Selamat datang pembaca dari WangCyber.com

Selamat datang kepada semua penggiat forum WangCyber.com. Kedatangan kalian ke’sini bermakna tidak sia-sia sebuah laman web yang berada di tangga 1,339 membeli iklan kecil di laman web yang berada di’tangga 195 paling popular di’Malaysia (Alexa.com)

Terlanjur sudah kalian ke’sini, apa kata kalian membelek beberapa entri yang aku tulis khusus berkenaan blog & sedikit entri berkaitan teknik membuat duit di’internet. Mesti kalian suka ‘kan?

Dan, kalian boleh membelek juga entri-entri yang sehingga saat ini telah menerima lebih 3,000 komentar dari pengunjung di’sini di ruangan Arkib Penuh. Aku sayang’kan pembaca Mohd Ismail dot Com!

Baru-baru ini juga aku telah membuat lawatan rasmi ke Karnival Jomheboh! TV3 dan jika kalian ingin melihat bagaimana rupawajah Maya Karin dari jarak kurang 10 inci, aku tampil’kan secara eksklusif di’dalam Mohd Ismail pay a visit to Jomheboh!.

Aku juga pernah menyatakan pendirian menafikan kenyataan Utusan Malaysia tentang laporan yang mengatakan WangCyber.com adalah salah satu laman web skim cepat kaya yang aku rangkum’kan di’dalam WangCyber.com bukan laman web skim cepat kaya.

Pembaca-pembaca Mohd Ismail dot Com adalah pembaca yang aktif memberikan maklumbalas untuk setiap entri yang aku tulis. Tanpa mereka, tidak mungkin jumlah komentar di Mohd Ismail dot Com mampu mencecah angka 3,000 dalam masa kurang 6 bulan. Lihat di’atas sana, aku letakkan senarai 10 orang pembaca paling aktif sebagai penghargaan kepada mereka. Berkunjung’lah ke blog mereka, mereka juga penulis blog yang hebat-hebat belaka yang mungkin kalian tidak pernah jumpa.

Di’sidebar yang kecil itu juga aku rangkum’kan senarai-senarai ringkas entri-entri yang menerima komentator terbanyak, entri paling kerap di’lihat & senarai komentar terkini dari pembaca. Ini cara’nya aku memudahkan sesiapa sahaja yang datang ke mari untuk melihat trend pembacaan di’sini.

Berada’nya kalian kesini, aku berharap supaya kalian boleh menekan CTRL+D untuk menyimpan Mohd Ismail dot Com di’browser kalian ataupun kalian boleh terus melanggan RSS untuk Mohd Ismail dot Com.

Terima kasih kerana ke mari & jangan serik untuk datang lagi. Woot!

20 Comments

Dan aku di tangga ke 12,850, Mauh jauh ketinggalan di belakang kau. Selamat maju jaya ;-)

pelan2 kayuh.. ada hati mesti jadi punya :) tu nama hang ada dalam top 10, tunggu je la trafik datang.. he he

selamat datang, datang dan pergi, kenali fahami dan amati. makin difahami makin korang berkenan dengan blog mohd ismail ni. muahahaha

boleh aku jwb terima kasih kau tu?ehe.
sama2 ye.
tahniah la cik mail dapat tulis blog dgn berjaya sampai takat nih.
usaha lagi yek.

selamat datang. sama2 la meriahkan blog mail ni. dan sama2 kongsi ilmu serta pendapat.

Wow….dasat-dasat…
dah boleh bawak masuk wangcyber pulak….
well done!!!

adakah mohdismail akan menjadi blogger berjaya?har har har?aku doakan

rasanya aku bukan datang terus ke sini dr WangCyber…

mesti penghuni wangcyber terhibur..

aku pun bukan. entah dari mana. tak ingat. tapi aku jumpa mohdismail.com dulu sebelum aku nampak tuannya di wangcyber.com.

ya aku juga rase begitu :D

Aku jumpa blog kau pun selepas entry kau dalam Wangcyber dulu. Kalalu tak silap pasai income kau dengan Adsense tu dapat lebih US 1K tak gitu Mail. Macam mana income Adsense kau tu… masih maintain kee..bertambah kencng bro..

tahniah bro.aku doakan ko bakal menjadi blogger yg sukses kt mesia ni. :D

selamat maju jaya dan pengunjung yang datang bertalu2…

esok lusa dtg lagi…

mereka datang dan singgah memberikan komen dn meninggalkan jejak.

singgah jangan tak singgah…

adesh…banyak lagi blog lain yang mereka nak singgah dan nak baca. hihi…

sekian terima kasih

dan sekali lagi jangan lupa kepada pembaca snyap… mereka adalah unik visitor kpd blog anda. tak komen pun mereka tetap menjadi pembaca tetap.

sekian terima kasih…

aku adalah membaca senyap…muahhahaa

Aku belum lagi mampu untuk membeli iklan… Biarlah… Masanya akan tiba…

AKu dah nampak iklan kau tadi … ha..ha.. bertambah lah populariti kau. Mungkin lepas dah cecah top 100 … mungkin … mungkin .. .. mungkin maya karin akan memberi lebih perhatian.

itu’lah.. aku mahu Maya Karin bergambar dengan sebuah lcd bergambarkan Mohd Ismail dot Com dalam majalah FHM.. ha ha

teruskan mimpi-mimpi indah mu mohd ismail, impian boleh meng’hidup’kan kita.