Ruang kerja aku & lambakan pakar perniagaan internet

Virus begini aku suka,memberi aku fleksibiliti untuk menjawab dengan cara aku sendiri,dan ya,itu ruang yang ada untuk aku lakukan segalanya yang berkaitan dengan hidup aku.Di meja itu aku membelek buku-buku tebal,menelaah ilmu di luar bidang yang aku belajar seperti pembangunan web & fotografi.Hampir 80% dari masa makan malam aku selama di kampus adalah di meja ini.Aku selesa makan sambil menonton walaupun hanya video-video klip pendek.

Kepada 10 Komentator Aktif, virus ini untuk anda.Syarat & peraturan di blog Chot. Enjoy!

Lambakan pakar perniagaan internet
Trend begini lama sudah aku perhati’kan.Ramai pendaftar domain baru akan bermula dengan semangat berkobar-kobar untuk menulis sesuatu tentang perniagaan internet.Tidak kurang juga yang pernah mencipta nama dengan niche lain,hari ini tiba-tiba muncul kembali dengan niche perniagaan internet.Contoh’nya Pakdi,dahulu, Pakdi menulis artikel-artikel berkaitan isu-isu semasa & memberikan komentar yang bernas serta munasabah.Aku suka melawat ke sana.Cuma beberapa bulan kebelakangan ini,domain pakdi.net menempatkan diri di ‘domain parking‘.Aku fikir Pakdi sudah tidak menulis lagi.Semalam,aku jumpa link ke Pakdi.net melalui sebuah blog perniagaan internet lain & aku terkejut Pakdi sudah menulis tentang pelaburan & perniagaan internet.Aku jadi terkilan kerana seorang komentar isu semasa yang baik & aku minati tiba-tiba berubah arah menjadi penulis perniagaan internet. Cukup-cukup’lah dengan pakar perniagaan internet yang ada.Bukan menyekat penyebaran ilmu,tetapi menyekat ketepuan yang akan terjadi bila-bila masa.Tidak salah kalau Pakdi terus menulis tentang isu semasa,jika kena pada caranya,tulisan-tulisan Pakdi mampu memberi impak pada masyarakat & keuntungannya lebih dari nilai ringgit. Satu kerugian bagi aku bila Pakdi berubah niche. Kalau sekarang kalian menulis tentang apa yang kalian minat,jangan’lah berubah kerana perniagaan internet. Aku juga terlibat & minat dengan perniagaan internet & nyaris-nyaris menulis tentang semua itu.

Kalau kau katakan kau menulis tentang perniagaan internet kerana minat,tanya kembali pada diri,kau berminat tentang seni perniagaan internet atau wang hasil perniagaan internet?

Jangan lambakkan ruang blog Malaysia dengan blog perniagaan internet,masyarakat memerlukan lebih dari sekadar wang.

Oh ya,pernyataan ‘blog aku,aku punya suka la’ menggambarkan sikap pentingkan diri sendiri yang sangat ketara. Tulis’lah di helaian kertas diari jika tidak mahu tulisan kau dikritik.Kan kawan-kawan?

Popularity: 10% [?]

There Are 13 Responses So Far. »

  1. kita guna satu brand rupanya…patutla lawa..hehehe

  2. skop penulis pakdi bukan sekadar perniagaan internet, lebih luas daripada itu. tengok gaya penulisan dia pun tahu, dia bukan lalang yang tulis topik perniagaan internet.

  3. tapi memang benar. tuan punya blog mempunyai kehendak sendiri untuk apa yang dia ingin lakukan pada blog dia.

    tetapi, berkemungkinan ianya akan memberikan implikasi di mana, orang akan mengatakan bahawa dia tidak konsisten dengan apa yang dia lakukan.

    namun begitu, mungkin ada juga pendapat bahawa, tidak salah sekrianya kita ingin berubah. tidakkah begitu?

  4. Seperti yang aku katakan awal-awal lagi,ini adalah trend,bukan kehendak sendiri atau digerakkan oleh minat,arus trend boleh buat manusia ketepikan apa sahaja..percayalah…

    Azraii,asasnya,Pakdi kini menulis tentang kewangan bukan?Tak dinafikan skop tulisan Pakdi luas,tapi lihat pada asasnya,dulu isu semasa,kini kewangan,perniagaan & saham.Lihat pada kategorinya kita sudah tahu.Aku juga tidak katakan Pakdi adalah lalang,dia lebih lama menulis blog banding aku.

    Memang tak salah untuk berubah Cypher.Tidak sekali aku katakan salah.Aku cuma rasa aku kehilangan satu input yg berguna buat aku suatu masa dulu.

    Tapi,apa lah sangat suara aku seorang yang mahukan penulisan Pakdi masih seperti dulu.

  5. orang yang kata ‘blog aku.aku punya sukalah’ lebih baik tutup je.membazir je

  6. kegadisannya kau punya wallpaper. he he he :P
    tapi kemas meja kau ya. ;)

  7. salam,

    Ada beberapa sebab utama kenapa saya tidak lagi menulis isu semasa + politik. sebabnya tidak boleh saya dedahkan sesuka hati di internet.

    dan sebenarnya saya tidak langsung menulis isu perniagaan internet sama sekali :) barangkali ia berkait, ia berbalik kpd persepsi masing-masing.

    apa pun terima kasih kerana entri ini kerana merujuk terus kepada saya. walaupun tidak lagi bertemakan isu semasa, tetapi saya tetap melakukannya dari sudut tuntutan fardhu kifayah, dan ia lebih dari sekadar wang ringgit.

    ws.

  8. Aku perasan semakin ramai blog perniagaan internet sekarang..Pada pandangan aku, benda ni normal sebab dia dah jadi trend, tambahan pula, sekarang dah hangat pelaburan internet di dada2 akhbar..

    Aku harapkan rakyat Malaysia tidak berfikiran serong pada blog perniagaan internet..Benda ni aku rasa salah satu dari cabang perniagaan..

    Cuma pandangan aku.. :)

    Off topic skit, mail, aku memerlukan nama subdomain untukmu..hehe..hubungi aku segera ya!

  9. Meal, thanks ingatkan aku…. Aku semakin terpengaruh…. Nak kena betulkan niat balik ni…..

  10. hehehe..kalau aku mmg bermula disitu dan kini berakhir dgn blog merapu. Mail, ko tag aku sesuatu yg agak sukar utk aku lakukan..mungkin bile meja dah kemas baru aku bisa tunjukkan sesuatu yg bakal ko kutuk ni.

  11. [...] saja menyelongkar blog Mohd Ismail tentang Lambakan Pakar Perniagaan Internet, menceritakan bagaimana penulis tentang isu-isu semasa akhirnya bertukar niche kepada perniagaan [...]

  12. Fentanyl vs oxycodone….

    Picture of oxycodone. Oxycodone urine. Oxycodone controlled releasse. Fentanyl vs oxycodone. Oxycodone exraction. Oxycodone….

  13. Amoxicillin….

    Amoxicillin yeast infection….