Sila hubungi pihak pengurusan dan rayu

284212_5103.jpg

“This feature has been disabled due to security reasons, please contact the administrator if you want a backup your blog”

Ini sangat menyusahkan aku. Aku cuba tiga (3) kali untuk membuat backup sebagai persediaan untuk upgrade Wordpress aku dari versi 2.1.3 ke versi 2.3. Jika benar fungsi membuat backup telah di’tidak aktifkan oleh pihak pengurusan server, apa sebabnya? Ini namanya membunuh pelanggan. Mohd Ismail dot Com tidak boleh ketinggalan ketika (hampir) semua orang sudah menggunakan Wordpress versi 2.3.

Aku sudah hantarkan tiket mengenai masalah aku ini & aku harap ada jawapan yang pasti dari mereka dan yang paling penting, weblog ini boleh berjalan seperti biasa. Tanda-tanda kehancuran sudah menjengah bermula dengan SpamKarma 2 yang tiba-tiba tidak berfungsi dengan baik. Di’ikuti oleh masa loading weblog ini yang semakin hari semakin lambat. Di’tambah pula dengan masa aku yang tidak pernah cukup, weblog ini sudah kekurangan kasih sayang. Wahai pihak pengurusan, sila buat sesuatu untuk selamatkan weblog aku, boleh?

Kasyah hari ini menulis tentang pemerhatian beliau terhadap blog-blog yang muncul sebagai klon Mohd Ismail dot Com. Kasyah membuat penaakulan begini atas dasar gaya bahasa yang mereka gunakan mirip dengan apa yang aku tuliskan di’sini. Sebenarnya, aku tidak kisah siapa pun mahu meniru apa yang aku buat di’sini. Kerana aku tahu, takkan ada satu pun mereka yang ada di’luar sana tergamak untuk tukar theme dengan kerap semata-mata untuk memuaskan nafsu gila manusia yang masih menggunakan Internet Explorer 6 dan ke’bawah. Mereka mengakses internet dari gua batu mungkin.

Tema yang ini aku modifikasi dengan satu tahap ketakutan terhadap IE yang tinggi. Aku tweak satu parameter, aku akan refresh dengan IE yang aku ada. Jika sudah molek, aku akan teruskan. Jika tidak, aku akan karate meja seraya menyumpah kebobrokan IE. Teman sebilik aku malam tadi kerap menegur tentang perlakuan aneh yang aku tunjukkan malam tadi. Sehingga pagi ini, dia bercerita, aku mengigau tanpa sedar sambil memaki hamun dengan ayat “Fuck IE!” berulang-ulang kali. Dasyat bukan?

Beberapa feature untuk Mohd Ismail dot Com terpaksa di’buang atau di’lumpuhkan buat sementara waktu. Tetapi aku tahu, itu tidak akan mengganggu pembacaan kalian di’sini. Yang penting, isi kandungan masih seperti dulu. Penuh dengan ayat yang berputar belit & pasti akan di hukum bunuh oleh Dewan Bahasa & Pustaka jika sabit kesalahan. Aku cintakan Bahasa Melayu. Betul.

Hari ini hari berpuasa yang keberapa pun sudah aku lupa. Yang aku tahu, kita semua akan beraya 13 Oktober ini. Tidak kurang tidak lebih. Dan, insyaAllah, puasa aku juga akan penuh supaya aku boleh berhari raya dengan rendang ayam & ketupat palas dengan penuh nikmat.

Tahun ini tiada baju raya. Tiada apa yang baru untuk aku di’hari raya. Hari-hari menjelang Aidilfitri penuh dengan helaian kertas & dokumentasi yang perlu di’selesaikan sebelum pulang ke kampung.

Seorang kawan melepaskan lelah terhadap kesibukan yang kami lalui,”Kalau aku tahu’lah akan sibuk camni, baik aku fail SPM je dulu, boleh kahwen!”. Orang di’bawah paras sedar boleh meluahkan apa sahaja. Mujur tidak aku tanyakan nombor 4 angka.

45 Comments

hahaha aku sudah banyak kali tempuh masalah nak ke 2.3 mujurlah XEROXAVEN tolong aku

sabar mael,memang IE yg lama slalu buat hal nyer….
sbb tu aku dah lama tak gunakan IE, lebih suka guna firefox

xeroxaven eh? he he he… kena pinjam sat khidmat dia ni… abg xero.. oo abg xero..

jika ada 3 gazillion org mcm ko kat atas muka bumi ni.. kan ke senang kerja aku… ha ha ha dan kerja2 designer web…

huhu..tukar theme lagi ke? aku pun dalam proses nie :p tapi memikirkan esok ada presentation..hold dulu la :p

“tukar theme lagi ke?” ha ha.. salahkan team Microsoft yang mencipta IE.. ha ha

ye abe mael..hahaha..

walaupun function backup disable kat cpanel..ko leh backup database ko di phpmyadmin. di menu export. :D manakala file..nih perit sket la..muehehe..
manual download dari http://ftp..hoho..

bkn spamkarma ni memang bermasalah?
theme ni aku tgk kaler link hampir sama dgn kaler tulisan biasa…

aku tgu apa kata tuan server.. kalo dia disable gak tanpa belas kasihan… aku mmg perlukan bantuan ko.. :)

*kalo tak backup pun xpe kan? tapi keyakinan & keazaman kene tgi.. ha h a

itu la yg aku risaukan… SK2 da masalah.. 2,3 hari beratur la spam kat sni… huhuhu

aik..mael tukar lagi theme..ingatkan msuk website org len..seb baek muke hang ade kat tepi tue..ekeke..by the way, blh email jer support utk backup..tp pelik gak dieorg disable feature tue..

sebab itu aku katakan mereka membunuh pelanggan… nanti bila aku sudah habis kontrak.. aku akan bambu mereka cukup2… ha ha haha

haku tak penah amik pusing dgn IE.. tiap kali aku edit theme wp, mesti IE akan carik pasal dgn aku.. lantaran IE pernah kong dkt laptop aku utk jangka masa yg lama satu ketika dulu, sampai skang aku dah kurang guna IE.. bile aku edit theme wp, aku hanya test kat firefox.. dan bile ade user masuk blog aku kata “blog ko nampak buruks bile view dgn IE”, dgn pantas aku mengeluarkan icon IE yg berpalang ‘X’. AKU BENCI IE!

* ko pakai hosting mana ni? apsal makin byk company hosting malaysia yg sucks?

spam karma 2 itu memang tak betul..komen yang tak spam pun dia block..akhirnya terpaksalah disable guna sahaja akismet..setiap hari ada dalam 10spam bertandang..isk2..

aku harap SK2 akan compatible balik dgn Wordpress mcm dulu2… sebab khidmat dia sgt cemerlang kalo betul2 berfungsi.. akismet selalu ‘jaring bocor’…

Mael..ape itu kebobrokan???

- apo bondo upgrade2 blog ni? tak paham pulak, adeh… errr, kalau blog saya (scukz) tu…. tu versi baper ek? hmmm…
- smart tul wajah baru (lagi) blog nih, redup mata memandang, yosh!
- btw, sekarang (3/10) adalah hari ke-21 kita berpuasa, yeah!

ko pon ader klon ker mael–sapa Dr.Klon tuh….wah famous sgt ker ko nih.

“Firefox…. eh apa tu ?” tanya Cik Kiah pada aku. “Sejenis juadah untuk berbuka…cari lah dekat pasar ramadhan tu kalau jumpa, lebih kurang macam Cucur Udang la ” balas aku. …… Kau jangan terkezut kalau ramai insan di dunia ini tak tahu apakejadahnya Firefox tu wahai Encik Ismail.

aku tak backup pun…just replace semua folder kecuali folder wp-content, pastu login ke wp admin ngko..pastu upgrade database dan semuja setel…

spam karma memang bagus..aku suka..hehehhehhe..

neway…jgn salahkan IE semata2..designer yang baik bukan terletak pada browser apa yang dia pakai…tapi pada code yang diciptakan nya…walaupun bukan pada semua aspek, sekurang2 nya masih indah pada kedua2 browser…

aku seorang pengguna IE dan aku suka IE…microsoft tidak la sejahat yang kita pikirkan sebenarnya….

p/s : komen ni bukan di taja oleh en bill gates yek…

kadang-kadang aku terfikir, kenapa ya masih wujud orang pakai IE6 sedangkan windows XP ade update notification patch baru? jawapannya, mereka pakai windows pirate.. lol.. (kecuali mereka yang tau nak bypass).. atau mungkin mereka adalah para web designer or developer seperti aku yang sangat memerlukan IE6 untuk membolehkan aku design ikut selera mereka yang memakai IE6 yg kuno..

adalah sangat mencabar bagi web designer utk jadikan design mereka compatible with all browser ESPECIALLY IE 6 and below.. keh keh keh…

aku upgrade wordpress aku selame ni tak pernah buat backup, sebab macam leceh je wat backup lagi-lagi server aku jauh nun di Arizona, lagipun upgrade wordpress just replace old version files, tiada kena mengena ngan database kecuali kau ada ubah core file mereka. dan most plugin yang tak berfungsi terpaksa disable wat sementara waktu

opss panjangnye komen aku kali ni

okeh.. nampak’nya 2 org dah kata upgrade wordpress tanpa backup adalah ok.. :) aku perlukan lebih keyakinan… mari2… :)

*aku ada file backup sehingga Jun 2007…. jika jd apa2 nnt, kita akan terkebelakang 4 bulan lebih… ha haha

Perluke Upgrade? McmMalas Nak Upgrade J. Klasik Itu Indah.

Perluke Upgrade? Mcm Malas Nak Upgrade Je. Klasik Itu Indah.

upgrade la wei. senang sikit. dan apsal ko tukar lagi tempate ni?

kerana IE beb… kerana IE sahaja… 60+% visitor aku yang datang dgn keyword2 aneh masih menggunakan IE… :) he he.. aku rasa aku akan upgrade tanpa backup… gambel lo!

mail, ko tiru cara aku menulis kan mail?

aku pon x beli baju raya lagi.. cam x de baju la nampaknye tahun ni.. same seperti kau mael, busy dengan assignment.. isk isk!! raya penuh penyeksaan mungkin tahun ini… tahniah untuk kita ==.==

sblm ko upgrade tanpa backup, aku rase ko bakal perlukan maintenance mode

baru2 ni aku pon upgrade tanpa backup.. cuma replace file2 tertentu je.. ok je menjadi hah.. huhuhu.. come on mail! go! go! upgrade tanpa backup! haha

ko provokasi aku ni Beck…. ha ha ha ha.. tiru takde… influansi tu ada.. :)

esok saja….

aku malas jugak buat cakup ni… tapi harap² takde la masalah masa nak upgrade… atau mungkin aku test dulu kat localhost sebelum upgrade blog aku…

wordpress 2.3 table database ade yang dituka.. incase papehal leh backup.. tp aku rase takde masalah.. upgrade saja.. :D

leh aku tahu ko pakai hosting mana yang patut dibambu tu?

tema hg kali ni perlu extra klik untuk membaca isi lanjut. macam kebiasaan aku pengunjung tetap sini acapkali membaca posting terbaru dan undur diri. aku dapat info sini dengan kadar segera. mudah. tapi sekarang perlu extra klik pula. jadinya lambat sedikit. leceh. apapun jangan salah paham ya, aku cuma memberi pandangan..

heh.. xpe Khai… nnt aku bagitau.. ini hosting mmg ta’pernah org dgr.. di’akui oleh Dr.Xero… ha ha

ya.. tumpanglalu, aku tahu ko antara jutaan (?) silent reader di’sini… tidak mengapa.. kalau excerpt kat frontpage terlalu annoy.. aku akan tuka balik jd full text… :)

for now, kita main klik2 dlu…

ye. aku pun lebih prefer macam dlu. :) pelik dah ari tu tgk MohdIsmail x letak image dlm blog post. Excerpt rupanya. :)

aisyeh men, dah tiap hari masuk, tp hari ni blum ada updated lagi, mael kemana ko menghilang, aku ni pembaca tegar blog ko..tiap2 hari 3,4 kali masuk blog ko…cepat lah updated

xdehal….yg penting rss….ahahah klik2 tu perkara biasa dalam web ni…ahahah

masuk ke blog aku mael.. ade sedikit tips ntuk ko .. hehehe

sabar je la encek mail. hoho.

sepatutnya memang takda masalah untuk upgrade ke wordpress 2.3

apa yang perlu buat sebelum upgrade adalah backup semua database

lepas tu deactivate semua plugin. kerana wordpress 2.3 banyak tak support untuk plugin yang lama.

sy dengan ini mengumumkan bahawasanya Mohd Ismail dot Com sedang berjalan di’atas platform Wordpress 2.3 :)

terima kasih kepada semua yang mmbantu… yay!