Selepas pilihanraya
- 35
- Add a Comment

Tiada tajuk yang lebih sesuai untuk seluruh isi entri ini selain ‘Selepas Pilihanraya’. Mudah & senang di’tangkap apa yang aku mahu tulis’kan. Satu pandangan bebas seorang rakyat biasa yang duduk di’atas kerusi biru bertemankan langit yang menurunkan rahmat. Aku lontarkan apa yang aku tentang diri aku, masyarakat kita & negara kita selepas pilihanraya ke-12 baru-baru ini.
Jelas sekali, pilihanraya yang baru berlangsung memberi peringatan yang cukup besar buat kerajaan Barisan Nasional (BN). Gelombang suara rakyat yang mahu’kan perubahan telah jelas kelihatan melalui kertas-kertas undi dan bukan lagi di’jalanan. BN perlu takut. Sekarang BN perlu ada perasaan takut kepada rakyat. Takut akan kehilangan kepercayaan 100% daripada rakyat. Pemimpin atasan usah keluarkan kenyataan yang mereka tidak tertekan dengan keputusan pilihanraya. Rasa takut itu perlu mereka rasa’kan — sejak dahulu lagi sepatutnya. BN harus tahu rakyat masih punya kuasa untuk membuang mereka 100%. PRU 12 telah menunjukkan yang rakyat telah menolak mereka di 6 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan.
Tetapi, di’sebalik suara rakyat yang menolak BN di’Kelantan, Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang & Wilayah Persekutuan, senario di Pulau Pinang & Perak agak mencalarkan suasana politik negara kita.
Dahulu, ada seseorang dari kalangan pembangkang mengutuk perilaku pemimpin negara yang sanggup bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam mentadbir negara. Hari ini, seolah-olah menjilat kembali apa yang pernah di’katakan, PAS & PKR telah bekerjasama dengan DAP untuk merampas Pulau Pinang & Perak yang sebelum ini milik Gerakan & BN. Sayang. Sayang pakatan mereka nampak ada tidak kena. Jika benar PAS & PKR memperjuangkan Islam & maruah bangsa Melayu, mengapa perlu membentuk kerajaan negeri dengan DAP? Adakah semata-mata kerana perjuangan ideologi yang berbeza — yang boleh di’selesaikan dengan mengimbangkan kuasa? Aku tiada masalah dengan terbentuk’nya kerajaan negeri di’Kedah & Kelantan. Di’Pulau Pinang & Perak, jika parti-parti yang memperjuangkan nasib Islam & Melayu bersatu untuk berkongsi kuasa, DAP tidak mempunyai apa-apa.
Pulau Pinang — BN (11) + PAS (1) + PKR (9) = 21 kerusi , DAP (19).
Perak — BN (28) + PAS (6) + PKR (7) = 41, DAP (18).
Aku rasa, mentaliti yang ada pada fikiran pengundi, Melayu terutamanya, dengan mengundi pembangkang, segala masalah akan selesai. Lebih-lebih lagi dengan janji penurunan harga minyak petrol & pelupusan pinjaman PTPTN. Selesai’kah masalah rasuah negara jika harga petrol di’turunkan? Terhapuskah kemiskinan dengan pelupusan pinjaman PTPTN?
Apa yang patut rakyat Malaysia fikirkan adalah, mengundi untuk membentuk satu kerajan yang mempunyai ideologi berlainan supaya apa yang mereka terima adalah seimbang dengan kehendak semua orang. Satu dunia yang sempurna tidak akan wujud jika hanya satu pihak mempunyai kuasa. Penafian majoriti 2/3 di parlimen adalah sesuatu yang sangat aku kagumi, tetapi pakatan dengan mereka yang mahu menghapuskan bantuan kepada orang Melayu, adalah sesuatu yang tidak lekat di’hati aku.

35 Comments
gie
March 13th, 2008
at 9:51pm
biar aku komen dahulu…tempat aku pun,suara hati rakyat mula nampak,tetapi,masih ade golongan yg masih terikut2…generasi katanya…aduh…pening2….
WaWa
March 13th, 2008
at 9:54pm
mengetepikan apa yang pemimpin itu pernah kata kepada BN yang sanggup bekerjasama dengan orang bukan Melayu (dan Islam) untuk memerintah kerajaan, aku turunkan sedikit sebanyak pandangan aku.
sekarang ni, isu “siapa menteri besar” di Selangor dan Perak perlu diteliti. DAP + PKR + PAS perlu berkompromi dan bertolak ansur tentang siapa yang perlu jadi menteri besar. ini bukan masanya untuk jadi budak-budak, semua mahu jadi ketua kelas. sebuah negeri tidak sepatutnya dibiarkan tanpa kerajaan dalam tempoh yang lama. hampir seminggu, hari ini sudah hari rabu, dan negeri-negeri terbabit belum ada kerajaan. kalau kita balik ke zaman dulu, tentu negeri-negeri ini sudah boleh dijajah dengan begitu mudah, kerana tiada kerajaan.
kesemua pembangkang yang menang dan berjaya membentuk kerajaan, perlu membuktikan kepada rakyat bahawa pilihan mereka tidak silap. bergaduh untuk duduk di kerusi menteri besar (pada awal kemenangan), dan juga mengambil masa yang lama serta memaksa istana untuk memilih di antara tiga calon (dan kemudian membangkang serta memulau) bukan tindakan bijak. jika sudah awal-awal begini ditunjukkan tiada persefahaman, bagaimana mahu survive dalam tempoh 5 tahun akan datang ni?
aku juga dengar dari seorang rakan, kerajaan negeri di pulau pinang sudah menurunkan 50 sen harga minyak dan juga secara drastiknya menghapuskan tol. aku bukan expert dalam ekonomi, jauh sekali mendabik dada mahu berbicara tentang ekonomi, atau strategi dan teknik dalam pentadbiran, tetapi berdasarkan logik akal, adakah patut kau berikan itu semua kepada rakyat (sebagai tanda anda menunaikan janji) dengan begitu drastik? aku tak tahu samada kerajaan pusat akan meneruskan pengaliran sumber ke kerajaan negeri di sana selepas ni, tapi, jika tidak, di mana lagi kerajaan negeri boleh mendapat dana untuk negeri? kalau ya pun mahu buktikan bahawa rakyat telah membuat tindakan bijak, tindakan dan pelaksanaan perlu dibuat secara berperingkat2. ini baru minggu pertama, mereka ada banyak masa untuk mengkaji sejauh mana ke-rasional-an satu-satu keputusan itu untuk dilaksanakan. bukannya terus dilakukan secara drastik. bahaya. macam pergi berperang tanpa ada strategi. begitulah. akibatnya nanti, akan ramai askar dan tentera yang terkorban.
panjang kot dah aku tulis. sorry lah mael. aku jadikan tempat komen ni macam entri. haha. aku cuti blog. :P
Zik
March 13th, 2008
at 10:05pm
Kita jgn menilai sesebuah kerajaan dalam satu tempoh yang singkat. Beri mereka masa. Kebanyakkan baru pertama kali membentuk kerajaan, jadi mesti ada kelemahan.
Satu je aku tak setuju dgn BN. Masa berkuasa kenapa tak perbetulkan DEB, malahan kronisme dan rasuah makin meningkat? La ni mereka bangkit isu DEB? What the hell la?
wanwma
March 13th, 2008
at 10:41pm
Bekerjasama dgn org bukan Islam dlm perkara yg baik adalh dituntut dlm Islam. Apa msalahnya? Mslahnya cuma adlh dasr perjuangn DAP! Perjuangn mereka adlh utk mendptkn kesamarataan rakyat tidak kira Melayu, India dan Cina. Maksudnya tiada lagi BUMIPUTRA. Soal bekrjasm dgn org bkn Islam tak jadi masalh. Nabi pn menyruh kita bekerjsm dgn merka dlm mmbentuk sebuah negara untk mndptkn keadiln dan pertimbangn yg saksama. Soal status Bumiputra tu aku tak tau la mcmana PAS & PKR nak handle…aku tak reti sngt politik ni. Tp yg pasti BN menunjukkn prestasi yg sgt buruk sjk kebelangan ini. Dari soal rahsuah, penyalhgunaan kuasa, prlaksanaan hukum & undang2, menentang suara rakyat, kronisme dn mcm2 lagi…apa dh jd ni?
wanwma
March 13th, 2008
at 10:45pm
Masalah sekarang, apa pula cerita kat negeri aku ni? Terengganu! Tak de MB lagi ni! Sultan Mizan tak berkenann langsg untuk melantik Idris Jusoh menjadi MB Trengganu…tu la masalahnya, Idris Jusoh banyak sangat membazir…Huhuhuhuhuuu…kenapa soal ni tak kecoh plak kt TV yer?
rohaizad
March 14th, 2008
at 12:21am
semua komen panjang belaka. mail, aku kasi ko yang pendek sket: saper pun yang memerintah, kita still kena berusaha untuk memajukan diri, jangan depend pada kerajaan yang ada semata-mata.
nUUr
March 14th, 2008
at 2:49am
PAS nk wat negara islam,DAP da takut,tu rijek mrk awl2.adaka PAS mau berdakwah mrk atau nk memerintah semata2?klu mrk da mula berdakwah ak nk tgk Lim kit siang pakai kopiah.klu btul2 nk wat negara islam la.moga2 mrk bjaya.
yeah ak sokong wanwma. org melayu penang adala bodoh.dah tau DAP nk bagi sama rata, sokong jgk mrk,hanya kerana nk tol free mcm2 free lg,sekarang terbela ka org melayu d sna selepas DEB dimansuh jd NEP.ole itu pikir dulu sebelum buang
nUUr
March 14th, 2008
at 2:51am
ak rasa la wanwma,mrk xmau nmpk BN goyah,tu msk tV. tp sabo la.ade la MB tganu nnt. tera tgk org lain plak jd MB,mana tau kot2 ok
Mohd Ismail
March 14th, 2008
at 2:51am
rohaizad - tak semua org mampu majukan diri sendiri.. kdg2 limitasi yang tak terduga.. :) di’situlah bantuan kerajaan penting.. kalo semua org nk depend kat kerajaan, mmg saket la..
wanwma - aku dgr gak masalah mb t’ganu ni.. bn kene antar org lain la.. kalo da pihak istana x berkenan ngan beliau :)
*semua masalah yang di’timbulkan BN tu boleh di’atasi dengan adanya pembangkang/pemerhati/penasihat dalam kerajaan…*
*soal kerjasama dgn org bukan Islam itu mula2 di’timbulkan oleh pemimpin parti pembangkang.. aku cuma recall dan mengatakan yang beliau melakukan perkara yang beliau tidak suka dahulu.. Islam mmg tiada masalah dgn itu..*
Mohd Ismail
March 14th, 2008
at 2:53am
WaWa - ko amik komen ko ni, paste dlm blog ko.. konfem jadi satu entri — bagi sekali backlink tuk aku.. ha ha *pasal minyak turun 50 sen & hapus tol, apsal aku tatau apa2? rugi la camni x dpat minyak murah… ha ha*
*DAP ni pun satu la, first time tadbir negeri dah gelojoh itu ini.. rileks la..*
WaWa
March 14th, 2008
at 3:29am
haha. ko tak perlukan backlink dari aku lah mael. bloggers lain ramai yang sukarela bagi ko backlink. haha. lagipun aku saje je ni, nanti kalau blog ko dipantau, aku rileks je. kalau ada orang buat laporan polis, ko juga yang dipanggil. haha. bukan aku. hehe. bukan ko kat penang ke? apesal ko tak tau?
isu pasal MB Terengganu tu, ketawa je lah. padan muka idris jusoh. apa ntah yang dia dah buat sampai sultan mizan (ke pemangku sultan yang tak berkenan? haha) tak suka kan dia?
MB Selangor dah selamat angkat sumpah. Perak je lagi. aih.. sabar je lah. sekarang ni pula, aku sungguh berminat nak tau siapa yang akan duduk di kerusi kabinet. isnin ni. tunggu!
Khai
March 14th, 2008
at 4:24am
mael, mengenai komen ko pada rohaizat tu, ape yg dimaksudkan dengan limitasi dan bantuan kerajaan? ape yg mereka boleh bantu?
wanwma
March 14th, 2008
at 8:49am
Betul la! DAP ni mmg kecoh. Rileks2 la! Wak satu2.
Aku dgr certa 5 negeri yg dipernth krjn pmbagkg tu akn turun harga minyak stat mggu depn. Turun 50sen. bnyak tu…
Perak - Minyak Sapi
Pulau Pinang - Minyak rambut
selangor - Minyak Wangi
Kedah - Minyak Gamat
Kelantan - Minyak Afiat
angel_baik
March 14th, 2008
at 8:59am
dengan apa yg berlaku skrg nie, pembangkang terlalu gelojoh, BN salahkan rakyat, BN sendiri bergolak, Institusi Beraja tidak dihormati.
adakah kita semua telah membuat pilihan yang bijak???
musnaz
March 14th, 2008
at 9:03am
wanwma… minyak dagu dgn minyak dhab tak turun ke? hu hu… (spam sket ye mael…)
hafifi
March 14th, 2008
at 9:20am
DAP mmg mcm tu agaknya..’orang’ baru, so sedikit gelabah la..
Tech Blog
March 14th, 2008
at 11:48am
Melayu memang dalam dilema..Mereka ni bukan berjuang untuk kita pun..Bagi diorang, politik is a game..sepatutnya,politik is services.Itulah mentaliti ahli politik kita yang penuh dengan retorik dan kepura-puraan.
megat
March 14th, 2008
at 12:18pm
Kita tunggu dan lihat. Apa pun rakyat sudah bijak walaupun mentaliti ‘melayu’ masih banyak belum ‘diceroboh’.
Saharman
March 14th, 2008
at 12:42pm
Alah dulu Penang sejak zaman berzaman bukan melayu yang memerintah, apasal kecoh plak sekarang ni seolah olah kali pertama Penang di perintak oleh Cina . Kelantan lebih 90% melayu pun kauorang dok kutuk dan sekat pembangunan , apa ke hal cakap pasal menolong orang melayu, minyak dan gas kat Kelantan ber trilion trilion tu apasal sekat untuk dimajukan . Tu sapa yang nak memundurkan melayu yang lebih 90% tu … kalau tak bagi la Kelantan majukan minyak dan gas san biarkan gas didaratkan di Kelantan dan bukan Songkla supaya Kelantan dapat 1 billion royalti ,supaya senang semua orang melayu.. tu pun kalau iklas laaa nak menolong melayu seperti yang bergegar gegar kunun nya nak majukan melayu ….apa cerita melayu Terengganu….
chika
March 14th, 2008
at 1:28pm
seperti yang sebilangan besar MELAYU risaukan. Termasuk kau sendiri.
aku ada keyakinan aku sendiri.
mari kita semua study lagi dalam.
one statement : aku tak ada perasaan takut yang mendalam.
chika
March 14th, 2008
at 1:33pm
yakin pada Allah.
apa bezanya pakatan campuran bangsa dlm BA dengan BN? Ada ke dulu Pulau Pinang dibawah orang melayu? Dulu pon Selangor bawah pentadbiran Melayu. Apa yang dimajukannya dari segi Islam?
sekurang-kurangnya, ada satu lagi negeri yang dalam perangkaan menuju ke arah negeri Islam selepas Kelantan. Iaitu Kedah. Memperjuangkan Melayu dengan memperjuangkan Islam adalah dua perkara yang berbeza.
aidil
March 14th, 2008
at 3:41pm
pada aku lak kes ni kita jadikan teladan sebab dah lama sangat bn memerintah bg peluang kat pembangkang untuk memerintah lak. baru lah namanya demokrasi terpimpin. aku tak sokong mana2 pihak pun cuma orang islam mestilah menyokong saudaranya sendiri. (bunyi macam sokong pas ye tak?) sebenarnya aku tgh frust kejatuhan bn… anyway aku akan berkhidmat untuk MALAYSIA bkn bn…….
Saharman
March 14th, 2008
at 4:09pm
Aku cadangkan kau orang semua pergi baca blog Puan Ainon Chairman PTS di universitipts dot com.
catzer
March 14th, 2008
at 8:38pm
aku no komen,sbb pru12 dah tamat, nak tgk baik buruk dlm 5thn ni. Apapun aku harapkan suatu tamparan ke muke pemimpin2 umno yg tak fhm bahasa lagi..rakyat sokong parti tp tak sokong pemimpin yg bertanding..so, nilailah balik siapa yg perlu dicalonkan utk pru13 nanti. Adei..
Mohd Ismail
March 15th, 2008
at 3:05am
hehe.. Saharman, meh link sepam dua.. utk kami2 membaca apa yg kau baca.. ;p
Mohd Ismail
March 15th, 2008
at 3:06am
amboi ko Catz… da terfikir tentang calon pru13.. dasyat ;p he eh he he
Truckster
March 16th, 2008
at 10:31am
aku tidak paham kenapa harus dikondem kerjaan yang hanya berbentuk tidak sampai satu minggu??? kenapa Penang + Perak di kecam dan dikutuk habis-habisan, media propaganda kjann bagai nak rak meniup api perkauman tentang ketuanan melayu, tentang penguasaan cina, adakah mereka inign ulang kembali peristiwa 13 Mei??
aku ingin menyoal kembali adakah semasa Penang berada di dlm gengaman BN, Pemimpin UMNO(baca Melayu) Penangkah Yang dapat memerintah aka Menjadi Ketua Menteri? Bolehkah anda senaraikan tentang bukti Melayu Penang tidak terpinggir semasa di bawah pemerintahan Koh Tsu Koon?Kenapa mereka masih lagi di Kg-kg??…
bolehkah anda senaraikan barisan timbalan KM dibawah Koh Tsu Koon dulu orang Melayukah dia?sekurang-kurangnya kjaaan campuran DAP + PKR mempunyai 2 orang timbalan KM mewakili Melayu dan India….apa asas dan fakta dakwaan anda berkenaan hilangnya ketuanan MELAYU di penang??exconya semua barisan melayukah?? ini sememangnya memulangkan paku buah keras terhadapa kenyataan anda itu….
tengok pentadbiran kjaan campuran PKR + DAP skang ni?? kedua2 timbalan LIM Guang Eng adalah Melayu + India…pelbagai kaum..ingat kjaan penang baru seminggu di tubuhkan dan dihentam dari kiri dan kanan tanpa ada ruang untuk menjawabnya dalam media….mampukah kjaan penang mentadbir + mempertahankan hak ketuanan melayu?? kita tunggu dan lihat kalo xmenjadik 5tahun lagi kita tukar pemerintahan..senang jerr kan???
Negeri Perak usah dirisaukan?? dalam perlembagaan perseketuan dan negeri sudah tertulis….Negeri Yang Majoriti lebih 50% Melayu adalah 100% akan Ber “MB” kan orang Melayu dan satu lagi didalam perlembagaan kuasa eksekutif di Negeri yang mempunyai raja/sultan perlantikan MB adalah 100% ditangan Sultan, sanggupkah SUltan Perak Melantik seorang Cina ntuk mengetuai negeri Perak….yg itu tidak boleh dipersoalkan, kalo dah MB melayu + islam + profesional(ada IR lg) + mempunyai asas agama yg kuat…apa point anda mengatakan hak melayu akan terhakis???sila hujahkan disini, biar jelass
Truckster
March 16th, 2008
at 10:34am
tepuk dada tanya seleralahhh…..mahu berhujah??silakan??
http://www.apasaje.com
Truckster
March 16th, 2008
at 10:43am
salah satu sebab BN jatuh pada PRU12 menurut penganalisis politik terkenal Prof Dr Agus dari UKM adalah manipulasi media propaganda ini yang terang2 menyebelahi kjaan, membidas dan memfitnah pembangkang…c’mon laahhh korang pernah tengok x semasa zaman Tun Det dulu keluar iklan yang terang2 suh pangkah dacing??? inikah demokrasi yang dibanggakan…
cuba bayangkan lagi jika media ini diberikan kebebasan?? pihak pembangkang dan kerajaan bebas menyebarkan manifesto dan propaganda mereka melalui TV, Radio, Suratkhabar arus perdana..DEBAT DILAKUKAN SECARA TERBUKA. dan pembangkang diberikan ruang ntuk menjawab setiap persoalan yang diungkit oleh kjaan bebas di TV dan Radio tanpa ada tapisan dan putar belit…owhhhhh alangkah indahnya DEMOKRASI semacam itu???xmustahil kjaan Paklah Skang ni tidak akan lg terbentuk….
cuba lihat Negara demokrsai tulin seperti UK dan USA…pemimpin mereka sedia BERDEBAT ntuk membuktikan kebenaran…tapi di MALSYSIA saya ulangi MALAYSIA yaaaa…ada korang tengok pemimpin BN menyahut cabaran DEBAT dari PEMBANGKANG????tepuk dada tanya selera…
sesungguhnya rakyat sudah muak dengan perangai media propaganda mereka ini..owhh skang jangan dilupakan pula api2 perkauman ditiup dengan kencang tentang DEB di Penang…..jelas sekali media ini emmainkan peranan dengan berkesan ntuk menaikkan api masyarakat Melayu…..OWHHH DEMOKRASI KENAPA INI BERLAKU..
http://www.apasaje.com
Truckster
March 16th, 2008
at 3:36pm
kenapa anda tidak membangkitkan tentang siapa MB di Perlis dan Tganu??? kanapa anda boldkan sahaja kat Negeri pembangnkang..sedangkan suma isu pelantikan MB sudah selesai di negeri Pembangkang…
Di Perlis lagi parah Shahidan Kassim tidak dapat menerima MB baru yg dilantik Raja Pelis…adakah ini tidak menghina Sultan??dia berkata sanggup menjadik Pembangkang jika MB baru itu dilantik…inikah yg dibanggakan anda….kenyataan ini sememangya memulangkan paku buah keras terhadap komen anda ini……
Di Tganu pon xde apa2 jawapan dari Sultan lg…Sultan xbersetuju dgn pelantikan Idris Jusoh ntuk terus menerajui Tganu….
“JANGAN MENGELUARKAN KENYATAAN YANG DANGKAL” sesungguhnya kenyataan anda hanya bersifat tidak adil dan meloyakan…
http://www.apasaje.com
Saharman
March 17th, 2008
at 2:56pm
Nah…… dari sifu lateral thinking http://universitipts.com/index.php/site/comments/deb_dan_pts/
Truckster
March 18th, 2008
at 6:40am
“Bagi menyeimbangkan berita-berita krisis perlantikan Menteri-Menteri Besar dari kalangan Umno dan Barisan Nasional di Negeri Terengganu serta Perlis, maka fokus media-media arus perdana cuba dialihkan ke Negeri Pulau Pinang, yang mana buat pertama kalinya dalam sejarah, DAP yang diterajui oleh YAB Saudara Lim Guan Eng berjaya menguasai pejabat Ketua Menterinya.
Sebaik sahaja menduduki kerusi Ketua Menteri, YAB Saudara Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa segala bentuk korupsi, kronisme, nepotisme, ketidaktelusan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran yang mana ruangnya terbuka akibat perlaksanaan DEB akan dihentikan. Berita RTM dengan cekap dan pantasnya menyiarkan kenyataan Ketua Menteri yang baru ini. Dan dari kenyataan yang panjang dalam Bahasa Inggeris, sarikata Bahasa Melayu yang disiarkan oleh RTM hanyalah berbunyi “perlaksanaan DEB akan dihentikan.� Begitulah jahatnya media tunggangan Barisan Nasional, siapakah sebenarnya yang sedang bermain dengan sentimen perkauman? Tidak serik dan tidak belajar lagikah Barisan Nasional dari prestasi terburuk yang mereka perolehi dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini? Yang antara lainnya seperti dikupas oleh sesetengah bijak-pandai adalah disebabkan oleh propaganda yang sangat melampau yang disiarkan semenjak pembubaran parlimen sehingga hari pengundian di dalam semua saluran media arus perdana, baik elektronik mahupun bercetak, setiap hari tanpa henti, sampaikan rakyat menjadi meluat dan menyampah.
Maka berdemonstrasilah “orang-orang Umno,� kononnya mewakili “orang-orang Melayu Pulau Pinang,� kononnya lagi untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu. Persoalan yang sama muncul lagi, siapakah yang sedang mencetus sentimen perkauman? Saya tetap dengan prinsip bahawa perhimpunan aman haruslah dibenarkan selagimana ia selaras dengan semangat demokrasi seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tetapi yang memelikkan, mereka inilah yang sebelum Pilihanraya Umum dahulu saban hari mengiklankan di kaca-kaca televisyen bahawa demonstrasi ini BUKAN BUDAYA MEREKA! Yang memelikkan juga, setelah diberi peluang berdekad-dekad oleh rakyat Pulau Pinang untuk memerintah negeri tersebut, akhirnya Barisan Nasional ditolak dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini, saham kekalahan Barisan Nasional Pulau Pinang ini juga turut disumbangkan oleh pengundi-pengundi Melayu. Apakah jasa Umno Pulau Pinang kepada orang Melayu di pulau itu selama berpuluh tahun Barisan Nasional memerintah? Kalau benar Umno atau umumnya Barisan Nasional menjaga kebajikan orang Melayu Pulau Pinang selama ini, mengapa di tahap klimaksnya mereka ditolak? Tepuk dada tanya selera, dah terhantuk jangan baru terngadah!
Saya menjadi tertanya-tanya, mengapa pula Umno Pulau Pinang khususnya, dan Umno Malaysia amnya tiba-tiba menjadi begitu sentimental dengan DEB? Bukankah DEB sudah dihentikan ketika zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri? Bukankah ia sudah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional? Bukankan Dr. Mahathir pernah berkata orang Melayu harus mula belajar untuk hidup tidak bertongkat? Kenapa ketika itu, Umno Pulau Pinang tidak pakat berarak beramai-ramai ke Putrajaya, berdemonstrasi di hadapan pejabat Dr. Mahathir?
Sedarlah, dan mengakulah, bahawa isu Melayu Pulau Pinang bukan isu baru, bukan isu sehari-dua, tiada kaitan pun dengan YAB Saudara Lim Guan Eng, beliau baru sahaja mengangkat sumpah. Selami masalah Melayu Pulau Pinang dari teks ucapan Dato’ Ahmad Ibni Hajar, Ketua Umno Bahagian Tanjong, Pulau Pinang semasa majlis perasmian bangunan Umno yang telah disempurnakan oleh Pak Lah pada 5 September 2006, anda boleh perolehinya di arkib Agendadaily.com, kajilah fakta-fakta dan data-data ketidakseimbangan ekonomi yang didedahkan. Masalahnya salah siapa maka berlakunya keadaan sebegini? Nyata ia bukan salah DAP atau YAB Saudara Lim Guan Eng, dan yang lebih jelas DEB telah gagal di Pulau Pinang!
Soalnya kenapa DEB gagal? Seperti yang dijelaskan oleh YAB Saudara Lim Guan Eng ketika mengambil-alih kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang, DEB selama ini telah membuka banyak ruang kepada berlakunya korupsi, kronisme, nepotisme, ketidaktelusan dan salahguna kuasa. Menggambarkan senario cara dan gaya hidup pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang ini, saya suka mengutip kata-kata yang pernah dilontarkan oleh Dr. Nungsari Dato’ Hj. Ahmad Radhi, bekas Ahli Parlimen Balik Pulau dari Umno sendiri, “Jangan nanti Umno dikenal sebagai parti kenduri-kendara, parti mesyuarat setahun sekali, dalam Umno tidak boleh terlalu pandai…,� malangnya di tangan pemimpin-pemimpin seperti yang digambarkan oleh Dr. Nungsari inilah, nasib Melayu Pulau Pinang diperjudikan! Pemimpin yang hidup dengan kebodohan, bermewah-mewah dengan segala macam kenduri dan parti, entah wang siapa dan wang untuk siapa yang dibelanjakan. Bila semakin diasak dengan aduan dan keluhan rakyat, jari cuba menuding kepada orang lain, maka ketika itu Gerakan dan Koh Tsu Koonlah yang menjadi mangsa dan kambing hitam, sedang pemimpim Umno yang memegang kerusi nombor dua dalam hirarki pentadbiran Pulau Pinang sepertinya ma’sum dan suci. Nampaknya YAB Saudara Lim Guan Eng sedang cuba dipalit dosa yang sama.
Truckster
March 18th, 2008
at 9:18am
so macamna MohdIsmail??ingin membidas kenyataan saya??
usah berbicara soal politik dan perjuangan jika hanya ingin menunjukkan ego, dan menghentam sana-sini……Kenyataan anda ini hanyalah merendahkan lagi “martabat pengetahuan” anda di mata saya.
Kenyataan anda itu hanyalah bersifat provokasi, yang retorik dan dangkal….ini menyerlahkan lagi sangkaan saya terhadap anda bak kata bidalan
“Seperti Ayam Jantan Yang HAnya Tahu Berkokok Tetapi Ekor Penuh Bergelumang dengan ****”
kamaruladli
March 19th, 2008
at 2:59pm
wohoo… rilek en.truckster. emo la pulak. hehe..
pada aku mail, entri kau ini agak berbau perkauman. terima kasih kepada rtm, utusan, berita harian, media prima dan juga astro kerana telah berjaya dalam agenda untuk memecahbelahkan rakyat malaysia. terima kasih sekali lagi.
azwanhadzree
March 21st, 2008
at 10:29pm
Mail, kau jangan confusekan PKR = Melayu. Parti ni mempunyai ahli dari berbilang bangsa. anyway, aku setuju dengan pendapat kau tentang tiada utopia di dunia ini.