Sila angkat tangan & goyangkan badan

848638_57581289.jpg

Aku sangat sakit hati dengan keadaan internet di’kampus aku yang tersangatlah tenat. Semalaman, aku mencari bahan maklumat untuk laporan aku, setiap kali aku ingin load page baru, aku perlu refresh sekurang-kurangnya 5 ke 6 kali sebelum page itu dapat load dengan sempurna, tetapi tetap lambat. Pedih menjadi warga kampus sebuah universiti milik penuh kerajaan Malaysia. Aku bersyukur dalam banyak perkara, makanan yang tahap dewa murah, bilik yang selesa, kebebasan membawa kenderaan & barisan gadis-gadis penyejuk hati. Tetapi koneksi internet, masih begitu.

Kemaskini Rumpun 2007

Sambutan & pendaftaran dari para blogger sangat menggalakkan, sekarang aku sudah bayangkan akan ada 100 orang sekurang-kurangnya di Pelita Nasi Kandar nanti. Terima kasih kepada yang telah mendaftar & aku berharap untuk kalian datang memeriahkan gathering kita kali ini.

Dan, beberapa hari sebelum berlangsungnya Rumpun 2007 aku ingin nyatakan beberapa perkara penting;Ini adalah gathering, bukan’nya seminar atau majlis penuh acara. Ini bermakna, aturcara dalam gathering ini sangat ringkas. Aku tuliskan secara point apa yang akan berlaku di’sana nanti untuk gambaran kasar kepada yang akan hadir;

1645 - Lapor diri & kehadiran para blogger.

1700 - Acara bermula dengan bacaan doa & ucaptama dari err.. aku & wakil dari penaja, Josh Lim. Terima kasih kepada Advertlets.

1715 - Sessi memperkenalkan diri untuk semua blogger. Untuk sessi ini, sila jangan malu-malu. Semua akan kena & jangan menyamar seperti orang biasa. Ini masanya kita mahu berkenalan.

1745 - Sessi makan dan minum. Terima kasih sekali lagi kepada penaja, Advertlets.Untuk sessi ini, sila baca Bismillah sebelum makan.

1815 - Jika Apple ada Steve Jobs untuk memperkenalkan inovasi terbaru Apple Inc., HappyPeople Media akan ada aku untuk memperkenalkan produk pertama kami, PCMalaya. Semua yang hadir pada hari itu akan menjadi orang pertama menyaksikan PCMalaya beraksi. Ini adalah projek sesama blogger yang mempunyai satu tujuan & matlamat. Bawak laptop/notebook masing-masing pada hari itu. InsyaAllah, kita akan bina rangkaian tanpa wayar kita sendiri. Terima kasih kepada Omar.

1830 - Sessi soal jawab bersama CEO Advertlets, Josh Lim. Untuk sessi soal jawab ini, aku minta semua blogger sediakan soalan yang betul-betul berguna untuk di’jawab secara live oleh orang yang mengasaskan Advertlets. Jika ada apa-apa request untuk Advertlets contohnya, kalian mahu iklan teks, nyatakan juga. Ini satu-satunya peluang yang akan ada.

1845 - Aku budget sessi bersama Advertlets akan berlangsung selama 15 minit, kurang atau lebih, selepas itu kita akan adakan upacara penutup & sessi bergambar beramai-ramai. Beck, pengasas Persetankan.com, mencadangkan semua yang hadir untuk membawa bendera Malaysia bersaiz kecil untuk menunjukkan semangat cintakan negara. Jika ada yang mahu membawa bendera saiz besar, kami alu-alukan.

Sebelum Magrib - majlis gathering akan bersurai sebelum berkumandang azan Maghrib & aku berharap, blogger beragama Islam boleh sama-sama bergerak ke masjid berhampiran untuk solat secara berjemaah.

Sebarang cadangan untuk penambahbaikan aturcara ini sangat di’alu-alukan. Dan, perkara paling penting, jadilah seorang yang menepati masa untuk Rumpun 2007. Jangan datang lewat kecuali boss melemparkan fail kerja di’saat akhir. Kepada yang belum mendaftar, halakan monitor kau ke laman rasmi Rumpun 2007, yang perlu aku update selepas aku tekan butang publish di’bawah. Aku sibuk. Dan, doakan koneksi internet pulih kembali.

71 Comments

Aku hanya mampu membaca dengan air mata berlinangan sebab tak dapat hadir. Huhuhu..

p/s: InsyaAllah nanti aku nak panggil para Bloggers pakat mai Kelantan plak. Haha.

nampaknya aku lihat masa depan blog dan internet di malaysia yg akan maju setapak lagi…huhuhu

p/s: wlaupon aku x dapat hadir disebabkan periksa, tapi diharapkan gathering sebegini akan menjadi acara tahunan happypeople media..:D

mana tahu. Rumpun satu hari nnt akan ada roadshow? ha ha.. sokongan dari ko pun dah cukup bermakna buat kamu.. terima kasih affuan :)

insyaAllah Ramzy.. kau dan semua semua doakanlah yang internet Malaysia lebih positif & berkembang..

:)

*exam apa Ramzy?

bagus aturcara tu, ada pegisian. ilmu, rohani. juga pengeratan silaturrahim. aku doakan semua berjalan lancar. kalau sempat dan tiada halangan aku akan hadirkan diri. insyaAllah…

harap harap ada blogger dari bangsa lain yang turut serta, tak semestinya blogger melayu sahaja.

insyaAllah dan aku harap ko akan ada kat sana Beck.. ko akan ada slot sendiri yang ko mintak itu hari jika kau mahu..

*aku mahu panggil press, nak backup para blogger berdasarkan kenyataan media ‘Penulis Blog Pengecut’ dan mahu media memberi istilah lain buat penulis blog politik.. ha ha ha

uwaaa..best nye! aku nak pg sgt2..tp x dapat..

salam, ok ok..buat masa ini sinar2 utk hadir ke sana masih samar2 la mail, tapi aku nak jgk hadir (akan ku usahakan) kerana aku mau menjadi salah seorang yg terawal melihat hasil kerja pcmalaya :D

aku pun macam affuan sebab aku tak dapat menghadirkan diri. iskh iskh. sedih. apesal la pihak penganjur tak anjurkan gath ni di masa-masa aku mempunyai luangan masa dan jarak tempat yang begitu dekat. iskh iskh. sedih, sedih.

tu betul ke tu nak panggil press? ko jangan mail. haha. kang jadik terlebih fofular baru tahu. tak pasal-pasal, nanti ko kena upgrade bandwidth ko, hahaha..

Mail, kau nak panggil press .. silakan, kita famous bersama :)

btw, cukup ke parking space kat situ? nampak nya kena parking kat bangunan sebelah atau kat KLCC la kan.

harap harap ko present nnt seterer Steve jobs masa demokan IPhone.. hehe. macam bes je PC malaya.

oh berita baik. projek Al-Quran for PlayStation Portable ( The Raise Project ) telah dijemput hadir ke pameran islam singapore.. bila anda mahu beli psp. mentarekkkkkk :P dan kitorang dah releasekan edisi kelima The Raise.

saya masih kurang yakin utk mengangkat tangan.. tapi badan telahpun bergoyang. haha

bila la ambo ado kesempatan nak gi rumpun ni..huhuhu..mata dah bengkak nangis tepi loker…

Jangan Kate Projek Tahunan. Nak Jadikan Projek Dwitahunan Pun Buley Kan Mael? Triple Tahunan Ke..

next year RUMPUN kena buat gak. hoho. okeh?

saya doakan koneksi internet Mael pulih semula dan sihat sentiasa, amin….

Aku cadangkan semua solat Asar dulu kerana kalau tak grenti ramai yang akan terlepas punya kerana acara akan tamat dekat dengan Maghrib tu….

wah..kedengarannya begitu sbest dan seronok amat la…
mael, ramai ke blogger pompuan yang take part??
hati ni terasa best jer…

ops, lupa lak…panggil la press-teringin nak tengok korang semua terpampar di dada akbar….di muka tv

insyaallah… kalau tiada apa halangan…aku akan buat magis… haha..aku kehairanan mengapa tetiba blog baru aku tu ramai org komen…aku lom launch lagi..sbb masih dalam pembikinan.. rupa2nya mail punye keje…huhu…

yeah…kalau bebeck dtg…konfem kita ble vote bebeck sbg presiden blogger malaya…ahahaha

angkat jek maxis broadband ke…celcom broadband…selambe jek mail

layan jer edt83 .. kata nak populerrrr.. hehe

lom selesai ubah suai…bersepah2 lagi..ahaha…tu yg malas mau launch lagik..:P

x pyh. xde presiden lagik bagus. kasik semua jadik presiden. watpe organisasi ni. nanti org ckp jenayah terancang. lebih baik bebas, tiada tuan dan atasan. semua adalah tetuan sendiri.

eceececece… dah ada wordpress… wuhu. masuk ko, dah 6-9 org aku racun suruh pakai wordpress… yg tak tahan, siap pakai theme sama. ahahhaa… jgn la mengidolakan aku, aku geli… kan aku dah ckp, kalau nak mengidolakan aku, make sure korang selawa MAYA KARIN, ATLEAST!!!!

lawak je ni oi.

Beck sangat berhati-hati kini… ha ha.. disetiap akhir lawak beliau perlu di’letakkan disclaimer ‘lawak je ni oi’ supaya tidak di’salah ertikan..

;p

*aku rasa, Omar sayang ko la Beck.. ha ha ha haa

ouuh, periksa trial spm. betol tak fahmishah..huhuhu :D

populariti walau secubit, harus di’kongsi bersama.. makan sorang nnt perut buncit.. ;p

eh biar betul mail??? hang nak p panggil press… huhuhu… aku kena tutup muka dengan helmet fullface mcm nih…

>mail jgn lupa, aku dtg rumpun berdua (dah jumpa awek… ye ye)

heh.. aku gurau je tu.. tapi kalo ada press yang sudi datang, marilah.. ha ha ;p

*silakan bawak gelfren.. nanti kami semua boleh ngorat.. hah, cuak!

kalau aku naka ngkat wireless broadband, kene jalankan derma kilat kat sini… ha ha..

hahah…ko perasan jek beck…siapa ble nafikan yang thema problogger tu mmg lawa da memenuhi citarasa smua org. Aku mahukan sesuatu yang mempunyai 3 kolum.. da problogger menyediakan itu…da lafipon lebih mudah mengubahsuai jika mempunyai membe lain yg pakai theme sama…

p/s - ahaha siapa x sayang membe mail…ko tak sayang aku???:P

hahaha mmg laa mail..tp tggu aa da siap 80% ke…ni tidak..:P

apa korang sembang gei ni… hish, geli…

sekali lagi, pastikan ikatan itu sudah utuh dan anda tidak berasa jealous kalau org lain start sembang ngan awek korang. ahahha… kuatkan iman dan macho.

kalau awek ko secun MAYA KARIN, lebih berhati hati… ahahhaha… ohyeahhhhhhhhhh…

bagus2…ada pengisian…berbaloi kalau pergi..

wei wei. aku nak wat demonstrasi MLM. ahahha. mari mari.

kekeke….aku rasa x ramai awek akan dtg setelah ada ayat mail nih..wakakaka…

mari mengurat maya karin..:P

MLM kejadahnyer?….ko mau dtg kemudian buat demo kt rumpun ‘07 ek..hahaha…

buat demo blog mael ok jugak… eh??

sila dtg chot…ahah aku mau berHDR bersama ko…

Beck nak amik kesempatan. Haha.

p/s: Kalo aku gi, aku nak buat demo sabun Revell. Ops!

hahah..demo plugins????demo theme?demo pe ?

harap berjalan dgn jayanya.. bendera xde la.. aku da gantung kat umah aku.. 2jam cukup ke acara mcmtu.. mcm tak cukupje.. hahaha

aku takut mail je buat demo MLM… ahahhaa

minggu lepas baru jer ader sesi membelasah (soal jawab) pasal internet dgn pihak PPKT… kebanyakkan jawapan diorang.. (kami akan maklumkan pada pihak pengurusan.. bodoh tul!!.. langsung tak der penyelesaian.. makin teruk ader ler tenet nie..

amboi takutnya aku bila omar berkata2 sebegitu…sebab aku xbole dengar perkataan ‘bersama’ lebih2 lg dtgnya dr seorg lelaki..aw!

erm..sabtu ni,mungkin merempit seorang diri..oit mael tumpang kau bleh tak? erm, list utk ke rumpun:

1. laptop
2. Camera

2 perkara yg aku wajib lakukan nak tangkap pic ngan mael.tp aku rasa kalau dpt say ‘hi’ pun dah cukup baik. Maklumlah, kawan aku ini punyer populariti yg tinggi utk aku gapai.

hahah..so xpyh bersama aa…berHDR :))

gaggaga….bergamba bersama mail…kena baya x nih mail?kalo kena aku kandid jarak jauh aa…batalion aku susah siap sedia ngn senjata nih..:P:P

ehh…jap kumpul ramai2 mcm ni..korg x rasa ade polis akan usha gak ke… lagipon para polis tgh alert ngn blogger nih:P:P

hai edt83. kat sini u yer. i carik u kat web baru u. kenapa tak reply i.

la.la..la..kita berkumpul di kedai mamak saja bukan..lagipun dr segi pengisian aku rasa byk pengisian ke perut mael nanti..

kalau maya karin datang sebagai blogger jemputan

kemungkinan besar aku akan memunculkan diri dalam Rumpun 07

wahai Maya Karin….daftarkan diri anda

u cari i ade ape balioooomegatron?huhu..

hmmm kenapa la clash dengan kenduri member aku….tu yang payah nak datang tu….isk….

Ishkk….blogger JB pun kena start buat RUMPUN Versi Wilayah Pembangunan Iskandar….Versi Selatan….

Ishkk….blogger JB pun kena start buat RUMPUN Versi Wilayah Pembangunan Iskandar….Versi Selatan….

Ataupun, Rumpun buat lokasi lain2….JB pulak ke next punya….

Tidak…..aku dah daftar….tp nampak gaya mcm x dpt dtg coz xde duit…”Apa kan daya…..duit aku xde…..Hancur musnah la..semuanya…..”Aduhai…xpe la…kirim salam je la pada yg dpt hadir tuh….Huhuhuhu….

p/s::::Walaubagaimanapun….aku akan cube gak utk mengorek tabung aku utk mengumpul dana bg membolehkan aku ke RUmpun 07 ni….Yossha…Erk….aku under scukz.com ek??Huhuhuhuhu…

selemabap2 internet ko mael, ianya masih FREE.. dari aku sebulan RM50 - 384kbps, tapi bila surf dah macam pakai dial up!! sapa nak jawab….. user dah ramai, tapi serice still sama cam dulu… sabo je la..

neway, kalau aku betul2 dapat gi nanti, time perkenal diri, aku nak cakap yang aku just ada blog kat myspace je.. kwang3…

entah bawak la maya karin…
fasha sandha ke?? atau yg cun cun n hot hot ke??

ada hutang komen yang perlu kena bayar agaknya…? ngeh4… gurau aje daaa…

nak pi kenduri ke atau nak ke rumpun? kenduri atau rumpun…? pergi kenduri di rumpun aje laaa… adesh.

nampaknya pertembungan dengan majlis kenduri kahwen daaa…

olla olla, mana semua org? senyap je? erk dah pagi, so nanti masa dtg sana ada pakai name tag? :p

mm…rumpun pkol 5 ptg…jauh ke kenduri membe ko tuh???kalo best fren ko kawen ko gi jek aa…rumpun nnti ble wat lagi…kawan ko tu kawen mgkin skali jek..:P

ohh…. maafkan aku mail…wireless tu.. bukan wireless router.. so kena bawa hub… tu yg leceh tuh.. aku igtkan router wireless…antenna tu sebenarnya utk broadband tu saja…Demm!!!

oit2x wah2x suma pakat nak kaco awek aku eh???

mail, aku rasa mcm forum plak blog hang ni… hehehe

mael seibuk ek…
dok prepare nak gi rumpun….

jom tengok sesuatu yang indah dan pelik paasl persona di blog den…sure ternganga…

Wahai semua! Josh Lim sini dari Advertlets, terima kasih kerana sudi datang!

Saya sudah buat post, tengok ni:

Terima kasih kerana menjayakan Rumpun 2007

untuk mereka yang mahu report ringkas, padat & pantas, Josh Lim ada buat entri meng’compile’kan semua entri yang membuat liputan berkaitan Rumpun 2007.Liputan dari aku hanya akan muncul esok… mungkin… ;p

terima kasih Josh Lim!