Ruang Kerja Idaman Aku & Aku Sudah Berhenti Kerja (Yeay!)

Aku sentiasa inginkan ruang kerja yang sebegini. Minimalis & mempunyai barangan yang aku perlukan sahaja. Tetapi, Apple  itu bukan sebahagian idaman aku. Aku mungkin tidak akan pakai produk komputer Apple. Aku selesa dengan PC & Windows XP — iPhone masih menjadi idaman aku. Kau boleh usya lagi banyak ruang kerja yang cantik-cantik di Home Office Snapshots.

Aku secara rasmi telah berhenti kerja. Jika ada yang bertanya samada aku sudah punya kerja lain, jawapan’nya tiada. Tiada apa-apa back-up plan dan aku melangkah keluar begitu sahaja. Aku mungkin tidak ada makan malam untuk esok.

Aku ada beberapa interview selepas ini untuk di’hadiri. Aku menjadi lebih memilih dengan sessi interview yang aku akan pergi & tidak sesekali aku akan kembali ke industri elektronik.

Isnin ini aku akan berada di Tingkat 36, KLCC dan 3 hari kemudian akan kembali ke Kulim. Seronok bila kau boleh melangkah keluar dari kerja yang tidak menyeronokkan tanpa susah hati akan duit sewa rumah bulan hadapan.

Nasihat aku, jangan beli kereta atau berkahwin sebelum kau ketemu kerja yang kau suka & ingin lakukan tanpa jemu setiap hari. Lain kalau kau berjaya tambat hati anak Datuk atau Datuk itu sendiri.

Tinggal beberapa puluh hari sahaja lagi kita akan akhiri tahun 2008, azam sudah tercapai? Doakan sessi interview aku akan berjalan dengan lancar semuanya.

Comments

51 Comments so far. Leave a comment below.
  1. ya, bukan senang untuk capai apa yang kita sendiri kehendaki walaupun kerja tersebut kita lakukan sendiri seperti meniaga.

    harapan aku semoga kau capai apa yang kau idamkan. berusahalah untuk mencapainya.

  2. Aik…baru dapat eskrim free dari 7-e..terus berhenti kerja..?

    Hmm..aku pun dah tender resign gak..pon xde back up plan..ahakz..

    BACAAN TAMBAHAN

  3. kita,

    aku doakan semoga ko berjaya…yang penting semasa interview tu..biar nampak yakin

  4. Mael…takde pon aiskrim percuma untuk hari ni?Sedih je aku pergi.

  5. @arham da kehabisan kot.. 50 org pertama start kul 11 pagi.. he he =) *aku pergi dua round*

    @kita baiklah & terima kasih.. sayang ko.. ha ha

  6. @Hasbullah Pit mungkin kat belakang kamera.. tp yg penting bilik aku mesti aircond.. ha ha

    @megat terima kasih megat.. =)

  7. kadang2, kita perlu korbankan masa sekarang demi masa depan.
    memang pedih, tapi mesti sembuh di kemudian hari.,

  8. terima kasih atas nasihat ko tuh..

  9. Eheh.. Kalau dapat office sepeti office Google, mesti aku akan hold dengan kerja itu sampai aku jadi manager di situ.. haha.. manager Google..??? Tapi kenapa bilik di atas tiada tingkap..?? akan berasa rimas lah nanti.. jika berlaku black out.. mesti di landa kegelapan..

  10. @Happy Blog aku suka la domain ko.. he he =)

    @amirull sama2.. ada nasihat nnt aku campakkan lagi.. jarang2 aku boleh kuar ngan nasihat ni.. ha ha

    @nikillas bilik aku akan ada tingkap.. mesti utk pengudaraan yg baik =)

  11. semoga berjaya dlm interview ko, aku bakal diinterview gak nnti.. :-)

  12. Tingkat 36, Petronas eh bro. Good luck!

  13. aku pun bakal diinterview tahun depan.. Maklumlah, nak keje ngan Lamborghini..

  14. semoga ko nyer interview sukses selalu…sempoi gak room tuh…aku suka gak…kalau aku ada bilik study or bilik kerja aku sendiri..aku nak letak wallpaper….hehe

  15. @NH doakan aku.. dream job ni beb.. ha ha =) *NH – Norman Hakim* ha ha

    @fabregas lamborghini tu… kalo la ade kilang kat mesia ni.. =) aku pn nk join..

    @hafifi thanks & cepat2lah carik keje…

  16. good luck mail !

    aku suka bilik yg ada tingkap. best still ngadap tasik ! hehe heaven … hehe

  17. u’re wlcme mael..msti busy memanjang keje ngan petronas nnti..tp best!

  18. Lama tak mengomen. =)

    Apa-apa pun, aku doakan kejayaan kau nanti.
    Semoga bertemu dengan kerja kau tak jemu, dan ada gadis cantik di tempat kerja nanti. =)

  19. @hairul part akhir tu aku suka.. ha ha =) thanks Hairul.. ko lama x komen sbb aku pun jarang2 update..

  20. Sekarang Ini Bidang Kerja Tidak Sama Dengan Bidang Blajar..

  21. tahniah sebab dah bekerja sndri. tapi ak tak sokong statement sdare yg jumpe keje yg kiter suke dulu baru kahwin tue,.

  22. @muhafis bila kau sudah berkahwin, sgt sukar utk kau buat perubahan kerja dgn drastik kerana ada mulut yg nk di’jaga…

    jika satu hari kau rasa tertekan & bosan gila dgn kerja.. kau mahu berhenti & cari kerja lain yg lebih kau suka.. dan masa tu kau sudah berkahwin..

    kau tidak boleh terus melangkah keluar.. kau kene stay dlm kerja itu at least 3 months..

    *pandangan aku..*

  23. gie,

    aku pun bercadang nak pindah tempat kerja….tapi,masih memikirkannya…

  24. asx,

    Nak tanya . kerja apa yang interview tuh ? =)

  25. cyza,

    Mael,

    Kalau ko venture into oil and gas aku rasa maybe interesting for you. Tak pun, oil and fats. tapi terpulang pada ko la…apa2 pun good luck.

    So far, dalam macam2 bidang chem eng aku, aku paling seronok dengan oil and gas…outstation ke sana sini…luar dan dlm negara, gi pelantar minyak laut dan juga tgk onshore rig…wow…syiokkk

  26. cyza,

    ops…lupa pulak…protege aku (jaga desmet) kerja kat mana sekarang…? dia pun dah lama tak in touch ngan aku… he he

  27. @asx kerja tu aku pun kurang pasti apa… tp mmg related habis la ngan bidang study aku..

    @zakiyamani hehe.. ini utk petrochemical.. aku try mintak carigali itu hari, tp xdapat =)

    *hadi, aku sendiri da lost contact.. tatau apa dia buat skang ni..*

  28. zool,

    Rasa nya baru je ko dapat keje ek??
    Kejap je berenti…
    huhuhuhuhuhuhuhu…

  29. semoga berjaya mendapat kerja yg diidamkan :)

  30. aman,

    senang-senang, buka syarikat jer la Mael, senang aku nak wat praktikal..hoho

  31. hehe..moga berjaya interview tu bro..

  32. hehe. gi petronas. semoga dapat apa yg ko nak ek. :)

  33. aku rasa aku pun nak SOHO mcm ni nanti kat rumah..

  34. Ya.
    First, cari kerja yang betul betul ngam.
    Second, baru pikir pasal kereta.
    Third, baru boleh cari teman hidup ATAU beli rumah dulu.

    Aku rasa beli rumah sebelum kawen adalah satu pilihan yang tepat la.

  35. btol2. xde kije idaman. xde wanita idaman. hehe!

  36. Adry,

    Waa… beraninya… tp memang betul apa yang bro cakap….

  37. pakcik takmo taip panjang2… pakcik doakan interbiew tuh berjalan dengan lancar dan moga hang dapat kerja yang bagus2…

    p/s: tak semestinya kerja bagus tuh kerja yang kita idamkan selama nie

  38. Semoga dapat kerja., kalau tak muncung tak berasap (kalau kau smoke ler..). KLCC.. hemmm aku pernah kerja kat sana sebelum aku di tendang (tapi bukan Petronas). Satu tip untuk kau, kalau gaji lebat, masalah pun lebat. Tapi kalau kau tak kisah kau mmg hebat. Tapi ingat juga opis yang cantik tak menjamin boss yang cantik perangai nya ahakkk..!!! OK lah keep up good work bro.

  39. lala kerja.. mcm lagu meet uncle husein

    semoga dpt la keje baru yg best..
    slalunye org interview dlu baru berenti.. tabik spring sama lo..!! toing…

  40. @richie nnt kalo da tercapai, jgn lupa post kat blog.. he he =)

    @mazudi teman hidup tu in-between semua tu pun xpe, bg aku la =p *aktiviti sambilan*

    @Uncle G thanks uncle =) he he

  41. @aman syarikat apa nk aku buka? Cuci Cuci Sdn Bhd.. nak praktikal? hehe..

    @zool better stop awal sebelum terikat dgn lebih serius.. susah nk berenti =)

  42. ehm..berhenti kerja sudah. semoga ko dapat keje kat petronas tu nanti. ramai member aku semua kat situ..

  43. khai,

    oh kerja kat pertonas… cerah masa depan ko mael.. sekali gus menaikkan saham ko untuk gadis2 atau mungkin janda2 di luar sana? hehehhe….. smoga berjaya bro

  44. nmpk tenang suasana tpt kerja tu..pasti akn membuahkan pelbagai idea..hohoho

  45. Cayala Maell.. Kita Mempunyai Dilema Yang Sama. Mengejar Kepuasa Berkerjaya.. Hehe..

    Bila Kita Mahu Hangout ??

  46. … wah.. behenti kerja.. Aku dah full time self employed, tapi sekarang biz tengah merudum sejak kejatuhan ekonomi dunia..

    apa-apa pun ., all the best!

  47. Gua… kalau takder aper aral… maybe dalam hujung tahun depan resign dan buat full time kat rumah… jadi suri rumah balik.. hehehe…

    dulu 4 tahun jadi suri rumah… wife kerja.. gua jaga anak… heheheh

    tapi… income okeh la… walaupun jadi suri rumah .. income sama gak cam gaji sebulan.. hehehehe

  48. chot,

    la turun klcc hari tu xcontact aku..

  49. nmd,

    Minimalis memang gaya hidup yang aku idamkan.. huh nkau memang berani la bro, aku takda kekuatan lagi macam kau.. semoga berjaya. Eh kau duduk Kulim ke? Meh jumpa aku sembang-sembang Kat Dinas bila senang okey!

  50. Azim,

    Aku baru je datang website ni..first time..Memang terniat pun nak berenti keja..Bosan btul dgn keja ni..tapi takde backup plan ape pun melainkan internet marketing..Ntah bole berjaya ke tak..

    Tapi aku paling suka ayat ni :

    Nasihat aku, jangan beli kereta atau berkahwin sebelum kau ketemu kerja yang kau suka & ingin lakukan tanpa jemu setiap hari. Lain kalau kau berjaya tambat hati anak Datuk atau Datuk itu sendiri.

    thanks bro..memang aku takde keta pun n takde niat lagi nak kawin.so aku takde hutang ape2 lagi skrang ni……

    At least bro berani gak ar berenti walaupun takde backup..Aku ni susah skit..Kalau berenti kang, mak aku sure bising punya..hehe..ape bole buat..So stay dulu aa..walaupun hari2 mendatang sngt membosankan..Diskriminasi kat tempat kerja..Bos pilih kasih..Hari2 sebelum masuk keja, sure aku akan kutuk bos aku puas2..hari2 gi lewat..cuti ikut suka hati aku..Makan ikut suka hati aku..Tak guna punya bos..cist..

    hehe..sori bro..meluahkan ape yang terpendam kat blog lu..hehe..

    Thanks

    Azim

    p/s patut ada satu wordpress plugin untuk membolehkan para2 commentator subscribe to comment..Nape tak letak?At least nanti ada loyal visitor..hehe

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?