Seleksi Hujung Minggu #05 : Lelaki sahaja

Aku pernah membaca dalam satu majalah keluaran tempatan satu masa dahulu yang mana mengetengahkan isu berkaitan lelaki Melayu. Majalah itu menjalankan kajiselidik di’beberapa lokasi & melibatkan beberapa ratus individu yang kebanyakan’nya, adalah wanita / gadis / perempuan / mak orang / gadis sunti. Satu kesimpulan yang keluar dari kajiselidik tersebut adalah, lelaki Melayu adalah selekeh & tak boleh di’harap dalam soal memahami wanita.
Tidak lama selepas itu, syarikat yang sama mengeluarkan majalah itu mengeluarkan sebuah majalah yang khusus untuk lelaki-lelaki moden, Maskulin. Majalah ini cukup bagus & aku sendiri membaca’nya kerna pengisian yang lebih cenderung kepada persekitaran lelaki di’Malaysia. Tetapi, aku pasti & yakin, ego yang menebal dalam diri setiap lelaki menghalang mereka untuk keluar daru kedai buku membimbit senaskah Maskulin. Walaupun ada artikel yang menarik perhatian untuk di’baca, mereka lebih prefer untuk membaca sepintas lalu tanpa membeli. Tidak seperti gadis-gadis di’luar sana, majalah Remaja adalah kitab bulanan mereka. Kenapa kita, lelaki Melayu tidak begitu? Bukan’kah kita perlu kelihatan kool & tidak di’pandang selekeh oleh wanita walaupun kita seorang kaki rempit mahupun seorang penulis blog?
Sebagai alternatif, internet menyediakan ruang untuk lelaki-lelaki ego ini mendapat sedikit tips berguna untuk kelihatan lebih hype & memahami wanita secara saintifik. Logik’nya, terma ‘memahami wanita‘ tiada bezanya dengan terma ‘bagaimana alam semesta terbentuk‘ kerna kedua-dua’nya adalah subjek yang sangat menarik & dalam masa yang sama, misterius!
AskMen.com - Free Men’s Online Magazine
AskMen.com adalah rujukan yang lengkap buat para lelaki yang mahu kelihatan moden & mempunyai daya usaha untuk memahami wanita. Aku tahu sukar, tetapi kita kan lelaki. Dari gaya hidup, hiburan, tips kehidupan, cinta sehinggalah seksualiti, artikel di AskMen di’tulis dengan gaya paling mudah untuk di’fahami & yang penting, ia’nya percuma!
MensHealth.com - Tons of Useful Stuff
Men’s Health banyak membicarakan tentang soal kesihatan para lelaki seperti kita. Walaupun, kita penulis blog adalah manusia yang banyak menghabiskan masa di’hadapan komputer, semestinya kita juga perlu menjaga kesihatan supaya kita mampu menulis sampai tua. Undang-undang satu untuk menjadi kool dalam soal kesihatan, walauapasekalipun yang Kumprinx kata’kan, jangan merokok!
The Bachelor Guy - …because someone’s gotta tell you these things
Aku suka’kan entri terakhir dari The Bachelor Guy, ‘21 Things I Learned About Being a Guy From The Simpsons‘ yang banyak mempersoalkan tentang ragam wanita dalam kehidupan lelaki. Jangan lupa juga membaca tentang kajiselidik yang di’jalankan berkenaan apa yang wanita bicara’kan jika kita tiada di’sisi mereka & satu panduan ringkas untuk kaum lelaki mengenali err.. jenis-jenis bikini. Ha ha. Itu penting apa, sebahagian dari proses mengenali wanita. Go!
Uncrate - The Buyer’s Guide for Men
Lelaki sememang’nya sukakan gadget. Dan, gadget akan membuatkan seseorang itu kelihatan lebih kool & tidak di’anggap selekeh oleh kaum yang satu lagi itu. Uncrate menyeranaikan gadget & barangan lelaki yang terkini selaras dengan peredaran dunia & lelaki Melayu seperti kita juga perlu mempunyai gadget-gadget ini. Tiada lagi kain pelekat & singlet lusuh di’rumah.
Aku mahu lihat, kajiselidik yang seterusnya, wanita-wanita Malaysia akan mengatakan yang lelaki Melayu adalah golongan paling kool & bergaya dan paling penting, mempunyai kebolehan yang tinggi untuk memahami mereka. Itu je pun sebenar’nya yang mereka perlukan. Believe me. Jadi, pergi bangun, lihat muka & badan kau di’cermin, lakukan revolusi!
Popularity: 18% [?]
Comment by flisterz on 29 July 2007:
oh yeah! *tiba tiba*
selekeh itu tidak cool.
Comment by rasso on 29 July 2007:
“Bukan’kah kita perlu kelihatan kool & tidak di’pandang selekeh oleh wanita walaupun kita seorang kaki rempit mahupun seorang penulis blog?”
Aku setuju…. waima kita penulis blog.. para gadis memang kadangkala pandang enteng pada teruna yang cool.. hahaha… yang tidak buat kajian kes tentang mereka.. maksud ako.. yang tidak berorientasi dengan mereka..
Comment by Fahmishah on 29 July 2007:
Haha…kadang-kadang memang para wanita pandang selekeh lelaki tapi kadang-kadang lelaki sendiri berkelakuan sedemikian..
Comment by sankai on 29 July 2007:
aku mengumpul 2 majalah setiap bulan dan salah satunya adalah maskulin….yaps..dalammaskulin bayak benda kita bleh belajar utk jadi kool dan yang paling penting, menjadi seorang lelaki yang lelaki..erkk…hehehheeheh..
tapi baca saja tidak cukup…jgn lupa di applikasikan sekali….
Comment by Fahmishah on 29 July 2007:
aku tiap2 bulan plak majalah dewan masyarakat dan dewan kosmik..hahaha isu semasa
Comment by shambie adzhan on 29 July 2007:
penting ya? :p
dan aku setuju dengan kesimpulan dari kajiselidik tersebut. Kebanyakan lelaki Melayu selekeh dan tidak boleh diharap dalam soal memahami wanita.. :) no offense yah! lalala~
Comment by WaWa on 29 July 2007:
kenapa aku rasa aku mahu setuju dengan kenyataan ko? haha. no offense ok. :p
Comment by Wizurai on 29 July 2007:
w/pun kaum wanita kata lelaki tu selekeh, tapi aku lihat ramai je awek cun yg berlelakikan lelaki selekeh ni…
*apa ayat mamat ni pakai eh?
Comment by muhdzahari on 29 July 2007:
maskulin blum penah bukak lagi. tapi kalo remaja banyak kali gak baca. ada gak info pasal lelaki dalam remaja.
lepas ni dah tak payah susah payah beli majalah tu. website yang mael bagi dah cukup kan?
makaceh mael!
Comment by Wizurai on 29 July 2007:
Comment by Fahmishah on 29 July 2007:
apa engkau mahukan blog yg indah ini dipenuhi isu lelaki?haha.
Comment by cry4freedom on 29 July 2007:
Saya cadangkan Encik Mail bagi bagaimana hendak jadi lelaki handal dan cool mcm dia. Dia kira cool la sebab dpt beli CPU baru. Huhaha.
Comment by azwanhadzree on 29 July 2007:
Ya, ramai lelaki melayu yang selekeh, tapi kan .. bagi aku … lelaki cina lagi selekeh. sebelum berkahwin dan selepas berkahwin, jelas ketara keselekehannya.
at least lelaki melayu, setelah di groom oleh bini, makin bergaya :)
Comment by amna on 29 July 2007:
wuhh… saya tidak pernah berfikiran lelaki pentingkan bacaan seperti ini. sebab saya juga tidak membaca majalah remaja atau bercorak remaja. jenis bikini? adoi.. mungkin pembacaan baik untuk menambah skill menawan hati wanita. tapi isu ego dalam pada lelaki melayu itu saya sokong.
Comment by BAGAK on 29 July 2007:
selekeh di luar tetapi
poket penuh dengan fulus
Comment by muhdzahari on 29 July 2007:
saya ingin ilmu yang cukup untuk menjadi lelaki yang mantap! hahaha (gelak jahat)
Comment by zool on 30 July 2007:
selekeh tapi poket penuh…
fuhhh.. menarik….
kalau aku jadik camtu mesti sekarang dah berpunya…
huhuhuh
Comment by vangardx on 30 July 2007:
pompuan dia amek balak selekeh sebab dia tau..takkan takde pompuan lain minat..thats why kita tgk bnyk je laki2 yg berkepit ngan awek2 cun..sebab awek2 nie rasa secure dan yg penting sekali no competitor (agaknya la :p)
Comment by senok on 30 July 2007:
lelaki maskulin, metroseksual & teknoseksual menjadi kegilaan wanita skarang mcm ko mail..haha..
Comment by Wizurai on 30 July 2007:
mohdismail.com jadi pilihan http://szab.net/blog ?
Comment by musnazdotnet on 30 July 2007:
lelaki melayu selekeh? ish tak de lah…. saya smart jek… hu hu… apa-apa pon lebih elok lelaki melayu selekeh daripada perempuan melayu yang smart, modern, ayu giler tak hengat tapi bukak aurat! ho ho
Comment by palie on 30 July 2007:
salam… ‘cool’ tu agak subjektif rasanye…. depend pada pandangan seseorg… dan semua org ade pendpt masing2 kan?
Comment by Noorizam Shah on 30 July 2007:
dulu aku ada gak tiap2 bulan beli maskulin.. la nih tarak dah.. pasal aku tidak lagi di’selekeh’kan kerana isteriku menjaga imejku… huhuu
Comment by shambie adzhan on 30 July 2007:
ayat kegemaran my dad “walaupun selut(lumpur) bertempek kat selipar(jepun), janji poket tebal! itu yang penting!!!”
penat beli kan dia sandal cantik2, pakai jugak selipar ke kebun die.. isk isk :)
hahaha
Comment by saharman on 30 July 2007:
Maskulin adalah majalah yang selalu aku baca bila balik kampung kerana kat kampung adik aku adalah pelanggan Maskulin. Satu majalah yan berinfomasi , aku tak beli kerana aku boleh baca free… ramai juga yang baca free kat kedai kedai buku atau gerai majalah mamak … heee heeee………….
Comment by edt83 on 30 July 2007:
aku tak baca maskulin…sbb ntah aa…aku lagi ske baca majalah pc…photograpy magazine ke…mayb sbb aku pc freak kot..
Comment by Hasbullah Pit on 30 July 2007:
perasaan rasa diri kool datang dari dalam jiwa lelaki itu sendiri.
Aku pernah rasa kool bila pakai kasut koyak, tapi pakai baju BMW Sauber.
Comment by Mohd Ismail on 30 July 2007:
“perasaan rasa diri kool datang dari dalam jiwa lelaki itu sendiri..”
betul! siapa lagi yang mahu katakan diri kita kool selain diri kita sendiri ye tak?
tahu kenapa Brad Pitt boleh sepopular sekarang? itu kerana dia org yang gilakan popuariti & merasakan diri’nya kool..
its about self confident…ayuh!
Comment by Mohd Ismail on 30 July 2007:
pc freak..blog freak.. girl freak.. apa pun freak’nya, pokok’nya seorang orang harus kelihatan kool.. he he :)
dan, sebenarnya bacaan seperti ini lebih kepada menambahkan ilmu pengetahuan am.. kan omar kan?
Comment by Mohd Ismail on 30 July 2007:
orang dah kahwin untung woo.. ade fashion & style advisor, groomer, pengkritik yang setia.. gila ah!
aku mahu kahwin.. sekarang siapa mahu kahwin dgn aku sila angkat tangan!
Comment by Mohd Ismail on 30 July 2007:
alahai palie.. komentar ko tergantung, letak’lah pendapat dari pihak ko pulak supaya pembaca di’sini boleh melihat dr pelbagai sudut.. kan?
sila sila..
Comment by Mohd Ismail on 30 July 2007:
haa.. tengok2.. dua org gadis sunti mengiyakan survey di’atas.. maka kita lelaki Melayu perlu berubah.. henti’kan menonton porno dan lebih’kan masa dengan dunia nyata.. oh yeah!
Comment by Mohd Ismail on 30 July 2007:
‘biar selekeh asal poket penuh’ itu ayat stereotipikal mereka yang malas untuk berubah & kelihatan lebih kool.. kau tengok Nicholas Cage & Michael Douglas? tua-tua pun masih kool.. oh ya.. George Clooney juga..
Comment by shambie adzhan on 30 July 2007:
Nicholas Cage itu kegemaran aku ;)
terima kasih kepada mami and me, bapaku sekarang takla selekeh sangat…beruntung kerana mempunyai 2orang style advisor tak bergaji..
seb baik time keje pakai smart2!
haha yang penting poket tebal.. bodek2 dapat allowance lebih la.. :) aku bahagia!
Comment by mixterr on 30 July 2007:
aku rase aku dah penat nak pk tentang wanita.. wat sakit kepala, buat serabut sahaja pkiran aku. baik aku tumpukan kerja shj. dan enjoy bersama rakan rakan yg ada. kerja adalah ibadah.
Comment by Nazirah Ashari on 31 July 2007:
hahahaha. not all la. but mostly yes. yg rempit2 tu aku tak bley tahan sekali. yg tipikal2 tu…
(aku ni nak ngutuk nanti aku yg dpt! haha. takper, aku ni memilih)
aku rasa, guys should have idol. kalau ko nak jadik mcm pierce brosnan, at least ko bley jadikan dia inspirasi.kalau kau nak jadi macam julian casablancas ke, yg vokalis estranged tu apa nama? ke joe flizzow ke, org2 mcm dorg ader style and identity, so choose ur own idol and get inspired. ko takder la tiru bulat2 tapi at least ko tau how to werk things out.
lagi satu, jgn jadi tipikal. sebab org lain nak jadik rempit, ko pun nak merempit la. be ur own self ok?
well u see, those webs mostly metro-sexual based. erm… try arr rockstar plak. hahaha.. aku sgt look forward kalau ko buat entri satu.
Comment by adila on 31 July 2007:
tak pikir pun…sampai satu masa ken apikir gak kan…tak semua sama…dan tak semua tak sama :)
bila dah jumpa yang kena dengan jiwa kita, masa tu la tidur pun tak lena…sms tak putus…sengeh memanjang jer…
Comment by Mohd Ismail on 31 July 2007:
kawan-kawan, Nazz sudah ada domain sendiri, mari serbu blog beliau.. ada jamuan ringan kata’nya.. ha ha :)
he he.. idola aku, Johnny Depp.. tapi rupa paras aku tidak sikit pun ada iras2 dia.. lagi la body aku..;p
welcome back Nazz.. aku tgu penulisan penuh kritis & emosi kau.. sekali lagi.. jgn hilang2 lagi da..
Comment by BAGAK on 5 August 2007:
malukah mengaku sebagai lelaki melayu?
kalau malu, selidik salasilah anda
mungkin anda lelaki bugis, lelaki arab, lelaki portugis…dan mungkin juga lelaki belanda
Comment by abdfatah on 5 August 2007:
kalu begitu penuhkan poket banyak2 dan berpunyalah dengan segera jika dah ada jodoh untuk berpunya…