Seleksi Hujung Minggu #08

Belum lewat lagi rasa’nya untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina untuk semua’nya terutama kepada mereka yang merayakan sambutan ini. Ini termasuk mereka yang memohon cuti lebih awal berbanding mereka yang sepatutnya bercuti. Kita Malaysia ‘kan? Putih ke, merah ke, hitam ke, semua kita adalah sama (ayat seseorang yang aku sudah lupa siapa). Unik. Rakyat Malaysia meraikan semua’nya.

Sebagai membunuh kesunyian entri kerana aku juga bercuti seperti orang yang sepatut’nya, aku tampilkan Seleksi Hujung Minggu #08, edisi majmuk & rojak.

Paris Hilton di’sanjung Universiti Harvard

Siapa kata kehidupan penuh berfoya-foya & di’taburi kewangan tidak di’pandang tinggi oleh institusi akademik sebagai role model. Paris Hilton, ya kau pasti kenal, menerima anugerah ‘Women of The Year’ yang di’berikan oleh majalah Lampoon, terbitan pelajar Universiti Harvard sendiri. Lebih mengharukan, ratusan pelajar berpendidikan tinggi di universiti ternama dunia itu sanggup menunggu lebih satu jam untuk melihat sendiri kelibat Paris Hilton. Fuh!

Mahu kulit muka licin? Makan tempeh!

Awal minggu ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengeluarkan satu kenyataan yang aku rasa sangat anggun kelakarnya. Ramai (pembangkang jika menurut media perdana) mendakwa beliau menyuntik Botox untuk mencantikkan kulit wajah beliau. Untuk menangkis fitnah itu, beliau menegaskan satu-satunya petua beliau mampu kelihatan setampan itu adalah dengan memakan tempeh. Kandungan protein & serat yang tinggi menjadi tunjang utama kepada kecantikan wajah beliau hari ini. Tahi’lah. Aku juga makan tempeh, lebih banyak dari beliau mungkin, tak pulak muka aku licin cantik menawan. Tempeh apa Datuk Seri makan? Saya minta sikit boleh?

Yahoo! Live Streaming Video Services

Hi! My name is Mohd Ismail and you’re watching MaelTV! Ini adalah sesuatu yang kool! Untuk satu kadar percuma, kau boleh mempunyai channel tv sendiri di Yahoo! dan akan di’tonton oleh seluruh dunia. Sekarang, kau hanya perlukan talian internet yang laju & webcam yang mempunyai resolusi yang mantap. Dengan Yahoo! Live Streaming Video Services, kau boleh berbual dengan kenalan dari seluruh dunia secara live. Juga, mungkin kau boleh menjadi stand-in comedian dan mempunyai peminat dari seluruh dunia. Kool! [via Digg]

Time travel adalah satu kemungkinan

Bukan aku kata, saintis Russia yang mengatakan begitu. Sepanjang aku hidup, selain kisah fantasi Back to the Future, Heroes & terbaru Jumper yang mencanangkan kehebatan & kelebihan untuk merentas masa, ini adalah kali pertama aku mendengar perkhabaran tentang time travel dalam nada yang serius. Dan, lebih menarik, ia keluar dari mereka yang mengkaji secara saintifik dan bukan’nya fantasi seorang karyawan. Kita tunggu. Jika benar masa boleh di’putar, banyak benda mahu aku ubah. Tapi, Tuhan sudah janji ‘kan? Kan?

Comments

51 Comments so far. Comments are closed.
  1. zaki,

    First…

    Mael, ko kelihatan sudah kurus….Well done…

  2. Hehe. Itu gambau ko ke mael??

  3. sugguh kacak mael nie.. ni angkara tempe ko makan ke mael?? hahah .. mael bila lagi kau mahu berstreaming kat yahoo live tu.. boleh la kau hiburkan aku jap.. k tak mael?

    • iskk.. aku kureng sikit kalo bercakap2 ni.. ha ha.. pandai tulis je.. mahu terabur ayat aku kalo bercakap ;p

      *hiburkan ko, ada unsur gay tu… jangan Dinzz.. ha ha*

  4. hehe aku orang johor.. tempe memang makanan faveret aku.. kat kl tempe tebal2.. kat johor tempe nipis skit.. apepon tempe memang sedap.

    gong xi fa cai mael..

    aku pon nak tgk MaelTv.. channel bape ek?

    time travel? tak mustahil.. hehe ataupon aku dah terpengaruh dengan hiro nakamura?

  5. tempe tu kena tenyeh2 kat muka kot…hehe

    p/s: mmg dah nampak kurus la :P

  6. tak pelik jika pelajar2 di us begitu memuja artis..
    malah di uni aku sendiri setiap sem akan diadakan undian online bagi memilih artis mana yg pelajar mahu jemput ke kampus.
    di malaysia aku rasa trend menjemput artis ke kampus pun bukan sesuatu yg baru.

  7. gie,

    mael…ko plak kantoi setelah ikram kantoi kat blog aisyah…haha…wah mael…aku pun nak kurus gak….aku pun nak amalkan gaya hidup sehat… (burb,baru lepas makan megi..skang pkul 3.30pg..aduhai..sehat ke cara aku…?)

  8. aweks,

    Aku ingatkan mael selama ni hensem dengan gaya berdasarkan ayat tulisannya…
    nyata aku tertipu…hampeh..:D

  9. Khai,

    mael makin berani expose diri dalam internet.. awek ko x marah ke mael.. kot2 orang ngorat nanti…

    justkhai.com -

  10. Khai,

    neway, pasal orang terpelajar puja artis perangai cam haram, bukan satu yg mustahil lagi di zaman kini.. ilmu bukan segalanya…. artis SPM pon boleh jadi artis no 1.. contohnya macam, err…. er.. right?

  11. mims,

    1- tanda-tanda kiamat
    2- anak toyo ni nak menipu tapi tak pandai
    3- cubalah jadi macam Baba Ali..drpd suke-suke bercakap dpn camera..skg nih dh jadi femes seantero dunia.
    4- time travel? ia hanya sebuah fantasi dan tak mungkin jadi realiti

    • ini sekadar platform ye tak? kita sendiri kene mencorakkan’nya.. pandai2 la nak bawa ideologi atau perjuangan melalui medium yang tersedia.. ;p

      *ai mimi rosli!*

  12. amatlah mustahil kembali ke masa silam.hanya kenangan saja yg boleh pergi..huhuhu kena try yahoo live…jgn org salah pakai sudah

  13. zool,

    Patutlah muka aku tak licin.. Banyak jerawat..
    tak makan tempe…
    He he he..

  14. hahaha. right. makan tempe. kalau tempe tu digoreng, sihat sangat kah? kalau dia kata dia amalkan organic food sejak kecik ke… logic la sket. adeih.

    hmm.. bila dgr je Paris Hilton, teringat my paris hilton heiress perfume. it’s my favourite perfume! and I think I began to like her ever since I got that perfume! hahaha. maybe semua org kat harvard pun suka sgt perfume tu?

    and oh, the live streaming vid sounds cool. now i need a webcam. Mail, sponsor la! ;DD

  15. aman,

    huhu…on9 kat cc ker mael?

  16. tu kan licin kulit muka ko tu incik..

  17. kau dah tak anonymous eh?
    oh ye aku lupa, kau suka glam!

  18. kelakar ape? makan tempe cantikkan kulit.. yeapaada..

  19. khai,

    aku ade simpan gambar perbezaan beliau dulu dan sekarang.. rasanya aku perlu buat tulisan di blog nanti.. menghentam vip yang ada…

  20. aku ketagih main google imagelabeler.
    kau bertanggungjawap.

  21. Oh, yg ckp org itam ke, kuning ke, hapa tu, aku ingat2 lupa gak. Tp aku yakin tu ialah dialog dlm filem ujang, yg malik noor jd hero tu. Dialog tu dituturkan oleh seorang awek (yg skang dah jd makcik la) ‘mat salleh’ yg terer ckp melayu. Kalu x silap die belakon dlm 2+1 yg mula2 tu. Lisa ke hapa ntah nama die.

  22. Wah.. Mael Dah Kurus?? Haha.. APa Rahsia?

  23. mcm betul je kata dato khir toyo tu,,
    muka aku licin,,,,,,
    tapi tak hensem le,,weee~

  24. mengomel,

    ko kena pakai fair and lovely, lelaki urban skang dah kira dah alat kosmetik sumer ni, janji tampak urban. hahha

  25. Walaupun aku bukannya wong jowo (orang jawa). Tapi aku didedahkan dengan makanan tradisi jawa sekian lama. Memang benar bagai dikata disampaing tempe ini boleh mencergaskan kepala otak, ia juga dapat mencantikkan kulit (kata org jawa la).

    Banyak fakta menarik pasal makanan jawa nie! Dan bojo (org umah) aku sendiri merupakan keturunan jawa.

    Ora iso ngomong jowo, ojo ngomong. Mengko diguyuke wong.

    • Ora iso ngomong jowo, ojo ngomong. Mengko diguyuke wong. <– tak boleh cakap Jawa, jangan cakap, kalo salah nanti di’gelakkan orang… yeah! ha ha

      kem salam sama ornag rumah ko Megat.. aku juga Jawa.. haha

      • orak opo… ngomong lah jowo, sitik2 pon orak opo…. yo ben angger wong arep guyokkey kuey… asalkan akalmu waras, hatimu resik, yo wes! yeah!

  26. u takpe la.. u org KL IcedNyior.. he he.. di’maafkan.. belacan makan x? budu? ha ha

  27. ko dah kawen Zaki.. nikmati je alam perkahwinan.. xyah diet2.. ha ha.. bini ko tetap sayang pny.. ;p