Sah, blogger kini golongan selebriti!


*gambar dari Gua.com.my

Bukan aku. Bukan aku yang pandai-pandai sahkan yang penulis blog kini sudah tergolong sebagai selebriti. Tunjukkan muka aneh kalian pada orang-orang di’Gua. 27 Disember lalu, Gua telah keluar dengan senarai 7 orang Rakyat Malaysia Paling Kool untuk tahun 2007 dan senarai itu menghimpunkan pelancong angkasa kita, DJ radio panas, pelakon hantu, penyanyi, penulis lagu, pemain squash kebangsaan & penulis blog, Kenny Sia.

Aku tahu senarai ini pun dari entri terbaru di’blog Kenny Sia yang membuat recap untuk tahun 2007. Jika hari ini, permulaan tahun 2008 seorang penulis blog di’senaraikan sebaris dengan mereka yang sebenar-benar selebriti, aku dapat bayangkan penghujung tahun 2008 nanti, sekurang-kurang’nya satu media arus perdana akan menyenaraikan 10 penulis blog paling kool di’Malaysia. Ha ha. Dan, resolusi terbaru aku, aku mahu berada dalam senarai itu. Sila vote aku secara senyap dengan sertai komuniti MyBlogLog aku yang kini sudah mencecah 230 orang.

Jika berjaya, kita buat kenduri air sirap sama roti canai banjir, mahu?

32 Comments

Tak Kesah Mael.. Aku Sentiaser Support Ko. Hehe..

fuyoh. lepas ni kau pun jadi seleb? ekeke
:)

xde la Syuxx.. suka2 saje tu.. ;p join mybloglog aku.. ye ye?

yeah.. terima kaseh Qai.. :)

haha.. sms kan BLOGUNDI MAEL ke 86688 … pergi mael pergi..popular kan diri anda.. aku juge support..haha..

tak ketinggalan, aku juga..huhu =p ~

cepat mael, sesungguhnya engkau mampu pergi jauh, ko memang popular di kalangan blog, ko ada keunikan sendiri

tp ko jgn kembang hidung aku ckp ni.

go go mael..semoga ko jadi lebih popular

ko lain la mael..dah popular skang!!

ko pon celebrity gak mae.

tak besh la jd celeb… takde privacy…

artikel dari seorang penggila populariti.. hehehe.. bagi aku, honestly, mereka tidak KOOL!! kau lagi kool mael.. cuma siapalah kau bagi mereka.. mungkin kau juga perlu bermain skuasy ntuk negara atau jadi DJ dario pula.. hakhaks..

haaha… lantaklah dgn GUA tu. Dunia la ni memang mengangkat martabat hiburan beb. Cuba kalo dunia la ni mengangkat martabat para blogger? Ha dh tentu si mail ni tercalon :)

Lets all blogger… we go slow n steady. hehehe

Cayalah mael. Good info. Aku doakan ko sebaris dgn mereka kelak, leh la mkn roti banjir. Kenduri tu kira ko nazar ke? Hu hu

P.s: ‘pelancong angkasa’ kita tu, rusia dah iktiraf die sbg angkasawan kan?

aku pun akan support ko 100% mail..

aku akan vote ko..peace!

mail aku bukan xnak ajak ko g photo hunting tu..pasal aku tanya edt dia kata ko mungkin ada class…so ko free tak 2& 3 feb tu? aku tgk list nama yg joint handal2 belaka..byk yg kita bole beljar ooo..rugi xpergi..pergi yek..

aiyok nk kene vote ke? syia bagi sokongan padu wahaha

Wah selebriti blogger tu. Yok mael kita ngeteh eheh

aku vote roti canai dan air sirap. :p

Aku nak makan roti canai.. nanti dah jadik selebriti jangan lupe lak nak buat kenduri.. dah popular semua serbu mael..

ha ha ha.. popular je serbu tak guna.. popular & banyak duit baru berbaloi serbu.. ye x? ;p

Catz, tiba2 aku teringat yg ko pernah janji sama aku sekeping roti nan.. ha ha.. jumpa itu hari lgsung x ingat :)

chot.. saje je aku tu, bikin2 jeles ko ajak Famia.. ha ha ha.. aku pun tatau lagi 2,3 februari ni boleh balik atau tak.. minggu sebelum tu insyaAllah, aku dah ke Langkawi :)

konfem aaa celebrities..ari tu kt rumpun pon da glemer…ahahah

btol tu…siap aku call ko nk konfemkan…ko tak angkat2…konfem ko celebrities…yg fobia dgn paggilan dr secret admire…

letih dail no ko tau…

haha..aku rasa..lagi meriah kalau nan cheese + tandori ayam + air bandung cincau… hahahah

Mael,

Gua…gua….gua…Gua caya sama lu…
Baik lu buat itu cool punya blogger post…baru la cool…nak gak tgk sapa yang ter cool antara yang cool dlm analysiz ko…

kalau aku buat entri pasal blogger paling kool, nnt aku tak include org lain dah.. ha ha ha

“….aku dapat bayangkan penghujung tahun 2008 nanti, sekurang-kurang’nya satu media arus perdana akan menyenaraikan 10 penulis blog paling kool di’Malaysia. Ha ha…..”

Takkan la pulak 10 sepuluh blogger tu ko kut? salah satu ye la juga….hi hi hi….Aku pulak mesti top 13700 punya la…belakang lagi bebbb

Memang bagus sekali golongan selebriti jadi blogger…so para blogger satu Malaysia bolehlah tumpang glamer..:)