Salam Ramadhan. Jika Belum Terlambat Buat Kamu

Kita hampir menjengah ke pertengahan Ramadhan & ini ucapan selamat berpuasa rasmi dari aku. Bukan kerana tiada masa untuk update blog, tetapi kekangan psikologi yang orang panggil ‘malas’.

Hari ini genap 9 hari kita semua berpuasa. Percaya atau tidak, Aidilfitri lebih dekat dari apa yang kita rasa. 21 hari bukan lama. Dan, Aidilfitri tahun ini pasti berbeza (untuk aku sekurang-kurang’nya).

Tidak perlu tunggu Aidilfitri, Ramadhan ini sudah aku rasa sangat berbeza. Tarawih berlubang-lubang sebab malas.

Tema Blog Baru

Tema baru lagi untuk blog aku kerana aku rasa blog sudah menuju ke’arah baru. Blog aku bukan lagi blog semi komuniti seperti tahun-tahun lalu.

Aku hampir ketiadaan idea untuk menulis topik yang boleh membawa kepada perbincangan. Alam pekerjaan memang merubah gaya penulisan aku.

Dengan lebih ramai yang aktif di Twitter & Facebook, aku setiap hari cuba simplify pendapat aku dalam 140 characters.

Hujung Minggu Ini

Aku sudah siap mengambil cuti Jumaat ini untuk terbang ke Langkawi. Hari ini pun aku sudah ada satu perasaan jakun dalam diri kerana ini’lah pertama kali aku akan terbang dengan AirAsia.

Pergi bersama seorang teman & ini akan menjadi perkara paling gila aku buat dalam jangkamasa yang panjang.

Bercuti ke Langkawi dalam bulan Ramadhan bukan sesuatu yang aku biasa idamkan.

Salahkan AirAsia, mereka letakkan harga tiket termurah pada tarikh tersebut. RM63 untuk seorang pergi & balik. Aku beli tanpa sedar.

Sambutan hari kemerdekaan tahun ini tidak akan semeriah tahun-tahun sebelumnya kerana H1N1. Tidak mengapa. Semangat dalam diri itu yang penting (jika ada).

Kepada mereka yang ada di’Twitter, sila letakkan #merdeka di’hujung tweet anda sepanjang dua hari ini. Jika kena cara, dunia akan ucapkan selamat hari kemerdekaan ke 52 buat kita. Ayuh!

Comments

20 Comments so far. Leave a comment below.
  1. Fuh! Sangat COOL (Tema blog)!

    Salam Ramadhan juga.=)

  2. sentiasa berubah nampak gayanya theme blog nie :)
    terkejuk hgk aku, ingatkan salah lalu tadi…

  3. salam ramadhan buat ko juga mael.

    terbang langkawi, berjalan-jalankah? he3.

    tema baru yang cun!

  4. not,

    tema blog yang sangat hebat..

    tahniah mail..

    salam ramadhan.

  5. oh woooow. cool. ingatkan salah masuk blog td. hoho.

    slm ramadhan ;)

  6. murah betul tiket terbang tu. fuhh

  7. wow theme baru yg smart n lawa, amboi siap letak no.phone tuh cam fesbuk plak

  8. wah…sangat cantik tema blog kamu…salam ramadhan juga ^^

  9. smart sungguh tema baru ini.menarik perhatian

  10. Selamat berpuasa Mael!

  11. rai,

    nice theme…ajar sket

  12. h3r0,

    gempak gile theme nie…

  13. mesticun,

    salam ramadhan
    theme baru yang lebih hebat…macam iphone 3g

  14. mana ko dapat theme nih haa..

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?