Rumpun 2007: Rangkuman Pantas
- 46
- Add a Comment

Kool ‘kan aku? Ha ha. Sungguh aneh rasanya meletakkan gambar sendiri di’blog err.. sendiri. Itu aku, gambar di’ambil oleh Chot, si pemilik kamera baru. Sedang memperkenalkan PCMalaya, buah tangan pertama dari HappyPeople Media. Ayuh ke PCMalaya dan daftarkan diri sebagai orang terawal untuk menikmati feature PCMalaya, keutamaan untuk mereka yang menghadiri Rumpun 2007. Ha ha. Ya,aku tidak pernah adil!
Aku bercadang mahu menulis sambungan entri semalam dengan lebih dramatik, tetapi aku terlalu sibuk. Entri pertama itu aku tulis ketika semuanya masih segar & aku susun ayat-ayat tersebut ketika berada di’dalam bas. Alhamdulillah, bas tidak meragam & jauh sekali dari terbalik terpusing-pusing, cuma sepasang couple di’belakang banyak mengganggu keselesaan aku. Tipikal betul kalau sudah duduk berdua-duaan. Masuk sahaja hari Ahad, kepala aku kembali berpusing dengan tugasan universiti milik penuh kerajaan yang perlu aku langsaikan terlebih dahulu.
Rumpun 2007 aku consider sebagai pioneer kepada event-event mendatang. Seperti semua orang sedia maklum, kelewatan aku untuk tiba di Pelita Nasi Kandar menyebabkan majlis menjadi sedikit kelam kabut. Tetapi, terima kasih banyak kepada Bat yang sanggup melayan tetamu ketika permulaan majlis. Ramai memuji keramahan Bat & kesabaran beliau melayan para tetamu. Kepada Omar juga, yang menjadi manusia terawal sampai ke Pelita, dan kepada Katz yang hiperaktif menceriakan suasana.
Aku sampai, tetamu sedang menunggu masa untuk makan. Josh Lim memberitahu aku, pinggan belum ada dan sedikit mengeluh dengan cara layanan orang-orang di’Pelita. Aku, sebagai wakil penganjur, HappyPeople Media memohon maaf jika ada yang merasa tidak selesa dengan situasi di’tingkat atas Pelita. Aku tidak menyangka hanya seorang pekerja di’assign untuk handle hampir 100 orang ketika itu. Dan, ketika ini’lah muncul pelayan-pelayan sukarela yang melayan tetamu. Siapa pun anda, kami ucapkan berbanyak terima kasih.
Selepas itu, aku sekali lagi tampil ke’hadapan untuk memperkenalkan PCMalaya kepada khalayak di’situ. Video penyampaian aku yang di’ambil oleh Nazri boleh di’tonton di’YouTube. Aku menggunakan koneksi 3G milik Nuzul Hayat setelah router 3G kepunyaan Omar kehabisan bateri & salah satu soket di’tingkat atas tersebut gagal berfungsi. Azraai banyak membantu dalam penyampaian PCMalaya ini kerana aku agak gugup, dan Azraai di’belakang berbisik-bisik tentang apa yang perlu aku buat seterusnya. Terima kasih Azraai kerana hadir walaupun pada minit-minit terakhir. Sebenar’nya, aku kagum dengan kelajuan koneksi 3G yang jauh lebih laju berbanding apa yang sedang aku nikmati. Aku mahu 3G!
Sessi penyampaian aku di’akhiri dengan sessi soal jawab berkaitan PCMalaya, selepas itu aku jemput Josh Lim untuk memberikan ucapan penuh beliau dalam Bahasa Melayu. Josh Lim boleh di’consider sebagai fasih berbahasa Melayu dengan sebetul-betul Melayu. Kerana ketika aku bersembang dengan beliau di’YM! sekalipun, Josh akan cuba untuk menulis dalam ayat Bahasa Melayu yang betul. Tiada shortform yang aneh-aneh, tiada slang-slang aneh. Cuma, ada kala’ny, beberapa perkataan terpaksa Josh Lim rujuk kepada Nora Elina, gadis yang bertakhta di’hati Josh Lim. Kawan-kawan, lepas ni kita akan adakan Rumpun di majlis kenduri kahwin Josh. Yeah!
Ucapan pendek Josh Lim berakhir apabila beliau menjemput semua untuk mnyertai sessi bergambar beramai-ramai melibatkan semua yang hadir. Gamat & bising tingkat atas Pelita dengan suara kami & seretan meja untuk memberi ruang kepada sessi bergambar. Aku tiada dalam kebanyakan gambar yang di’ambil. Aku seorang pemalu. Ha ha.
Rumpun 2007 di’akhiri dengan sessi soal jawab secara 4 mata bersama Josh Lim. Ramai yang hadir mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan soalan berkaitan Advertlets dan operasi’nya. Aku juga sempat menyampaikan kepada Josh soalan dari Beck, pengasas Persetankan yang tidak dapat hadir kerana di.’rantai di’ofis. *Lawak je ni oi…*
Di’kesempatan ini, aku ingin mengucapkan bergazillion terima kasih kepada team HappyPeople Media teruatamanya Bat, penaja Rumpun 2007, Advertlets, kepada Josh Lim yang sangat sporting melayan karenah kami, kepada Simon & Wilson yang menjemput aku di Sungai Buloh, kepada Nuzul Hayat & Omar atas kerjasama untuk memasang koneksi 3G, kepada mereka yang menjadi pelayan sukarela, kepada setiap seorang dari kamu, kamu, kamu & kamu yang hadir. Rumpun 2007 tidak akan bermakna jika tiada kalian semua.
Aku juga dengan ini menyusun jari sepuluh meminta maaf atas segala kekurangan yang ada & kami tahu, kali pertama bukan alasan yang patut kami berikan. Terutamanya berkaitan kelewatan aku tiba ke’sana. Kami pihak penganjur memohon maaf dengan sangat. Segalanya akan di’perbaiki untuk Rumpun seterusnya, insyaAllah.
Sebagai penutup untuk entri Rumpun 2007 di’sini, aku akan berlagak seperti seorang superstar berdiri di’atas pentas, mengangkat jari telunjuk ke’atas semua yang hadir ke konsert mega, bunga api di’sekeliling pentas sudah menampakkan diri, kabus nipis mula melindungi kelibat aku,dan seraya dengan itu aku menjerit,”Mohd Ismail sayang kamu semua!”. Dan, 2, 3 orang gadis histeria di’bawah sana melihat kelibat aku hilang di’telan pancaran spotlight.
Ha ha. Jadah apa!

46 Comments
sankai
August 27th, 2007
at 1:53pm
aku rasa laki ni lah yang aku cakap dalam komen kat entry bawah tu..betul kah.??
Mohd Ismail
August 27th, 2007
at 1:55pm
ya.. tepat sekali Sankai.. aku’lah orang itu.. masa tu ko tgh sibuk baca blog Skolblog… lama sebenarnya aku lepak belakang ko.. ha ha.. *kalo aku blah gitu je, mesti best! ha ha ha…
bob
August 27th, 2007
at 2:13pm
lesung pipit ko boleh buat tumbuk cili api. muahaha.. jangan kau marah. hahaha :)
beckzaidan
August 27th, 2007
at 2:16pm
ending yang amat rockstar. maca tu la tiap kali aku nak tamatkan perjumpaan persetankan.com .
ko dah boleh masuk klik rockstar aku dude. ahahha. nizamnuri tentu thrill dengan konco baru ini…
ohyeahhhhhhhhhh…
chot
August 27th, 2007
at 2:20pm
mcm ada offer gayaruangkepelbagaian.com je…menarik gak tu. kalau org bagi aku ambik je…hehehe
sankai
August 27th, 2007
at 2:24pm
aku dah agak dah..memori itu datang bila aku terlihat pic yang ni laa..
hahaha…jadi kira kita dah berumpun la dulu kan…
musnazdotnet
August 27th, 2007
at 2:36pm
ku nantikan dengan penuh kesabaran terhadap rumpun 2008 untuk melihat mohdismail beraksi live di depan mataku…. (pastu nak mintak autograph, hu hu) insyaAllah….
azraai
August 27th, 2007
at 2:38pm
haha. 3G mmg pantas.
Rjuna
August 27th, 2007
at 3:09pm
Ces kau dapat iklan baru dari Adverlets, Netcity.com.my, adakah ini pakatan ko dan Josh Lim haha gurau je
beckzaidan
August 27th, 2007
at 3:21pm
aku rasa, iklan ni diberikan bagi mereka yg berdaftar dengan adverlets dan dlm profile letak lokasi mereka adalah PULAU PINANG , PENANG. itu kot…
Fahmishah
August 27th, 2007
at 4:10pm
taun depan buat lagi mael…haa!! rugi x pg
catz
August 27th, 2007
at 4:18pm
yup, rugi pada mereka yg tidak dpt hadir. Tp insya-allah aku akan memaksa mael merumpun sepanjang hayatnya. Pertemuan rumpun 2007 permulaan yg baik utk next rumpun..
nazz
August 27th, 2007
at 5:11pm
hahaha klo ader lagi jangan lupe ajak aku lagik..kali nih aku lepak lame sket..kekeke
affuan
August 27th, 2007
at 5:36pm
Hnsh! Kontrol Mael, kontrol.. Kui3.
saharman
August 27th, 2007
at 5:43pm
Sekarang ni aku dah tak boleh membayangkan muka kau macam Micheal Scofield lagi macam dulu dulu bila baca blog kau ni…. apa apa pun terima kasih kerana menganjur Rumpun07 ni dan sudi bergambar dengan Hariz. Nantikan update di blog Hariz…. buat masa ni aku sibuk , hari Ahad pun kena kerja laa….
azwanhadzree
August 27th, 2007
at 6:25pm
Akhirnya, Ismail sendiri meletakkan gambar dirinya di blog sendiri. Tahniah Mail, kau memang cool. Agak pemalu tapi cool :)
zamm
August 27th, 2007
at 6:32pm
hahahaha. tetiba aku gembira gmbr mael dh ada di mohdismail.com, taniah taniah mael. makin semaken ari semakin kacak~~ la la na na na ;)
zamm
August 27th, 2007
at 6:45pm
err..*pembetulan*
ayat last— mael semaken ari semaken kacak~~ hehe..
momochi zabuza [ nazri // mysight ]
August 27th, 2007
at 6:48pm
kagum aku tengok psp aku.. haha pekah.. papepun kalau ko nak letak video ko present kat blog ko nih tadehal nyer.. sila sila
BAGAK
August 27th, 2007
at 7:16pm
jauh panggang dari dapur gas nak sama dengan Michael Scofield…muahaha
Qaiyum
August 27th, 2007
at 7:18pm
Begitu Rockstar Mael Sehinggakan Lensa Kamera Tak Lari Dari Terarah Ke Arah Mael. Siap Aku Pun Ter-Enter-Frame. Huhu.. Selesai Sudah Rumpun. Kembali Kepada Sedia Kala. Kerja Tetap Kerja.. Huh!
WaWa
August 27th, 2007
at 7:48pm
hoho. akhirnya en mohd ismail dari mohdismail.com mempamerkan gambarnya sendiri. yeah~
anaszx
August 27th, 2007
at 8:36pm
memandang dari kejauhan je la… tp seolah2 diri berada di pelita..
apa2 event pon selalunya camtu.. time..
rizal
August 27th, 2007
at 8:45pm
Tahniah mail ngn semuanya.. :)
hafreze
August 27th, 2007
at 9:33pm
ehek3..mohd ismail akhirnyer letak muke diblog gak..haa..pasnie sume dh tk tertnyer2 lagi..btw..aku ade wat competition menang dpt domain name sendrik..join jgn tk join..
Wizurai
August 27th, 2007
at 10:36pm
aku rasa kalo ko wawa jumpa live dgn mohd ismail lagi best dr menatap wajahnya melalui blog ni…
Aviator
August 27th, 2007
at 11:40pm
Haha.. Mail. Betul ke gambar kau tu? Ke mamat siapa yang kena kandid ni?
Apapun, selamat berjaya dalam rancangan kau.
edt83
August 28th, 2007
at 12:51am
huhu..apesal komen aku tak kuar aa ???
edt83
August 28th, 2007
at 1:00am
testing….apesal komen aku dianggap spamm?
WaWa
August 28th, 2007
at 5:13am
hehe. best ke jumpa mohd ismail? best daripada jumpa mawi? hahaha.
gurau je woit. :p
adila
August 28th, 2007
at 6:52am
yeah…dah terang lagi bersuluh…sesungguhnya tiada lagi bayangan scofied dalam membayangkan siapa itu mael….anyway…tahniah bebanyak mael…
kekurangan tu satu adat…sebagai preparation untuk semua do the best for the next Rumpun…
Noorizam Shah
August 28th, 2007
at 8:47am
wajah hang seakan wajah member aku… terkejut aku..
Fahmishah
August 28th, 2007
at 2:03pm
macho gak mohdismail ni ek…ni pes time woo post gambar sendiri..
chot
August 28th, 2007
at 2:24pm
ELOK BENARNYA MEMBER2 RENUNG2 KAN LAH ENTRY DR AZHAR DI Satu Rumpun Tak Semestinya Semua Elok
ANGGAP SEBAGAI POSITIF…
edt83
August 28th, 2007
at 4:05pm
wa pon rockstar…apesal wa digelar spammer?
mixterr
August 28th, 2007
at 4:10pm
fuyoo letak gamabr yg mcm super star lagi… hahaha
catz
August 28th, 2007
at 4:15pm
thanks chot utk link tersebut, biasalah budak baru bertatih mesti dipantau selalu.jika tidak jatuh kita tak bisa fhm istilah sakit. Untuk Rumpun 2008, aku mahu jadi ad-hoc demi merealisasikan keindahan berumpun bersama kalian sekali lagi.
edt83
August 28th, 2007
at 4:32pm
beck juga kt penang kan…apesal ko xde beck …iklan netcity tuh..
beckzaidan
August 28th, 2007
at 5:14pm
chot. nama sbnr ko apa chot?
chot
August 28th, 2007
at 5:31pm
kan aku dah bagi masa order baju persetan tu…
draxter
August 28th, 2007
at 5:48pm
Ye saat yang aku tunggu, ye lah dalam bulan ogos juga muncul. Hmm, rugi tak pergi rumpun tu ye.
vangardx
August 28th, 2007
at 10:56pm
dan pastikan laptop itu, telah di disable kan screen savernya, atau pun set kepada appear screen saver if idle more than 7hours :p
vangardx
August 28th, 2007
at 10:57pm
betul..itu gambar beliau, tiada dakwa dakwi, tiada topeng amuk, :D
khai
August 28th, 2007
at 11:30pm
all da best ntuk rumpun 08.. hak haks.. ape da gugup… x leh jadi artis camni mael..
manchurr
August 30th, 2007
at 12:01pm
jelesnyer aku x dapat g.. huhuh tp korg dah kenal aku dah.. kan byk gambo aku letak kat blog aku tu :P anyway.. dah tgk dah mail ni.. nanti kalo terserempak.. leh pukul hahah :P
13may
August 30th, 2007
at 3:48pm
mak aiii….!!!
meriah betoi :D