Ok jangan gelakkan aku. Aku pernah kata yang aku tidak akan gunakan Facebook kerana rakan-rakan aku ramai berada di’Friendster.
Semalam merupakan tempoh paling lama aku habiskan berada di Facebook kerana ‘tugas’ mencari bahan untuk penulisan di’OHBULAN!.
Aku nampak beberapa ciri yang ada pada Facebook yang mampu membuatkan gadis-gadis MySpace tegar berpaling tadah. Paling aku gemari adalah automatch yang cukup senang — dan memudahkan aku menjadi stalker tidak rasmi.
Tetapi, sebagai pengguna baru, aku perlukan satu code untuk mengesahkan akaun Facebook aku. Ini untuk memudahkan aku ‘tambah kawan’ tanpa melalui captcha yang kadang-kadang mengjengkelkan.

Setiap kali aku request code baru, tidak pernah aku terima. Ini’lah satu-satunya yang menghalang aku untuk berada lebih lama di Facebook, letih taip captcha. Siapa pernah verify akaun Facebook melalui telefon bimbit?
Comments
55 Comments so far. Leave a comment below.hahaha…aku orang 1st…
aku sendiri tak berape selese dgn facebook tu. tak biase gune. so aku tak brp aktif sangat kat facebook. gunekan friendster lagi best.
@kataks aku pun mulanya rasa mcm ko.. tp Facebook ni senang nk carik kawan =) dan lebih banyak benda melalaikan.. ha ha
sangat blurr masa mula2 guna facebook. sampai skang pun agak blurr. dan lama2 muncul lah perkataan “bosan”. huhu.
setuju dengan diya… hahaha
aku x pnah tau ada fungsi nak meng-verify fb guna phone number tue?
hehehehe. sekarang byk gak erkkk laman web jenis camtu. aku just guna friendster tu pun dah berhabuk gak. jarang masuk. facebook aku tgk ramai gak kawan kawan aku kat situ. mgkn ada sesuatu yang menarik. aku tgk dia orang boleh chatting plak dalam facebook antara friends masing masing
eh, ko belom verify lagi phone number tu?
baik verify. Lebih senang lagi kerja nak stalking2 ni semua.
sapa2 yang ada FB tu, jom add aku:
http://www.facebook.com/profile.php?id=1283152853
haha
aku pnah try nk verified guna hanpon..tp xleh..bila aku masok no talipon dia kata error…xtaw la..apa jenis carrier yg dia sapot..
aku guna 014 maxis….alternatif lain yang aku guna 019 celcom
aku dah banyak jumpa member2 lama dalam facebook
boleh trace sampai bebudak sekolah rendah beb ! haha
Aku pun ketagih facebook dari frenster..
Aku rasa frenster ’slow’…
Facebook lagi besh…
my blog :
http://atanahmad.blogspot.com
Aku tetap masih belum ada akaun Facebook
http://hasbullah.pit.my/2008/12/facebook-perkongsian-bersyarat.html
Kawan-kawan aku dah ketagih dengan game Space Rider yang ada kat Facebook tu.
@MaJa mungkin kau register lama da.. aku baru2 ni je.. so nk fight spam, kene la verify.. =)
@taukey Facebook ni jadi tempat member2 baru.. member2 zaman belajar ni kumpul kat Friendster semua =)
@KNizam itu serunuknya automatch dia.. dia recommend kawan2 kita =)
iced boleh je verify dgn tepon :) pakai 012 maxis. Facebook tu lagi teratur dari myspace & friendster rasanya. lagipon security features dia bgs sbb leh letak kawan2 dlm group yg lain2 pastu leh control group mana leh lihat bahagian mana. Contoh kalo ada album family, then hanya kawan2 rapat dan family leh tgk, kawan2 yg tak brapa rapat tu takleh tgk. Kalo ada gambar buat keja gila (berposing sana sini) leh bagi kawan2 yg sekepala je tgk. lol
@HappyBlog bila Facebook nk ada custom permalink eh.. facebook.com/mohdismail mesti kool.. he he
@Hasbullah Pit sebab itu kot caranya nk kekalkan exclusivity Facebook, dlm masa yg sama menambahkan ahli =)
@Hairul game aku x explore lagi.. he he
@iced oh.. pakai maxis 012 eh? i pakai 017 x lepas2.. xpuas hati tul.. ha ha..
yep, Facebook xleh customize design kan? xde la nampak bling2 bagai..
baca komen korang rasa mcm nk register je
tapi sure nnt berabuk bersawang juga….
bagi orang lain le…:p
dgn adanya facebook, aku hanya bukak friendster sebulan sekali..
dgn adanya facebook, aku tidak langsung bukak Myspace lagi.. bagi aku myspace = sampah.. pendapat aku.. fan myspace, jgn mara..
facebook adalah terbaik.. even myspace pon dah sibuk memperkenalkan dia punya apps yg pelbagai.. sibuk gak nak buat apps…
kalau kau join facebook dari dulu mael, ko lebih rasa best dengan interface facebook yg dulu.. yang sekarang, agak sengal kerana adanya tab tab tu.. ni semua salah mereka yang tabur puluhan apps dalam satu page kat muka depan.. kat pesbook dah buat macam skang..
add aku mael.. search kan saja “khai scukz” .. jumpalah.. hehehe…
orang lain sibuk² pasai facebook, aku pun buat sibuk jugak. aku just ade jer tapi tak update pun.hehe..
aku dah try facebook. memula addict gak la. tapi sekarang dah jarang aku melibatkan diri sangat.
aku cuma selalu bukak friendster dan facebook.. Myspace? Apa tuh?
- Facebook = hantu moden ; aku dah taubat – macam dalam blog aku
- verify guna nombor ponsel mudah jer sebenarnya
- sebab utama aku lari ialah ramai ex-gf ada kat situ..muahhahaha
I love Facebook! Even some of my blog readers have their own facebook account. Thus, we did a further bonding there too in case we get a tad too personal. Hehe. Plus, there is a blog networking you could join too and exposed your blog. Of course there are lots of interesting games and applications to be played!
Ada orang cakap facebook ni lebih kepada rakan-rakan rapat dan sanak saudara; tapi sebab ramai rakyat malaysia masih kurang berada di sini, aku terima sahaja ‘friend add’ daripada orang-orang yang tidak dikenali. Sahaja menambah kawan. Antara ‘features’ facebook yang baik adalah penambahan sekuriti daripada peng-spam. Myspace sudah tepu dengan mereka ini
(Komen tak berkaitan: adakah kelakar bahasa Melayu aku?? ada beberapa orang cakap aku tulis BM kedengaran agak pelik. Betul k? aku baca pun rasa pelik gak)
sama penyakit dengan kau…tak boleh verify guna hP
Hah…hah…hah…
Dah macam spam dah inbox aku orang invite aku join Facebook diaorang, tapi haram.
Aku still tak sign up lagi. Kenapa?
Sebab banyak benda lagi yang aku boleh buat dari melayan Facebook ni. Dulu zaman muda-muda, Friendster ngan Myspace semuanya aku layan.
Tapi bila dah concentrate buat duit kat Internet, semua social web sebegini dah jauh aku buang ke laut!
* Facebook hanyalah untuk orang yang dah tak tahu nak buat apa lagi di waktu senggang mereka.
Aku tiada nafsu untuk bermain dengan facebook ni. Aku punye friendster pun dah bersawang.
Tengok lah nanti. Mungkin aku akan daftar.
ptt la ko baru add aku kat facebook smlm.. hahaha.. aku tak brape berminat ngan facebook ni.. tp dah 2 company aku keje semua staff nye giler facebook.. sampai company lama aku dulu ade buat application utk facebook.. pelik2 aku tgk..
aku tak brape berminat sbb die agak slow loading.. agak bosan jugak.. senang cerita aku tak brape berminat ngan social network la sbb dulu aku keje buat social network ni.. interface die pon sebijik ngan facebook.. haha.. bosan..
pada aku facebook is the new hype.macam friendster and myspace dulu.
cuma aku rasa facebook bleh tahan lama sebab banyk benda bleh buat kat situ.so sebab tu lah aku pun baru nak bukak akaun facebook..
untung founder facebook,umur 23 tahun tapi dah jadi billionaire ..!
myspace pasti akan terkubur satu hari…and mungkin diikuti oleh friendster….mungkin!
owh tidak tips goda sebab kalau search dekat alexa ranking, friendster masih di hati orang tanah melayu berbanding dengan myspace.
aku ader register tp tak pernah updated sbb bosan. Tp American suka Facebook, entah aku pun tak tahu.
facebook! apa kah itu (dgn mood ketinggalan zaman)? hehehe.. selalu teringin gak nak buka bila terbaca fasal facebook ni tp sampai skrng sumpah aku tak pernah msuk lg website facebook tu. entah la knp? huhu..
tp jwpnnya simple saja.. seriously aku bohsan dgn sosial network. kui.. alasan.. takde apa yg menarik berbanding blog walaupun blog aku x sefemes blog mohdismail ini. hehehe..
Kira memang macam Tagged jugak la Facebook nie eh?
aku suka fesbuk pasal die cam auto refer kawan kat kite. yelah, bukan boleh ingat semua member, betul tak? but lately, aku guna fesbuk untuk update content kat hafreze.com.
yes mail! aku berjaya paksa kau guna fesbuk. haha
ooooooo.
ko tak add aku mail.
wahahaha…
satu lagi website social networking…
dah bosan dah aku…
ni la sbb utama aku ada blog sndri…
aku bosan = aku ada blog
ade phm???
aku ada facebook. tapi aku tak pernah bukak dah lpas register. tak tau knapa.. hehe
tak pernah lagi bukak facebook..
nak cuba lah nanti..
friendster memamng ramai malaysian guna..tapi kalau tak,ramai yg bagi jawapan sama..”dah bersawang: or “lama gila tak buka”…
orang jarang guna dah skrang..
tapi,in my opinion,blogging is the future..sebab lagi versatile and interaktif…blogging will stay for a long time…
so ho-yeah to all the bloggers!!:)
yea.adoo. search je Extremist Thinker dlm fb.
actually aku ada akaun kat friendster,mypace dgn facebook. kalau ikut turutan kekerapan aku belek akaun tu :
1. Friendster (tiap-tiap hari aku bukak)
2. Myspace (average 2 hari sekali aku bukak)
3. Facebook (ermm… rasenye dah sebulan lebih aku tak belek hahaha)
yang tempatan punya social networking pun ada jugak. e-kawan.com. yang tu aku tak daftar lagi.
Dulu masa zaman remaja rajin juga dengan bende ni.. sekarang dah kawin.. malas dah nak main bende tu.. takut bini jelas.. he2..
http://www.lakibini.com
facebook kurang colorfull.xbes haha
myspace jgk cuma ada akaun dan approve bl org add n komen sy.xpernah hantar komen pun kat org len.dah stop.. :P
hanya friendster yg aktif sbb ramai kwn kat ctu…
sy active gn 017 ok je
skjp je dah smpai kod dia tu
awk x masukkan kod negara ke?
gua peminat bolasepak tegar..bab2 facebook, aerospace ke, friendstar gua tak reti..gua budak hina..majulah facebook untuk negara. namun gua minat blog ni..panas dan pedas..
Facebook ni sejuta kali ganda lebih hebat dari Friendster yang outdated tu. Wahahaha…..
@menj Friendster aku mmg nampak agak outdated la sejak aku berjinak2 ngan Facebook ni..
@kooreen kalo ko ade kelab bolasepak sendiri, senang nk kumpul peminat kat facebook.. =) friendster pun boleh, tp promote kene manual.. x auto mcm facebook..
@ika color2 yg banyak ini utk tahun 2000 still relevan.. hari ni org bergerak utk yg nampak lebih pro =)
@kataks e-kawan.com tu x silap aku ade affiliate program lagi.. he he.. tp skang xde da..
@tipsgoda blog akan stay kat sini smpai bila.. dan internet skang sebenarnya dipenuhi dgn blog..
hehehe..
maafla encik mael…
saye dh tergelakkan dah….
facebook ?
sebenarnya lagi diminati
1. korang “lebih berterus terang”
2. Lebih Privacy (Profile page yang private cuma kawan dan kawan kepada kawan je boleh view)
3. dalam Bahasa Melayu !!!
aku masih explore lagi facebook ni..dulu slalu dijadikan untuk tempat cari awek je :P hehehe
layan fs lagi baik…..
tu pun jarang-jarang buka
Emm.. agaknya ko tak masukkan kod country kut. Kena tambah 6 untuk malaysia. (ex: 6013 atau 6017)
Bila dah biasa dengan Facebook, semuanya senang. Serupa lah juga dengan Friendster & Myspace. Mana ada orang pertama kali guna dah pandai… :)
Siapa join Facebook, siapa minat tamagotchi.. jom join Pet Society!! :P
mula2 aku pun rasa x berminat nak join..tp bila dah join aku jd gila sekejap bila join pet society! memang melalaikan..huhuhu
salam bro. skali nama sama lak.
patut la nak reg domain mohdismail dah kena amik. woahahaha!!!
anyway, FB lebih rawkkk!!!!! hehehe….
salam mohdismail. lama xbaca blog ko.
tp facebook nie sgt addictive. dgn application-application yg ada dlm tu. :D
cam mane nak mule facebook