Seleksi Hujung Minggu #11

Hujung minggu kali ini aku rasakan seperti hujung minggu selepas selesai aku menjalani SPM, atau selepas selesai peperiksaan terakhir di kolej matrikulasi. Minggu sudah, kami baru sahaja melepaskan beban di’bahu bagai batu belah batu bertangkup & kami menghitung hari untuk bergraduasi. Walaupun masih ada satu lagi sessi viva, aku sudah rasa lega yang (hampir) teramat sangat. Aku punya lebih masa daripada biasa — kau tahu apa akan aku buat jika aku punya masa yang terlebih-lebih. Mari, kita lihat Seleksi Hujung Minggu #11.

(Lagi) Senarai laman web untuk mendengar lagu/mp3

Entri sebelum ini aku ada menyebut tentang Muxtape yang mengembalikan nostalgia kaset buatan sendiri — ruangan komen banyak menyingkap peristiwa tragis & lucu yang di’sebabkan oleh kaset campur ini. Paul Stamatiou pula menyenaraikan 13 lagi laman web yang membenarkan kalian mendengar lagu/mp3 secara streaming seperti Blip Bloop, MXPlay, FineTune, SongZa etc. Pergi ke’sana dan selongkar selera muzik yang ada di’seluruh dunia.

Samy Vellu bersara tahun 2012

Sedikit berita politik(us), Samy Vellu akan mengekalkan jawatan Presiden MIC untuk penggal terakhir — sehingga 2012. Beliau yang kalah pada pilihanraya umum ke-12 ini semakin galak bersuara seperti lagak’nya orang yang menang pilihanraya. Tindakan beliau untuk menjadi hero meminta kerajaan membebaskan pemimpin Hindraf dalam tahanan ISA di’lihat sebagai mencari populariti & sokongan dari pihak tertentu. Jangan kau bersuara pasal tol sudah, ada yang gondol kepala nanti.

Wanita saman suami kerana hilang dara (Eat this, Google!)

NST Online melaporkan ini adalah kes seumpamanya di’Malaysia. Seorang guru wanita berusia 30 tahun mengemukakan saman terhadap suami’nya kerana suami’nya menyebabkan beliau kehilangan dara atas janji-janji palsu. Saman itu bernilai RM3juta (wow!). Aku tidak tahu bagaimana untuk ulas kes ini, tetapi menurut laporan berita, wanita ini kecewa kerana perkahwinan yang di’harapkan tidak mendapat restu keluarga pihak lelaki — selepas kehilangan dara. Dan, sekarang wanita ini mahu RM3 juta sebagai ganti untuk dara’nya yang hilang, itu yang aku faham. Manusia macam-macam. Baca secara lanjut di NST Online.

Jika hujung minggu ini kalian tiada apa-apa rancangan, ringankan kaki untuk ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2008 di PWTC & Hari Kraf Kebangsaan 2008 di Komples Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Terima kasih Wizurai.

Sebagai penutup Seleksi Hujung Minggu #11 kali ini, aku bawakan untuk kalian video klip Never Gonna Give You Up (1987) nyanyian Rick Astley yang telah menjadi video kegemaran blogger seluruh dunia untuk April Fool Day kelmarin. Aku terkena beberapa kali. Layann!

39 Comments

aduh . nape tukar layout? . yang dulu lagi smart.

lorrr… ingatkan entri panjang. sebab ko ada banyaaaakk masa. haha.

itu dia mael…tukar tukar theme dalam masa tak sampai sejam.he he he

kena rick roll’d katanya.

aku switch balik… ade bug kot utk permalink.. terus ilang post.. ha ha..

*proceed dgn entry…*

kira panjang dah ni.. ha ha.. kalo panjang2 sgt, aku sendiri takut x larat nak baca balik.. =p

*ai WaWa!~

tukar layout? eh mana ade.. xde2… *ha ha*

xpernah nampak ko sebelum ni Asx.. pembaca senyap eh?

hoho . pembaca senyap? . tidak lah . knape?. wajib memberi komen kah? .haha. “winks”.

ade winks ni yg aku musykil sikit… ha ha =)

*x wajib, tp sebagai tapak kaki… atau tanda kaki.. atau tanda jejak.. manalah tahu boleh aku buatkan sirap ke apa..*

Macam-macam sekarang..bolehlak saman pasal dara hilang..aku pun nak saman la pasal teruna aku dah lama diambil orang…

ko rela teruna ko di’ambil tanpa syarat.. minah ni mcm2 plak perangai dia… ha ha

*domain baru ke bro?* =p

aku nak komen skit pasal si samy vellu tu,dia tu tak paham2 ke? hindu org dah cakap,melayu pun dah cakap,cakap dlm english pun sudah,masih tak paham2 org tak mau kat dia.lg nak tunjuk hero plak

ape kebodoh.. nak saman bajet dapat 3 juta.. normal la hilang dara pas khawin.. dah khawin.. ade surat nikah.. sukati laki ko la nak buat ape.. nak pecah dara ke, nak pecah kepala pon boleh kalau dia nak.. hahaha… amenda la pompuan tu.. alasan x munasabah.. dah tahu keluarga lelaki tu tak restu, yang hang gi khawin gak wat pe.. skang sibuk nak saman2.. pelik gilee siot..

pasal samy veloo, aku menyampah gile nengok muka ko.. harap ko terbaca la blog ni dan dapat kau beli cermin..

eh.. lagu never give u up kat utube tu rupa-rupanya april fool jokes eh…
patut r tajuk lain kuar video lain..
pastu lagu tu je yang kuar…..
sengal.. aku di april fool rupanya..
boleh plak x sedar.. haha..

macam² kes la zaman skang ni…
kena rogol dengan suami la…
hilang dara sebab suami la…
pasni kes saman sebab suami tidur sekatil dengan isteri pulak…

a’ah..domain baru..tempat aku nak blogging bahasa melayu..

nnti aku kawin, aku saman bini aku sbb merampas keterunaan aku..boleh c mael??

huhu..aku tak rajin jalan-jaln dah sekarang…

ahak.. 29 oktober 2020 seorang suami telah disaman oleh isterinya pada hari yang sama mereka diijab kabulkan kerana gagal memberikan gelang dan rantai kesukaanya.

pelik tul la minah yang saman suami tu. tapi best gak, dapat duit. hehe.

di’khabarkan.. dara si wanita ni hilang sebelum kahwin lg.. bila kahwin, keluarga plak x restu… heh e..tu yg dia kecewa & menyesal tu.. ha ha

aku sendiri mula2 x sedar.. ape kejadah link utk mende lain, bawak aku ke video klip jadah tu..

rupanya Rick Roll’d.. =)

keterunaan ni susah la nak di’definisikan sebagai rampas.. ha ha.. kita selalunya rela.. ye tak? ha ha

RM3juta tu… boleh venture bikin bisnes bagus2.. senang sampai mati.. hah a

Mael,,aku sudah upload video aku kat blog..cuba ko dengarkan samada nyanyian aku menanahkan telinga kau atau tidak..hahahaha

Ape punye kes la kat mesia skrg.Pelik pelik saje.Tunggu je la nanti ape kes yang nak kuar paper.

haih macam macam la malaysia sekarang. mael nak exchange link?

semangat Malaysia Boleh la katakan… nak2! aku letak dalam page Rantaian ye?

mari kawan2 dgr si Uzai ni nyanyi.. sedap suara dia.. tp sayang x nampak muka.. ha ha

*aku sebat je nama ko Uzai.. betul ke x ni?*

best jugak hang kata…la ni hang kawin ngan aku,lepas tu saman aku mcm pompuan tu buat.aku nak tgk hang best ke tak

dia nie kaki tukar layout..sekali 3 kali kalau boleh

yeap.. aku pun add link kau yek.. sat

amboi Razif… mintak kawen ngan Aisyah.. aku takut hang yg x lepas2 dia nnt.. ha ha

tu lah.dah dia kata best dpt duit.silap2 dah kawin nnt saman pun takmo.ha ha

HAHA.
dah terhantuk, baru nak tergadah. ROFL

ha mael sebut bab exchange link ni, aku letak link blog hang kat blog aku takpa kot.kalau takmo aku bleh remove.aku letak dulu br aku tanya. ha ha

ok bro.. link sudah up.. siapa lagi mahu tukar link? mari2.. sementara aku rajin.. ha ha

thank…nnt aku blanja hang nasik kandar pelita

tambah r sikit kat uzai tu..baru betul..hahaha

Leave a Comment