Sistem Pesanan Suara Ringkas
- 10
- Add a Comment
Pengguna Maxis,ambil telefon bimbit anda,unlock keypad,hit *100# kemudian CALL. Akan keluar satu menu interaktif bukan?He he.
Bukan menu interaktif itu yang mahu aku ceritakan,tapi tentang satu perkhidmatan Maxis yang menimbulkan bibit-bibit idea dalam kepala aku,Voice SMS.Kool bukan bunyinya.Kau tak perlu bersusah payah menekan keypad yang keras & kadangkala berbunyi aneh itu untuk menyampaikan pesanan ringkas,cuma hit **no.orang sana dan ikut arahan.Suara kau akan dirakamkan selama beberapa saat,cukuplah kan untuk sebaris ayat,”hoi,esok kelas cancel!“,& mesej kau akan dihantar kepada penerima.Mudah bukan?
Apa yang bermain dalam kepala aku jam 2.20 pagi ni adalah..ermm..katakanlah kau jatuh cinta pada seseorang,dan kau mula melakukan apa sahaja demi menambat hati si dia,sampai suatu masa,jika kau berjaya,kau akan meluahkan rasa cinta kau kepada dia bukan?Apa kata,kau lakukan sedikit usaha untuk menunjukkan kesungguhan yang kau benar-benar cintakan dia.
Begini…
Hari pertama kau jatuh cinta,atau beberapa hari selepas kau sedar kau t’lah jatuh cinta,beli (se..ape ye?sepeket simpack?atau sekeping simpack?) satu simpack Maxis yang berharga tidak sampai RM10 sekarang ini.Buka simkadnya,dan aktifkan.Mulai hari itu,setiap hari,ambil masa beberapa saat untuk menyatakan apa perasaan kau pada dia pada hari berkenaan.Caranya?Gunakan Voice SMS,hantarkan pesanan suara beberapa saat kau itu ke no simkad yang baru kau beli.Biar ia tersimpan di situ.Laburkan RM5 seminggu untuk simkad itu terus aktif.Apalah sangat RM5 seminggu kan?.Hari ini,esok,lusa,tulat,julat,mulat,ulat sehinggalah ke hari bersejarah itu.Nyatakan apa yang kau lihat pada dia hari ini,cara dia berjalan,cara dia makan,cara dia tersenyum ataupun cara dia terjatuh tangga jika itu terjadi.
Sampai hari itu,ya,hari bersejarah itu,sebelum kau tersipu-sipu malu menyatakan apa yang sepatutnya,berikan dia telefon bimbit kau yang berisi simkad yang berisi pesanan-pesanan suara kau.Jika kau terpaksa tunggu setahun untuk saat itu,maka akan ada 365 pesanan dalam simkad itu.Jika sebulan.Jika seminggu.Kirakan sendiri.Beri dia masa untuk mendengar ,jika boleh,semua pesanan-pesanan suara itu.Lihat reaksi mukanya.Dia akan tahu,yang kau memerhatikannya setiap hari,setiap tingkah lakunya,setiap gerak gerinya.Satu tanda buat dia yang kau memang bersungguh-sungguh.
Lebih cantik jika pesanan suara yang terakhir dirakamkan beberapa minit sebelum kau & dia bertemu ataupun pesanan suara yang terakhir itu adalah ungkapan keramat tulus dari hati kau.
Cubalah.Aku tak tahu apa outcome sebenarnya sebab aku baru je jumpa servis ni beberapa minit yang lepas.Ha ha.

10 Comments
anasxz
February 7th, 2007
at 6:01am
aduh..letih la mail.. larat aku nak menunggu sim kad tu saja.. takkat hari2 nak kena voice sms.. aduh.. letey222..
tepon arr mudah.. kalau nak terima.. taknak sudah.. cari orang lain..
rugi simpan lama2.. entah2 silap2 simkad tu hilang.. putih bijik mata la..
angel_baik
February 7th, 2007
at 11:13am
lambatnya…….. ko baru tau?… huhuhu……
chot
February 7th, 2007
at 12:04pm
dimanakah foto2 pada setiap entry ko? nampak xbermaya tanpa gambar2 mail..
mael
February 7th, 2007
at 12:20pm
chot ~ o ye?he he..aku pun rsa begitu…jap2 lagi aku post gambar ye?
angel_baik ~ aku mmg camni…lampi sikit..ha ha
anas ~ he he..kalo kita nak,mesti ada cara kan?kan anas kan?:)
Bat
February 7th, 2007
at 1:48pm
wah2..taktik baik nih..tambah2 sekarang aku ngah mengayat sorang awek.. :) romantik sungguh cara hang ni mael..hihihihi..
mael
February 7th, 2007
at 3:10pm
aku mahukan perempuan komen atas taktik ini..
he he..
testimonial awal diperlukan..
ha haa…
akirasuri
February 8th, 2007
at 3:45pm
ha ha ha.
wei. voice sms tu ada xpired date le.
kalau tak silap seminggu tak dengar dah kena delete.
ha ha ha.
anasxz
February 9th, 2007
at 1:14pm
betul mel.. macam2 cara ada.. sim kad tu sekadar faktor pembantu.. boleh juga digunakan…
Purchase meridia.
May 19th, 2008
at 4:18pm
Meridia no persciption….
Meridia meridia. Meridia….
Low cost phentermine.
June 13th, 2008
at 2:31pm
Phentermine prescription….
Phentermine info. Discount phentermine. Phentermine capsule. Abuse phentermine. Phentermine weight loss. Phentermine forum….