Sepi - Filem Magis Kabir Bhatia kembali (+trailer)

Tadi selepas menonton liputan sukan di’Buletin Utama, trailer pertama Sepi muncul di’TV3. Trailer ini pandai mencuri perhatian aku kerana trailer seperlahan & seromantis ini di’mulakan dengan nama Afdlin Shauki. Kabir Bhatia juga antara faktor utama aku berminat dengan trailer filem ini. Tetapi, sebab utama aku rasa aku akan ke panggung menonton adalah kerana Afdlin Shauki. Bila kali terakhir kau melihat Afdlin Shauki dalam filem romantis yang serius begini? Kejap. Tidak pernah ‘kan? Filem Soal Hati (bersama Erra Fazira) juga berdiri atas nama komedi romantik.
Sepi (menurut sinopsis dari laman web rasmi) adalah sebuah kisah berkisar’kan tiga individu lelaki yang hidup di’bandar mengenal erti cinta, kehilangan & kesepian.
Adam adalah seorang chef muda yang berjaya — pakar dalam bidang pembuatan manisan (kek) untuk majlis perkahwinan tetapi masih bujang dan sedang mencari pasangan’nya sendiri. Kemudian, seorang lagi insan bernama Sufi yang berlari berbatu-batu sehari sebagai percubaan untuk melupuskan memori bersama isteri’nya yang telah meninggal dunia. Seorang lagi bernama Ariel (atau Khalif?) yang merupakan penggiat teater sedar yang pentas teater adalah tempat di’mana masa silamnya mampu di’selesaikan dan masa depan’nya mampu di’lihat.

Ketiga-tiga watak ini bertemu pada satu titik kisah dramatik yang mengubah kehidupan mereka selamanya.
Dan, filem ini juga menampilkan pelakon-pelakon wanita yang bukan calang-calang. Afdlin Shauki di’pasangkan dengan Vanida Imran & Nasha Aziz. Pelakon wanita utama lain adalah Eja & Baizura Kahar. Rozita Che Wan & Sazzy Falak juga ada sebagai pembantu. Walaupun filem ini di’penuhi dengan pelakon wanita yang terbaik di’Malaysia, filem ini aku rasa lebih kepada filem yang berkisarkan kehidupan lelaki dalam dunia hari ini.
Berdasarkan filem Cinta sebelum ini, aku dapat rasakan yang kerja kamera filem ini akan lebih dasyat dalam Sepi. Madnor Kassim & Kabir Bhatia tahu apa makna seni fotografi yang boleh menarik orang ke panggung.
Trailer Rasmi filem Sepi (2008) arahan Kabir Bhatia
Update: Sepi akan mula di’tayangkan di pawagam bermula 26 Jun 2008. Terima kasih kepada Wan.
Sumber & imej - www.sepithemovie.com
Popularity: 40% [?]
Comment by Fahmishah on 24 May 2008:
aku sudah lama tak tonton filem lakonan afdlin.lebih2 di panggung
Comment by Mohd Ismail on 24 May 2008:
kali ini sila’lah layan ke panggung.. mcm lg best dr filem2 dia sendiri.. ha ha
Comment by menteil on 24 May 2008:
aku kalau filem afdlin kompem tengok..
tak kira la apa citer pon..
hehe..
memang bez tengok dia berlakon..
Comment by wan on 24 May 2008:
btw mail, ini entry pertama psl preview filem yg pernah aku baca dimana penulis x tulis bila tarikh tayangan. huhu
Comment by Mohd Ismail on 24 May 2008:
dan, kerana itulah trailer’nya ada.. =) tp in case ko x tak dapat lagi bila tarikh tayangan dia, Sepi akan ada di’pawagam 26 Jun 2008..
Comment by Mohd Ismail on 24 May 2008:
bagi aku la.. lakonan dia lebih selamba dan berkesan berbanding Rosyam Nor atau Jalaludin Hassan =)
Comment by Wizurai on 24 May 2008:
senyap² je tiba² muncul filem dari penulis dan pengarah CINTA…
dulu aku tengok CINTA kat wayang, tak dapat feel… mungkin filem tu tak kena dengan jiwa aku…
SEPI pulak, taktau la dapat feel tak, takde heroin muda yg cun la…
Comment by xmindfreakx on 24 May 2008:
aku pergi kerana adanya afdlin shauki dan nasha aziz..aahahha…aku suke tgk pompuan cun..
Comment by Fahmishah on 24 May 2008:
malangnya..dompet ku sudah nipis la
Comment by megat on 24 May 2008:
aku juga tertarik apabila melihat trailer tersebut. benar, madnor kassim & khabir bhatia memang benar-benar mengenali simbolik dari seni fotografi dan video shoot/angle.
satu pejak lengkap utk filem ini. menarik!
Comment by cencorot91 on 24 May 2008:
aku amat sukakan lakonan afdlin shauki..
akan kutonton filem ini…
Comment by KNizam on 24 May 2008:
wahhhhh filem serius afdlin nih. :)
Comment by zool on 24 May 2008:
Wah cam menarik je trailer ni..
ntahlah kalau aku rajin aku tgk le..
Aku tak berapa rajin ke ‘cinema’ ni…
Tapi memang lakonan Afdlin best… Aku ingat baru2 ni ada drama serius dia tertengok.. Ok gak dia berlakon
Comment by hanep on 24 May 2008:
macam best je.. aku tunggu yang sedia disalin dari cakera keras kawan-kawan. haha~
Comment by titan on 24 May 2008:
waa. aku memang simpan semua hasil karya Afdlin. Dia memang best.
Comment by noris on 24 May 2008:
siapa tidak?
Comment by hanep on 24 May 2008:
yup. afdlin shauki memang best. lakonan dan lawak dia bersahaja..
Comment by musnaz on 24 May 2008:
kalau dslr, otai guna untuk tangkap gambar kan mael. kalau rakam video, otai guna apa ek? saja nak tau, tq tq
Comment by Rjuna on 24 May 2008:
Ayuh peminat2 Afdlin Shauki sekalian, wajib tonton filem ini, dengan shot shot unik Khabir, aku jangka filem ni meletop macam CINTA
Comment by adib. on 24 May 2008:
errmm…sepi..selalu nya aku tengok filem afdlin shauki nih suma jenis happy2 ja…xtau pulak dia ada nak berlakun filem romantis selepas soal hati…
BEST KE KHABIR BHATIA tu??
Comment by Mohd Ismail on 25 May 2008:
jarang2 afdlin ni nak berlakon drama kan? =) sibuk dengan filem..
Comment by Mohd Ismail on 25 May 2008:
video ni pakai video kamera yg power2 kot.. high-definition punya camera.. hehe entah =) try Google tgk..
Comment by Mohd Ismail on 25 May 2008:
best ke tak si kabir bhatia ni aku tatau… tp filem cinta arahan dia menang filem terbaik Malaysia tahun lepas =)
best la kot..
Comment by azwanhadzree on 25 May 2008:
aku sudah pernah menonton Cinta di panggung.
aku sukakanya
mungkin juga akan menonton Sepi
Comment by afisha on 25 May 2008:
i super love kabir bhatia’s work and i know i will look forward his touch again. SEPI, i’m going to see u this coming June 26!
Comment by oDiN on 25 May 2008:
akhirnya .. cerita cinta … sesuai utk diriku yg sangap ..
at least aku ada alasan untuk pergi tgk wayang nanti dari membuat website dan programming sepjg hari ..
:)
Comment by noris on 25 May 2008:
second!
Comment by asx on 25 May 2008:
Disebabkan Mael , aku tau akan kewujudan filem nih . Sangat romantis . Lagu yang dia guna . aduyh . seronok. -)
Comment by saffa on 25 May 2008:
Confirm saffa akan ke panggung tgk cter ni! tak sabar nih!!!
Comment by Wani Ardy on 25 May 2008:
Encik Ismail, saya mengkredit anda di laman saya. Minta kebenaran ya. Terima kasih.
Comment by Dalila on 26 May 2008:
Saya juga mengkredit encik ismail di laman web saya. Minta kebenaran ya. Terima kasih.
Comment by Saharman on 26 May 2008:
Cinematography musti hebat giller nii…… baru la membezakan antara filem dengan drama TV.
Comment by Mohd Ismail on 26 May 2008:
Wani & Dalila - sila’lah kredit.. takyah kebenaran pun xpe.. mmg aku suka org hebah2kan pasal blog ni.. haha.. lagi2 kalau si gadis2 yang hebahkan.. ;p
Comment by Mohd Ismail on 26 May 2008:
belanja i tengok wayang Saffa.. haha ha..
*gurau je ni oi*
Comment by PeCo on 26 May 2008:
Oh
macam best
last filem afdlin aku tengok citer Brave
p’gmbaran kat thailand
afdlin jadi pengarah bersama
aksi komedi
afdlin ‘cakap’ siam
filem Sepi ni aku akan layaaaaaan nnt
Comment by Novemver on 28 May 2008:
Menarik perhatian saya untuk pergi menonton di panggung.
Comment by nana on 29 May 2008:
aku memang minat afdlin, especialy karektor serius,,menjadi la…
Comment by ikoko on 29 May 2008:
kat batu pahat, johor tak kluar lagi citer ni.. yang dah kluar, hanya apa kata hati.. hm…
keciwa sebenarnya..
citer love pun tak kluar lagi kat sini..
Comment by little birth on 29 May 2008:
org biasa tgk wayg degn mata tp kdg2 ble jugk tgk dengn hati ja.. . x payh risau mesej x sampai kt audience tp sekurang2nya org yg war filem 2 bejaya luahkan apa yg dia nk bebanding org len yg hanya ble cakp ja org pn x nampak
Comment by ikoko on 30 May 2008:
ahaha.. 26jun ek? bukan 26mei? huhu.. mataku tersilap pandang~
Comment by nor on 31 May 2008:
apa tajuk lagu tema filem ni yek
Comment by Vic on 31 May 2008:
Walaupun banyak filem yang aku tonton pernah box office kat Malaysia ni, yang mencecah kutipan jutaan ringgit, tapi bagi aku, Filem Cinta adalah filem yang mempunyai garapan cerita paling baik pernah aku tonton, dan aku yakin Khabir Bhatia akan memberikan sentuhan lebih baik dalam filem Sepi. Pasti ke panggung, dan akan kuseru seluruh kerabatku ke panggung untuk “SEPI”.
Comment by wan_global on 1 June 2008:
KTIBAR DARI KISAH SUFIAH
Perkara yang menimpa SUFIAH YUSOF, pelajar pintar matematik @ bekas kanak2 genius telah menggemparkan masyarakat islam dunia terutama Malaysia.
Apa yang berlaku kepada anak-anak remaja termasuk SUFIAH sebenarnya adalah teguran dari Tuhan untuk kita semua.Kita telah cuai akan tanggungjawab pendidikan generasi penerus bangsa ini.
Selama ini kita membuat sistem pendidikan dengan tidak merujuk kepada Tuhan.Kita tidak mencontohi Rasulullah walhal baginda adalah pendidik teragung yang terbukti mampu menjadikan bangsa Arab dari jahiliah menjadi bangsa yang agung, yang telah menjadi rujukan dunia hanya dalam tempoh 23 tahun.Baginda benar-benar berjaya mmbawa satu sistem pendidikan yang telah melahirkan anak-anak remaja yang benar-benar matang dan terdidik di usia belianya.
Dalam ajaran Islam, target pendidikan bukanlah hendak melahirkan orang pandai sahaja, tapi apa yang diharapkan adalah lahirnya manusia-manusia yang berakhlak mulia,bersungguh- sungguh dalam beribadat,benci dunia, boleh berkasih sayang, bantu membantu, maju dalam pelajaran dan sebagainya.
Tuhan tidak marah kepada orang yang tidak genius tapi Tuhan sangat marah kepada orang yang sombong,bangga diri, kedekut, cinta dunia,cinta harta dan tidak boleh berkasih sayang,sama ada dia genius atau tidak!!!!
Comment by wan_global on 1 June 2008:
BERHIBURLAH DENGAN JIWA
Inginkan hiburan adalah fitrah semulajadi manusia,
Kerana ia adalah makanan batin manusia untuk kebahagiaannya,
Tidak ada hiburan batin manusia kelaparan dan terasa kekosongan,
Tidak ada hiburan jangka panjang amatlah bahayanya,
Tapi kalau salah cara berhibur ia lebih lagi merbahaya,
Boleh rosak jiwa, buahnya merosakkan pula akhlak diri dan manusia lainnya,
Jika rosak akhlak ia pula rosak merosakkan pula sesama manusia,
Kalau sudah rosak merosakkan akhlak masyarakat manusia akan jadi huru-hara,
Oleh itu berhati-hatilah mencari hiburan agar kehidupan manusia dapat dijaga dengan mulianya,
Kalau tidak manusia yang akan menerima padahnya,
Hiburan ertinya hendak mencari kepuasan batin manusia,
Samada kepuasan akal, kepuasan nafsu mahupun kepuasan roh atau jiwanya,
Tuhan hanya membenarkan mencari kepuasan akal dan kepuasan jiwanya,
Kepuasan nafsu walaupun ia hiburan tapi diharamkan kerana bahayanya,
Kecuali hiburan nafsu didisiplinkan oleh syariat Tuhan di dalam kehidupannya,
Hiburan akal adalah mencari ilmu melalui membaca, menyelidik dan lain-lainnya,
Samada ilmu yang wajib mahupun ilmu yang sunat, yang diharuskan dibolehkan juga,
Berhibur dengan ilmu boleh jemu dan boleh meletihkan akal manusia,
Hiburannya yang berterusan selepas ada ilmu ia boleh menjadi panduan di dalam kehidupan,
Panduan itu adalah juga hiburan di dalam kehidupan manusia,
Kerana ia boleh menyenangkan kita di dalam berusaha dan tindakan bekerja,
Hiburan menurut akal walaupun termasuk kepuasan batin manusia,
Tapi ia masih belum dikatakan hiburan yang hakiki mengikut Tuhan pencipta,
Hiburan cara akal walaupun dibolehkan,
Hiburan akal tidak mampu membendung hati daripada mendapat ujian dan kesusahan di dalam kehidupan,
Kalau ada bala berat yang menimpa, cita-cita yang gagal, mendapat kesusahan selalu sahaja jiwa derita,
Dia akan gelisah, kecewa mungkin putus asa,
Tidak hairanlah org yang banyak ilmu,bijak dan pandai sakit jiwa,
Bahkan ada juga di kalangan mereka membunuh diri kerana kecewa,
Hiburan mengikut nafsu ia adalah diharamkan kecuali yang disyariatkan,
Kerana bahayanya dahsyat di dalam kehidupan insan,
Akhlak manusia rosak masyarakat manusia huru-hara menggugat keamanan,
Hiburan nafsu amatlah banyaknya,
Seperti melihat perempuan atau gambarnya terutama yang terdedah auratnya,
Pakaian yang menjolok mata yang merangsang nafsu manusia,
Melihat filem-filem lucah yang memberangsang nafsu merosakkan jiwa,
Menonton tarian gelek, daripada perempuan-perempuan yang menggoyangkan badannya,
Semuanya itu boleh menyuburkan nafsu jahat yang membawa perzinaan dan perogolan,
Yang merosakkan keturunan, merosakkan rumahtangga dan membawa pergaduhan,
Hiburan mengikut nafsu pada hakikatnya bukan hiburan,
Di dalam hiburannya ada racun kepada jiwa manusia,
Kerana ia membawa kerisauan, membawa angan-angan, fikiran kacau tidak keruan,
Membawa fikiran tidak tenang selagi kemahuan tidak ditunaikannya,
Akhirnya tidak dapat cara halal dilakukan secara haram yang dilaknat Tuhan,
Ia membawa pula cemburu-mencemburui, benci-membenci, hasad dengki,rebut-merebutkan akhirnya buahnya adalah perbalahan dan pergaduhan kemuncaknya pembunuhan,
Hiburan mengikut nafsu itulah yang telah memusnahkan kehidupan di dunia,
Berbagai-bagai gejala masyarakat berlaku kerananya,
Hilang keamanan, hilang ketenangan yang ada kebimbangan dan ketakutan,
Negara susah rakyat parah, tergugat keselamatan,
Termasuk juga hiburan nafsu melihat atau mendengar lawak jenaka yang keterlaluan,
Melihat atau mendengar ahli-ahli lawak bercakap tidak keruan gelak ketawa terbaha-bahak yang memalukan,
Bercakap terlolong-lolong adakalanya perkataan mencarut tanpa segan silunya diucapkan,
Pelawak-pelawak jiwanya akan mati dan mematikan jiwa para pendengarnya atau ‘client’nya,
Jiwa yang mati lupa Tuhan, jiwa yang mati lupakan mati,jiwa yang mati lupa Hari Pembalasan,
Jiwa yang mati ia selalu lalai dengan Tuhannya
Lalai adalah dibenci Tuhan,
Hiburan yang hakiki adalah hiburan jiwa atau hati,
Hiburan hati sebenarnya banyak sudut dan banyak bidangnya kalau diperhati,
Membaca Al Quran atau mendengar bacaannya yang dihayati menembusi lubuk hati adalah salah satu caranya,
Mengingati Tuhan hingga terasa kasih sayang-Nya, terasa kebesaran-Nya, terasa kuasa-Nya,
Itu semuanya boleh membawa ketenangan jiwa,
Ketenangan jiwa adalah hiburan,
Takutkan Tuhan sebenarnya ada perkara yang tersirat iaitu hiburan,
Takutkan Tuhan menjadikan tidak takut dengan kesusahan kehidupan,
Tidak takut dengan kesusahan dan cabaran kehidupan di situ ada hiburan,
Tidak takut selain Tuhan itu adalah hiburan kalau difikirkan,
Ketakutan selain Tuhan itu adalah membunuh hiburan di dalam jiwa manusia,
Kerana itulah Tuhan berkata yang bermaksud “Ketahuilah ingatkan Tuhan itu menenangkan jiwa�,
Jiwa tenang itu adalah hiburan yang tidak perasan,
Termasuk juga hiburan jiwa mendengar nasyid-nasyid yang merdu dan syahdu,
Senikatanya pula yang menusuk jiwa,
Seperti memuji-muji Tuhan, keampunan Tuhan, nikmat dan rahmat Tuhan kepada insan,
Termasuk memperdengarkan kasih sayang Tuhan, penjaga dan penyelamat insan,
Kasihkan Tuhan juga hiburan kalau dihayati oleh jiwa,
Kasihkan Tuhan adalah rahsia kasih sesama manusia atau insan,
Kasih sesama manusia adalah saluran hiburan bagi jiwa,
Kasihkan manusia terhibur membantunya, terhibur menziarahinya, terhibur menolongnya,
Seterusnya terhibur memaafkannya, terhibur memberi maaf kepadanya,
Rupanya jiwa terhibur boleh menghiburkan jiwa manusia,
Ketenangan jiwa itulah hiburan yang tersembunyi di dalam jiwa,
Orang berhibur bukankah hendak menenangkan dan menyenangkan jiwa?
Takutkan Tuhan menghilangkan takut selain-Nya,
Tidak takut lagi dengan kesusahan-kesusahan dunia,
Tidak takut dengan kesusahan dunia itu adalah hiburan yang tersembunyi pada manusia,
Rasa susah dengan kesusahan dunia jiwa tidak tenang hilanglah hiburan,
Takutkan Tuhan sahaja menghilangkan takut dengan kesusahan dunia,
Bukankah itu hiburan?
Sebagai menutup intipati hiburan manusia ada tiga bahagian,
Hiburan akal, hiburan nafsu, hiburan jiwa,
Ketahanan manusia adalah hiburan jiwanya,
Ketahanan jiwa itulah jati diri manusia,
Hiburan akal dan nafsu merapuhkan kekuatan jiwa,
Jiwa yang rapuh tidak tahan berhadapan dengan ujian dunia,
Carilah hiburan, untuk kepuasan dan kekuatan jiwa,
Kepuasan dan kekuatan jiwa itulah ketahanan diri manusia,
Orang yang selalu menghiburkan nafsunya ketahanan jiwa tidak ada,
Tidak boleh teruji dengan kesusahan,dengan cabaran dan dengan kegagalan,
Apatah lagi ujian-ujian itu besar dan berat ditanggung oleh jiwa,
Jiwa pun gelisah, resah, derita, terseksa, kecewa dan putus asa,
Kerana itulah penghibur-penghibur nafsu selalu sakit jiwa,
Penghibur-penghibur nafsu banyak yang hidup kecewa,
Penghibur-penghibur nafsu ramai yang putus asa,
Mereka-mereka itu ada yang membunuh diri padahal mereka terkenal dan popular,
Penghibur-penghibur nafsu ramai yang rumahtangganya porak-peranda,
Mereka bercerai-berai perkara biasa sudah jadi budaya,
Masih umur muda sudah jadi janda,
Ini bukan hendak mengata ia adalah realiti kehidupan sebahagian mereka,
Berhiburlah ia bukanlah salah,
Tapi berhiburlah dengan jiwa,
Berhibur dengan jiwa mendapat untung dua perkara hiburan dan pahala.
Comment by udonhaf2bsonice on 10 June 2008:
mmg akan tgk pom cter ni…
act..
susah gak nk lyn cter malay ni..
tp pas tgk gol n gincu..
then surat utk bulan..
then cinta..
kami, anak halal..buli, bulu balik
bru ley la lyn cter melayu..
tp cte sepi ni..
mmg nk tgk sesangat..
Comment by Big Easy on 12 June 2008:
Read my review of Sepi.
http://lebigeasy.blogspot.com/2008/06/sepi-review.html
Comment by efun on 14 June 2008:
cam filem cedeh jew..kalo sape tgk kat panggung
misti meleleh air mate..
Comment by adlina@awin on 14 June 2008:
aku heran ler kenapa didlam sesebuah industri ini selalu org banggakan pada director dan kameraman sahaja…
mengapa tidak kita berikan penghargaan kepada semua org yg terlibat didalam industri itu…
memang betul bagi saya kabir adalah seorg yg cukup bagus didalam indusstri ini.. pernahkah tahu bahawa boleh dikatakan kesemua drama dan juga iklan2 beliau sering dianugerahkan di stesen tv singapore.. adakah disebabkan kameraman dia atau disebabkan permintaan kabir sendiri… malah kabir buat semua itu dgn pelbagai juru camera yang menghasilkan nya.. ini bermakna kabir pandai memilih shot dan mengunakan cara dia didalam fotografinya..
ia juga didorong dgn pihak yg memilih lokasi agar ianya dpt mencapai cita-cita kabir didalam fotografinya… setiap pemilihan yg dibuat oleh kabir amat teliti dan cerewet utk mendapat sesuatu lokasi yg dikehendaki..
siapakah yg memaikan peranan setelah skrip terbaik ini dihasilkan dan diarahkan oleh pengarah terbaik ini…
pergurusan bagi meyiapkan sesebuah filem yg cantik dan juga berkualiti ini di pikul oleh siapa….
kekuatan filem itu benar-2 hebat dan kuat dari segi semua aspek. kdg2 agak pelik dari segi pandangan masyarakat dan industri perfileman yg sentiasa memberi penghargaan kepada artis, jurugambar, art department, make up artis, editor, lightingman, skrip dan producer filem.
apakah didalam sesebuah filem ini selalu diketepikan untuk anugerah kepada org yg berkerja siang malam dari awal hingga akhir filem ini mencari dan memilih artis, menjaga dan megawal duit producer, memberi dan mendapatkan lokasi mengikut budget dan kehendak pengarah, memilih tenaga perkerja dan menjaga setiap masalah. mananggung semua maslah yg tidak diselesaikan oleh tenaga perkerja lain itu. mengikut keseluruhan kehendak permintaan yg ditulis didalam skip itu, manjaga makan dan kebajikan tenaga produksi yg terlalu ramai didalam sesebuah filem itu. siapakah yg akan dipersalahkan jika berlaku masalah perubahan cuaca dan kesilapan pemilihan pelakon-pelakon tambahan dan jemputan. siapakah yg bertanggungjawab memberi dan mencuba muka2 baru bagi sesebuah filem selain dari watak-watak utama dan jemputan yg dikenali oleh pengarah atau penerbit. adakah propmaster menyediakan keseluruhan peralatan didalam sesebuah penggambaran filem itu. siapakah yg mendapatkan segala kenderaan dan mencari segala brg2 yg diminta jika mrk tak dpt mencari keperluaan itu..
siapakah pengurus produksi yg membuat dan bertanggungjawab itu pernahkan kita tahu atau diberikan sedikit kehormatan atau setidak2 nya adalah sedikit dihargai agar suatu masa nanti industri ini lebih baik jika semua org yg terlibat itu dihargai secara tidak memilih posotion mrk yg org nampak sahaja. sebelum penggambaran dan selepas waktu kerja org lain cuti adakah pengurus itu dicutikan juga. beliau telah korbankan sepenuh masa siang, malam, cuti, sakit pening, waktu makan, memikul kesalahan yg sentiasa ditujukan kepadanya, pernahkan kita cuba memperkenalkan beliau disebut atau diberikan anugerah sekadar terima kasih pengurus produksi yg telah berkerja dan berjaya memikul tanggungjawab demi untuk mrk2 yg akan atau bakal meraih anugerah nanti.
boleh tak kita bincangkan topik ini yg mungkin selama ini semua org tidak pernah sebut-2kan ………
Comment by adlina@awin on 14 June 2008:
jangan lupa saksikan filem terbaik arahan kabir bahtia dan penulisan mira mustaffa bersama A.R.A.
SEPI ADALAH SEBUAH FILEM YG TERBAIK DAN AKAN MENAIK TARAF INDUSTRI FILEM TEMPATAN
BEST SESANGAT
Comment by fieqa on 14 June 2008:
aku nak nengok citer nie!!!
Comment by tan chin yik on 14 June 2008:
buat la cite pasal buak remaja kat kolej tuanku ja’afar lagi
Comment by eek_Syawal on 17 June 2008:
sukee…sukeee… !
nk tgk…tp i x leh tgk dgn BF..
kena tgk dgn hosmet i
:)
hihihihi
Comment by chow sc on 2 August 2008:
i omos mis dis movi… i will regret if i mis it !
da “snowing” kitchen chun giler… i really wonder
how they think of that scene, tabik to local film !
i like fles-bek story telling & i get shock when i know
Imaan sakit mental… there i realize Sepi means…
Comment by Faisal Admar on 2 October 2008:
panggung tak sempat gi. sape ada link utk download dari internet ek? email: chanija@yahoo.com
thanks ye :)