mcmmn pun hasil yg di hasilkn mesti ada je komen dr lu org.bahkan kete ferrari tu sendiri pun ada yang komen.

Toyota Rush kat Malaysia tu buatan Indon, dan Perodua Nautica tu buatan Jepun sebab tu laa harga lebih mahal.

heh..kalu mampu pakai je r kete pe pn jgn sampai riak kt tgh jln dh r..dah jd lumrah manusia apa2 pn masti nak komplen ka..

tau xpa.dah mmg jd lumrah mmg manusia x penah bsyukur.kepada yg rasa berpuas hati dengan apa yg ada, tahniah gua ucapkan coz lu org bkn jenis yg tamak.

thks..aku ni tamak gk..tamak pd benda2 yg patut..cuma kdg2 bermewah-mewah pn tkt nnti jd riak gk..even abg2 aku naik merc naik volvo aku cuma naik cevrolet spark je tp tiap kali mak aku skt kt kg alhamdlh..aku org yg ptama sampai..

Nampaknya, perodua nie tukang jual je la. Dah dua2 bukan locally assembled.

Apa punya strategy la perodua nih. Malu, malu..

100% sama? 100% tiru? are u sure mael? tak sangka plak.. tapi kalau ya pun mungkin 99% je yang sama kot since produa tak letak logo Daihatsu kat depan kereta tu… hahaha..

pity on u produa.. bukan PROdua, tapi PROmpak.. lol!

diaorg sendiri yang kuar statement Nautika ni versi asalnya adalah Daihatsu Terios =) he he..

nasib kita la beb duk Mesia terchenta ni..

SEMANAGAT cinta negara mesti ada tetapi mestilah bertempat ,pihak-pihak berkenaan jng nak mempergunakan rakyat utk diperkuda demi keuntungan individu semata-mata . buat masa ini malysia tidak mampu lagi mengeluarkan kereta yg berkualiti dan berdaya saing jadi terpaksalah hanya menukar lencana sahaja yg harganya tahu-tahu sahaja lah .selama puluhan tahun rakyat terpaksa berkorban demi menjaga kerita buatan malysia tetapi apa yg dibalas hanyalah memberi produk-produk yg tidak berkualiti kpd ralya dan menjual kepada orang luar produk yg sama denag harga yg rendah dan kualiti yg tinggi ,kereta bukan seperi baju yg boleh ditukar 1 tahun sekali tetapi perlukan persedian dari sumber kewangan dlm tempoh jangka panjang .

Salam.

Saya setuju. abang saya memakai prado yang dipasang di jepun, dia kata sangat bagus kualitinya. sebab dia kata, kwn dia guna prado yang dipasang di malaysia, sangat banyak masalah.begitu juga saya rasa dengan nautica dan rush.nautica lebih saya yakini kualitinya berbanding rush.bagusnya kite kalau berbinc tentang kualiti ini dilihat secara ilmiah kan.senang je.kte lihat mcmn cara org jepun, org indonesia dan org malaysia bekerja. etika disiplin mrk. mcm tu la kite bole nilai cane diorg pasang krt.mntk maaf saya bukan nasionalisme..

aku dh test drive memang kool, singaporean banyak pakai - 4w tu. klu rush 2w, main kt bandar bleh le. yg x best interstnya smpi 3.5%, dh le cbu, patut 2.0 - 2.5 ok le. last ambik actyon auto 6 gear lagi best. korea + german.

Leave a Comment