
Baru tadi ada seseorang SMS aku bertanyakan kenapa aku semakin jarang kemaskini blog ini sedangkan aku ligat di’blog yang satu lagi.
Blog yang lagi satu sangat-sangat kurang menuntut aku untuk berfikir tentang idea. Aku dapat skop, tulis & terbitkan. Tidak seperti di’sini, aku kena cipta sendiri & ambil masa.
Alasan.
Jadi, apa yang sudah aku buat sepanjang tahun 2009 ini? Hampir 365 hari, akan aku simpulkan dalam satu entri yang ringkas.
Januari aku mulakan dengan kemasukan diri aku sebagai salah seorang pekerja kilang petrokimia di Pantai Timur Malaysia.
Bermula dari situ, masa aku banyak aku habiskan untuk bekerja, rehat & bekerja semula. Rutin yang sebenarnya hampir sama sampai ke hari ini.
Mac adalah bulan pertemuan semula orang kata. Aku berjumpa semula dengan seorang rakan yang hampir 5 tahun tidak aku jumpa & pertemuan ini sangat signifikan — sehingga ke hari ini.
Mac juga bulan pertama kali’nya aku memiliki produk keluaran Apple — iPhone yang pada aku masih telefon bimbit terbaik sejak Alexander Graham Bell.
April kerja lagi. Mei kerja tidur makan. Jun kerja tidur makan. Julai kerja tidur makan tengok wayang. Ogos kerja tidur makan tengok wayang — layan blues countdown hari lahir aku di Teluk Cempedak.
Awal September aku pergi ke Langkawi buat kali pertama untuk tahun 2009. Menaiki bot laju ketika bulan puasa, aku kurang pasti puasa aku sah atau tidak.
Hujung September sekali lagi aku ke Langkawi bersama ahli keluarga tercinta & hari terakhir sakit perut paling ekstrim melanda. Kami semua layan drama Melayu sebelum pulang esok pagi.
Oktober duduk senyap kerana duit banyak habis berjalan & menyimpan untuk membawa Megan ciptaan Steve Jobs masuk dari China.

November bertemu Megan si Macbook Pro yang sudah aku tunggu sekian lama. Setiap hari berbunga bagai esok sudah tiada.
(Dan, Eka bertunang. The end)
Comments
21 Comments so far. Leave a comment below.setting light settings dalam bilik ko ke ?
cool giler ah. hehe :)
yep.. bermodalkan lampu dr IKEA :) tp setting ni bukan tiap masa on.. bila dtg mood, on la konon2 romantik dgn laptop sendiri.. ha ha
cantik pulak aku tengok gambar megan bersama light setting yg romantik itu. aku pun turut berbunga² w/pun sebenarnya gambar batu. :P
hoho.. style lah meja kau bro :)
hmm.. best sgt ke macbook ? terasa nak angkat plak
selera masing2 sebenarnya :) ko try la study2 dulu pasal macbook ni.. rajin2 ke machine atau switch to try things around..
aku dekat 2 tahun kot baru betul2 decide nk angkat macbook..
memang padat dan ringkas.anyway,pandai deco bilik dengan table light tu ye.Romantikk
Macbook Pro dengan Altec Lansing? Kombinasi terbaik. Apa pun, tahniah menjalani kehidupan 2009 Mael. Selamat untuk tahun hadapan.
Apa? Eka sudah bertunang!!! Teng….Teng…Teng…. ( muzik ala ala cerita P.Ramlee). Oh tidak…….!!!!!
Cantik Macbook tu. Tak dapat yang baru,dapat yang pre-owned pun jadilah. Orang cakap tak kena virus.
hmm , eka tunang ? .
byk keje tido makan jek..
wei2.. apsal smue orang syok sangat ngan setting light tue? haha! Papepun goodluck 2010!!
Tak terlambat kan nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada Mohd Ismail? Lama jugak tak jenguk ke sini. Cantik Megan. Saya ada satu, Mona namanya. Haha. :)
Tahniah diatas post yang menarik, sayangnya saya baru terjumpa blog ni. walau apa pun teruskan usaha anda..maju internet untuk kita
Aku pernah nk masuk blog ini, tapi tak boleh…
Mmg jarang tgk blog ini berupdate skrg…
bz ngan blog oh ke?
ikut hati, memang nak angkat. Tapi aku pakai dulu aje apa yang ada nih..
terbaik ah hias bilik.. tambah plak macbook kat tengah2.. cooooolll…
bile nk come back bro?
macbook pro :)
lighting mmg syahdu la bro :)
lamanya ghaib
ghaib sedang bertapa kot
hehe