Sebab Kenapa Kau Perlu Hargai Kegagalan

Malam ini tadi, adik perempuan aku yang akan mengambil SPM akhir tahun ini datang ke’bilik dan menunjukkan kertas keputusan Matematik Tambahan di’bawah 50%. “Sikit je lagi nak gagal ni haa..”.

Aku mula teringat akan sistem persekolahan yang meletakkan satu taraf negatif dalam pencapaian akademik yang sebenarnya membentuk manusia yang takutkan kegagalan. Bukan sekadar takutkan kegagalan, sistem ini juga membentuk manusia yang takut mengambil risiko & membuat kesilapan.

Ingat lagi akan saat kali pertama kau mahu menunggang basikal? Kau jatuh, kau bangun semula & kau jatuh lagi. Selepas itu kau bangun lagi (walaupun lutut sudah berdarah luka) kerana ketika itu kau memandang kegagalan sebagai satu perkara yang membawa kebaikan. Alangkah positif’nya hidup seorang kanak-kanak. Kenapa kita tidak bawa persepsi itu sehingga dewasa? Kenapa kita perlu takutkan risiko, kesilapan & kegagalan?

Our greatest glory is not in never failing, but in rising up every time we fail. - Ralph Waldo

Ini antara sebab kenapa kau perlu menghargai sebuah kegagalan lebih dari sebuah kejayaan.

  1. Kau belajar dari kesilapan. Semua orang tahu ini, Setiap kali kita buat kesilapan atas tindakan kita, kita akan belajar sesuatu yang baru & juga ia mengajar kita supaya tidak mengulanginya. Tetapi, masih ada antara kita yang terlalu fobia akan kesilapan. Perlu di’ingat, mereka yang tidak pernah gagal adalah mereka yang tidak berbuat apa-apa dalam hidup sebenarnya.
  2. Kegagalan adalah pembelajaran. Katakan kau kini dalam bidang perniagaan & kau mencuba satu teknik pemasaran yang memakan belanja RM1,000 — dan gagal. Di’sini kau belajar (dengan yuran yang tinggi) bahawa teknik tersebut tidak berkesan dengan sistem perniagaan kau & kau tidak akan ulangi lagi. Pengalaman & pengetahuan yang kau dapat bernilai lebih dari RM1,000 tersebut. Jika kau tidak mencuba, kau tidak akan tahu ‘kan?
  3. Remember the two benefits of failure. First, if you do fail, you learn what doesn’t work; and second, the failure gives you the opportunity to try a new approach. - Roger Von Oech

  4. Kau akan semakin kuat. Kegagalan seharusnya menjadikan manusia lebih kuat. Jika kegagalan membuatkan seorang manusia itu lemah & mahu mati, sebenarnya dia telah gagal sejak awal lagi. Kegagalan akan membuatkan lebih yakin untuk mengambil risiko & tegar akan kesilapan kecil.
  5. Kau sebenarnya menghampiri kejayaan. Sama kes seperti kita mula-mula mencuba menunggang basikal, setiap kegagalan & luka di’kaki adalah tanda kita semakin mahir menunggang basikal. Jadi, jangan takut untuk gagal. Jika ada idea, lakukan sahaja. Gagal atau berjaya itu belakang kira — yang penting kau cuba.

Untuk adik perempuan aku, aku sudah mulakan pelan intensif seperti mana yang aku lakukan dahulu semasa mahu SPM supaya gred Matematik Tambahan beliau menjadi lebih baik — dan aku akan juga suruh dia baca entri ini. Jangan takut untuk gagal. Takut’lah untuk berada di’zon selesa. Wooo!

Popularity: 14% [?]

There Are 69 Responses So Far. »

  1. aku takde adik perempuan… :)

  2. gagal itu seronok. mael.. ko apply jadi editor la kat mana mana majalah @ paper.. sure aku langgan.. huhu

  3. pasal menda “fail” nih aku suka tgk manusia yg “fail” kat failblog.org/ semua jenis fail ada kat sana….

  4. bob,
    gua ada, lu pun ada ..wakakaka…

    mail,
    macam mana? aku jeles nie sebab aku takde adik pompuan… :)

  5. huhu.. ada ada.. mael. kasi pinjam adik lu pada rohaizad..

  6. cadangan aku. Suh dia ikut kelas tusyen. Tapi kene strugle la. Nak harap diri sendiri. Kalau malas dan takde sokongan, memang anytime je leh failed add math ni. Dulu, aku failed tiap2 kali ujian sampai la trial.

    Tapi bila SPM. Aku dapat 5C. Oklah tu untuk orang yg terer cam aku..

  7. aku rasa aku nk menulis kat maskulin ar.. ha ha =) best lg menulis kat blog Bob.. ko nak langgan pun free2 je.. he he

  8. aishh.. x boley.. adik aku kecik lagi ni ha.. biar aku je bela.. ha ha =)

  9. failblog.org ni sama ke ngan failblog.wordpress.com tu?

    ha ha.. serunuk layan fail sengal gitu.. sila ke’sana kawan2.. aku rekemen =)

  10. haaa baguslah tu mail, ko nulis kat maskulin.. biar aku try test tengok tuah aku kat majalah wanita…

    * nama saya faridah! :)

  11. yup sama sj - dah beli domain sendiri mamat tuh….haha…mungkin sbb traffic site dia bagus kot..

  12. Add math . satu saja . kau buat latihan . kau boleh buat . Tipulah kalau kata dah buat latihan tapi tak boleh lagi . =)

  13. Gagal tidak bermakna tidak akan berjaya..tak perlu takut2..takut itu perasaan yang boleh membawa kegagalan buat selama-lamanya..

  14. Ya… perlu takut di zon selesa.

  15. Mat.. mmg kena banyak latihan. Dia nak tahu jawapan.. LATIHAN. Berani gagal.

  16. Biasalah tu kegagalan adalah suatu yang sukar nak dielakkan..
    Belajar dari kegagalan lebih baik dari terus berjaya tanpa menghadapi onak duri

  17. Kegagalan adalah benda paling manis apabila sudah berjaya

  18. takde gagal.. takde la kejayaan.

  19. aku setuju. Ramai orang kita takut nak amik risiko dan takut untuk gagal. Gagal sekali tak bermakna kita gagal selamanya. Hidup takkan bermakna kalau kita takut utk mencuba sesuatu hanya kerana takut gagal. ITU MANUSIA BODOH! hehe.. kasar sedikit..

  20. betul2….ia manis bila ia dijayakan kembali..ah..nikmat..kepuasan…

    gagal itu merupakan satu langkah ke arah kejayaan yang lebih besar.

    tapi,gov skang gagal la..

  21. adik perempuan ko cun x ? haha :P

    erm .. patut tajuk kau . kenapa kau perlu hargai reject dari seorang yang kau suka
    hua hua hua

    erm . kenapa kita jatuh ? supaya kita belajar bagaimana hendak bangun .
    :)

  22. Mail, hari ni aku ada trm satu email dari maybank2u..aku rasa x sdp hati. Jika kau dah tahu try tgk btl ke tak tu psl penipuan maybank2u tu..aku ada post dlm blog aku..kau seorang otai jd aku minta pndgn kau saja krn aku takut aku gagal dlm menyampaikan mksud sbnr. Orang yg gagal ialah orang yang tidak mampu memberi kebaikan sesama sendiri.

  23. kejayaan adalah satu kepuasan dari kegagalan yang lalu.
    Macam sasterawan pula … he he

  24. Besela TU. Aku Relek Je Add Math Selalu Fail Dulu. Hahaha..

  25. Aku kat U dulu…lama dah ..pernah gagal Math Calculus 216 kalau tak silap, tapi kegagalan tu mengagalkan hidup aku untuk beberapa tahun… tapi kalau gagal Add Math SPM tu bahaya jugak…kerana siapa yang gagal SPM tu selalunya ( bukan semua ) akan gagal dalam hidup. Bermula dengan gagal masuk U dan seterusnya …….bukan semua…. Mak Cik Limah jual nasik lemak sekolah sampai darjah 6 pun boleh kaya ….untuk kaya dapat kira campur, tolak ,bahagi dan kali dah cukup . Tapi kaya dan berjaya tu sama kah?

  26. kalau kau buat sesuatu dan au gagal, sampai bila2 kau akan ingat sebab kegagalan kau. lebih efektif kesan pembelajarannya dari kau membaca. aku pernah rugikan projek company aku RM100k. dr situ aku belajar knp boleh jd begitu

  27. haha. kebetulan pulak aku baru gagal dalam exam baru2 ni.
    pertama kali aku rasa kegagalan. demit.
    tahniah mael, artikel ni bjaya cheer up aku balik. huhu
    ^^

  28. huhu..
    aku pun baru fail addmate..
    25% je..
    apa ntah yg aku dah belajar dua tahun ni..
    mcm mana lah SPM aku nanti..
    Tapi aku akan cuba untuk dapat sekurang-kurangnya C SPM nanti.
    Aku akan buktikan !!

  29. nulis kat URTV ker, HAI ker ok gak mael..
    buat report sal artis sambil mengutuk.. hehe..

  30. huhu.. aku dulu fail jugak add math.. hehe..

    sokong bob pasal gagal tu seronok..
    seronok bila kita terkenangkannya setetah dah berjaya..

  31. entry yang menarik… =) most of people takut untuk gagal and it makes them kurang berdaya saing..

  32. saya dlu mls buat latihan tapi sy selalu tengok n belek2 n baca skalik contoh jawapan. ni kes saya ni mmg malas nak buat latihan walaupun byk gila cikgu bagi.

    dah nak sambung blja ni pun ada lagi kertas trial negeri lain yang saya tak buat XD

  33. seronok ke gagal? takutnya cukup mengerikan ramai orang… apa yang nak seronoknya kalo dah gagal dalam kehidupan… semuanya dirundung malang…? memang tak seronok aaaaa….

  34. saya puna da terima email dari maybank2u… ada manusia sengal nak buat hal nak tipoo duit orang… harap hati2 dengan maybank palsu tersebut…

  35. kegagalan itu pasti. Tapi kejayaan itu kurang pasti. Jadi, usaha lebih untuk lebih gagal..

  36. Berjaya adalah sesuatu yang subjektif .
    Terpulang kepada matlamat kita untuk tentukan sama ada kita dah berjaya atau tidak .

    peringatan untuk budak sekolah .. jangan jadikan buku sejarah sebagai buku/ubat tido sebaliknya learn something from it supaya x menjadi pemimpin sekarang yang masih x belajar something dari sejarah .
    :)

  37. akoo nk komen terbalik bleh?

    akoo gagal dlm menghisap ganja dan rokok. gagal kah akoo. heee!

  38. ha ha ko ni budak merah.. itu kejayaan tu.. =) jgn la di’dekat menatang setan tu.. buang duit satu hal, binasa badan satu hal..

    tahniah utk ko kerana gagal!

  39. oDiN, sempat lagi tu dlm beri nasihat kat adik2 selit ‘pesanan’ buat pemimpin.. he he =)

  40. kegagalan yg amat menarik unt d kongsi…

  41. Ya, kalaulah aku berhenti masa dah rugi 10k start buat affiliate dulu, aku xkan berada pada tahap aku sekarang..jangan berhenti belajar.Analisis setiap kegagalan sebelum ko jumpa satu resepi kejayaan. kau takkan dapat kemanisan sekiranya kau tidak menempuh kepahitan.

  42. Mail, kau cakap kat adik kau macam ni :

    ‘ek, eleh, rilek ler dik, ada sorang kawan blogger abang tu kan, nama dia apisz, markah add.math dia 29% jer’..ahaks :P

    Oh yeah, walaupun aku gagal add.math (exam bulan 5 aritu) tapi aku takkan stop suka add.math.Satu subjek yang unik.Serius, walaupun markah add.math aku paling teruk tapi aku tetap suka add.math .

    *Aku happy dengan markah periksa kali ni.Walaupun ada fail tapi ada 3 subjek aku dapat highest dalam kelas.Haha.

    *kirim salam kat adik kau mail. :)

  43. gagal la aku nak buat post2 ala glamer cam ko neh. hehe :)

  44. pernah kau gagal..dalam peperiksaan contohnya…kalau tak pernah , aku rasa susah nak rasa..seperti (jangan main api nanti melecur, tapi kau main jugak, bila dah kena kau dah rasakan sendiri)

    untuk masalah kegagalan nih aku dah rasa dan sedang merasai..aku pada bulan 10 nih ada peperiksaan STAM(lebih kurang macam STPM, tp lebih kepada agama) aku gagal dua subjek. jadi aku check blik kat mana silap aku..bila kita muhasabah dalam diri baru kita tau yang seblum nih kita byk main kurang belajar.. jadi aku mula belajar….

    belajar nih macam naik GUNUNG…kegagalan itu halangan nya…tengok saja mereka yang sampai ke puncak pasti puas…mereka melihat kembali kepada halangan(kegagalan) mereka untuk pergi lebih jauh…bila kau di puncak kau merasai puas…

  45. bersedia untuk gagal..

  46. jangan dah gagal, tapi tak mau ingat jugak sudah lah, hu hu

  47. haah tu ubat tido feveret saya kat skul..nengok muka cikgu sejarah pon dah menguap XP

  48. ni terbalik plak heheh

  49. bila aku gagal mesti aku rasa something. hehe :)

  50. betul tu bob.kalau nak apply kat TheStar aku bleh tlg paskan resume.hehehhe

  51. kalau hang menulis kat maskulin bleh la tulis pasal aku..”Razif Jejaka Idaman” hehhehehe

  52. gud luck for ur sis.. add math sy dulu tak la bagus.. tp oke la, add math, buat latihan sebanyak yg mungkin. sebab soklan dia lebih kurang sama jer, corner2 sket jer… kegagalan… mengajar kita utk terus hidup, bila kita terjatuh, baru kita belajar cara utk bangun semula…

  53. nampak gayanya ko dah “gagal” menapis comments spammer kat blog ko nih aku rasa…memacam nama ubat ada kat sini..lalalala

  54. Betul tu.. halangan ni bila kita dapat atasi dan berjaya pula mmg puas ati. X terkata.. mcm aku dulu cemerlang dlm UPSR.. hu2.

  55. Ye menarik ni utk dibuat post dlm blog saya.. :p

  56. Huhu…baru balik dari BTN. Betul kata ko Mail, dan aku takkan terpengaruh… =)

    GAGAL?

    Gagal tu salah satu elemen kejayaan. Tak pernah gagal, maknanya tak pernah mencuba, dan takkan sesekali berjaya. Aku amat hargai kegagalan. Tanpa kegagalan, kejayaan itu tiada kemanisannya.

    Oh, kau pun pasti amat hargai kegagalan, kan Mail?

    Kegagalan yang paling bererti dan paling kau hargai, apa dia ye Mail? Kenapa?

  57. huhhuu…ko ada adik prmpn nak amik spm rupanya..hahaha..kirim salam aku dekat dia..weyh..adik ko ada amik kimia dgn fizik tak??dia teror dlm subjek tu tak..kalo dia teror suh dia ajar aku ni ha…tp betol apa ko ckp tu..kegagalan yg mengajar kita ingt tu suma..sbb dr kegagalan tu..kita akan ingt kesalahan tersebut dan tak akan mengulanginya…sejurus dgn tu..kesalahan tersebut akan tersemat dlm kepala otak dan mngkin akan membawa kejayaan di masa hadapan..eh2…dah mcm pensyarah lak aku ckp…hahaha..

    p/s: apa pelan kat adik ko tu..takmo kongsi ke??aku pun nak spm gak thn ni..hahahaa

  58. tanggungjawab abang terhadap adiknya.bagus.niat yang murni hendak membantu adik sendiri

  59. spm ke jugak? boleh contact adik mael dengan segera untuk sembang pasal buat blog dengan wordpress… hohohoho.

  60. belajar dari kesilapan –> memang betul dan banyak membantu aku..huhu

  61. *off topic - aku xtau nk tulis kt mane.

    blog ko kene spam. ptt la name pelik2 kuar kt top komentar. try check balik.

  62. semoga adik pompuan kamu terus berusaha dan berjaya..

  63. lecturer aku selalu pesan..jgn berbangga dalam zon selesa.
    aku pernah alami zon selesa dan akhirnya aku jatuh huhu.
    tp kegagalan membuatkan diri kita lebih matang

  64. time subjek sejarah adalah time aku balik bilik asrama n tido dulu.. lagi 1, kelas arab.. hahaha..

  65. off topik, aspek utama mael= kekemasan n kualiti. ha ha ha.. kn mael?

  66. jangan takut utuk gagal.. terima kasih! saffa dah tau apa yg saffa perlu lakukan..!

  67. Try baca buku “Berani Gagal”, memang best! Tapi kena ingat selalu, seorang muslim takkan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali…

  68. entri kesedaran utk aku.
    huhuhuhu…

  69. huhhuu…nak kena sepuk si fatah ni agaknya…hahaha..aku tnye btol2..dia jwb mcm tu plak..haizzz

Post a Response