Seleksi Hujung Minggu #07 : Seputar Fotografi
- 35
- Add a Comment

Wohh! Sedikit lama aku tidak menulis tentang hobi terpendam aku ini, fotografi. Cahaya, objek & permainan jiwa semua’nya akan terangkum di’dalam sekeping foto yang seterusnya akan membawa 1000 makna bak kebanyakkan orang kata. Fotografi adalah seronok, melihat & membaca foto-foto cantik adalah lebih nikmat dari menonton 3GP lucah! Apa kata Wikipedia?
Photography [fә'tɑgrәfi:],[foʊ'tɑgrәfi:] is the process of recording pictures by means of capturing light on a light-sensitive medium, such as a film or electronic sensor. Light patterns reflected or emitted from objects expose a sensitive silver halide based chemical or electronic medium during a timed exposure, usually through a photographic lens in a device known as a camera that also stores the resulting information chemically or electronically.
Hari ini, aku rangkumkan beberapa sumber foto & event berkaitan fotografi yang terjadi di’seluruh Malaysia & dunia. Ayuh, sediakan kamera & kita masuk ke alam magis fotografi.
#01 Cahaya di Persetankan.com

Itu, di’atas sana adalah Dhilla, foto di’ambil oleh Beck sempena tema Cahaya di’Persetankan.com. Tema yang mempunyai submisi terlaju setakat ini jika tidak silap aku, ayuh selongkar folder foto kalian dan cari’lah gambar berunsur pencahayaan kreatif ataupun sekadar ke’sana memberikan apresiasi kepada hasil anak-anak muda.
#02 CandidSyndrome: White Room Package
Singkirkan seketika latarbelakang berwarna warni dan berikan peluang kepada diri menjadi objek & tumpuan yang satu di’dalam sekeping foto. CandidSyndrome, menawarkan khidmat terbaru fotografi-dalam-studio yang di’beri nama CSWhiteRoom. Aku teringin menjalani fotografi sebegini. Beraksi ala-ala seorang superstar ataupun sekadar menjadi manusia slapstik, pasti menyeronokkan.
#03 AmrulKareem: Revisited

Aku pernah menulis entri untuk bakat fotografi mamat bernama Amrul Kareem ini, kali ini apa kata kita buat sedikit lawatan balas ke’atas foto-foto terbaru hasil tangkapan tangan magis beliau. Untuk pengetahuan kalian, Amrul Kareem juga seorang pelajar Kejuruteraan Kimia seperti aku & telah mempunyai kekasih hati. Sila makan hati ye gadis-gadis.
#04 100 Foto yang Mengubah Dunia

Tajuk menyatakan segala’nya, Koleksi 100 Foto yang Mengubah Dunia yang di’kompilasikan oleh LIFE Magazines. Kemanusiaan, teknologi, peperangan, penderitaan & kegembiraan, terangkum segalanya di’dalam 100 foto. Ayuh, kita melihat kebelakang seketika.
#05 Terbeku di’dalam masa

Between The Seconds - Koleksi foto yang di’ambil pada masa yang tidak terduga. Teknologi + fotografi = Saat yang yang tidak terulang akan terbeku.

Freeze the Move - Koleksi foto yang mana jurugambar’nya mengaplikasikan shutter speed yang perlahan untuk membekukan pergerakan di’dalam sekeping foto. Ada foto yang mengambil masa 40 minit untuk siap.
#06 DeletedImages

Dalam banyak-banyak koleksi foto di’atas, semua’nya adalah sanjungan buat foto yang cantik dan terbaik. Dan, selalu’nya, foto yang tidak cantik & menarik, lebih cenderung untuk duduk di Recycle Bin atau terus di’buang dari memori komputer. DeletedImages memberi rumah baru kepada foto-foto yang hendak di’buang. Hantar’kan ke’sana & beri dunia lihat foto yang sepatutnya sudah kau buang.

35 Comments
Fahmishah
September 22nd, 2007
at 4:03pm
gile kentang yang acu pistol tu.
oh ya! paparan web pada IE6 tidak begitu baik
Wizurai
September 22nd, 2007
at 4:10pm
Mail, buat senarai blog/kelab/web fotografi di Malaysia… aku rasa banyak je…
Qaiyum
September 22nd, 2007
at 4:12pm
Naseb Baik Takde Pic Makanan. Sensitif Btul Aku. Huhuhu..
Foto Itu Indah..
Mohd Ismail
September 22nd, 2007
at 4:20pm
aku seorang anti-IE sampai mati! ha ha ha haa.. persetankan, sila download Firefox guna link kat atas sana & beri aku sedikit commision…
junaidix
September 22nd, 2007
at 4:20pm
best2 la gambar diaorang nih.. aku dulu beli kamera semata2 nak senang amik gambar time aku kawen jer :p hehehe lepas tu pakai sekali-sekala jer.. huhu..
Mohd Ismail
September 22nd, 2007
at 4:21pm
memang banyak! tp aku baik’nya aku hi-litekan kroni2 aku dulu… ah ha… *nanti lain masa aku buat utk semua.. oh yeah!
Mohd Ismail
September 22nd, 2007
at 4:24pm
lepas ni ko tahu apa Qai, aku buat kompilasi gambar2 makanan paling champion.. biar korang lapo! ha ha
*sebelum Ramadhan berakhir pastinya
beckzaidan
September 22nd, 2007
at 5:09pm
giler. hi-lite kan kroni dulu. nampak sgt.
pasal whiteroom tu, bila ko nak gik, kita sewa dan bawak geng kita beramai ramai mengambil gambar bogel bali. ahahhaa…
bila aku berpeluang berbuka puasa bersama eka mail?
nashrex
September 22nd, 2007
at 9:31pm
kroni tu.. wahhaha..
tp btul lah. ko carik pasal kelab2 fotograpi ni.. byk woo
Wizurai
September 22nd, 2007
at 10:27pm
aku dah agak… memang ko hi-litekan kroni… hehehe…
xpe, lain kali buat yg lain jugak… biar mereka pun merasa popular seperti kau…
bali
September 23rd, 2007
at 6:15am
oh nama aku disebut di sini. kenapa aku dikait dengan bogel? mungkin sebab aku pernah bergambar bogel depan cermin.
dott-com
September 23rd, 2007
at 10:46am
yups, mmg benar “a picture worth a thousand words” post yg kreatif maill sbb ko xpayah tulis bebanyak, thank jg dgn link ko ker Koleksi 100 Foto yang Mengubah Dunia. mmg bagus.
megat
September 23rd, 2007
at 11:48am
blh la aku jadikan rujukan kt sini eheh. aku pun dh mulai berminat dengan fotografi semenjak aku tgk member aku Ayares berfoto.
beckzaidan
September 23rd, 2007
at 6:06pm
yeh, aku kroni. ahahhaa… jgn jeles…
mohdismail
September 23rd, 2007
at 7:47pm
bali, siapa tidak pernha berbogel depan cermin? kawan2, siapa tak pernah? ha ha ha
mohdismail
September 23rd, 2007
at 7:48pm
heheh.. sbb aku malas+sibuk nk mati! ha ha ha…
mohdismail
September 23rd, 2007
at 7:49pm
kalo betul2 minat, angkt dslr sebijik, boleh belaja dengan Amrulkareem, Beck, Famia, Bali, errmm… sape lagi kroni aku ni… errmm..
Zik
September 23rd, 2007
at 9:49pm
Which is better? Canon 400D or Nikon D80?
khai
September 24th, 2007
at 4:06am
yeah!! sangat menarik!!! aku pon sukekan photography dek kerana ramai kawan megambil sourse itu….
angel angel angel… itulah yang selalu aku dengar bila melepak dengan dia.. hehehe…
Mohd Ismail
September 24th, 2007
at 4:16am
fotografi & angle seperti roti canai & kuah kari… mana mungkin terpisah… ha ha.. seperti juga kau dan Nieza… mungkin… ;p
ha ha
chot
September 24th, 2007
at 9:04am
so bila lagi bole beli kamera dgn hasil duit pengiklanan ko tu mail?
Syafiq
September 24th, 2007
at 9:10am
Hobi yang sangat mengujakan bagi pengemar kamera. Mungkin aku bole tanam minat yang sama?Berusaha lah…huhu
beckzaidan
September 24th, 2007
at 9:46am
terpulang kepada kehendak dan kemahuan anda. tapi kalau dua seleksi tersebut, baik angkat d80… tapi kalau kurang uwang, 400D sudah memadai…
tapi sekali lagi, terpulang kepada spesifikasi anda…
Zik
September 24th, 2007
at 11:21am
Beckzaidan tq. Saya sudah angkat Nikon D80 dua minggu lepas. Actually I already bought Canon 400D 6 month ago, lost it in KL 3 month later. Sangat sedih dengan negara sendiri. Lebih sedih dengan kejadian yang dialami oleh adik Nurin dan kenyataan sangat tak berperikemanusian KPN.
Hehe tapi sangat rindu dengan Canon 400D + Tamron lens. But Nikon D80 is better for sport and potrait.
Salam Ramadhan all.
musnazdotnet
September 24th, 2007
at 12:31pm
korang nih memang berseni betul la bab bab amik gambar nih! respek!
azwanhadzree
September 24th, 2007
at 12:52pm
aku masih dengan point and shoot
Mohd Ismail
September 24th, 2007
at 1:38pm
azwan. point & shoot juga kool… yang peting bakat utk ambil gambar itu… :)
adib.
September 24th, 2007
at 3:17pm
aku ske yang freeze the move…
beckzaidan
September 24th, 2007
at 6:17pm
bawalah kamera dgn beg crumpler. crumpler menyembunikan kamera dengan baik sekali. peragut mseti tidak akan sang beg itu adalah beg kamera.
kena curi atau silap letak atau org kopak rumah?
tapi d80 sudah lebih bagus…
ada equipment 400D yang lebih mahu dijual? battery grip ke, lens ke…
beckzaidan
September 24th, 2007
at 6:20pm
point and shoot lebih bermakna dan jikalau pandai guna, pengguna DSLR akan menitis air mata melihat hasil kerja anda.
memiliki DSLR tetapi mengambil gambar yh hasilnya seperti camera point n shoot adalah membazir.
aku kenal seorang mamat yang masih menggunakan kamera disposable filem dan menggunakan filem expired tetapi hasilnya semestinya akan membuatkan pemilik DSLR berpeluh bila mengetahui hasil sebegitu diambil menggunakan kamera rm40 dan filem rm3… ahahhaa
gear tak penting, bakat itu penting….
mari bakar aku pengguna DSLR…
Mohd Ismail
September 24th, 2007
at 7:35pm
buka puasa Beck? hehe… aku pun x berkesempatan nak berbuka puasa sama2..
esok saja… mungkin
Zik
September 24th, 2007
at 8:28pm
Diragut dalam masa 5 saat, anda percaya? Memang dahsyat betul. Hanya tuhan saja yang tahu. Letak di tepi kaki toleh depan toleh belakang zuppppp.. macam orang bunian main nyorok-nyorok. Tapi hati aku kepada keadaan negara sendiri memang dah luntur sama sekali.
Banyak perbezaan canon 400D dengan nikon D80. Sebab tu hatiku ini masih merindui canon 400D. Kalau guna canon untuk pemandangan OK bagi aku. Potrait pun OK tapi nikon lebih kepada portrait atau objek. Fokus nikon lebih hebat dari canon.
Peralatan yang tinggal hanya cas bateri, lain semua lesap dengan si bunian hehe. Aku memang bercadang nak beli beg belakang untuk kamera. Lebih lagi keadaan kat negara sendiri, rasa tak selamat langsung huhu.
Zik
September 24th, 2007
at 8:35pm
Betul apa yang diperkatakan oleh si Beck. Bakat itu penting, ketepikan yang lain tambah ilmu di dada, dan lihat hasil kemudian hari. Mesti anda akan melepaskan nafas lega dan gembira.
Ooooo.. percayalahhhh..
nyanyi lagu Kak CT :P
lidah
October 30th, 2007
at 2:51pm
beck komen banyak betul cam blog sendiri.. nahahahaha
beckzaidan
October 30th, 2007
at 3:44pm
biasa la, aku nak femes.