Seleksi Hujung Minggu #09

Aye! Selamat bulan baru kawan-kawan. Sekejap sahaja kita sudah berada di bulan ketiga tahun 2008. Sedar tidak sedar, semalam adalah 24 jam yang hanya muncul setiap 4 tahun sekali. 29 Februari adalah tarikh yang ajaib. Gabungan 1/4 hari dari setiap tahun, maka semalam aku habis 1/2 hari dengan menemani Eka membeli sut executive untuk sessi interview beliau bersama Petronas. Untuk menambah faktor kool di’situ, Eka adalah satu-satu’nya Hawa dari kampus kejuruteraan yang terpilih untuk menjalani interview bersama syarikat carigali minyak gergasi Malaysia itu. Mohd Ismail dot Net mengucapkan semoga berjaya buat Eka Anggraini & pelajar-pelajar lain yang akan menjalani sessi interview hujung minggu ini. Ok, let’s move on to our Seleksi Hujung Minggu #09!

Kena jemur pun nak kecoh, apa kes?

Semasa aku membelek akhbar media arus perdana hari ini, mata aku terlintas akan berita utama di akhbar (picisan) Harian Metro, ‘Gara-gara buat bising dalam kelas - Dijemur Guru Besar’. Aku ketawa sendiri sebelum seorang mamat sebelah aku berkata,”kecoh la paper ni, aku dulu siap kene rotan depan perhimpunan.. depan awek-awek.. lek je masuk universiti…“. Aku keluarkan RM1.20 dan merembat akhbar tersebut tanpa soal. Seronok untuk di’baca ketika bosan.

Al-kisahnya, 6 pelajar sekolah rendah telah membuat bising di’dalam kelas sehingga mengganggu pelajar lain. Mereka di’tangkap. Mereka di’marahi. Mereka di’beri pilihan, di’rotan atau berjemur di’tengah panas? Mereka pilih untuk berjemur, kerana takutkan azab rotan. Maka, hari hukuman tiba, guru besar mengarahkan mereka membuka baju & berjemur di’tengah panas selama lebih kurang 10 minit. Hukuman selesai. Mereka telah mendapat pengajaran. Karma yang mudah, ‘kan?

Tetapi, seorang lelaki bergelar bapa, menganggap ini satu penghinaan kepada pelajar tersebut & tidak selari dengan prinsip keluhuran & kemurnian seorang guru. WTF! Aku sendiri (dahulu) kerana malas unlimited, pernah di’suruh melakukan kerja rumah (matematik) sambil berdiri di’luar kelas. Bukan 10 minit, hampir sejam aku di’luar kerana aku haram tak tahu selesaikan kerja rumah tersebut kerana err.. aku banyak main di’dalam kelas. Hasil’nya, Matematik A1 & Matematik Tambahan A2 ketika SPM dek kerana malu dengan insiden tersebut. Pakcik ini dahulu sangat manja mungkin di’sekolah. Harian Metro ni pun satu, apa wartawan sudah kehabisan sumber berita lain? Pergi temuramah Hussam Musa atau Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Malek Noor atau aku sendiri, ada faedahnya. Cis!

Ujibakat Prison Break LIVE! di Malaysia

Aha! Kepada sesiapa yang teringin memegang watak Michael Scofield atau Lincoln Burrows atau Lechero, anda kini berpeluang untuk berbuat demikian kerana Sunway Lagoon Theme Park sedang mencari 30 bakat Malaysia untuk di’masukkan ke’dalam program pertunjukan Prison Break LIVE! di’Malaysia. Aku tidak tahu apa maklumat lanjut berkenaan event ini, tetapi yang penting, aku mahu lihat siapa yang akan memegang watak Michael Scofield & Sara Tancredi. Beli Harian Metro hari ini untuk details.

Selamat berhujung minggu kawan-kawan.

43 Comments

Harian Metro kan suka letak berita picisan camtu…
tak heran la kisah pasal artis hilang kucing pun jadi tajuk berita muka depan…

picisan ke…?aku lama tak bace akbar…masuk sini pun dah dapat tau isu hangat kan..so,jimat belanje..keh keh…selamat hujung minggu mael…

Aku benci betul berita2 camtu. Time aku sekolah dulu lagi teruk aku kena. Bukan 1 kali tapi beratus kali..macam2 ujian, pernak sekali aku kena rotan sebanyak 100 rotan. Tau apa jadi lepas tu? tangan ni rasa kebas cam dah tak de tangan lagi dah..nak pegang pencil pun tak dapat..tu la, sapa suruh aku malas. Kalau aku bagitau bapak aku, rasanya tambah lagi 100 rotan kot. So, diam2 jer..

tapi budak2 zaman sekrang manja giler, dah la bangang, kena marah sikit ngadu kat ayah. Ayah pun satu hal gak, lebih bangang dari si anak tu. Aku pernah jadi guru, aku rotan tangan anak murid (cina) aku sampai lembik, dia kata nak bagitau ayah dia, aku kata teruskan, tapi biar la aku rotan sampai tangan ko putus dulu baru la berbaloi ko bagitau ayah ko, lepas tu dengan ayah ko skali aku tibai kalu berani datang sini.Muahahahaha…jahat tak aku?..tp lepas tu budak tu dah pandai hormat orang skit…

Yep…budak2 sekarang manja…mak bapak pun manjakan…tak tau la camna…
dulu tak cam ni pun.

wizurai - itu la pasal.. da habes modal berita gamaknya.. ha ha

gie - haha.. kalo malas beli pun, masuk je laman web diaorg, berita yg sama gak kuar :)

wanwma - uiyoo 100 rotan.. lg supergila dasyat hukuman ko.. ha ha.. kalo la dak2 skang kene hukuman gitu, mahu masuk parlimen mak bapak diaorg ngadu.. ha ha

hohoho, korang ni semua malas eh? aku jugak yg rajin…
dulu pernah teacher aku tarik kelopak mata aku sampai terjengket² dibuatnya, sebab tak siap homework… bukan malas, aku tak pandai English la…

Aku kt skolah dulu cikgu disiplin siap ajak bertumbuk lps skolah. Relax jer. Stakat kena malu dpn perimpunan tuh standard a. Kena rotan? Lg la standard. Cikgu aku dulu siap suh pilih saiz rotan mane yg nk. Lengkap koleksi dia dulu. Hehehe. Tp benda ni sume mematangkan kita dlm menjalani kehidupan masa depan.

Klau manja sgt simpan la anak ko dlm frame, xde kena pape. Bodo tul parents skang. Bapak tuh xnh kena ke zaman dulu? Barangkali anak emas pilih kasih cikgu suatu ketika dahulu.

Pada Pendapat Aku La.. Banyak Lagi Pilihan Untuk Mendenda Murid2 Nakal Itu, Bukan Menggunakan Cara Itu. Itu Akan Menjauhkan Lagi Dengan Guru.. Guru Sekarang Kena Kreatif Untuk Menjalankan Denda..Terhadap Anak2 Didikan..Aku Pun Lebih Teruk Daripada Mereka..Tapi Kena Denda Yang Akan Menarik Murid Untuk Belajar…

Prison Break….versi malaysia mungkin break Penjara ISA Kamunting

prison break versi msia? mael kau kena botak dulu baru dtg..jgn biarkan rambut belah tepimu menjadi modal para juri mereject kamu :P

aku de kwn yang lahir pada 29/4/1988..fuh!kecian btul..smbul besday 4 tahun je skli..

best gak ni klu dpt jadi warga prison break versi msia..hehe

Prison Break ni pasal apa eh?
sungguh aku taktau… huhu!!

Sallikin@V3R1T45ERUM

March 1st, 2008
at 11:46pm

hurm…
kena rotan saket gak..
tapi cam seronok bebudak tu kena jemur..
cam leh joget2 plak tu.. haha..

first syarat kena gunting botak la.. :D

Hmetro keluarkan berita tu bukan untuk menyokong bapa yang salahkan guru pasal anak dia tu.. tapi Hmetro keluarkan untuk berkongsi dengan rakyat malaysia. mungkin pengajaran kepada ibu bapa supaya lebih berfikir kalau kejadian yg sama berlaku pada anak sendiri plak.. jgn nak salahkan guru je..

selalunya orang kita bila keluar kes macam ni, pandai marah mak bapak budak tu sbb manjakan anak.. bila kene kat anak sendiri, mula la maki hamun satu sekolah.. hehhee..

apa pun, bagi aku jemur pelajar bawah panas dengan tidak berpakaian satu tindakkan bodoh pihak sekolah dan ternyata, itu hukuman sendiri yang dicipta pengetua tersebut.. dalam dunia ni, semua perkara ada undang-undangnya… even itu mmg satu cara untuk mengajar, tapi kalau dah tak ikut undang-undang, naya juga.. sbb ape? macam takde cara lain nak mengajar.. heh!

psstt: khai kat skolah dulu time camping KRS, pernah kene guling ramai2 dari tepi padang sini sampai padang hujung sana.. kerana, semua tidur dan takde sorang pon yg berjaga untuk jaga khemah dan kawasan perkhemahan.. kitorang berguling sambil menangis tak bersuara.. damn, kalau aku boleh kembali pada waktu itu, mati semua pegawai2 yang ada di situ..

mohd hafifi, kawan anda lahir 29.4.1988.. bukan ke bulan 4 tiap tiap tahun ada 29 haribulan.. haha..

kesimpulannya, jemur tengah panas tanpa berbaju untuk budak2 kecik macam tu mmg tak patut.. mereka kanak2.. mak bapak sanggup teduhkan pakai tangan takut anak kene panas, cikgu senang2 nak jemur.. kalau demam, susahkan mak bapak.. langsung tak dapat pergi sekolah, langsung tak pandai..

aku rasa bapak budak tu bukan marahkan guru tu sebab hukum anak dia, tetapi, nak hukum biarlah berpada.. jgn jadi guru yang mental..

takkan korang dulu time sekolah x pernah rasa yang guru korang denda korang tak berbaloi dengan apa yang korang lakukan? dulu member khai pernah tak bawak buku teks dan dia dihukum lari keliling padang sepuluh pusingan.. patutkah? padahal itulah kali pertama dia terlupa nak bawa.. kalau disuruh saja budak tu share buku teks dengan kawan sebelah, rasanya semua setel.. budak tu pandai dan takde la macam separuh mati nak abiskan larian sepuuh kali..

baca kisah ni teringat zaman-zaman sekolah rendah dulu…hari-hari kena denda berdiri atas meja coz tak hafal sifir :)

ok tu kena jemur tgh panas..org dulu kena lari round padang 50 round..bayangkan trek 400m tu.400mx50=20000. 20 km kena lari..pergh stanima terus naik..heheheh

Khai - memang la masa kene denda tu akan rasa x puas hati.. mcm di’zalimi je rasanya.. tapi kalo berjemur takat 10 minit apa nak di’herankan.. ramai2 lg dak2 melayu kita sanggup berjemur tgk konsert HOT FM Big Jam kat PJ itu hari.. :)

kita - ha ha.. pasal hafal sifir pun satu hal kan? aku dulu kene ketuk ketampi, berdiri atas kerusi bagai.. ha ha.. *kenangan*

cuakteam - humang.. berlari 20km? ha ha.. mesti skang kalo ko di’suruh endurance rileks je kan?

hehehe kena jemur pun kecoh kan. hampeh je :)

Hehe..kalau Metro. Memang diorang takde cite lain pun. HOho..biasala tu. Takat kene jemur, kene lempang, kene lari padang 20 round. Alah biasa tegal biasa. Sebab tu budak2 zaman skrg tak tahan panas, tak tahan kene denda..

Mungkin dah terlalu manja sangat. Sebab tu ramai yg kuang ajor tuh..Kalau dulu sekolah digeruni sampai aku nk ponteng sekolah. Tapi sekarang, sekolah bagi budak2, tempat mainan je..

Aku dulu kene rotan pasal main roket kertas..Harian Metro tak nak interview pon..kecoh la Harian Metro ni..(sib baik roket aku antara landing paling jauh antara bebudak kelas yang lain tak sesia kene rotan)

hehehe..time sekolah menengah la..kalo x bgn subuh 20 round padang..hehehe..sekrang ni dah pancit.heheheh..dah berumur

aku pernah kena suruh lari pusing padang sebab tidur waktu perhimpunan
pastu aku buat2 lelah, oandai2 ar nak hidup. har3

harian metro kuarkan berita tu sebab.. nak suruh orang beli ar. har3. setuju atau tak, orang akan beli. macam mael la. huhu stereotaipnye aku

klu aku jadi cikgu aku suke tarik sideburn dak laki. seronoh tgk dorg terjengket2 tahan sakit.. lalala

apa kes kalo kena jemur tak kecoh? hahaha… pasal ujibaakat prison break tu aku cadangkan utk ko p cuba apply watak Michael Scofield. Ko memang layak mael.. P

Haha.. Aku Seswai Pegang Watak T-Bag Je? Stylo Dan Kurus.. Aku La Tu. Jom.. Sape Nak Jadi T-Bag Wannabe..

Salam,
Kesian budak2 tu..hehe…mesti jadi student paling popular kat sekolah lepas kene hukum tu..huhu

budak budak sekarang ni manja..aku dulu kena belasah dengan cikgu rilek je tak bagitau mak aku.Kalau bagitau confirm kena lagi dengan bapak aku pulak..

ahaha…seksi gler kene jemur…
tu aa bdk skrg manje gler..apeda..ak kalu kire secara average nye ari2 kene rotan,kene denda xbising pom..msuk jgk u.

hoho,ak nk jadi mikel skofil,sape nk jadi sara tenkredi utk ak nih?

wah… Welcome back ahib0205, layanz… ni wat aku nk report kat metro nih. hehehe

wah..begitu hebat sekali komentar yang diberi..kekadang sesuatu isu itu bukan masalah.

hek eleh pakcik tu. kecoh gle. tengok result anak sket…. huhu…

erm, please la, jemur 10 mins je kot. klau sejam ke leh tahan la gak. manja. cehs.

masa sk. rendah dlu erm… penah gak kena siapkan homework kat luar sambil berdiri. tp kat koridor la. kat depan kelas pun penah. malu gak lah. padan muka, malas buat homework. haahah

kalo kene ketuk ketampi 500kali xbrhenti kire denda jgk ke??

ise14 - 500kali eh? he he.. itu ada unsur2 dera kalo kesalahan ko setakat buat bising.. :)

aisyah - gimme five! ada gak kawan yang se’pengalaman dalam arena denda2 x buat homework ni.. ha ha

ahib0205 - ke’mana ko bro? lama x nampak.. merajuk ngan aku ke apa? ha ha

soleh - salam kembali.. semstinya popular, tgk la b/ground dia, penuh gadis2 pingitan.. ha ha ha *hero sekolah*

MK - aku beli sbb aku da lama x beli paper *alasan*… ha ha ko pun satu, dlm perhimpunan boleh tido..

KNizam - baik diaorg interview ko ye tak? ha ha ha

titan - ngeh3.. apa nak wat, negara makin maju, mak bapak makin x berani sentuh anak.. apatah lagi cikgu cikgi.. he he

hahaha aku tak merjuk dgn ko la tp dgn mak bapak aku :P cayok mael… miss u

haha..setuju dengan en mael..kalo dibandingkan kne jemur 10 min dengan berjemur kt hot fm big jam aritu apela sangat..tgk artis berjemur kalo 10 jam pun mak ayah tak kecoh..nie baru 10 min dah kecoh..hehe..macam2 la..alahai harian metro..
ade ke michael scofield versi msia??nak gak tengok..haha

Aisey kecohlah bapak budak tu, aku dulu kena jemur siap kena angkat kaki sebelah dan letak tgn atas kepala dr pagi sampai tengahari rileks jerk. Kecohlah mak ayah skang,patut budak2 skang manja dan mengada-ngada.

betol la point bapak tu.. ape kaitan nak bukak bajuk plak ? memang la memalukan.. duh.. cuba bayangkan ko tak siapkan keja kat office, bos ko panggil berjemur kat tengah panas TANPA BAJUK… mesti seronok tak ?

aku pun pernah kena denda macam2… (rasanya rotan kat skolah aku dah banyak dah patah sebab aku) takde hal pun.. tak rasa apa2 pun.. but bukak bajuk tu memang melebih la.. melalukan la..

kalau ade scofield mesia ? haha.. mesti best..

Aku pon dulu buat bising gak, kawan budak nakal, isap rokok, kene rotan, tak pernah buat keje sekolah… dll, jadi pon seorang engineer.

Bapak die ni, sayangkan anak tak bertempat. Bapak aku siap hadiahkan rotan kt cikgu utk merotani aku.

ikram_zidane - budak2 tu dah diberi pilihan, pride or pain. Malangnye dorg budak2, mesti pilih paling ringan. Tp kalau ko nak samekan dgn org kerja, susah la.

ps: aku pernah ditelanjangkan (pakai spender je) diperhimpunan sebab main api. ko rase wajar tak?