Seleksi Hujung Minggu #12
- 44
- Add a Comment
Hai! Nama saya Mohd Ismail, dan anda sedang membaca Seleksi Hujung Minggu #12. Seleksi Hujung Minggu menampilkan pilihan berita terkini yang terjadi di’sekitar dunia internet & dunia nyata yang menarik perhatian aku untuk di’kongsi bersama anda semua.
Kepada yang baru di’sini, selamat datang aku ucapkan. Anda sekarang sedang berada di’dalam sebuah blog yang perlu anda bookmark dan datang semula lain kali (atau setiap hari). Jika tidak, besar kemungkinan anda akan mengalami mimpi aneh 3 malam berturut-turut*. Mari kita mulakan Seleksi Hujung Minggu #12!
Video di Flickr, ya atau tidak?
Ya atau tidak, video di’Flickr sudah menjadi kenyataan. Bagi aku, video di’Flickr tidak akan menjadikan Flickr seperti YouTube atau Metacafe kerana beberapa kekangan bijak. Satu, durasi video yang boleh di’upload hanya 90 saat. Itu lebih baik dari durasi asal semasa peringkat beta, 60 saat. Kedua, hanya mereka yang mempunyai akaun Pro sahaja di’benarkan untuk upload video. Dua kekangan ini akan menjadikan video di’Flickr sebagai satu slideshow foto secara pantas & kreatif. Aku tidak rasa kau akan terjumpa 3GP Melayu yang aneh-aneh di’sana nanti. Go Flickr!
Saksikan Juara Lagu era rock kapak!
Walaupun bukan semua lagu yang bertanding sepanjang 1986-1990 bukan terdiri dari lagu rock kapak, tidak di’nafikan sepanjang tahun tersebut adalah era gemilang rock kapak yang menjadi identiti muzik Malaysia sehingga hari ini. Video-video yang di’upload ke YouTube ini akan mengembalikan nostalgia kepada mak ayah kita tetapi meruntun kelakar di’jiwa aku kerana fesyen bunga-bungaan besar & gaya rambut Awie yang sangat jambu. Aku juga baru tahu yang Man Bai begitu jambu ketika muda — dia ada rambut! Saksikan di blog KNizam atau Firdee atau terus ke laman YouTube sendiri. Enjoy!
Rompakan RM3.5 juta di KLIA, tahniah!
3 minit, RM3.5 juta dengan rompakan nekad dan tiada berita sebarang penangkapan sehingga hari ini? Hanya fotofit sahaja yang mampu polis Malaysia lakukan. Sesuatu yang menakjubkan bagi aku. Perompak KLIA ini bukan perompak picisan. Mereka adalah penjenayah bijak seperti dalam Italian Job. Walaupun terbabas sedikit dengan aksi tembak menembak, mereka berjaya melumpuhkan usaha pihak polis menjejak mereka dengan CCTV di’KLIA tiba-tiba tidak berfungsi. Kebetulan? Nope, ada orang dalam, jika tidak pun, salah satu dari rancangan nekad mereka. Dan, aku rasa kes ini akan jadi sama seperi kes kehilangan beberapa kontena mikrocip tidak lama dahulu, apa cerita sampai hari ini tak jumpa?
Pautan ringkas
Rindukan bunyi-bunyian modem kita semasa era dial-up? Aku yakin masih ada orang kita menggunakan dial-up lebih-lebih lagi ketika di’kampung atau dalam kecemasan.
Engadget berwajah baru. Lebih mudah untuk di’navigasi & mempunyai ruang isi kandungan yang lebih luas. Satu bahagian hilang, galeri foto untuk gadget terbaru — aku harap mereka akan letak semula.
Harga minyak di’Malaysia mungkin turun? Mereka kata, penukaran jenis petrol yang sedia ada akan menguntungkan rakyat. Mereka kata.
* gurau je ni oi!

44 Comments
sallikin@nikillas
April 13th, 2008
at 7:09am
RM3.5juta di KLIA…???
apa yang mereka rompak di KLIA..???
Kapal terbang ke..?? Departure Board ke..??
sebegitu tinggi harganya.. kalau duit… KLIA ni ada simpan byk duit ke..??
KLIA = bank..???
blur~~~~ blur~~~~
gie
April 13th, 2008
at 7:26am
aku masih dengar bunyi dail up kay rumah…hehe…asik kene reconnect je…salu betul putus…
cikahmad
April 13th, 2008
at 7:59am
Aiyokk!
Ini derang gi rompak hasil perniagaan pengurup wang masa derang tengah nak bawa duit pegi ke van security.Sah sah banyak la masa tu.Ye la KLIA,orang asing mane takde nk tukar fulus.Kisah nye gitu le secara ringkas
cikahmad
April 13th, 2008
at 8:03am
Mael usha juara lagu 88,tengok rohana jalil.Ada gaya Serena William aa…ha ha ha ha
Tech Blog
April 13th, 2008
at 8:16am
Peh,, memang pakat betul rakyat kia ni dalam bab merompak..3 minit je??Respek..
cencorot_91
April 13th, 2008
at 10:22am
Ada jugak pencopet handalan kat malayia rupanya..
satu hari nanti mungkin akn berlaku kes PM disamun..hehe..
khai
April 13th, 2008
at 10:51am
sah x baca surat khabar ni.. x pon ngk buletin utama.. hehehe… ala bro, sut khabar online setiap pagi…
khai
April 13th, 2008
at 10:52am
tit tuttt… teeettt.. tuttt….
cian ko gie.. hehehe… kalau time bunyi2 pelik tu keluar kan, then ade call masuk, korang sure dapat dengar bunyi “hello.. hello” suara orang yg call tu.. macam yg pernah terjadi pada aku satu ketika dulu… seram sejuk plak masa tu.. hahaha..
khai
April 13th, 2008
at 10:57am
aku paling suka nengok transformation Aisyah dulu dan sekarang… isk isk isk… dasat!
Mohd Ismail
April 13th, 2008
at 12:28pm
ha ha.. maafkan la si Sallikin ni, dia tgh bergelumang ngan exam.. mmg xde masa kot nak tgk berita.. ha haha..
diaorg rompak pengurup wang… pengurup wang tu nak hantar duit kat sorang businessman ni.. tuk bawa ke luar negara.. =)
Mohd Ismail
April 13th, 2008
at 12:29pm
apa ko pakai dial-up lagi Gie? huhu.. bawak2 la tuka broadband, mahal woo pakai dial-up.. lagi2 kalo pengguna heavy cam kita.. =)
Mohd Ismail
April 13th, 2008
at 12:30pm
PM kita skang ni mmg senang di’samun, asyik tertidur je kejenya.. haha ha..
*jangan tangkap aku..*
hafifi
April 13th, 2008
at 12:45pm
ko setuju tak mael yang timbalan ketua polis negara kata kes rompak tersebut hanya kes terpencil??
menteil
April 13th, 2008
at 12:53pm
ermmm….
memang menarik cctv tak berfungsi tiba2..
haha…
mengarut la…
aah la…
kes kontena tu tak setel lagi ker??
lerr….
ahib0205
April 13th, 2008
at 1:03pm
owh seleksi hujung minggu kali ni tak sepanas sblm ni. muahahaha
Mohd Ismail
April 13th, 2008
at 1:15pm
Timbalan ketua polis kita ade share dlm rompakan ni… ha ha ha ha..
*siot je, terpencil apa jadah 3.5 juta, meh aku rompak lagi sekali tgk..*
Mohd Ismail
April 13th, 2008
at 1:16pm
belum setel.. ntah2 dlm pc korang, ade terselit mikrocip yang di’rompak tu… jaga2.. ha ha
sallikin@nikillas
April 13th, 2008
at 2:37pm
erk…!!!
adeih… si Mail je memahai aku kat sini..
nak tgk brite kat tv pun susah..
nak bace paper online, network dok error je…
nak beli surat khabar… saye org miskin… hahaha…
~~ sebab tu Mail lari dok luar tu.. hahaha…
megat
April 13th, 2008
at 2:49pm
aku memang respek betul dengan perompak-perompak tersebut!
secara tak langsung mereka dapat membuka pekung beberapa ruang keselamatan di kawasan yang paling menjadi perhatian. ini adalah kerana tempat tersebut adalah pintu keluar masuk utama ke malaysia!?
nUUr
April 13th, 2008
at 3:48pm
sape berani samum pm.ahah.??
nUUr
April 13th, 2008
at 3:49pm
stail la..mmg mcm italian job.pakai org dlm jgk la ni,klu x xkn la cctv out.aritu,ceh
ammbiz
April 13th, 2008
at 4:42pm
terima kasih kena melawat web online store saya , nice blog u have . ramai pengunjung.
Mohd Ismail
April 13th, 2008
at 4:52pm
marilah mengiklan.. ha ha.. =p
*ammbiz ni ade jual syiling2 zaman Portugis kat Melaka dulu.. sape2 berminat boleh usya.. he he
awqi_zar
April 13th, 2008
at 5:14pm
salam mael..lme dh xbg komen kat blog ko..lame ker?haha..ko buat seleksi hjung minggu,ak wat ulasan la..haha..
@Video di flickr - jgn ko xtau mael..ade satu GERAKAN di flickr yg membantah tindakan flickr mewujudkan video service tue..ko serach la kat flickr..mcm2 pic de..nme GERAKAN tue ‘donut’ ker tak salah ak..sori,lpe dh..
@Juara lagu rock kapak - lagu rock dulu mendayu2 i means jiwang la dan ak sker2..haha..tp skang?ntah..hampeh kot..haha..act,no komen..
@Rompakan - ye,mmg bersangatan kepoweran mereka itu mael..ak rse dieorg HACK cctv satu KL kot..haha..maybe..tp mmg licik..care nak trace wang rompakan ialah dgn trace nombor siri wang tersebut tp duit itu duit dengan nilai Singapore kan..jadi mereka akan pergi ke pengurup wang untuk menukar duit tersebut ke nilai yg laen..huhu..tp mesti kantoi la..jadi mungkin mereka senyapkan duit tue untuk dlam mase 10tahun..haha..
- dlu ak penah pki dial-up modem..haha..tit..tit..tit..tp smbungan good la..
- engadget telah melakukan touch-up setelah 2tahun tak tukar theme..haha..klu tak salah ak la..ak lpe..mereka melakukan rombakan jgak dlam organisasi AOL blog network dioerg..
- harge minyak turun?maybe tp bguz la klu turun..drpd ape yg ak dengar,org malaysia pakai minyak a.k.a petroleum yg bukan milik sendiri..minyak malaysia gred tinggi tp telah ditukarkan dengan minyak grd rendah dri Tanah Arab klu tak salah ak..jdi minyak itu yg kiter pakai..nape tak pakai minyak sendiri yek?musykil..apa lg Tanya Mail..dan yg ak pelik,dngan kenaikkan harge minyak dan juga brang2..rakyat malaysia still KOOL pki kereta..ak rse jumlah kereta makin meningkat saban tahun..
p/s: ptg tdi ketikan melayan makan tghari di cafe,ak nampak iklan monsun-biz kuar kat TV3..ape citer nie mael?haha..
Mohd Ismail
April 13th, 2008
at 5:21pm
salam awqi_zar.. aku tau ko busy dgn hidup.. nampak hak kelibat ko kat sini, cuma ko x tgl jejak je =)
# aku hampir nak post gambar anti-video diaorg, tp kebanyakan’nay takleh di’curik.. he he..
# aku rasa duit tu xde no siri sbb duit dr pengurup wang, bukan bank.. tp tatau la kan.. =)
#monsun biz ni aku sendiri tatau nak buat apa… berdoa je la kalo org Google Monsun Biz ni, akan masuk ke sini dulu… haha
hafifi
April 13th, 2008
at 5:40pm
haha! klu nak pegi tu jgn lupe ajak aku..aku nak join tgk ko merompak je..:)
awqi_zar
April 13th, 2008
at 6:03pm
haha..nk dpat traffic byk heh dgn monsun-biz..letak la monsun-biz kat meta-keyword ko mael..haha..ltak la 3/4 keyword psal monsun-biz..dlm 24jam naek la blog ko dlm SERP..haha..nice teknik..
Wizuraiw
April 13th, 2008
at 7:33pm
best la merompak versi dinasour (besar²an) kat M’sia… mesti terlepas punya… ayuh, kita test sekali* dlm seumur hidup…
* aku gurau je ni oii….
Tech Blog
April 13th, 2008
at 7:58pm
Mail, gua ada post baru..ader orang monsun biz yang bacul..rasanya orang monsub biz sendiri yang dah sampai ke blog aku..Komen yang amat pedas..tapi penakiut..mari war-warkan..
Mohd Ismail
April 13th, 2008
at 8:06pm
jawapan standard dr fanatik Monsun Biz, kita nak jatuhkan org Melayu kononnya.. mcm la Monsun Biz ni satu2nya perniagaan org melayu (kalau la apa diaorg buat tu namanya perniagaan)…
kepada yg berminat nak baca komen penyokong Monsun Biz yang budiman tu, ayuh ke blog Uzai
Noorizam Shah
April 13th, 2008
at 8:20pm
seleksi yang Kool utk aku!
nUUr
April 13th, 2008
at 8:48pm
yeay ak da kuar list top cmentator.hihi
nUUr
April 13th, 2008
at 8:51pm
perompak ko respek? erk org mencuri ko respek?erk duniya ini mau tebalik agaknya hihi
Tech Blog
April 13th, 2008
at 9:00pm
Ha..ha..Dah on dah post baru aku..Dia memang penakut Mail. Aku siap tinggalkan alamat umah aku. Nama sebenar dia boleh baca kat page Tentang aku. Aku menanti kehadirannya.
Mohd Ismail
April 13th, 2008
at 9:50pm
itu namanya sarkastik tu daus.. he he =)
Mohd Ismail
April 13th, 2008
at 9:52pm
ha ha.. kita harus berani kerana benar =) check laman rasmi Monsun Biz, tgh down.. camne ni? esok nak launch… ha ha ha ha
hafifi
April 13th, 2008
at 9:57pm
aku dah baca tadi..mmg lawak la dia mael..haha..panas baran btul..
Tech Blog
April 13th, 2008
at 9:58pm
Maybe tengah upgrade design dia kot..xpun repair apa yang patut.Dia bukan down mail..cuma diorang cabut fail index diorang dari server. Laman web tu masih ada lagi.Ntah apa yang diorang cuba nak upgrade agaknya.Aku agak design dia, ataupun diaorang cuba memanipulasi statistik dalam web diorang. Stahu aku, xde apa2 lagi dalam tu.Mana tau tetiba besok dah jadi beribu-ribu pulak orang dah beli lot kat situ..hahaha.
Mohd Ismail
April 13th, 2008
at 10:05pm
aku budget esok secara tiba2 akan penuh inventori barangan kat Monsun Biz… so, kawan2, selamat membeli belah… ha ha ha
awqi_zar
April 13th, 2008
at 10:29pm
haha..wizurai,ko nak test wat jenayah heh..ape kate ko men game online nie http://www.thecrims.com/ ..ak penah men..mmg besh..lg besh klu men ramai2..ble merompak penjenayah laen..haha..
Tech Blog
April 14th, 2008
at 1:43am
Mail..ko xdapat email aku pasal pengiklanan ker?
Mohd Ismail
April 14th, 2008
at 2:38am
xde.. kalo ko guna form tu.. selalunya akan dapat terus..
cuba try forward email tu ke mohdismaildotcom (at) gmail =) he he he
hanep
April 14th, 2008
at 2:54am
memang… diorang buang index diorang jer …. korang boleh access lagi web tu kat http://monsun-biz.com/contactus.php# ,pas2,navigate tmpat2 lain. design diorang tetap maintain cun > ada bar gitar,keter, superbike, radio, komputer, laptop, pda , hifi, printer, telefon bergerak. pastu pokok kelapa, dengan orang nk surfing kt pantai, shahdu dan menenangkan. seolah-olah paparan kembali ke zaman brick game, video game pakai tape tu.
mr.eims
April 15th, 2008
at 1:28pm
haik..xjalan ke form tu?
wat penat je ako isi tadi..ishk2..