Sebab kenapa kau perlu berkahwin sahabat baik

Statistik menunjukkan yang entri berbaur cinta menarik lebih ramai gadis-gadis ke’sini. Ha ha.

Sebuah entri tulisan seorang gadis bernama Ika (nama macam familiar) menarik perhatian aku untuk memberi respon. Sebenarnya sudah lama aku ingin kemukakan pandangan aku yang satu ini tapi masa sahaja tidak sesuai.

Dan sekarang, oleh kerana entri yang lepas masih di’ingati, aku tampilkan sebab kenapa kau perlu berkahwin dengan sahabat baik kau sendiri — menarik ‘kan untuk di’bincangkan?.

Pertamanya, entri ini bukannya menyuruh kau call sahabat baik kau sekarang juga & ajak berkahwin, tetapi jika kau ada rasa yang sahabat baik kau menunjukkan bibit-bibit mahukan sesuatu yang lebih dari hubungan sekarang, kau patut terima. Ini sebabnya.

99% dari orang yang bercinta mengharapkan pasangan mereka merupakan soul mate mereka yang telah di’tentukan oleh Tuhan. 1% lagi adalah gay. Jika kau mahu pasangan kau menjadi soul mate, kau perlu pilih seseorang yang tidak jauh beza sifatnya dengan diri kau. Dan kebiasaannya, orang yang tidak mempunyai sifat yang jauh berbeza dengan diri kau adalah sahabat baik yang telah bersama kau buat bertahun-tahun lamanya.

Orang kata, perbezaan itu satu cabaran dalam perhubungan. Come on. Bagi aku, cabaran itu hanya keterujaan hormon dalaman yang bersifat sementara. Lebih-lebih lagi jika perbezaan yang ada itu sangat ketara. Selepas sebulan, dua bulan atau setahun, kau akan merasa letih untuk menghadapi perbezaan yang ada & kau akan mula selesa dengan mereka yang mudah untuk bersetuju dengan pandangan kau atau sekurang-kurangnya tidak membantah dengan keterlaluan. Siapa orang itu? Sahabat baik kau.

Orang kata, persefahaman itu boleh di’bentuk semasa bercinta & selepas kahwin. Aku kata, itu sesuatu yang membuang masa. Antara matlamat penting perkahwinan adalah untuk kau hidup selesa & selamat dengan orang yang kau sayang. Perhubungan yang penuh dengan permainan untuk memahami antara satu sama lain adalah sangat karut — hidup akan lebih enjoy bersama mereka yang sedia memahami kita (dan begitu juga kita).

Konsep stereotaip yang di’pegang orang sekarang adalah membentuk kekasih hati menjadi sahabat baik. The truth is, kekasih hati tidak akan menjadi seorang sahabat baik sebaik sahabat yang kau mulakan tanpa apa-apa niat.

Persahabatan selalunya bermula tanpa kau berniat untuk hanya menunjukkan yang baik-baik sahaja di’depan mereka. Kau menerima dia seadanya dia, dan dia menerima kau seadanya kau. Apa yang selalu kita lakukan di’awal fasa percintaan? Hipokrit tanpa sedar yang ramai orang sanjung sebagai jalan menuju cinta sejati. Tahi.

Popularity: 9% [?]

There Are 34 Responses So Far. »

  1. huhu..entri yg bersifat magnet m’buatkan ak nk komen lpas lme xkomen..haha..bkan ape..ksah nie t’jdi kat ak bro..daripada kawan menjadi sahabat menjadi awek..

    tp entri ko nie sungguh melawan kate2 pakar motivasi mcm Dr. Fadzilah Kamsiah..haha..dieorg pesan cari pasangan yg saling-melengkapi,yg berbeza..

  2. saling melengkapi & berbeza perwatakan ni lain aku rasa.. perwatakan yg hampir serupa juga sebenarnya boleh melengkapi satu sama lain..

    berbeza perwatakan ni selalunya membawa kepada argument yang pelik2.. =) tatau la kalo dr situ boleh membetulkan silap pasangan..

    pasangan yg mempunyai perwatakan hampir sama cenderung utk berbincang dr bertengkar.. =) *ada la kes aku.. ha ha*

  3. wacha! aku terpaksa baca 2 kali entri ini untuk mendapatkan kefahaman yang menyeluruh.haha

  4. pening lalat aku baca. Ayat level tinggi nih.. kuasa asura peringkat ke 18..

  5. tiga empat kali gak aku revise artikel ni utk bagi ayat semudah mungkin.. haha..

    nampaknya cinta mmg kompleks.. dgn entri2 aku jd kompleks..

  6. ops! tlg buang ping itu huhu

  7. menarik labih ramai gadis ye hehe

    hurmm…
    xde nak komen ape2 coz dah tls dlm entri sy

  8. kawan baik aku ?
    dh ada pakwe
    sigh ..

  9. hurmm.. *angkat kening*

    blaja sesuatu yang baru :D

  10. Bila kawan2 aku tanya, aku nak perempuan yg macam mana? Memilih sangat la kau ni. Aku cuma jawab..aku tak kisah sngat macam mana pun, yg penting dia sayang aku dan dia memahami aku. Dia sayang aku sebab sifat dan telatah aku, bukan sebab kehenseman aku(huhuhu, perasan)!

    Orang yang paling memahami aku adalah dari kalangan sahabat aku..dan ramai sebenarnya yg aku berkenan, cuma tak sampai msnya lg…

  11. Wah.. Mael Dah Jadi Dr. Chenta ?? Hehe.. Cayalah..

    Awek Aku Skarang Ni Suatu Ketika Dahulu Pernah Menjadi Musuh Buat Satu Waktu Ketika Yang Agak Lama.. Haa.. Cmane Tue ?

  12. hmm!.. sekali lagi aku tak setuju dengan entry mael.. ha! ha! ha!.. aku rasa ko memang failed lah mael bab2 cinta nie.. ho! ho!.. lawak keras..

    berkahwin dengan sahabat baik sebenarnya akan membuatkan hidup kau terasa lebih bosan. Memang sebelum berkahwin.. kau rasa hanya sahabat baik kau lah sahaja yang memahami kau.. itu hanyalah fatamorgana.

    Hakikatnya, apabila selepas kahwin.. ianya hanya akan mewujudkan kebosanan melampau di dalam hidup kau. Kerana, semua perkara tentang dia engkau telah pun engkau ketahui.
    Tidak banyak yang boleh di”explorasi”kan selepas kau selesai bersalaman dan menerima akad. Semua “misteri diri” pasangan kau yang membawa kepada keseronokan di alam rumahtanga sudah kau ketahui. Jadi.. tiada nikmat misteri yang akan dapat kau temui lagi. (aku bukan cakap dari aspek sesksual yer!)

    percayalah.. bercinta (mengenali pasangan) selepas bernikah adalah lebih manis daripada kau bercinta (mengenali pasangan dan menjadi sahabat baik bertahun2) sebelum perkahwinan. Dan hakikatnya, memang itulah yang disarankan oleh agama.

    Dulu aku kurang percaya dengan pandangan/nasihat/ungkapan tersebut.. ertapi selepas berkahwin.. aku rasa.. pasti aku akan lebih seronok jika aku tidak mengenali pasangan aku sebelum ini. ho! ho!

    Takperla.. mungkin kau akan faham apabila kau sudah bergelar suami kelak.

    P/s:- Susah-susah.. suruh je mak ayah ko carikan!

  13. bosan + tak ada apa nk explore = itu perkara biasa yang org bgtau tentang perkahwinan dengan sahabat baik sendiri.. kalau di’tanya pada semua org, itulah jawapannya.. aku cuba melihat dari satu sudut lain & selari dgn motto blog aku.. ah ha ha

    “Kerana, semua perkara tentang dia engkau telah pun engkau ketahui..”

    ini sebenarnya boleh lead kepada dua perkara.. yang baik & yang buruk..

    sahabat baik cenderung utk tunjuk semuanya depan kita sepanjang perkenalan.. baik & buruk even tak tunjuk pun, dia akan cerita sendiri..

    kekasih, akan cuba sedaya upaya selindung keburukan walau sebesar kuman & tunjukkan sebaik2 sifat kerana mahu menjadi perfect di’mata pasangan.. selepas kahwin, selalunya satu per satu akan di’tunjukkan..

    jarang’lah aku rasa sifat baik ini semakin terserlah lepas kahwin.. jika ada, itu bagus..

    pandangan aku ini apply kepada mereka yg mempunyai sahabat baik yg dah mula cenderung utk mengikat cinta.. mereka yg mahu mengenali pasangan lepas berkahwin, itu terkecuali.. =)

  14. haishh. ko tu yg x faham hint2 dia dulu tu kot.. bab musuh jd kekasih ni, ko tanya NizamNuri.. awek dia skang adalah musuh dia masa sekolah menengah.. =)

  15. Hoh! Mael, walaupun aku masih muda, tapi aku lebih setuju dengan Shuth kali ni.Zaman bercinta dan zaman dah kahwin memang berbeza. Hakikat, kita lelaki memang tidak boleh lari dari kebosanan.

  16. *Zaman bercinta dan zaman dah kahwin memang berbeza..*

    itulah yg aku cuba nak beritahu.. kenapa kita perlu membezakan zaman bercinta dgn zaman berkahwin.. kalau org kata itu kenyataan, kita boleh ubah dgn pendekatan baru.. jgn ada beza zaman bercinta dgn zaman berkahwin.. (juga bukan bercakap dr segi seksual)

    kalau kita bosan, kita sentiasa boleh lakukan sesuatu utk hilangkan kebosanan..

    letih dengan ragam pasangan akan membuatkan kita ingin lari..kalo dapat pasangan yg baik sebelum & selepas kahwin xpe beb..

  17. Perkataan allergy aku ialah KAWEN..argh.. :P Lari lari

  18. wah Mael.. Satu entri yg bernas. Antara kau dan Shuth, kedua-duanya ada isi.

    Tapi aku lebih prefer bercinta dengan sahabat lebih baik. Aku sebagai lelaki, aku mahukan seorang perempuan yang boleh menjadi kawan hampir setiap masa dan menjadi kekasih pada masa2 tertentu.

    Sahabat+kekasih lebih senang kau ingin berbual. Tak perlu hipokrit.

  19. Aku kadang-kadang terfikir jugak nak kawen terus, tak payah bercinta. Tapi…. boleh jadi ke macam tu? Walaupun dah ramai yang berjaya guna skill macam tu, tapi bagi aku yang jenis CEREWET nak pilih pasangan, itu bukanlah satu perkara yang bijak. (*ketepikan sebentar soal saranan agama itu*)

    =”Persahabatan selalunya bermula tanpa kau berniat untuk hanya menunjukkan yang baik-baik sahaja di’depan mereka. Kau menerima dia seadanya dia, dan dia menerima kau seadanya kau. Apa yang selalu kita lakukan di’awal fasa percintaan? Hipokrit tanpa sedar yang ramai orang sanjung sebagai jalan menuju cinta sejati. Tahi.”>

    Aku suka part ni. Memang benar kata-kata ko. Aku memang super-duper-benci hipokrit yang hanya tunjuk2 baik semata-mata nak dapatkan cinta. Tapi bila dah bercinta, tak mampu lagi nak terima keburukan masing-masing. Apa dia ingat kita semua ni malaikat nak baik-baik je….. TAHI.

    SEKIAN.

  20. Argh..Aku susah la mael nak aplikasikan entry ko nie..Sahabat baik aku adalah laki..adeh..xkan aku nak kawen ngan dia..gila shial…ahahha..aku tidak setuju..kawan baik tak usah dikahwini.kekasih adalah kekasih,sahabat baik adalah sahabat baik.Ada perkara perlu dikongsi bersama kekasih,ada perkara perlu dikongsi bersama sahabat.Rugi nanti.Bila dah kawen ada masalah,ko perlu merujuk kepada sahabat baik ko.Kalo sahabat baik pon dah jadi pasangan,kepada siapa lagi ko nak mengadu domba?Kucing siam yang berkeliaran yang suke menggesel2 dikaki mintak dimanjai?

  21. Nak cari orang yang sama cam aku???
    Susah mail..
    Aku tak berminat ngan wanita yang pendiam..
    Dah aku pendiam, orang umah tak banyak cakap…
    Mana ada persefahaman..
    Ntahlah kita tgklah camne nanti…

  22. Lelaki dan perempuan selalunya tdak boleh menjadi sahabat baik kerna halangan pertama yang bakal ditempuhi ialah cinta

    memang sesetengah orang akan berkata bosan bila dah kawen nanti, tapi hubungan boleh bertahan lama kerana si dia sudah memahami sebahagian dari perangai dan tingkah laku kita, takde masalah la,

    kalau niat nak kahwin tu betul bahagia jugak, tapi kalau kawen sekadar nafsu dan terikut-ikut orang lain, ko ada masalah nanti

  23. wah! best2.. saffa setuju.. :P
    sbb itu sblm approach someone jadi kekasih hati.. kita kena bkawan dulu..
    cuba faham serba sedikit ttg diri masing..

  24. faham memahami itu penting..
    untuk memahami seseorang lebih mudah ialah kepada sahabat yang terdekat….
    Biasanya sahabat terdekat jugalah yang lebih mamahami kita.
    Orang yang lebih memahami kita itulah orang yang kita merasa senang dengannya.
    Bila kita rasa senang dengannya,,,, maka lebih mudahlah terbitnya bibit cinta.
    Sebab itulah kita mungkin akan mengahwini sahabat kita itu…

  25. setuju! hidup sebumbung dengan pasangan yang punyai kekangan yang tinggi perbezaan sifat amat menyusahkan.

    pada mulanya nampak ok tapi lama-lama ia akan menjadi sucks!

  26. aku tidak setuju… kerna bagi aku, sahabat baik ialah SAHABAT BAIK!
    Sahabat baik sebagai kekasih? No! NO!

    Sebab aku pernah tersepit dengan cinta yang sungguh kompleks dan rumit. Sahabat baik menjadi kekasih, but in the end… i realized that i don’t love him. I do love him, but as a best friend.

    Kami rapat, kongsi kisah suka dan duka, kami bestfriend… but deep down inside, aku kekok dia menjadi kekasih aku. Aku rasa pelik. Tak timbul pun rasa cinta, excitement!

    Aku minta putus (kerna aku CINTA kan lelaki lain). Kami bergaduh, and he went oversea… leaving me without goodbyes. Took us more than 2 years, to be friends again. And sekarang pun, (thru phone calls) I do feel awkward sumtimes… and guilty for breaking his heart. *sigh*

    sekian, terima kasih… aku jahat :(

  27. Kebarangkalian untuk seorang leLaki & wanita untuk bersahabat baik memang ada tapi kebiasaannya persahabatan akan bakal bertukar kepada rasa cinta.

    Aebab itu kewajaran sesebuah perkahwinan itu untuk saling menjadi sahabat, kekasih dan teman. Frasa tak kenal maka tak cinta memang seringkali diadaptasikan dalam kehidupan tapi kena tengok pada keadaan juga.

    Ada yang pernah kata biar persahabatan yang mengikat kerana andai sesuatu terjadi dalam persahabatan tak mungkin persahabatan kita putus kerana seorang sahabat yang baik boleh menerima sahabatnya seadanya…seharusnya dipraktikkan dalam percintaan. Namun andai hanya ada ikatan cinta sahaja tanpa persahabatan pasti kelak bila cinta sudah tiada, segalanya musnah….berlakulah permusuhan.

    chow chin chow….

  28. erm…ada betulnya…

    adakalanya sahabat baik akan terus kekal menjadi sahabat baik.. dekat d hati tp bkn soulmate..

    persamaan dan perbezaan perlu seimbang.. terlalu byk persamaan pn penghujungnya mewujudkan rasa bosan..dan terlalu berbeza pun penat jg hati dan perasaan..takut terus retak tak kesampaian..
    baiknya biarlah semuanya pd kesederhanaan..

    asasnya kita tak memerlukan sebab utk jatuh cinta…
    jodoh jg serupa…kita hanyalah watak dalam satu percaturan takdir yang telahpun tertulis..
    samaada suka ataupun tidak..tidak pernah ada kesempurnaan dlm perkahwinan..dan ketidaksempurnaan itulah hakikatnya asas mendapat kebahagian..

  29. ++aku nmpk die ngan org len sure ak jeles.
    ++nmpk die sdg jln2 n borak2 ng org len sure ak laagii….jeles
    ++nmpk die ajr dak ppompuan len ak cm suspicious je

    sbbnye,bdk laki tu mmg kwn baik ak.sume org taw die baik ng popmpuan pun ng aku je.AKU SAHAJA.haha.MKN NG AKU,STUDY NG AKU,TMN DIE BLI BAJU PUN MSTI NG AKU LA PENEMANNYA,CITE MSLH KT AKU,TENSEN LPS KT AKU,NK MRH2 ORGPUN NGADU KT AKU…

    tp kn ble die bek ng pompuan len ak pun jeles..ishh…apekah makna di sebalik ini..
    *hua hua hua ter jiwang laks..

    tpkn bile ak pikir2 balik..aku xcinta pun kt die..bile ak wt penyataan cmnikan adela respon2 yg ak dgr

    “elleh,korang nk cover cinta korang ng frenship konon..!!”
    “ye ker…korang je malu2 ne xnk ngaku kape…”
    “ish..aku igt korang in love selama ni…”

    tp MMG BNR.ak xcinbta kt die sketpun..tp syg sbg sahabt baik..mcm gamily sdiri.sbb ape..cara k ckp n gadoh ng die mcm cara ak ckp+gado ng family members…
    xkn ak nk wt suami aku kot?
    msti la ak xhormat die nt..xpun ssh nk ubah dr status kwn bek kpd cinta
    tp die pun ckp die xcinta ak pun…
    cume sbb kitorang bek sgt…jd klo one of us duk ng org len mmg saling jeles la kn..

    jd ak nk ckp…klo korang rse kamcing ng kwn bek laki korang..
    xsemestinye korang rse korang cinta kt die sbb perasaan jeles yg wujud..
    pk btul2… jgn kapel sbb perasaan yg keliru…
    kay?

  30. silakan mula pasang angan2 untuk kahwin 4…

  31. sedikit atau banyak pastinya ada sekelumit kasih dan sayang kalo dah berkenan akan sahabat baik yang bergelar wanita…

    lebih2 lagi kalo sahabat baik semenjak dari kecil lagi… hahahahaha…

  32. nanti aku kawen, aku citer kat sini best ke tidak..hoho. Takpe, ada chance 3 kali lagi. huahuahua…

  33. salam…datang menyinggah n terpanggil untk mengomen entri ini walaupun sudah lame entri ini ditulis…

    nak bagik pendapat sikit je. rasanye kawen ngan best fren tu agak bagus, becos, tak kira lelaki or perempuan, sentiasa akan lebih perlukan sahabat dari kekasih.jadi, kalau kawen ngan best fren, boleh same2 explore dunia kawen tu dengan lebih terbuka, which means, masing2 tak perlu nak terasa hati antara satu sama lain dengan bende yg remeh temeh sebab masa jadi kawan, sume2 bende2 kecik tu dah ditunujukkan. so, boleh concentrait on how to build a strong healthy family, so boleh menjana generasi yang bagus di masa hadapan…

    cuma, aku nak cakap kat sini, adalah satu kepantangan untuk bercinta dengan kawan baik sendiri. sebab semua perkara akab bercampur aduk, perasaan dengki a jelous tu akan berganda2 banyaknye dari ko bercinte ngan org yg bukan best fren. secara tiba2, samada ko sedari atau tak, u will expect more from him or her. sentiasa akan ada rasa syak wasangka…

    jadi, moralnye, kalau nak kawin ngan best fren,jangan bercinta ngan die before kawin.dah kawin, da lulus akad nikah, baru convert sayang as best fren tu pada bini,buah hati pengarang jantung,kekasih dunia akhirat n what so ever…

    mekaseh… :)

  34. Kahwin!!!!!!!!!!!!
    No WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAY

Post a Response