Seleksi Terkini 20 Jun 2008
Aku ingat hidup tanpa kerjaya tetap ini punya masa yang banyak tetapi semakin banyak masa yang aku mahukan, semakin sikit masa yang tinggal untuk aku. Mahu baca berita terkini Malaysia pun macam tidak sempat.
Tetapi hari ini aku buka Negaraku.net, ada’lah perkara yang terjadi atas bumi bertuah Malaysia ini yang buat aku bimbang.
Tarif TNB naik 26%, gaji CEO TNB naik 100% - Tiada politik di’sini ya. Cuma, cuma. Jika kenaikan 100% itu merangkumi seluruh kakitangan TNB (sehingga ke tukang pasang wayar TNB), aku — sebagai rakyat Malaysia akan terima. Tetapi, kenaikan 100% untuk CEO seolah-olah menunjukkan yang hanya CEO sahaja faktor kejayaan TNB.
SAPP Hilang Kepercayaan Terhadap PM - Kata-kata Anwar Ibrahim seakan semakin nyata. Jika apa yang di’nyatakan benar, aku mahu cuma satu, kawal kembali harga minyak. Terasa dowh walaupun aku tak guna banyak. Makin jauh nampak’nya iPhone aku. Hendak tuntut RM625 kata’nya perlu settlekan saman terlebih dahulu.Baik punya taktik.
Malaysia Adalah Negara ke-7 Paling Bernafsu Di Dunia - Tahniah Chua Soi Lek, pelakon video 3GP amatur, taukey VCD/DVD lucah, & semua rakyat Malaysia secara am’nya. Malaysia boleh!
Popularity: 12% [?]
Comment by Hanep on 20 June 2008:
Ya! kenaikan gaji TNB untuk CEO sahaja adalah tidak wajar. Giler.. bil dari RM70 je jadik RM1XX, inikan pula rumah aku yang berletrik >RM3xx sebulan. Mampus nak pakai pelita n radiator je..
Aku baru lepas tuntut RM625+150=RM775. Cet!! Dgn harga tu cukup2 nak merasa Iphone china-made jerk..
Satu kemajuan. Negara paling bernafsu, kita paling top asia tuhh!! Negara lain suma barat2.. Tahniah buat semua yang bekerjasama. Malaysia Boleh! :-p
Comment by NoktahHitam on 20 June 2008:
Gaji Tan Sri Hassan Merican RM50k SAHAJE. Gaji Nazir (CEO CIMB) RM9 juta setahun. Gaji Nasir (CEO Maybank) RM5 juta setahun. Begitulah sedikit sebanyak kisah gaji orang tinggi2 di Malaysia.
Negara paling bernafsu? Horny takpe, jangan seks bebas no 7. Mati tade dara kt negara.
Comment by KNizam on 20 June 2008:
haha no 3 yg tak tahan tuh. hehe :)
Comment by mrkay on 20 June 2008:
aku mmg tak puas ati dgn kenaikkan gaji CEO TNB.. ape motif die sorg yg dapat? org lain dpt ape? rasa2nye la kan, kalo semua org TNB satu Malayasia sehingga tukang pasang wayar tuh resign, mampukan CEO tuh buat keje? dielah bos, die lah kuli, die yg pegi pasang wayar, die yg pegi baca meter.. fuh.. kalo die mampu buat begitu dgn efisyen, kasik naik 500% pon aku tak kesah..
Wah, no 7? tahniah malaysia!~ haha.. terutamanya kepada pelakon2 3gp amatur yg semakin melambak.. hahaha.. tapi bukan ke malaysia suka no 1? nape no 7? hahaha.. reramai naikkan malaysia kepada no 1 utk taun depan.. amacam? hahahah
Comment by Fahmishah on 20 June 2008:
dasar tamak kan duit CEO tu
Comment by Wizurai on 20 June 2008:
jom bernafsu untuk jadi CEO pulak…
mana tau jadi juta-juta….
Comment by Affuan on 20 June 2008:
Persetankan gaji2 CEO itu semua. Mereka kan buat kerja nak “sempurnakan” hidup kita. Biarkan lah mereka. Kita patut bangga kerana telah menjadi salah seorang yang “menyenangkan” hidup mereka. KERAjaan maju, rakyat ba(haha)gia.
BTW, tahniah anak2 bangsaku terutamanya pelakon2 video 3gp dan Chua Soi Lek kerana “mengharumkan” nama Malaysia dengan cara yang “sepatutnya”. CIS!
Comment by Mohd Ismail on 20 June 2008:
RM775 tu topup la sikit.. dah boleh beli iPhone 8GB versi lama punya =) he he..
rumah ko pakai 300+ sebulan? aku ingat rumah aku da tinggi da.. ha ha.. skang dlm mode berjimat2 lagi..
Comment by Mohd Ismail on 20 June 2008:
mak aih.. aku mmg tatau gaji ceo2 malaysia ni.. CEO Apple, Inc. gaji USD1 setahun.. itu aku tahu.. ha ha
50k sebulan.. boleh downpayment kereta tiap bulan.. tukar iPhone baru tiap bulan.. nk jadi ceo la gini..
Comment by Mohd Ismail on 20 June 2008:
Wizurai ada bau2 boleh jd CEO satu hari nnt.. =p
Comment by adib. on 20 June 2008:
orang kaya makin kaya..orang miskin makin miskin….dunia akhir zaman…
Comment by syuxx on 20 June 2008:
haha. dah macam lirik kelibat korupsi dr one buck short lah pulak. huhu.
tahniah kpd malaysia krn dpt no. 7! Ber terima kasih lah keapda mysabul2u yg sedikit sebanyak mengetengah kn bakat2 celaka mereka ni semua. haha
Comment by Mohd Ismail on 20 June 2008:
Sabul skang sudah kemana sejak HMetro gertak nk serbu org yg sebar2 ni.. =) sian Sabul.. ha ha ha
Comment by NoktahHitam on 20 June 2008:
The amount of workload forces them to abandon everything else in the world. Plus most of them sleep 4 hours a day. Can you handle it?
They dont really have time to spend their money. But still, its a great ambition.
Comment by xmindfreakx on 20 June 2008:
huiyo..rank no 7 tu…
“choose your own adventureâ€Â? visit the Beach Club where there’s a good chance a girl comes at a price, but she’ll be worth every penny.”
sabul dah tutup.tapi Hmetro menyumbangkan banyak sumber2 tajuk citer nie..terima Kasih Metro
Comment by zool on 20 June 2008:
Gile la camtu.. patutlah dapat top 50 org terkaya di Malaysia..
9 juta setahun..
kasik aku sejuta pun ok..
boleh aku pencen ternak cacing , kambing, ikan..
Huhuhuhu
Comment by zool on 20 June 2008:
Isu panas nampaknya mail..
aku tambah satu,,,..
Yong Teck Lee disiasat terbabit rasuah RM5 juta
- nasib ko le.. dah keluar statement kena la siap sedia.
Comment by Hairul on 20 June 2008:
“Malaysia Adalah Negara ke-7 Paling Bernafsu Di Dunia”
Adoi…malu aku. Malu satu rakyat Malaysia. Ini sesuatu yang memalukan, bukan rekod yang membanggakan.
Aduhai Malaysia.
Comment by CHOT on 20 June 2008:
kalau ko engineer di company oil & gas gaji ko rm18k sebulan beb..
Comment by bajet on 20 June 2008:
Gaji sapa yang kau cakap ni,atau gaji kau sendiri banyak tu…
company dalam negeri atau luar negeri yang bagi gaji banyak tu untuk engineer..?
Comment by syuxx on 20 June 2008:
sabul dah tutup. Tapi savefile dia masih boleh access lagi woo. Sapa2 nok koleksi dia, pandai lah string keyword dia campor savefile dkt uncle google. haha
Comment by sue on 20 June 2008:
lama jugak tak baca news…
btw..thanks for the all-in-one link .. ;)
Comment by catzer on 20 June 2008:
Malaysia mmg cool dgn seks, apa nak malu..at least itu menunujukkan kita mementingkan pengetahuan seks..takdelah aids byk sgt menular nanti..kekekek..CEO TNB,kekekek..aku kenal pakcik ini. Mau pow dia nanti..Scandal? Huh, tiada..aku tidak cukup comel utk digoda oleh sesiapa.
Comment by megat on 21 June 2008:
apa kepentingan sehingga naikkan gaji ceo 100%. yang bekerja dari peringkat bawahan tidak diberi keutamaan ke!? aku ingat klu pekerja bawahan berhenti serta merta, lumpuh tnb.
politik!? rasanya semua tak betul. pandangan aku mungkin bukan kepada sesebuah parti tapi yang paling penting calonnya. selagi x memenuhi kriteria, kosongkan ruang pangkah ekeke.
no 7 bernafsu!? manalah derang dpt statistik tu!? tapi klu lihat dr mata kata kasar atau secara rambang kita dah tahu sape punya keje uhuhu
Comment by titan on 21 June 2008:
Hehe. aku dah cakap. BEnde nih mesti jadi punye..
Comment by aman on 21 June 2008:
haha..ceo jer dapat untung, pekerja still sama.. huhu
Comment by arasis on 21 June 2008:
jom pakat cari lilin.. karang harga lilin plak naik.. hadui laa..
Comment by saffa on 21 June 2008:
Aduhai… dunia ni nak kiamat dah.. *geleng kepala*
Comment by kooreen79 on 22 June 2008:
tak tahu nak jadi apa..minyak naik elektrik naik..aku dah naik hangin..nasib baik la gaji CEO tu naik lagi..bolehlah aku mengemis simpati pd mereka..mereka kan kaya.
Comment by sallikin@nikillas on 22 June 2008:
mail.. nak tanya soalan cepumas ni…
er.. ape dah jadi ngan mohdismail.com ..??
Comment by taukey on 22 June 2008:
gaji tak jadi naik daa……ditolak oleh PM.
Comment by Noorizam Shah on 22 June 2008:
aku rasa CEO kat GLC tu bukan buat kerja sgt pun.. dok pie mesyuarat, sign surat dan bagi ucapan je..
elok tak naik gaji diorg.. dah la tarif nak naik.
elok sgt la tu.
Comment by Mohd Ismail on 22 June 2008:
mohdismail.com bukan di’suspend.. termasukla semua website2 aku yg lain =) tuan punya server contact aku kata ade error.. akan kembali dlm 48 jam.. hehe
*aku pun terkejut gak sebenarnya.. ntah tiba2 suspend..*
Comment by Mohd Ismail on 22 June 2008:
haha.. kalo mintak dapat sikit2 xpe gak.. di’sepaknya kita lg ade nnt.. =)
Comment by Mohd Ismail on 22 June 2008:
pasal negara bernafsu ni, bukan statistik kot.. lebih kepada isu2 semasa yg hangat kat mesia ni sampai org luar tahu.. =)
dan lagi, negara kita ni kan negara Islam.. kalo ade buat mende sikit2 serupa budaya diaorg, da abes bernafsu la tu..
=) jaga anak2 kita..
Comment by disel on 25 August 2008:
что каÑ?аетÑ?Ñ? темы, то мне кажетÑ?Ñ? актуальноÑ?ть будет извеÑ?тна только через некоторое времÑ?