Seleksi Hujung Minggu #06
- 34
- Add a Comment

Whoaaa! Berapa lama ya sudah aku tidak menulis untuk Seleksi Hujung Minggu? Kali terakhir aku menulis untuk kolum ini adalah untuk edisi lelaki Julai lalu. Kali ini, Seleksi Hujung Minggu #06 tidak membawakan tema khusus seperti kebiasaan, tetapi mengumpulkan kisah-kisah yang sampai di’telinga aku dan aku suka untuk kongsi bersama. Amaran, ada kisah yang telah lama di’ketahui, tetapi kini baru aku tergerak mahu menulis, bukan mengikut trend, cuma ingin melontarkan sedikit pandangan. Ayuh!
Barisan iPod baru, klasik, dan kini dengan skrin sesentuh

Tiga tangan di’atas memegang (dari kiri) iPod Nano, iPod Touch & iPod Classic. Di’antara ketiga-tiga barisan produk utama Apple, Inc kali ini, aku suka’kan iPod Touch. Bagi aku, iPod Touch adalah sebuah iPhone tetapi tanpa fungsi sebuah telefon & SMS. Apa yang ada pada iPod Touch tiada pada sebuah iPhone? Malah, iPod Touch datang dengan sokongan fungsi Wi-Fi, pelayar Safari & juga aplikasi yang menyokong YouTube. Datang dengan kapasiti 8GB & 16GB, iPod Touch kini menjadi pujaan hati’ku. Oh ya! Steve Jobs menyatakan yang iPhone kini telah di’potong harganya lebih 30% dari asal & untuk pembeli awal iPhone, kini Apple tawarkan pula pulangan $100 sebagai pengubat hari lara.
Selain dari tiga produk di’atas, Apple juga memperkenalkan barisan iPod Shuffle dengan warna baru yang lebih matang & umpph! Ada sesiapa lihat video parody yang menggambarkan bagaimana jika Apple menggunakan kondisi iPod Shuffle sebagai sebuah iPhone Shuffle. Seronok, pergi’lah menonton di’YouTube. Terima kasih Flisterz.
Ikuti laporan penuh pengumuman Steve Jobs dalam acara khas Apple di Mac World.
Maxis Hotlink Super Savers
Ini adalah, ermm.. satu-satu’nya tawaran dari Maxis yang boleh membuatkan CEO Celcom & DiGi terduduk dan pulang rumah dengan kepala serabut. Tahniah! Dengan hanya RM2, kau boleh membuat satu panggilan (Note: Hanya SATU!) ke’mana-mana nombor telefon bimbit Maxis/Hotlink tanpa had masa dari 12 tengah malam hingga ke 12 tengah hari. Secara kiraan kasar, RM2 untuk 12 jam masa berbual. Ini memang gila & syarikat telekomunikasi lain harus cepat tampil dengan tawaran yang lebih nganga supaya CEO Maxis pula boleh terduduk. Dan yang pasti, kami semua suka akan pakej ini. Hala’kan monitor kalian ke laman rasmi Maxis Hotlink & khabarkan berita gembira buat teman istimewa masing-masing.
Kawan A: Oih! Maxis bagi cakap lama-lama kat tepon untuk 2 hinggit!
Aku: Whoaa! Boleh try ni, pukul bape skang?
Kawan A: Pukul 11.34. Arrggh! Rugi sial aku takde girlfriend tme-time macam ni. Mende la Maxis, tunggu la aku ada girlfriend. Aku nak call sapa malam-malam buta ni, nenek aku?!
Ha ha ha!
Tonton TV Malaysia di’skrin komputer
Media Prima Berhad, pemilik kotak TV setiap rumah di’Malaysia, kini mengorak langkah setapak ke’hadapan untuk menggalakkan orang ramai yang tidak gemar menonton TV secara konvensional supaya menonton TV di’skrin komputer. Oh! Aku tidak pandang enteng usaha murni Media Prima yang mahu’kan kami, manusia geek tegar untuk menonton TV, tetapi langkah Media Prima ini tidak seiring dengan perkembangan dunia internet Malaysia. Internet di’Malaysia masih perlahan koneksi’nya berbanding negara-negara maju lain. Malah, lebih perlahan dari Singapura sendiri & ada sumber mengatakan lebih perlahan dari Indonesia (wtf!). Media Prima harus melihat secara realiti, menonton TV secara online bukan satu pilihan bijak dengan koneksi internet yang di’bawakan khas oleh Streamyx.
Jika ada yang mahu mencuba, apa kata kalian ke laman rasmi TV3, TV9, NTV7 dan saluran gila-gila remaja 8TV. Mana tahu, terpaut hati untuk menjadi penonton PC tegar. Kan?

34 Comments
arasis
September 9th, 2007
at 5:54am
thanks for the besday wish.hehe..
ni kes bangun awal atau memang tak tido malam ni?hehe..
mohdismail
September 9th, 2007
at 5:58am
err… mmg tak tido kot.. td petang+pagi dah tido banyak.. jadinya mlm ni kene berjaga.. ha ha!
flisterz
September 9th, 2007
at 8:03am
dah lama x komen di sini. masuk senyap2 je :)
marilah membeli iPod touch!
haha aku pernah alama situasi yg ko reka tu. time nk pegi picnic, semua org nk bawak partner. time tu la aku baru nk cari. haha (tp xjumpe)
:D
Wizurai
September 9th, 2007
at 8:53am
aku kadang² benda geek camni tak ambik pusing jugak…
Nokia 5300 XpressMusic aku guna setakat SMS, call… lagu², radio, video aku jarang sentuh…
duez
September 9th, 2007
at 10:18am
Aku mahu iPod Touch!!Menarik gilerr beb..
khai
September 9th, 2007
at 11:08am
super savers tu bukan ntuk satu number je, tapi kepada semua number yang menggunakan hotlink..
aku konpius.. melihat di websitenya, ternyata di situ terdapat syarat yang perlu diakui iaitu hanya kepada satu nombor. Hakikatnya, dah 4 hari aku gunakan dan ramai orang aku call. Member aku semalam pon, mula2 call awek kampung dia dekat 2 jam, then call member bilik sebelah setengah jam, then call aku beberapa belas minit.. dan kemudian, baki tidak berkurang walau se’sen pon…
bukan begitu? cuba try test tengok… hakhaks..
Psstt: nengok tv dok asib tersekat2.. baik nengok kat tv betul2 je.. xde sakit hati.. ini semua salah tmnet!! bodoh bertingkat…. sape ntah CEO dia.. banyak makan semut.. KOT?!!
flisterz
September 9th, 2007
at 12:34pm
ni bukan bnda geek. ni bnda cooool :D
aku nye phone, aku x letak satu lagu pun.
biarlah music ade ‘rumah’ yg exclusive.
shambie adzhan
September 9th, 2007
at 12:51pm
betul kah begitu? kalau ye aku nak try,
tapi aku nak call sape ehh?
*bohsan nye hidup~~*
Rjuna
September 9th, 2007
at 3:29pm
Ok gak Tv online Media Prima tu, pakai streamyx 1.0 mbps jarang la tersekat-sekat, macam youtube je aku tgk, aku ingat streaming cam radio online
arasis
September 9th, 2007
at 4:17pm
yup, tul kate En Khai tu. bkn utk 1 number je tp leh utk byk number. tapi cam biasa la, bile dah dpt free camni,taktau nk call sape lak.huhu.. sedih tul.puas belek phonebook utk cr org yang seswai utk ditepon.
SIs da call member2 dlm 1 mlm, tak krg sesen pn kedit. tp member sorang tu luak skit die punye kedit. ntah pe yg blaku..
Hedi
September 9th, 2007
at 4:41pm
Masih beruntung Malaysia akan punya program tV online (streaming), di Indonesia yang internetnya masih lebih cepat dari Malaysia pun tak punya tv online :D
rokudaime_jr
September 9th, 2007
at 6:47pm
Hahaha…sampai 3 review Mail ni tulis….Hehehe…Ipod memang best…..Memang teringin nak ada satu….tp memikirkan harganya aje sudah cukup utk aku membantutkan usaha utk memilikinya…
Ya Mail…ko pon mcm aku…..Kalau gune super savers ni x tau nak call sapa….Kenapa la maxis wat promotion ni dikala aku sedang keseorangan tanpa teman istimewa???Sedih tul…
muhdzahari
September 9th, 2007
at 6:57pm
super savers tu buatkan saya tak leh masuk *100# dari pukul 11.55 malam hingga 3 pagi.. memang ramai rakyat Malaysia perlukannya..haha
gie
September 9th, 2007
at 8:23pm
wah..thanks for info super saver maxis…?hehe
WaWa
September 9th, 2007
at 8:33pm
aku menyokong penuh usaha media prima membawakan tv secara online. haha. ada bayaran bulanan kah? kalo bayarannya boleh tahan, aku mahu langgan! aku sakit hati bila ada orang sengaja buat aku dengki dengan kata, “wei, aku tgh tgk emil emilda. best gila!” (contoh je ok). dan aku pula hanya terlopong sambil telan air liur. haha. sekurang-kurangnya, benda ni boleh menarik minat aku untuk mengikut perkembangan negara (ya ritte..) walaupun aku di luar negara secara langsung. hahahahahhaaa..
edt83
September 10th, 2007
at 12:54am
haha…ipod..aku mahukannya..sejak dari shuffle…ke nano ke ipod video..skrg suda ade generasi baru lagi ipod ni…tapi aku lom beli2 lagik…ahhaha…
ya hotlink tu…super saver ade dua choice..yg sms tu mcm bodo jek…x larat weh nk abeskan sms 400 dalam masa 12 jam…yg call tu mmg lumayan…
media prima streaming…ahaha…aku rasa baek beli tv nonton…lagi puas…pasang tv card ke…tggu aa bila strimik jadi 10mb ke…100 mb ke…layan aa..:p
p/s komen rangkuman ke-3-3 review..ahahah….
khai
September 10th, 2007
at 12:59am
alamak bro… cari la yang istimewa sorang….. kawan-kawan pon ade… sama2 kita lingkopkan maxis yang baik hati tu.. hehehe
Qaiyum
September 10th, 2007
at 3:37am
Wah.. Sebbaik Ko Bagitau Mael. Aku Baru Je Test Arini Tadi. Punye Main Susah Nak Terjah *100# Tu. Services Currently Not Available La.. Network Problem La.. Technical Difficulties La.. 2 Jam Aku Try Dari Kul 12. Pastu barula Dapat. & Baru 1 Nombor Je La Aku Call Selame Dkat 2 Jam Borak. Heh. Waktu Aku Baca Entri Ko Ni Aku Memang Dah Terpikir Nak Call No Laen. Ampes. Sebbaik Tak Call.
Mahu iPhone. Uu..
Qaiyum
September 10th, 2007
at 4:01am
Eh Mael. Aku Check Balik Cam Leh Call Ke Lebih Dari 1 Nombor Je. Mane Ko Dapat Info 1 Nombor Je Leh??
megat
September 10th, 2007
at 8:51am
memang benar, aku pun baru tulih entri pasal ‘super saver‘. skali mael pun ada entri pasal topik yang sama eheh.
mohdismail
September 10th, 2007
at 12:24pm
aku tak maksudkan satu(1) nombor kawan2.. aku maksudkan satu(1) panggilan.. mmg boleh pakai untuk byk2 nombor tp setiap nombor hanya satu panggilan yang sah utk pakej ni.. kalau tak silap aku… heheh ;p
mohdismail
September 10th, 2007
at 12:27pm
10mb? streamyx? ngeh3… maka’nya kene tunggu anak2 kita nnt ar Omar oi..
mohdismail
September 10th, 2007
at 12:36pm
ha ha ha…luahan hati orang Malaysia yang ta’dapat tengok tv Malaysia… balik la Malaysia cepat2 Wawa…
Bat
September 10th, 2007
at 1:51pm
Aku takda awek, langsung tak berminat nak cuba benda nih..Tapi kalau ada yang sudi nak telefon aku, apa salahnya..Hakhakhak…
edt83
September 10th, 2007
at 2:50pm
hahah tak pon cucu kot..:P…ahahah 4 mb tahun 2007…10 mb aku rasa 2017..:P
edt83
September 10th, 2007
at 2:52pm
mmm…sian bat…xpe nnti mail open entry utk cari calon ko k… :P
Bat
September 10th, 2007
at 6:35pm
haha..kau jangan omar, berpusu-pusu orang cari aku nanti..Haha(Ayat perasan habiss) Wakaka..
abdfatah
September 10th, 2007
at 8:06pm
promosi berganda dah habis ke? saya nak promosi berganda tu sampai bila2 biar terduduk semua orang malaysia nih.
dan lagi satu tempoh hayat reload perlulah lama sedikit dari kebiasaan. kalo dah tujuh hari untuk sepuluh henggit takdak maknanya… kita mau setiap kali reload bleh guna bila2 masa.
apa guna dah daftar nama tetapi reload masih ada jumlah tempoh yang tertentu… atau kena bayar yuran baru bleh reload setiap masa tanpa had masa???
nanti saya usulkan kepada maxis.
p/s sebenarnya dah lama tak pakai maxis nih… miahahahahaaa…
od3n
September 11th, 2007
at 3:23am
aku nk ipod tue. xnk awek.
Nazirah Ashari
September 11th, 2007
at 11:40pm
iPod touch… sial hawt!!!!! gosh damnit! asal kau bg tau. aku duit tak pernah ada. takyah arr nak imajin bender2 ni. haram je.
super savers ni kan… secara jujurnya la mael.. (aku menggunaknnya)… indah khabr dr rupa je. memangla heaven ko call org tak beragak gayut sampai panas telinga dgn hanya rm2… tapi masa tu ko akan mengalami masalah connection lah. itu yg paling sakit. semalam aku buat lagi… dpt call sorunk je. nak call org lain dia start error in connection. yg nak call sorunk je tu pun aku dah cuba a few times and biar dia relek dulu. semalam aku dpt call and borak ngan dua org je. berapa lama sgt pun. masalah error in connection ni memang membantutkan semangat aku. tapi fikir2 balik, rm2 for unlimited calls/sms to anyone on maxis is beyond expectation. aku consider inilah masanya untuk contact balik kawan2 skolah dulu… which is what im doing right now…
tgk tv online? erm… malaysia tak bersedia lagi la… tak cukup bersedia lagi… kita sgt KECIL dlm byk perkara…takyah arr…
mixterr
September 12th, 2007
at 1:48pm
aku suka yg Iphone je… xyah bwk hp ngn mp3.. tp xde 3g la plak..
mcm xcaya je maxis buat mcm tu…
yg tv tu da byk web ngn blog dah ade da.. tp kecik je.. mcm youtube video size die.. media prima kalo buat full screen okie gak tgk tv gune pc.. leh aku beli samsung 20 inci lcd wide screen..tp streaming leh ke buat..
Mohd Ismail
September 12th, 2007
at 1:52pm
ko untung ar Nazz boleh call org lagi, aku nak call sapa pun tak tahu.. ha ha :)
ya ya.. kita sgt kecil.. kelompok kita nak tonton tv secara online pun maish kecil..
Mohd Ismail
September 12th, 2007
at 1:54pm
woo bro.. dia ade wireless+wifi.. takde da 3g ni.. aku rasa org europe/usa sana tak main 3g da.. diaorg makan wifi je skang.. sbb tu xde 3g dlm iphone..
musnazdotnet
September 15th, 2007
at 11:45am
ye! hotlink super saver tu saya dah try satu kali! memang menakjubkan! ha ha… tapi tu lah, kalau macam saya ni mana ada girlfriend nak gayut….. girlfriend dah jadi wife daaaa…. ho ho