Siapa layak tadbir Malaysia penggal seterusnya?
- 94
- Add a Comment

Beberapa minit lepas, Harakah & Utusan Malaysia mengeluarkan berita terkini yang menyebut tentang pembubaran Parlimen di bawah peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa serta-merta hari ini. Berikut adalah petikan transkrip yang di’keluarkan secara rasmi oleh Pejabat Perdana Menteri tengahari ini,
Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.
Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.
Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.
Sebagai edisi perbincangan terbuka pertama di Mohd Ismail dot Net, aku ingin bertanyakan pendapat pembaca di’sini berdasarkan situasi semasa negara kita, siapakah paling layak untuk mentadbir Malaysia untuk penggal seterus’nya? Nyatakan hujah yang bernas & elakkan hujah negatif terhadap pendapat yang berlainan. Ayuh! Malaysia sekarang di’bawah tangan kita.

94 Comments
nUUr
February 13th, 2008
at 2:09pm
wahahaha…
ak dulu yg komen…
sape ek yg layak?
yang pastinya bukan GW Bush mail. :)
Kumprinx
February 13th, 2008
at 2:36pm
heii.. takde komen lagi ke ni?
sapa-sapa je la.. janji waras. semua ok gua tengok. cumanya..
melayubuntu
February 13th, 2008
at 3:42pm
marilah mari~ kita mengundi~ lalala…
aku rasa BN tetap menang sbb mentaliti rakyat malaysia masih 3rd class
tp pembangkang pun dpt byk kerusi n suasana check n balance akan kembali spt pggl 99~04…
tapi aku masih brharap akan naik kerajaan yg akan basmi rasuah, baiki sistem kehakiman, lebih bijak dlm menangani inflasi dan kenaikan harga barang dan yg paling pnting PM yg xsuka tido…
aisey..smlm ckp xde pembubaran parlimen..tup2 arini depa pi bubar…berbulu punya lidah kaki tido…ayya..itupun masih berangan jd PM ka?aku rasa najib lg layak sey…
mijie
February 13th, 2008
at 3:43pm
pada pandangan aku, sapa yg layak ialah orang yang mampu melakasanakan tanggungjawab dgn jujur dan ikhlas, biarlah ianya dapat menjaga kebajikan rakyat.
pembangunan,kemajuan dan perkembangan agama dapat di laksanakan
siapa kah yang mampu memenuhi tanggungjawab yg di sebutkan di atas lah yg layak mentadbir negara malaysia ku yang tercinta ini.
megat
February 13th, 2008
at 3:45pm
Pastinya yang mengamalkan politik bersih dari segala kekotoran. Sudah terlalu banyak perkara yang tak elok kita dengar dan terbukti.
Siapa eh!?
mijie
February 13th, 2008
at 3:46pm
mcm melayu buntu ckp, semua orang mengharapkan kerajaan yg BERSIH dari segala segi..
dan mengikut perkembangan semasa, BN masih lagi kekal cuma akan banyak kehilangan majoriti, dan yg pasti bukan hanya Kelantan di tadbir oleh pembangkang selepas ini, negeri mana lagi? tunggu dan lihat
Rjuna
February 13th, 2008
at 3:50pm
Sudah sampai masanya Parti KEADILAN Rakyat merebut peluang kali ini memenangi hati rakyat Malaysia, dengan Isu Harga Minyak yang tak turun2, harga barang yang melonjak naik, dan salahlaku hakim/peguam/menteri, sangat mudah memancing undi golongan profesional, Mahasiswa, dan Wanita.
lakukan kempen secara aman, jangan mencaci-mengutuk, buat banner untuk golongan blogger (kempen besar-besaran di internet), tunaikan janji selepas pilihanraya
ahib0205
February 13th, 2008
at 3:51pm
cumanya… apa?
Aku pun baru tau tghri td dh bubar. So bersiap sedia lah kita untuk pilihan raya kali ini.
Pertanyaan mael: berdasarkan situasi semasa negara kita, siapakah paling layak untuk mentadbir Malaysia untuk penggal seterus’nya?
Pada pendapat saya, salah satu situasi semasa negara kita yang ingin sy fokus ialah MASALAH SOSIAL BERLELUASA! Soal siapa yg layak mentadbir, sy tetap setia kepada pihak yang terus berusaha untuk menangani masalah ini. Huhuhu tak berani nk komen terbuka abis-abis kat cni :P
P/s: Siapa yg dh cukup umor tp tak daftar utk mengundi sy leh kata depa takdak tanggungjawab terhadap cinta negara!
Mohd Ismail
February 13th, 2008
at 4:00pm
uiyoo.. mentaliti rakyat kita masih 3rd class eh? dan dek kerana itu BN boleh menang… huhu..
*aku pun rasa gitu, pembangkang akan menang lebih kerusi kali ni..*
kita tungguu.. yeah!
Mohd Ismail
February 13th, 2008
at 4:02pm
tapi, aku sangsi gak beb kalo pihak yg satu lagi memimpin, betul2 bersih ke nnt? :) itu belum terbukti lagi..mungkin, mungkin kita boleh bagi peluang utk mereka.. ;p
Mohd Ismail
February 13th, 2008
at 4:04pm
itu hari, aku ada terbaca/dengar yang pembangkang boleh bawak turun harga minyak kalo memerintah.. ini point kuat utk aku pangkah diaorg.. ha ha.. aku dah teringin pakai fairlady z ni, minyak murah..
;p
*ayuh2, mari mengundi!*
afham
February 13th, 2008
at 4:07pm
mari2..kit alihat sapa yang kena…
eagle
February 13th, 2008
at 4:55pm
aisey man.. cepatnye pak lah bubar … huhu
bila Parlimen dibubarkan, tak de lagi entiti yg dinamakan kerajaan. umno adalah parti dan Pak Lah atau menteri-menteri lain hanyalah calon yg bertanding. soalnye, kenapa diorang dgn senang lenang menggunakan wang kerajaan utk berkempen… guna jentera kerajaan seperti JKR dan RTM utk berkempen.
cuba bayangkan camne pembangkang nak menang jika pembangkang berkempen menggunakan duit sumbangan dan umno menggunakan duit rakyat. umno juga guna nama kerajaan utk berkempen bagi mengaburi mata rakyat..buat mereka yg tidak tahu
pembangkang dlm keadaan disadvantage sbb media yg berat sebelah. pembangkang hanya ade surat khabar yg diterbitkan 2 minggu sekali. di situ kita nmpk yg umno semacam takut. macam ajak lawan tapi diikat tangan dan tutup mata. senario ini dah lama sejak zaman Tun M lagi dan mungkin lebih lama lagi
Hairie
February 13th, 2008
at 5:11pm
aku x sokong mane2 pihak…
aku mlas mengundi..
bestnye tdo maser hari mgundi nnti hehe…
ok…serius! raseryer stil lg BN menang, mentaliti 3rd class..maybe dgan kemenangan nyawa2 ayg air yg dkat tengkuk kot..
wlau apepon, aku x sokong bebenor kalu Najib jd PM..berlagak! tgk je la cara dier bersalam ngan org, x penah nk pandang muke..
haaihh..masjid kristal kt Terenngganu tu nk bt ape ek? bukak bler ader convensyen aje, kalu xder function x bukak! Bina masjid untuk bermegah, umat akhir zaman….
eagle
February 13th, 2008
at 5:46pm
klu kita tgk realiti semasa, memang pembangkang di malaysia, pas khususnya tak boleh menang dan bentuk kerajaan.. mustahil. sebab kerusi yg diorang bertanding tak cukup utk memerintah.
allahualam.. setahu saya, pas pun target lbh kurang 40 kerusi parlimen je dlm PRU kali ni. pas tak target nak perintah lagi. sekarang pas nak kuatkan kedudukan pembangkang utk pastikan kerajaan yg berkuasa akan lebih profesional, lebih diawasi dan akan tunaikan janji2 serta tidak semudah2nya menaikkan harga barang tak tentu pasal.
next, klu nak menang mmg kena ada majority 2/3. sebab tu dlm islam ada kaedah tahalluf. pasal tahalluf, sudah banyak disyarah (bahas), cuma kita kena rajin sikit browse website cari maklumat.
klu BA hendak menang, possibility yang boleh dijangkakan ialah multi party government atau dual party government seperti di negara-negara maju. bagaimana strategi klu barisan alternatif memerintah, biarlah pendirian itu dicorakkan pemimpin yg lbh arif dan mudah-mudahan tak hampakan rakyat.
bagi saya, saya lebih rela BA memerintah drp menjadi mangsa percaturan akibat mehnah dlm BN
soal mael dan rakan2 lain nak undi umno ke, pas ke, saya berlapang dada dgn pendirian anda. inshaAllah. cuma kebebasan dan penyertaan politik itu perlu diceriakan. ruang keadilan perlu dijadikan tema politik di Malaysia.
kita sukakan kerajaan yang kuat dan mantap, tetapi kerajaan yang kuat hendaklah mempunyai pembangkang yang kuat, agar kekuatan kerajaan itu adalah untuk maslahat (kebaikan) rakyat. klu tak, kerajaan yang kuat hanya akan menjadi kuat menghabiskan duit rakyat sahaja.
spt kata imam as-Syafie rahimahullah : tiada siyasah kecuali yang bertepatan dengan kehendak shariah
mijie
February 13th, 2008
at 6:06pm
wah mael, bukan main.,.lagi nak pakai nissan fairlady z tu, tak pe sbb kalau pembangkang menang, minyak di turunkan sape yg untuk.??? rakyat juga kan..huhuhuh
Pembebel
February 13th, 2008
at 6:25pm
Aku pasti PM akan datang bukan Pak Lah KAKI TIDO itu lagi.. AKU PASTI! YEAH!
syafiq
February 13th, 2008
at 6:32pm
Aku rasa minyak kita masih lagi rendah jika nak dibandingkan dengan negara jiran lain. Pembangkang tak bole sewenang-wenangnya turun kan harga…Takut Malaysia akan jadi papa kedana. Banyak sangat subsidi.
syafiq
February 13th, 2008
at 6:35pm
Jangan la bimbang pasal perjuangan UMNO dan PAS..Cuba kalian fikir dan halang kebangkitan DAP dan KEADILAN…mereka lebih bahaya.Malaysia pasti dijajah semula jika mereka naik.
Fahmishah
February 13th, 2008
at 6:54pm
aku harap pemimpin selepas ini tak akan berlumba2 kejar nama nak harumkan malaysia dan membazir duit itu ini padahal rakyat masih banyak yg miskin.
P/s:aku harap harga minyak tak naik ! aku bakal menjadi pengguna jalanraya yang berhemat
Fahmishah
February 13th, 2008
at 6:56pm
belum cuba belum tahu mail.nak tahu.kena beri peluang..macam mana mereka tak banyak cakap kalau kita x beri peluang..
mrozaidi
February 13th, 2008
at 6:57pm
Aku Nak NgundiCalon Bebas La..Haha.. Tapi Tak Dak calon Bebas Kat Kawasan Aku..Cam Nak Ngundi
mrozaidi
February 13th, 2008
at 7:00pm
Betul Tu..Aku Suka Najib jadi PM..Pak Lah Ni Lembab La..Lambat Wat Tindakkan
mrozaidi
February 13th, 2008
at 7:02pm
Layak Tu Memang La Layak..Semua Orang Layak Kalau Diberi Peluang..Sapa Tak Nak Jadi PM..Tapi Dah Dapat Tanggungjawab Tu..Jadilah PM..PM Akan Silih Berganti..
mrozaidi
February 13th, 2008
at 7:08pm
Betul Tu..Ramai Yang Kata Beri Peluang.. Tapi Saya Tgk Logik Kan..Rasa2 Mereka Akan Buat Yang Lebih Baik Yang Sedia Ada Untuk Memtadbir Untuk Lebih Lama..Mereka Akan Menjalankan segala Aktiviti Yang Akan Dikehendaki Rakyat..
Janji Mereka Akan Buat Lebih Baik Daripada Sedia Ada..Kan Gitu..Sesiapa Pun Sama..Untuk Meyakinkan Rakyat
Dinzz
February 13th, 2008
at 7:08pm
Ko la yg jadi calon rozaidi. Pastu jadikan blog ko markas utama kempen parti ko.. komferm ade yang nak vote ko. hehe
Dinzz
February 13th, 2008
at 7:10pm
rakyat malaysia mentalitinya kelas ke3?? macam mane tu ubuntu? kalau kelas pertama tu macam mana? teruk ke mentaliti kelas ke3? aku tak paham….
mrozaidi
February 13th, 2008
at 7:12pm
Minyak Tak Turun Tak Pa..Keuntungan PETRONAS Pun Dah Banyak 80 Bilion Setahun..Pekerja Bonus 10 Bulan. Kalaula Guna Duit Itu Untuk Menyara Pelajar. Rasa Lebih Lak Duit Tu..Pelajar Banyak Mana Je..Kasi La 2000 Satu Sem Cujuo La.. Itu Kan Bagus..Banyak Lagi Sumber Lain Untuk Jana Pendapatan
Dinzz
February 13th, 2008
at 7:12pm
Alngkah sedap membeli minyak masa anuar memerintah dulu. rm1.10 tu seliter.. murah2
farhan
February 13th, 2008
at 7:16pm
ko bunyi yakin je PM malaysia akn bertukar lps ni..ni PRU Malaysia.bukan presidential election kat US.
Dinzz
February 13th, 2008
at 7:17pm
Dari dulu lagi aku tidak pasti apa sebenarnya pejungan yang nak ditunjukkan oleh parti DAP dan keadilan ni. macam DAP aku tau kehadiran perwakilan mereka di parlimen sngat memberi kan kesan. Tapi bagi keadilan sehingga kini aku masih melihat keadilan sebagai ‘one man party’ kenapa aku rasa macam keadilan ini lebih kepada anwar. mana lagi pemimpin parti yang lain.
farhan
February 13th, 2008
at 7:17pm
aku harap sistem check and balance Malaysia lebih pulih selepas ni
syafiq
February 13th, 2008
at 8:46pm
Boleh..Tak Dak Hal..
WaWa
February 13th, 2008
at 9:04pm
sebenarnya aku malas nak komen. tapi aku setuju dgn eagle ni. kerajaan berjaya mesti mempunyai pembangkang yang berada pada kedudukan selesa di parlimen. check and balance. tanpa ada suara pembangkang di parlimen, setiap proposal yang dikemukakan akan senang lenanglah dipersetujui. kerja pembangkang bukan sebenarnnya nak membangkang aje, tetapi untuk menilai dan melihat dari sudut/perspektif lain kebaikan/keburukan sesuatu proposal tu. ok? :)
Sang Pelangi
February 13th, 2008
at 9:12pm
Nak cuba2 pangkah pembangkang sebab saja nak test / tengok efek??? Kamon lah.. kite pangkah bukan untuk test2..
Kite pangkah gune akal.. bukan dengan “rasa”.. jenguk2lah Al-Maidah ayat 45.
45. Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.
Diulangi.. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.
Jadi, pilihan kita bukan dengan “rasa” lagi. Jadikan Al-Quran sebagai panduan.
Wallahualam.
melayubuntu
February 13th, 2008
at 9:14pm
Nafikan majoriti 2/3 BN dan kita xyah risau pasal kenaikan harga minyak lagi..senang jer…kalo BN menang banyak derang igt kita stuju kalau harga minyak naik..cara mudah ialah nafikan majoriti 2/3 kerana apa2 keputusan besar camtu memerlukan undi 2/3 parlimen..amacam??
ahib0205
February 13th, 2008
at 9:23pm
pergh… kecik ati paklah dgr.. kawan aku ada sorg tu org panggil dia paklah sbb nama dia hasbullah :P
ahib0205
February 13th, 2008
at 9:33pm
aku nampak isu minyak je byk dibincangkan. isu maksiat? apa pndpt ko mael?
Wizurai
February 13th, 2008
at 9:54pm
malas la nak komen politik ni…
aku pun bukan mengundi… takde tanggungjawab? mcm le banyak sgt dah tanggungjawab yg ‘pengundi’ tu dah buat… kalau cakap mengundi - tanggungjawab, baik tak payah… kalo bawak keta lampu merah pun langgar, takde tanggungjawab kat negara jugak ape?
kalo pemimpin ok, ahli dia tak ok… tak jadi jugak… mcm tu kalo ahli ok, pemimpin tak ok, tak jadi jugak… kerajaan ni besar, bukan 1 org je… mcm mana nak BERSIH? sama jugak anggota badan korang, semua bersih ke? tak kan?
V3R1T45ERUM aka sallikin
February 13th, 2008
at 10:31pm
aku rasa…. aku rasa…..
kalo dapat bangunkan negara dengan baik n cemerlang.. sesape pun boleh… tapi jgn sampai tergadai negara sudah…
PEACE.. NO WAR..!!! (^0^)v
Mohd Ismail
February 13th, 2008
at 10:39pm
ramai juga budak usm sini datang ke’sini arini ye.. welcome2!
*V3R1T45ERUM aka sallikin <– ko tulis nama ko gini mcm nama ubat dalam e-mail spam* ha ha
zool
February 13th, 2008
at 11:07pm
Aku tak boleh komen.. Sekadar membaca komen korang semua…
He he he//
titan
February 13th, 2008
at 11:25pm
Pendek citela. Susah nak puaskan hati semua orang. PM yg dulu2 dan pak menterinya pun, susah nak puaskan hati semua orang..
Bagi aku. Janji depa buat keje diorang dengan jalan yg tak elok. Cukupla. Aku tak minta apa-apa. Cukup jangan berperang darah..
Tapi aku still rasa BN still the winner this time. Tekaan aku jer. Jangan marah aa..
farhan
February 14th, 2008
at 12:33am
tekaan anda tepat sekali
mijie
February 14th, 2008
at 12:44am
sudah semestinnya BN akan tetap memerintah malaysia, amik sarawak dgn sabah je dah berapa parlimen dkt sana lebih dr 50 kalau tak silap aku, so total parlimen yg ada dalam 200 lebih kot aku tak igt…
dan yg pasti 2/3 akan tetap dapat kat BN,cuma seperti yg aku ckp sblum ni, hanya majaroti berkurang sahaja…
mijie
February 14th, 2008
at 12:52am
bagi aku, pembangkang hendak turunkan harga minyak mesti dia dah kaji sedalam2 nya dan analisa di buat oleh org2 yg pakar di dalam bidang ekonomi dan sebagainya.
takkan lah pembangkang sewenang2 nya kuarkan manifesto nak turunkan harga minyak kalau menang, dan
pada hemat aku, pembangkang bukannya bodoh untuk kuarkan manifesto begitu, tak gitu????
so jgn hanya fikir kalau harga minyak turun kerajaan akan terus jadi papa kedana????kalau sbb minyak lah kita akan papa kedana maknanya lagi beberapa puluh tahun lagi rizab minyak kita habis then malaysia akan papa kedana??????
“FIKIR DULU SEBELUM UNDI”
jiha
February 14th, 2008
at 1:38am
pas! ^_^
musnaz
February 14th, 2008
at 8:04am
tak pe lah, teruskan je lah BN rules! harap2 diorang (pemerintah yang muslim) lebih tingkat & kuatkan iman serta tawadhuk!
balqis
February 14th, 2008
at 10:27am
no k0men.
kalo orang bagi hadiah kat k0rang, msti korang ingat sampai bila-bila kan? psych0l0gy strategy.
Qaiyum
February 14th, 2008
at 10:43am
Situasi Pilihanraya Bagi Sesi Ini Tidak Seperti PRU Tahun 1990 Dan Tahun 1999. Yang Mana Pada Tahun 1990 Menyaksikan BN Ditentang Parti Serpihan UMNO Iaitu Semangat 46 Yang Bergabung Dengan PAS. Manakala Tahun 1999 Parti Keadilan Pula Ditubuhkan Kesen Pemecatan DSAI. Yang Mana Kedua-dua Situasi Ini Membawa Perpecahan Melayu Kepada 2 Kelompok Yang Besar.
Untuk PRU Sesi Ini Tidak Berlaku Situasi Yang Sedemikian. Namun Kegoyahan Rakyat Terhadap Kepimpinan Pak Lah Dilihat Sebagai Ancaman Utama Kepada BN Dalam Pilihanraya Tahun Ini. Mungkin Ramai Yang Ingin Melihat Pak Lah Tidak Lagi Menjadi PM Pada Penggal Akan Datang. Kebarangkalian Yang Boleh Berlaku Adalah Menggagalkan Kemenangan Pak Lah Pada Kerusi Yang Beliau Bertanding Untuk Mengelakkan Dia Menjadi PM. Kerana Untuk Menggagalkan Kemenangan UMNO & BN Adalah Suatu Perkara Yang Sukar.
Untuk Menjawab Soalan Encik Mael, Aku Tidak Ingin Menyebut Parti. Kerana Umat Islam Dan Orang Melayulah Yang Perlu Memerintah Negara. Kerana Jika Kurang Orang Melayu Di Parlimen, Kita Sudah Tiada Apa-Apa Lagi Di Bumi Tanah Melayu Ini.
xmindfreakx
February 14th, 2008
at 11:25am
Sape yang nak pilih utk memerintah?Siapa sahaja yang boleh menjana ekonomi utk negara..bukan menjaHAnamkan ekonomi negara..SUbsidi kurang,harga minyak naik,Ekonomi negara maintain…subsidi bertambah,minyak kurang…tapi cukai plak melampau2…dunia2.
Muhammad Khairul
February 14th, 2008
at 12:50pm
Saya tidak mahu mengundi.
Kerana belum cukup umur.
Sekian.
azwanhadzree
February 14th, 2008
at 12:58pm
layak? tak ramai yang betul-betul layak, tapi yang pasti … yang menang lah yang akan memimpin. walaupun begitu, yang menang tidak semestinya layak memimpin.
mijie
February 14th, 2008
at 1:41pm
tarikh penamaan calon 24 feb dan tarikh membuang undi 08 mac 2008
mari kita mengundi
angel_baik
February 14th, 2008
at 4:38pm
aku sangat berharap akan ada kepimpinan yang baru. aku tak sabar nak mengundi untuk kali pertama (@ pertama kali?).
angel_baik
February 14th, 2008
at 4:43pm
yup… aku sangat bersetuju dengan kau. terutama di perenggan yang terakhir. di kawasan aku, semua calon orang cina. aku bukan racist. aku rasa tak kureng skit. itu saja…
drizdor
February 14th, 2008
at 6:02pm
Kenapa tidak kita sama-sama realisasikan BN menjadi pembangkang. BN kuat, dan kita memerlukan pembangkang yang kuat! Apapun, jika diikutkan nama Abdullah itu cukup baik, tetapi kenapa kini sinonim benar dengan “kelembapan”, “kesifaran”? Kenapa Pak Lah tak nak berubah, dan tega membasmi gelaran-gelaran seperti: “Kopi O Kosong”, “Roti Canai Ksong”, Kertas Kosong”, dll yang kosong-kosong.
syia
February 14th, 2008
at 7:53pm
tu sudah pasti.. :)
syia rase yang bagus sekali adalah rakyat malaysia anak jati
syia
February 14th, 2008
at 7:55pm
bagi syia kan better la pemimpin sekarang diundi kembali.. sebab mereka dah tunjuk kan portfolio yang bagus
syia
February 14th, 2008
at 7:57pm
kenape bukan hanye kelantan ye? cam sangat confident ni.. adakah party pembangkang dah susun strategy
syia
February 14th, 2008
at 7:59pm
awk.. syia tak setuju la kalau kite nak pangkah just sebab turun harge minyak.. kene jugak pikir kenape harge minyak di naikkan
muhdzahari
February 14th, 2008
at 8:21pm
mael, kau tak takot ke orang2 BN akan bukak isu blogger disebabkan entri kau ni? haha ;p
KNizam
February 14th, 2008
at 10:49pm
tak sabar2 la nak mengundi ni nanti. hehehhehe. yang pastikan pesta wang dan politik akan bermula dalam kempen kali neh. hampeh je kan. hehehhe :)
yiraiya
February 14th, 2008
at 11:58pm
bendera malaysia tuh ko wat sendri pakai paint ke mael? ahahha
Mohd Ismail
February 15th, 2008
at 2:09am
eh tak.. aku tak cukup patriotik utk itu.. ha ha.. aku sebat dr Google ;p
Mohd Ismail
February 15th, 2008
at 2:14am
ngeh3.. entri aku neutral.. komen dlm ni je ade hitam putih.. ha ha ;p *bagus la gitu, cepat sikit aku popular.. ha ha*
Mohd Ismail
February 15th, 2008
at 2:16am
isk Syia.. ini semua sarkastik je.. sarkastik dlm politik itu perlu.. mcm org politik selalu buat.. ha ha
Khai
February 15th, 2008
at 6:46am
ye ke? aku ingin melihat harga minyak turun mendadak macam tahun 1995.. mungkihkah? kalau turun 10sen buang masa je..
Khai
February 15th, 2008
at 6:47am
itu cara dia.. bukan dia berlagak… mudahnya kita menge’cop’ seseorang..
Khai
February 15th, 2008
at 6:49am
ssetuju!!!
Khai
February 15th, 2008
at 6:52am
jom gi tanye bomoh paling terer nak mampus kat malaysia ni, mana satu patut korang pilih.. sekian!
mijie
February 15th, 2008
at 10:32am
khai tak yah ,
confirm Bn akan tetap menang majoriti, cuma kurang jer kawasan wilayah BN yg akan di kuasai.
kecuali sesuatu yang luar biasa terjadi, mungkin malaysia akan berwajah baru selepas ini………
mijie
February 15th, 2008
at 10:32am
khai tak yah ,
confirm Bn akan tetap menang majoriti, cuma kurang jer kawasan wilayah BN yg akan di kuasai.
kecuali sesuatu yang luar biasa terjadi, mungkin malaysia akan berwajah baru selepas ini………
adek manis
February 15th, 2008
at 11:05am
“bukan kewajipan rakyat jelata memahami dan bersimpati dengan kerajaan, tetapi adalah kewajipan kerajaan memahami, bersimpati dan mengatasi masalah rakyat jelata…”
Truckster
February 15th, 2008
at 11:21am
pada pandangan & melalui pembacaan aku….target utama Barisan Alternatif/Pembangkang pada pilihanraya umum 12 adalah bukan untuk memerintah Malaysia, ianya lebih kepada menafikan dominasi 2/3 BN…dengan ini segala bentuk keputusan…..ok kita ambil contoh mudah seperti menaikkan kadar tol,harga minyak petrol & barang2 keperluan…etc adalah bukan mengikut 100% pertimbangan parlimen yg didominasi BN, dan juga isu decision yg lebih besar melibatkan kepentingan ekonomi/maruah negara.
bagi aku Kerajaan Campuran adalah lebih afdal jika dapat ditubuhkan si sebuah Negara berbilang kaum seperti Malaysia…anda perlu ingat orang muda!!!!perjuangan UMNO dalam BN adalah 100% perjuangan BANGSA MELAYU, umno adlah parti bangsa…..sementara pas perjuangan islamik, keadilan/DAP adalah perjuangan sosial/bangsa/kesamarataan,/keadilan untuk semua….aku rasa kalo di combine suma ini dalam satu kerajaan tidak mustahil Negara kita ini lebih maju, mebangun, aman…..dan segalanya yg best!!!!
Truckster
February 15th, 2008
at 11:23am
psst: fakta menarik…Nazi di German juga adalah salah satu contoh parti yg 100% perjuangan bangsa
afham
February 15th, 2008
at 1:15pm
ikut bangsa ke ikut agama nie.. :P
catzer
February 15th, 2008
at 2:09pm
lalalalala,aku tak kisah asalkan aku dpt balik kampung sudah.
Truckster
February 15th, 2008
at 2:57pm
actually apa maksud ko ni?? kenapa nak balik kg plak??
gie
February 15th, 2008
at 3:00pm
aku kene balik rumah la camni nak mengundi…aduhai….malasnyer nak naik bas…..
Truckster
February 15th, 2008
at 3:00pm
yup aku stuju sangat dengan pendapat hang
Truckster
February 15th, 2008
at 3:07pm
Stujuk sanagat dgn ko….apa yg rakyat boleh buat adalah nafikan dominasi 2/3 BN dalam parlimen…..sudah tentu kerajaan tidak akan bertindak melulu lagi ntuk menaikkan apa sahaja….
Soal keselamatan rakyat dlm negara pun dah menjadik isu besar skang ni…..menurut bekas ketua polis negara tun Hanif Omar, Malaysia sudah tidak selamat….semakin bertmbah banyak kes2 rogol, bunuh, jenayh berleluasaa, kes culik budak dan melakukan penderaan seksual<—-kes ini tidak terlintas wujud sebelum Malaysia ini bertukar mode ISLAM HADHARI??? aku kompius???polis buat kerja? kah?
Hairie
February 15th, 2008
at 9:03pm
undi online bole x…
korang raser, kalu dibenarkan online…agak2 sape menang…
rmai pembangkang pakar IT ni muhahah…
baru la rakyat jelata Malaysia ni berlumba2 mnguasai bidang komputer..
Cadangan bernas! bahas di parliment..
syia
February 16th, 2008
at 7:28am
tak silap syia ikut bangsa.. tapi bangsa mereka tu asalnye memang pro agama
afham
February 16th, 2008
at 7:10pm
manyak cantik undi online..mesti malas beratur la nie.. :D
Truckster
February 17th, 2008
at 9:25am
yup nazi adalah parti pro bangsa/nationalist…sila tanya en. google & encik Wiki, untuk maklumat lanjut
thats why askar2 Nazi aka Gengstapo selamber jerr diaorang sembelih bangsa yahudi..seperti digembar-gemburkan dalam kejadian halaucost(jika benar ianya terjadik)
Truckster
February 18th, 2008
at 11:43am
kekek sape2 yg memerintah itu yg penting dah tentu la BN….jom pegi blog aku baca pendapat aku pasal Pilihanraya ni & sandiwara media: http://apa-saje.blogspot.com/2008/02/parlimen-di-bubarkan-sandiwara-media.html
laserb8
February 18th, 2008
at 10:25pm
Sekarang sudah menjadi keperluan untuk kita mempunyai pembangkang yang kuat. dah sampai masanya….pembangkang akan jadi lagi bagus. kerajaan pun akan jadik lagi bagus. err aku rasa BN still akan menang 2/3. cumanya aku harap pembangkang di Parlimen akan menghampiri jumlah kerusi 1/3. Negeri - harap-harap PAS maintain kuasa di Kelantan.
marshallqai
February 19th, 2008
at 12:03pm
bagi aku la.
pemerintah still akan kekal tampuk yang sekarang, cuma aku setuju dengan laserb8, pembangkang akan lebih kuat dan akan bersifat high pressure, so mau tak mau, kerajaan yang sekarang akan kerja lebih kuat n perlu penuhi tuntutan rakyat secara lebih adil dan tersusun.
yang untung kita jugak kan?
cuma kalau pandangan aku, untuk susunan menteri kali ini aku harap biarlah ada yang related dgn kemampuan menteri itu sendiri, contohnye, Zainuddin Maidin dah spoilkan reputasi menteri time kecoh isu BERSIH, elok2 election jadi erection, hehehehehe
bagi aku juga, pembangkang dalam negara kita tak kejam macam negara lain, pembangkang malaysia educated, apa yang diaorang pressure kerajaan akan wat kerajaan lebih sistematik, pengetahuan aku rasanya mungkin ada rombakan peringkat pusat di mana korang akan terkejut bila ada menteri yang macam tak logik akan duduk kat salah satu kementerian.
undilah sebaik mungkin
zuhairy
February 20th, 2008
at 1:19am
Pada aku, jika pilihanraya ini diadakan betul bersih, pembangkang diberi peluang menyatakan hujah dalam TV, BN kemungkinan besar akan jadi pembangkang pula.Kalau anda semua pernah dengar pendapat pemimpin pembangkang, hujah yang diutarakan realistik. Tokoh2 seperti Dr Hasan Ali, Prof Dr Haron Din memang tak boleh disangkal oleh pemimpin BN.
Malangnya….Pilihanraya di Malaysia adalah gelanggang yang berat sebelah dan ditambah pula oleh SPR yang terang2 sokong BN-umno..
ratu
February 20th, 2008
at 10:02am
saya skrg duk merantau.ingat nak balik duk msia dlm sthn 2 ni..(rindunya..ish.ish)tapi,kalau PAS menang x jadi le balik..TAKUTTT!maklumla..saya ni kan org pempuan..hehe.kalau saya org lelaki..hehe..no worries..,sapa2 pun blh memerintah!(my opinion!:)
Truckster
February 20th, 2008
at 1:35pm
kenapa saudari berfikiran seperti ini?? jgn takut la saudari…Pas xkan memerintah punya
apa yg perlu adalah barisan pembangkang di parlimen yg kuat…jgn takut undi pembangkang untuk melayakkan mereka ke parlimen(pembangkang di Malsysia bukanlah seperti pihak extremis di Pakistan/Afghanistan/iraq)..
impaknya kerajaan yg memerintah kelak akan menjadik lebih cergas….dan lebih efision, ingat saudara-saudara semua pembangkang adalah simbol demokrasi sesebuah Negara…cuba kita tgk contoh negara demokrasi tulin seperti USA & United Kingdom Pembangkang dan Pemerintah bersilih ganti membentuk Kerajaan, setiap kali tibanya pilihnaraya…..media mereka juga tidak dikawal hanya untuk kempen kerajaan, di Malaysia pula berbagai sandiwara di TV RTM dan lain2 yg memburukkan pembangkang…apa kes??
inilah salah satu faktor politik yg menjadikan negara mereka lebih terkehadapan dan maju, pengundi mereka bergitu bertangujwab bukan seperti pengundi kita mendapat upah Rm50 + sehelai kain pelikat terus bagi undi tanpa berfikir secara rasional…bergitu dangkal sekali pemikiran orang kita
deennasour
February 20th, 2008
at 5:44pm
Truckster~ wa setuju sama lu~
pembangkang perlu di beri peluang,
tapi setelah diberi peluang di terengganu dan kelantan,
nampaknya pembangkang langsung tidak memberi sumbangan lebih 50% kpd rakyat…itu adalah rumah hijau
kisah pembangkang rumah biru beratap merah dan berdinding putih pula, erm, rasa2 nya macam kuat, aku tak takut kalau kumpulan pembangkang ini memerintah negara….ya ya,,yakin lah jugak
kisah pembangkang yang kira2 lambang nak pg ke bulan,
erm, aku tgk diorang pernah menakhluk bintulu sarawak,
adoi, ketinggalan le jwbnyer bahagian di sarawak itu,
apa le yg dia buat,,
tapi kalau pihak barisan penimbang itu,
terus memerintah negara,
aku juga amat suka,
kerana ingin melihat kejayaan koridor ekonomi yg telah dilancarkan,
wah,,tak sabar tunggu 2020~
tekong
February 23rd, 2008
at 1:08pm
terima kasih sang pelangi atas input yang diberikan atas komentar ini :)
mail.. kena tangkap ko jgn lupa pakai tshirt psp-raise.. eh.. ko takde lagi la tshirt tu hehe