Selamat Hari Raya (Edisi 2009)

Puas juga’lah aku fikir tajuk yang lebih catchy berbanding sekadar ‘Selamat Hari Raya’. Tapi, ada benda lebih baik kita biarkan dalam keadaan asal.

Esok selepas kerja, aku akan bergerak pulang. Ini kali pertama aku bergerak pulang dengan jarak agak jauh & selepas lebih 7 bulan bekerja.

Tahun ini, seperti raya beberapa tahun lepas, aku tidak membuat apa-apa persiapan. Sehelai baju Melayu pun tidak aku beli. Aku akan jenguk almari malam raya nanti — jika ada baju Melayu, itulah baju raya aku.

Petang Aidilfitri yang mulia nanti, aku dan keluarga mungkin dalam perjalanan ke Pulau Langkawi. Bermakna trip ke sana kali kedua buat aku dalam sebulan. Aku suka Langkawi & coklatnya.

Sedikit tentang Ramadhan, sehingga hari ini, aku masih belum jumpa begedil yang sedap di Kuantan. Tinggal sehari lagi Sabtu nanti, aku akan minta begedil hasil air tangan mak aku. Aku rasa aku boleh menangis compare dengan begedil di’sini.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin. Halal’kan segala terlanjur perbuatan & perkataan. I love you.

“If you want something, go get it. Period.”

Comments

21 Comments so far. Leave a comment below.
  1. Selamat Hari Raya Mael, sudah mampu beri duit raya ke belum?

  2. h3r0,

    Selamat Hari Raya Mail.. Berhati-hati di Jalan Raya… Ingat orang tersayang.. Jgn lupa duit raya kat aku..he he he…

  3. aku pun ucapkan salam aidilfitri dan memohon ampun dan maaf jika ada terkasar atau ada perkara yang mengguris hati sepanjang penulisan atau komen aku di blog aku, di twitter dan di facebook.

    amcam dapat cuti lama ke mael?

  4. Andai jari tak dapat bersentuh,
    tangan tak dapat bersalam,
    hendaknya batin kita tetap bertaut,
    Minal aidin wal faizin,
    Mohon maaf lahir dan batin

    Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan saya yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…

  5. selamat hari raya bro mail,maaf zahir batin

  6. selamat hari raya mael, maaf zahir dan batin,

    igtkan dah sunyi dah blog ni, rupa2nya ada lg

  7. lebih kurang lah kita. Tapi aku 9 bulan di Jerantut. Ko di kuantan. Haha..

  8. baem,

    Selamat hari semua.raya tahun nie aku sedih sangat,kena kerja pada mlm raya nanti…

  9. olan,

    selamat hari raya…jgn dah x ingat nk naik kje dah ler…maklumlah raya sebulan

  10. hihi apsal ader perkataan I love you kat akhir post nie. Ditujukan untuk sapa? haha, pepepun.. selamat hari raya bro!

  11. selamat hari raya mael. begedil tu menatang ape wei?

  12. selamat raye mael. maaf kalo ada slh silap.

  13. aman,

    salam aidilfitri mael. maaf zahir batin.

  14. mesticun,

    Blog ni takkan dilupakan…..

    Salam Aidilfitri mael. maaf zahir batin.

  15. Huh..turun langkawi..duk je langkawi makan coklat boleh kira berapa kali walaupun murah :)

  16. Adam,

    Selamat Hari Raya Mael

  17. loq,

    selamat hari raya bro
    :)

  18. selamat hari raya semua..

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?