Aku cuba untuk keluar dengan tajuk entri yang lebih baik dari sekadar ucapan Selamat Hari Raya, tetapi seperti kata satu iklan suratkhabar hari ini, ada sesuatu yang tidak perlu di’ubah dari fitrahnya.
Selamat Hari Raya semua!
Ketika aku menulis entri ini, perut aku sudah penuh dengan nasi himpit segera & rendang tradisional air tangan mak aku. Sedap weh makan sambil layan takbir raya.
Tahun ini aku tidak merancang untuk kemana-mana kerana mahu menggunakan cuti pendek aku sehabis baik dengan berehat. Sabtu ini aku perlu kembali bekerja.
Di’kesempatan ini, aku ingin meminta maaf kepada semua yang mengenali aku secara peribadi atau melalui blog ini atas semua salah silap & ketelanjuran aku. Jika ada kata-kata atau penulisan aku yang menyinggung perasaan, maafkan aku. Aku masih manusia biasa.
Aku juga maafkan semua orang. Jika kau ada berhutang duit dengan jumlah yang besar, baik kau langsaikan supaya boleh aku membeli iPhone dari Singapura. Atau, Blackberry Curve dari Maxis. Kedua-dua’nya sudah masuk wishlist aku. Yummy!
Dan, apa kau buat depan komputer ni? Pergi beraya’lah!
Comments
26 Comments so far. Leave a comment below.Kalau engkau nak tahu Mail, aku sekarang sedang online sambil menggosok perut aku yang nak hampir meletup nie.
Masya-Allah, semalam aku berjanji pada diri aku yang aku akan mengawal pemakanan aku di hari raya ini, tapi apakan daya… :D
p/s: Ko tak pergi collect ke Mail tahun nie?
tahun ni kalo aku pergi dengan niat nak collect duit raya, mmg silap la.. kene mintak duit raya lagi ada.. ha ha.. ni td pg da berabis tuk anak buah.. =)
*kita buat janji lain jom, kita janji makan banyak tuk hari ni je.. esok xde da..* hehe
selamat hari raya!!!
jemput2 la dtg umah hehe
selamat hari raya mail, hari raya ni tak ramai orang online, on the road ramai la…best la korang dah kenyang, aku sampai magrb ni pun lapar lagi..sibuk layan orang jer…
@ika meh alamat.. rajen je aku dtg nk kutip duit raya.. ha ha =)
@wan kesian ko.. mlm ni lepas org balik, ko sebat ketupat sama lemang puas2.. he he
waa. selamat hari raya. perut ni pun dah penuh. harap tak boroi aje pasni..
Wah! lama menghilang? berniaga kat bazar ker?
hehe..
Selamat Beraya..
p/s: Raya2 jugak, kalau dah nama blogger…intenet tetap xleh lepas.. hehe..
p/s2: Blog theme kali ni sangat suci seperti saffa.. hehehe..
selamat hari raya..
mlm seblm raya aku stay up tgk bola champions league..
hari raya aku download prison break n gossip girl
mlm raya aku tgk prison break n gg..haha
esok baru g beraya~!
ko raya kat umah je ke mael, patut la bleh online.. huhu
selamat hari raya, maaf zahir batin..
slamat hari raya..
pewitt.. theme baharu… usd80 xsilap,mahal tu.hehe
Aku dah pun beraya semalam.. Ari ni takde idea lagi …
Selamat Hari Raya..
Theme ko ni cute lah pula…
Lembut warnanya…huhuhuhuhu
Owh , memang patut kau berehat . =)
@saffa safi – suci lagi bersih.. oh manipulate slogan org.. ha ha
@d2z ko masih budak usm la bro.. xlepas dr drama2 siri tu semua.. even raya =)
@MK yep.. nak berehat habis2an.. nnt berjalan makan tenaga + sakit kaki.. ;p
@zool xde idea beraya? ko pegi je rumah org secara random.. mesti best punya =) kene tebalkan sikit muka..
Selamat Hari Raya…
Nak datang raya ni.. :P
aku otw esok nak balik n9.. lalu sungai besar, haa boleh singgah ke tidak ni?
Mail, selamat hari raya dan aku nak minta maaf kalau ada keterlanjuran kata-kata dan perbuatan sebelum ni.
Salam Aidilfitri.
selamat hari raya!
lama tak jumpa (mcm penah jumpa je. wakakak)
@noorizam esok aku xde kat sg besar da.. lambat sikit ko balik kg tahun ni.. ;p
@bat ye bat.. sama’lah aku sama.. minta maaf & halalkan segalanya =) selamat hari raye..
@khalil ha ha.. ko pernah jumpa aku dlm mimpi kot (eww!)
selamat hari raya mael. sok ko nak kerja kan? kem salam aku sama mak cik tukang sapu kat tempat keje ko tu. wahaha.
Salam Aidilfitri Mael :)
Selamat Hari Raya Mael, jangan pula semakin membesar selepas raya :)
Selamat hari raya, maaf zahir & batin.
Dah kembali…….spt biasa tetapi momentum lari, belum ada mood nak update
salam lebaran kawanku dari seberang tambak! :) continue blogging yeah.
selamat hari raya, maaf zahir batin mael!
selamat hari raya.maaf zahir batin;sekiranya komen² aku ada yang menyinggung jiwa.