Sedekah
- 23
- Add a Comment
Sebagai peniaga pasar Ramadhan (yang mana fakta yang kalian tidak tahu), aku perasan yang dua minggu kebelakangan ini, mereka yang boleh di’kategorikan sebagai peminta sedekah semakin aktif.
Awal dahulu, hanya ada seorang pakcik cacat penglihatan yang tiap hari akan kami hulurkan makanan sebagai juadah berbuka. Kali ini hampir setiap ruang kosong, pasti ada tangan dengan kole kosong.
Aku jadi naik hairan bila yang datang akhir-akhir ini sangat sempurna sifatnya & nampak kuat untuk melakukan apa kerja sekalipun. Mereka datang dengan anak-anak kecil & beg besar. Bukan ringan semua itu.
Aku sedih bila melihatkan ada anak-anak kecil di’heret sama untuk meminta sedekah. Comel pula tu.
Tadi aku tunduk bertanyakan sesuatu ketika berjalan mencari makanan.
“Adik sekolah lagi?” Di’gelengkan kepala sambil mata melihat orang ramai mengharapkan kasihan.
Aku tak bertanya lanjut kerana aku tahu ada orang yang arahkan adik itu untuk tidak bercakap dengan orang tidak di’kenali.
Aku tinggalkan adik itu dengan harapan duit dalam kole itu menjadi 100% milik dia & boleh di’gunakan untuk membeli makanan & ilmu. Bukan pihak lain yang mengeksploitasi sifat pemurah rakyat Malaysia.

23 Comments
mrozaidi
September 22nd, 2008
at 8:38am
Kadang2 Mereka Ini Dijadikan Bahan Untuk Sindeket.. Jika Sendiri Tak Pa.. Yang Sendiket Itu.. Kasihan Mereka Yang Memintak Sedekah Untuk Orang Lain..
menteil
September 22nd, 2008
at 8:58am
tapi memang kesian tengok dorang tu..
kadang2 bila nak memberi tu rasa takut pulak macam ko cakap tu.. takut duit tu bukan jadi milik dia..
oliver
September 22nd, 2008
at 9:06am
ermm..perasan gak kat bazar pt buntar tu da makin ramai org mtk sdkh.. bkn ape..kdg2 risau kalo2 ade sindiket peminte sedekah.. kalo betol die ssh, takpe la…
megat
September 22nd, 2008
at 1:47pm
malangnya ia berlaku di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan biasanya di pusat bandar.
lokasi seperti di tempat aku tiada pula.
lagi menyedihkan jika ianya bukan milik si peminta sedekah itu sendiri.
KNizam
September 22nd, 2008
at 3:32pm
kat param melawati pun dah banyak aku tengok
masa awal2 puasa takdelah sebanyak ini
harap2 duit tuh menjadi milik adik itu 100% la kan. :)
d2z
September 22nd, 2008
at 3:43pm
ada jugak peminta sedekat dekat puduraya, nmpk mcm kaki dia tu masuk dalam seluar..nk bg nmpk mcm xda kaki kot..tp ntah laa..dr dlu lg nmpk dia tu..
dekat bazar parit buntar x perasaan laa plak..hee~
adi
September 22nd, 2008
at 3:48pm
dekat kawasan aku plak, time time macam nih , ramai la orang myamar berjalan dari rumah ke rumah . bawak anak dua tiga empat orang.. pakai baju tudung laboh… mintak zakat agaknya..
aeropama dot com
September 22nd, 2008
at 5:20pm
Aku lebih prefer utk memberi sedekah pada badan-badan kebajikan dari beri pada mereka yang mengemis di jalanan. Sekurangkurangnya aku tahu kemana wang yang aku sedekahkan itu di belanjakan…
ps: aku pernah ditipu oleh org tua yg berlagak buta. kerana kasihan (sebab dia buta), aku hulurkan duit sekeping dua (kaler merah tu). yang tahi, bila aku mahu pulang, aku lihat lelaki tua tersebut selamba je memandu kereta keluar dari kawasan kedai makanan tersebut.
kita
September 22nd, 2008
at 7:30pm
adakah masalah ini disebabkan rakyat malaysia terlalu pemurah ? aku rasa mungkin kot
pelukispelan
September 22nd, 2008
at 8:32pm
kat tempat aku pun makin ramai..tahun lps sorg dua ja..thn ni menjadi2 plak..
Iwan
September 22nd, 2008
at 9:01pm
erm…
sifat pemurah kita sering kali di salah erti dan dieksploitasi oleh pihak lain.
Wizurai
September 22nd, 2008
at 9:35pm
aritu aku berbuka kat sebuah kedai….
sekali aku toleh kanan, ada seorang budak… rupanya dia dah lama berdiri sebelah aku tapi aku tak perasan…
kemudian dia cakap, “Nak duit sekolah….”
aku terkejut, sebab tiba-tiba dia mintak ‘duit sekolah’…
aku pikir, kalau aku bagi pun mesti duit tu dapat kat sape ntah, atau ntah2 budak tu sekolah pun tidak, jadi aku cakap, ” Abang tak banyak duit, orang lain tu lagi banyak duit, mintaklah kat diorang”
budak tu pergi ke meja orang lain, tapi aku tengok budak ni jenis takut2…
masa budak tu keluar dari kedai makan, kami lihat arah tuju dia… ada yg menunggu di bus stop… mungkin mak bapak dia…
Richie
September 22nd, 2008
at 11:57pm
jom kita gelarkan diorang scammers untuk peminta sedekah..
aku pernah terkena , dr jauh aku nmpak diorang tergelak bila aku bg sedekah…aku tgok diorang dr jauh..seorang tu konon bute,sorang lg pembantu..cets!!
pakdi
September 23rd, 2008
at 12:27am
haritu wa ada nampak seorang pakcik tua diturunkan dr sebuah kereta oleh seorang pemuda ganazzzz di pasar …. ya. dia pergi letak pakcik tu untuk mintak sedekah.
chika
September 23rd, 2008
at 2:02am
isu pemintak sedekah ni kan, membagi kita-kita ni (masyarakat) pandangan yang berbelah bagi.
1. kesian tak boleh tahan kadang tu tengok muka-muka kesempitan mereka.
2. kita tahu pulak ada dalang di sebalik mereka.
Bila aku dalam situasi 1, aku pon hulur. Bila aku tiba2 masuk dalam situasi 2, aku pon tak da menghulur. Pendek kata, profession meminta sedekah menjadi masalah kp orang ramai.
nikillas
September 23rd, 2008
at 3:06am
aku sokong kata aeropama tu.. aku lebih rela bagi sedekah kepada badan2 kebajikan yg diiktiraf.. mmg betul tidak berkurang harta jika bersedekah.. tapi yang untung mereka yang mengambil kesempatan.. aku amat sedih melihat kanak2 di hentian bas butterworth… masih comel dah mentah lagi.. tapi sudah bersedekah.. JANGAN JADIKAN KEMISKINAN ITU SATU ALASAN… betul x..??
Mohd Ismail
September 23rd, 2008
at 7:20am
@Wizurai kalo mak bapak sendirik suh minta sedekah,aku consider sebagai tak patut.. lebih2 lagi kalo dua2 sempurna sifat.. kerja la wei!
@chika yep chika.. kdg2 dlm situasi 1, kita hulur je.. x terlintas pun pasal sindiket2 ni.. tp kalo da obvious sgt suasana meminta sedekah, mmg la x bagi..
Mohd Ismail
September 23rd, 2008
at 7:22am
@nikillas last aku pi bus station sana, x perasan lak ade peminta sedekah.. hehe.. kita kene ade movement banteras kanak2 yg mengemis ni.. diaorg patut baca buku.. cis betul la org skang ni..
@pakdi itu betul2 sindiket.. kalo la kita ade bukti tuk report..
zool
September 23rd, 2008
at 8:38pm
Aku pun kengkadang malas nak bagi bila jadi kes2 camtu…
titan
September 24th, 2008
at 2:17am
kerjala jika ada tenaga..
M-I-N
September 24th, 2008
at 6:30am
bab ni aku jadi serba salah,nak bagi @ tak.aku sama macam chika;tgk situasi.tapi harap² tak kena macam syam.mesti hangin satu badan nye.
tivitune
September 24th, 2008
at 1:02pm
sekarang ni memang banyak orang macam tu. Tak tau nak sedekah ke tak kadang2. tapi klu tak kerana kasihan tengok budak2 tu…
Жорка
October 28th, 2008
at 5:27am
Класс!!!