Sahabat pena & globalisasi

Kembali ke tahun-tahun sebelum era internet bermula, satu-satu’nya cara termudah & termurah untuk berhubung dengan kenalan dari luar negara adalah dengan berutusan surat. Kenalan sesama kenalan yang berkawan melalui utusan surat dan poskad sering kita panggil sebagai sahabat pena. Aku, walaupun tidak pernah mempunyai sebarang sahabat pena dari luar negara, aku pernah mempunyai sahabat pena dari Kelantan yang pada aku cukup jauh ketika itu. Kelakar. Berkenalan melalui majalah & kemudian menjadi rakan yang berutusan surat setiap minggu. Nikmat menerima surat dari sahabat nun jauh di’sana memang tak ternilai. Setiap kepingan surat yang ada di’susun rapi bagai hendak di’simpan 1000 tahun lagi.
Siapa pernah berutusan surat dengan kenalan yang berada ribuan batu dari tempat kita berdiri sekarang?
Hari ini, aku melayari Friendster untuk kekal berhubung dengan rakan lama. Juga, Friendster memberi peluang untuk aku berkenalan dengan ramai orang dari seluruh dunia. Aku ada Yahoo Messenger! untuk aku lemparkan baris demi baris dengan menggunakan papan kekunci. Jika aku mahukan sesuatu yang lebih panjang, GMail menjadi medium perantara. Berita terkini dari seluruh dunia mampu aku nikmati di’hujung jari, bila-bila masa. Orang di negara A sedang memerangi orang di negara B. Tekan’kan sahaja di Google, apa yang kau mahu tahu, siapa yang kau mahu cari.
Terima kasih kepada satu sistem keramat yang mendekat’kan kau, aku & setiap orang dari seluruh dunia, globalisasi!
Popularity: 13% [?]
Comment by Wizurai on 6 September 2007:
Wizurai 1st…
sahabat pena aku masa internet ni belum meluas…
kalau kumpul surat² yg dpt mau satu kotak…
sekarang dah tak main surat²… ada peluang guna YM atau email saje…
Comment by Mohd Ismail on 6 September 2007:
yeah! awal ko bangun hari ni… ha ha ;p
*aku, surat tu semua dah ke’mana aku sendiri tak tahu.. ah ha..
*ayuh ke kuliah.. mlm td aku tak tidur & kuliah aku pg ini bermula jam 8.. nice!
Comment by rokudaime_jr on 6 September 2007:
Huh…..dulu kalau setakat surat2 ngan dak 1 kampung ngan aku…Itu pon kejap je….Ada la kot 6 bulan….Lepas tuh masing2 wat hal sendiri…Aku pon x tau mana dak tuh skang..Lost terus…Tp dulu memang best biler dpt surat…Hahahaha…Kenangan yg x dpt dilupakan…Dah nak bulan puasa,kalau dulu sebok bergaduh ngan kawan2 tgk sapa paling byk dpt kad raya.Sekarang kalau dpt pun dari sedara mara terdekat je.Harap2 kad raya ni xde la dilupakan terus dengan adanya sistem teknologi yg lebih canggih mcm sms,email dan YM….Heheheh…
Comment by arynet on 6 September 2007:
sahabat pena lebih meninggalkan kesan berbeza berbanding berkenalan dengan email atau YM.. hehe..
Comment by mijie on 6 September 2007:
sahabat pena memang betul2 meninggalkan pesan, bila berada jauh di kampus dan berutus surat adalah satu nikmat yang skrg mungkin dah ramai orang tidak merasainya…dulu hanya surat2 yang boleh berhubung untuk meluahkan perasaan…(*teringat masa zaman matrik dulu, habis je pengajian satu tahun, ada 3 kotak surat bawa balik humban dan sepahkan di kampung)
namun skrg dah ramai orang tak gunakan lagi surat, email,ym,sms dan berbagai cara lagi…semua teknologi dah canggih la skrg..
Comment by Ahmad uzair on 6 September 2007:
aku teringin nak ader sahabat pena..
Comment by shambie adzhan on 6 September 2007:
mase sekolah dulu, aku pernah ade penpal dekat UK, dia sgt cute dan cun..kiteorg slalu tukar2 stiker ;)
yeah Google Magic, sangat best!
kawan aku slalu “shambie tau tak ni.. shambie..tau tak tu.. shambie, macamane nk ____..”
suma nak tanye aku..carik icon dalam PShop pon nk kene tanye aku.. ape they think i’m a walking manual ke?
bukan marah sbb org mintak tlg.. im just wondering, they never heard of Google ke? :p
mesti dorg ingat aku sgt hebat, cause i usually know the answers to their problems!! WTF (Wow, That’s Fantastic!)
Comment by mixterr on 6 September 2007:
aku pernah hantar surat ribuan batu.. surat lebih feel dr friendster ngn email.. tp ade sistem ini kite lebih rapat.. terima kasih jugak!!
Comment by chot on 6 September 2007:
ofis aku block Friendster dan Yahoo Messenger!
Comment by beckzaidan on 6 September 2007:
aku dulu ada sahabat pena kat KL. lawa… cun. untuk chot, PADAN MUKA. ahahhaa
Comment by Qaiyum on 6 September 2007:
Tah. Kengkadang Dulu Rajin Gak Berutus Surat. Tapi Tak Kerap Sangatla. Lagipun Handwriting Aku Dulu Cam Jahanam. Buat Juling Orang Baca Je. Huhu..
Comment by Fahmishah on 6 September 2007:
aku belum pernah hantar surat untuk berhubung.tapi aku masih ingat email pertama aku daftar iaitu mfahmis@hotmail. mmg gembira betul bila ada akaun sendiri.sekarang dah tak kisah
Comment by Fahmishah on 6 September 2007:
tapi zaman itu dah berlalu…sekarang manusia makin rapat dengan internet
Comment by Rjuna on 6 September 2007:
waktu lepas SPM aku banyak terima surat, waktu itu aku join ruangan berkenalan dalam satu majalah (bukan kembang setaman ya), merasa la aku zaman pop+ular sekejap, dapat surat dari JB dari Kedah,dari Sabah, Selangor, aku pon masa tu naif, layan gitu2 je, yang cun je aku layan wakaka.
adala sorang awek yang melekat, selalu antar surat, waktu itu sms belum ada lagi, lepas ada sms, zaman surat-menyurat sudah pupus bagi aku, emel pon pendek2 je ayatnya.
budak2 sekarang mudah, pilih saja awek cun dari Myspace, Friendster, lepas tu dah suka ajak YM, tukar no., sms, dating,tunang, kawen, wau semudah ABC
Comment by duez on 6 September 2007:
chot..ko try yahoo web messenger or meebo
Comment by duez on 6 September 2007:
betul tu zaman sudah berubah.Tapi bagi aku, amat berbeza “feel”bila mana menerima sekeping surat dari satu email.
ada sesiapa nak menyokong aku tak?hahaha!
Comment by chot on 6 September 2007:
xbole gak…kedua2nya aku dah cuba…xpe lupakan je la..
Comment by chot on 6 September 2007:
xpe dah ada kamera ni lagi byk awek2 kandid yg aku bole shot…heheh
Comment by khairul on 6 September 2007:
hehe..tak pernah lagi berkirim utus surat ke luarnegara sebab tak pernah ada sahabat pena.
kirim ke seberang semenanjung penah la..hehe..kisah lame..tu pun tak lama sebab kenal kawan tu dizaman permulaan internet..dua tiga kali berutus surat lepas tu sambung berutus email pulak.
ermm..
Bro Ismail,apa kata lepas ni cerita pengalaman kali pertama menggunakan internet pulak?
Comment by saharman on 6 September 2007:
Aku mengenali kau dan kau mengenali aku dan keluarga melalui internet juga. Globalisasi……yeah….
Comment by Mohd Ismail on 6 September 2007:
ngeh3… aku berani kata, kad2 raya makin hari makin agresif di’gantikan dengan sms/mms segala… ha ha..
*industri pembuatan kad raya akan pupus… nanti.. ;p
Comment by Mohd Ismail on 6 September 2007:
dulu, surat-surat ni mana ada spam yang bisa membunuh keterujaan kita seperti yang ada dm inbox2 kita semua hari ni.. kan?
:)
Comment by arynet on 6 September 2007:
guna handphoen je… try agile messenger.
Comment by WaWa on 6 September 2007:
aku x pernah ada sahabat pena yang berutus surat, tapi dalam tahun 1999 aku ada gak sahabat email. haha. tapi x lama la.. friendster pula aku x gunakan untuk mencari kawan baru, tapi aku gunakan untuk menjejak rakan2 lama masa di sekolah. kalo aku x kenal, aku x add atau x approve. hoho.
Comment by WaWa on 6 September 2007:
tapi kalau aku, aku tetap akan lebih suka kad raya. haha.
Comment by rasso on 6 September 2007:
Globalisasi dan liberalisasi suatu yang perlu diharmoniskan.. tak gitew?
Comment by Mohd Ismail on 7 September 2007:
heh.. ko skang kat UK bukan wawa? ha ha.. makanya aku ada kawan blog yang jauh nun di bumi UK.. satu lg kemudahan globalisasi.. blog!
Comment by Mohd Ismail on 7 September 2007:
pengalaman pertama menggunakan internet? hurmm.. pengalaman pertama aku menggunakan internet x semenarik org lain.. byk benda2 lagho je aku buat.. ha ha
Comment by khai on 7 September 2007:
hihihi… sahabat pena luar negara? dalam negeri pon aku tiada.. tapi sahabat pena satu sekolah… ianya ada… time zaman mencari awek cinta2 monyet.. kelakar bila dikenang kembali… ngeee….
betul katemu wahai ismail.. skang ni guna YM je.. senarai member dalam YM pon dah panjang.. dalam myspace n friendster takyah cakap la… tapi mereka semua bukan rakan sejati.. ada darinya yang aku tidak kenal pon.. mereka hanya pandai ADD dan menjauh pergi..
Aku seperti kau mail.. tidak ingin mempunyai rakan sehidup semati.. aku pun ingin mati sendiri.. hehehe…
Owh, awek aku kini pun, jika kau tanye bagaimana aku boleh couple dan di mana aku melamar dia (aku ni pemalu kalau depan2), jawapannya mudah… Yahoo Messenger.. hehe.. mungkin inilah jawapan yang akan aku jawab bila di tanya anak-anak suatu hari nanti. InsyaAllah jika ada jodoh…
Comment by kidd on 7 September 2007:
salam. komentar pertama aku jatuhkan di sini. terkenang kembali zaman awal sekolah menengah. sumber sahabat pena aku: majalah Galaxie. Ada juga 2-3 orang berutus surat. Dah wujud internet,email & IM, maka surat menyurat mengundur diri. biarpun sms & mms pengganti kad raya, namun masih tak dpt lawan nilai kad raya itu sendiri. unik woo, feeling dia. aku yakin, kad raya masih akan terus menghidupkan suasana sambutan raya.
Comment by Mohd Ismail on 7 September 2007:
salam kidd :) oh ya.. Galaxie! aku hampir lupa dengan majalah mingguan berharga RM2 itu.. aku suka beli kerana penuh dengan poster2 artis.. ha ha.. cerita lama itu semua.. ;p
Comment by edt83 on 8 September 2007:
mm…aku da lama tgglkan shbt pena aku…dlu rajin giler…tatau bila masanya aku jadi malas..n terputus hubungan…
p/s ramai awek jek penpall aku…ahaha
Comment by edt83 on 8 September 2007:
aku pun sama…then irc…ramai membe chat aku…siap jumpe lagik..ahaha…then skrg ..smua da terputus..bz kot..:P
p/s membe irc pon pompuan gaks..:p
Comment by edt83 on 8 September 2007:
ahahah ape perkara lagho tu mail..ahahah…zamal jahilliah..aku pon pernah..:P
Comment by edt83 on 8 September 2007:
kawan2 pena aku…sila hubungi aku kembali ok..!!
Comment by od3n on 11 September 2007:
Lama da x ke mari. Pas bace pasal entri nie, aku terus tulih entri pasal aku dan sahabat pena aku plak kt blog. Aku nie memang kaki chatting. Dlm ym tue da ade brape ramai ntah. Dak klas aku kt u nie pon ade gak teman2 chatting aku mase pas spm dulu. Haha. Aku mmg bertuah..
Comment by hans yando on 16 September 2007:
aku suka kenlan sama sanda-anda dan bolehkah anda ijinkan aku berkenalan denganku silahkan surat menyurat melalui email ini : hans_yando@yahoo.co.id semoga anda sukses selalu dalam segala aspeknya.
Comment by ida on 7 December 2007:
sahabat pena??????hahahaha…..gw sich tau tuch ma artinya…..cm klo ditny pny pa ga,…..yach…gakkkkkk….hehehe
emg sich……dl bnyk bgt yg sk ma hal ky gt. cm mnrut gw,sahabat pena itu ga praktizzzzz….. luma bgt prosesnya, hrs nggu be2rp mggu u/ nggu blzan surat….
enkan skrg kan….bz pk zmz bahkan dah da internet tul gakkkkkk….