Seleksi Hujung Minggu: Geek Edition

Seperti biasa, hujung minggu begini, aku akan pick berita-berita atau topik menarik perhatian aku di’seluruh dunia untuk di’kongsikan bersama di’sini. Tetapi untuk minggu ini, aku bawakan sedikit kelainan, aku tampil’kan Seleksi Hujung Minggu: Geek Edition. Tidak mahu menjadi geek? Ha ha. Kau baca sahaja entri ini sehingga ke’baris ini, kau dengan rasmi aku isytiharkan sebagai seorang ahli Gerakan Geek Malaya! Presiden’nya tentulah aku, si gila kuasa & populariti. Ayuh baca apa amanat presiden hari ini.

Perang di’pejabat, ayuh!
usb_missile_launch_1.jpg

Mungkin ada yang masih ingat dengan entri aku satu masa dulu berkenaan sepasang orang dewasa (ya, orang dewasa!) bergurau di’pejabat yang bertukar dengan tragedi. Apa kata, kali ini kita main peluru berpandu, ada berani? Berminat, dengan harga $35, aku rasa lebih berbaloi memecah’kan pc di’atas meja berbanding dengan beberapa biji klip kertas (rujuk video). via 2DayBlog.

Packaged Breast Milk
mothers_milk.jpg

Bahasa Melayu’nya harus aku panggil apa ya? Yang penting, sekarang ibu-ibu moden di’luar sana tidak perlu khuatir jika tiada masa untuk bersama anak sepertimana ibu-ibu kita dahulu. Kini, sudah ada ‘Mother’s Milk’ yang datang’nya dari Jepun, negara pencetus inovasi aneh. Susu siapa yang di’perah masuk kotak-kotak ni? Tiada siapa, bukan susu ibu sebenar pun. Maka, tiada ibu yang di’apa-apakan dalam pembikinan ‘Mother’s Milk’ ini. Itu nama sahaja. via NewLaunches.

Kereta yang mampu memanggang
car-that-grill.jpg

Kool bukan? Jika dahulu aku ada hi-lite’kan berkenaan sebuah mini yang tiba-tiba menjadi meja ruangan kerja, kali ini kereta Holden Monaro GTS ini bikin aku kaget dengan enjin’nya yang mampu membakar ayam percik, selepas di’ubahsuai. Untuk pelajar Malaysia yang membaca entri ini dari luar negara, ayam percik di’Malaysia sangat sedap & lembut enak. Lebih sedap jika di’panggang di’bonet Proton Gen2. via Gizmodo.

Nokia N76 baru, Motorola wannabe?
n76-new.jpg

Kau lihat betul-betul struktur asas’nya, seperti Motorola RAZR kepunyaan Iza. Ha ha. Nokia N76 ini adalah salah satu produk Nokia dalam barisan NSeries: Music. Maka’nya. ciri-ciri yang ada pada Nokia baru ini lebih memberi tumpuan kepada penggemar-penggemar musik. Berharga RM1,999 di’pasaran, aku rasa lebih molek kau beli Nokia 3110 Classic dan cari sebiji Zune ataupun iPod, lebih mengasyikkan. via Lowyat.net.

New Levi’s Mobile Phone
news_393_1.jpg

Enough said, aku lebih terpikat dengan model ini dari rekabentuk telefon bimbit itu sendiri. Ha ha. Cukup nipis sebenarnya telefon bimbit ini untuk di’gayakan oleh penggemar jeans tanpa perlu riasu bonjolan yang terjadi akibat Nokia 3310, dulu. via Helpero.

Ekstra: Sessi rakaman foto kenang-kenangan paling best, siapa berani?

28 Comments

terkejut beruk aku dibuatnye..ingat susu ibu btol..cess…
Levis mobile tu mcm dopod jer.. gambar ekstra tu kan da lama tau gamabar tu..dulu aku dpt email..

owh ye.. tertinggal e-mail rupanya aku ni.. ha ha :) model levi’s tu macam model dopod tak? :)

mana nak dapat susu tu ekk.?? aku…errrr..kawan aku nak….hahhaahhahha…

Ntah camne lar diorang dapat idea nak buat meriam tu huh?? Hahahaha!!

Haih… hp aku dah rosak lar… Rase nak tukar yg baru, tapi duit ‘gaji’ blom masuk lagu… uuuuuuu~..

wah~ rasa macam nak hp baru la. hehe..

Levi’s phone kewl. Malangnya aku tak cukop stylo *kecewa.

Nokia N76 tu…memang taleh nak cakap ape ar..Tapi baik beli I-phone. Cam lagi besh jer.

Breast Milk tu untuk budak jer ke? Hahahahahahahahaha oke not funny.

levis phone tu sagt la ridiculous aku rs. haha
ayam percik panggang guna gen 2 eh mail. penah try ke haha :D

samalah.. aku pun terkejut beruk… pastuh kawan aku bagi makan pisang, dah tk terkejut sgt dah.. :P

hahaha..dari segi hukum..kalau kenyang 3 kali bayi tu minum susu ibu bermakna jadi anak susuan.hahaha..banyak mak nye

Gadget yang last sekali tu, walaupun nipis, kalau gedebab macam aku, nescaya, hancur hanset tu jadinya….

sungguh berkhasiat susu ibu

mungkin jepun ambil susu ibu gajah atau susu ibu ikan paus

baru boleh dipaketkan banyak2

susu tersebut boleh dibeli di Hokkaidou
lol

smart la nokia76.. aku mahu kumpul duit ni..haha.

hey im back bro!

aku da lame nak tanye ko.

dulu… aku tepikir perihal chot.
tapi x sempat nak tanye die.
bile mase pulak die ade mase bukak 8 juta blog yg belainan dan apdet setiap ari. bukan dia keje ke?
ke… ‘keje’… hehe..wallahualam.

ko pulak..
bile waktu ko apdet blog eh?
carik atikel yg menarek2..
dan apdet dalam kekerapan yg kerap jugek..
ko bukan prektikel ke wahai east?
ke… ko ‘prektikel’?

haha.
aku bertanye dengan jujur ikhlas terang lagi bersuloh. jwpn ko barangkali boley menggambarkan ke’Obsessian’ ko ngn blogging ni.

Waa.. levi’s mobile phone tu.. kalo beli jeans dapat free hs nye ek?

:P

cik famia, itu’lah guna’nya RSS Reader, sy gunakan Google Reader, makanya segala berita yang menarik akan terkumpul disatu tempat dan tak perlu saya berjalan-jalan setiap masa.. :)

sy juga gunakan Google Alert untuk mendapatkan berita semasa berkaitan perkara yang saya suka.. jika saya mahu mencari satu-satu.. makanya praktikal saya akan ke’laut dalam.. tak gitu?

apa orang selalu kata, time management.. dan saya tak pernah bawak balik ‘praktikal’ saya di’rumah.. he he.. mungkin belum masanya.. jadinya sy hanya sibuk 8-5.. masa lain inilah aktiviti saya..

saya rasa chot juga begitu.. :)

ha ha ha.. ko ni la azhar.. kalo ko pakai jangan letak di’bontot, letakkan di poket depan baju.. :)

ko nak ke abah? aku oleh tolong order’kan versi orang dewasa punya.. ha ha ha

kalau beli jeans dapat henset itu percuma, aku pun mahu satu.. ha ha

Levi’s mobile phone x cun la… sama mcm modelnya… huhuhu…

yeke.
bagos.bagos.
teruskan penghasilan entri yg berkualiti.
berusahalah :p

tp xmenarik la design levi’s mobile fon tu.
lebih menarik seluarnya(bkn modelnya ye ma’el!)
aku lebih suka pkai motorola L6 aku.
lebih snang di simpan dlm poket jeans yg agak ketat..huh~

ha..ha.. susu tu nampak menarik.

setuju tu..pandai ko cari berita…

baru 1st time lawat blog nie,,
wah menarik bende yg dipromote…
nokia tu masyuklah tapi duit plak tak masyuk…

nampaknye rmai yg bminat dgn susu ibu tuh.hehe..erza pn igt tu real punye..skali artificial daaa…

bnak percuma semuanya laa boleh tak. jeans dan telefon percuma ok jugak tu… boleh jual balik laa ket pasar malam.

gua mahu percuma semuanya laa boleh tak. jeans dan telefon percuma ok jugak tu… boleh jual balik laa ket pasar malam.