Skribit - Apa yang kau mahu aku tulis?

Seringkali, penulis blog akan mengalami satu fenomena mati kutu atau Mat Saleh panggil, mental block apabila tiba masa untuk menulis entri. Kadang-kadang, idea yang ada menjadi sesuatu yang meragukan untuk di’tulis, adakah pembaca akan terima, adakah pembaca akan suka dengan entri tersebut. Lebih parah lagi, setelah kau menulis entri yang panjang, kau tidak publishkan kerana rasa takut akan penerimaan pembaca.

Skribit, satu aplikasi terbaru untuk dunia blog sedunia. Secara ringkas, Skribit adalah satu medium pengantara penulis blog & pembaca. Pembaca akan memberitahu apa yang mereka ingin tahu melalui blog kau dengan menulis di’Skribit. Apa yang penulis blog perlu lakukan hanyalah letak’kan satu widget ringkas di’mana-mana bahagian blog, dan pembaca boleh mencadangkan topik untuk di’tulis serta merta. Senang bukan?

Kau boleh cuba tulis topik yang kau ingin aku tulis di’kotak comel sebelah kanan. Dan, jika kau berminat dengan mana-mana topik, kau boleh vote menyokong cadangan berkenaan. Undian yang tertinggi, insyaAllah akan aku pilih sebagai topik entri seterusnya. Lebih kurang Pilihan’Mu di’Era lah. Ye tak?

Selepas ini, di’harap tiada lagi penulis blog yang menulis entri kerana terpaksa ataupun berdiam diri untuk jangkamasa yang lama semata-mata kerana tiada idea. Skribit masih dalam peringkat beta, daftarkan diri kau dan tunggu’lah e-mail jemputan dari Paul Stamatiou, salah seorang pencetus idea untuk aplikasi ini. Skribit adalah kool!

41 Comments

xsangka diorg bole ada idea buat mcm tu..

Aku heran lantas naik bingung??…apa kena mengena apple nipis tu dgn skribit..BTW skribit memang kool, sekool katak hijau yg menjadik trademark logonya.katak tersebut jugak kool kerna inaya berdarah sejuk!!

Jangan ada yg mintak mengarut2 sudah..haha

sejak bile chot jadi adek manis ni?hehehe..oh, apa yg ingin aku minta ya? fahmi, kau wish dulu, aku follow. :p

Laa aku ingat Skribit yang cadangkan topik, kool la untuk blog ko yang banyak trafik, kalau letak kat blog aku sure zero je hehe (negative think)

ramalan=pasti ramai vote Foto Zarina An-Julie hahaha

ha ha.. saje je Chot ni pakai id adek_manis..

*diaorg ade idea & fund, mesti jalan punya..*

itu screenshot je tuk tunjuk kedudukan skribit aku.. ;p hehe

he he.. ia satu tool utk dekatkan pembaca dengan penulis blog.. ko letak la Rjuna, aku ade mende nak request kat blog ko.. ha ha

Hm, aku tak perlu kot sebab idea niche aku memang banyak. Muahaha.

lagi satu idea keluaran Startup Weekend. Kuala Lumpur tak lama lagi dia orang sampai ni.

Skribit, Inc. ni ada 60 orang share holder.

Menarik! Antara jalan mudah untuk mendapatkan topik. Pasni kurang la mental block!

waaa, aku suka la menda ni.. macam sangat berguna~
tapi utk blog bosan aku tu, mcm takdak effect je. haha
tak kisah la, aku nak signup jugak!

terima kasih kerna berkongsi tentang Skribit yang kewl~

ade je benda baru dlm dunia blog ni ye..itu yg seronok..hehe

idea ni best tapi kadang2 syia rase macam agak x relevent kalau nak pkai untuk blog post hari2.. maybe kalau nak gunekan untuk undi untuk posts special weekend ke ok kut ;)

Skribit Tidak Kool. Tapi Kool Itu Adalah Skribit. Huhuhu.. Cambest Jek. Tapi Size Layout Dier Memang Bezar Tu Ke Mael? Ke Leh Adjust?

ye sama2 Shambie.. itulah gunanya blog, utk berkongsi2an ;p he he

*apa plak xde efek, manalah tahu, ada org yg nk ko tulis sumthing pasal art ke..siapa tahu..kan?*

yeah.. 2008 akan menjanjikan dunia blog yg lebih meriah! kita tunggu dan lihat…

he he.. seperti diaorg kata, fungsi Skribit ni lebih utk keadaan terdesak.. selagi ade idea, idea dr skribit, boleh simpan dulu ye x? :)

boleh adjust dalam code yg dia bagi tu.. :) tp height, kalo adjust jadi x lawa.. he he

Hoho..macam apa ek. Aku penah nengok site ni..lebih kurang je. twitter pun camni gak kan? Digg, stumbleupon pun lebih kurang gini gak kan?

err.. tak.. ini idea fresh aku rasa.. lain sgt dari Twitter mahupun Digg.. ini bukan utk generate trafik lebih kepada idea dan cadangan pembaca kepada penulis blog..:)

menarik, ahaks akan ku cuba wiget ni nanti.. ko guna dlu , nnti kalau takde masalah aku guna..

Wah…Best La Jugak..Tapi Macam Terikat Plak..Tapi Ok Saja Untuk Melaksanakannya..Bagus²

Susah Nak Mengarut Lah..Sebab Tajuk Telah Ditentukan..Cuma Hanya Nak Keluarkan Saja..

nanti aku try. tapi kan, kalo idea banyak dari skribit, tapi penulis blog tersebut malas menulis macam aku yang terkena sindrom malas, tak guna juga kan? haha.

pokonya, guna la idea sendiri.. :D

Eh. Mael. Nampak Ko Punyer Link Kat Atas Dari HappyPeople Media Network Tu Baru Aku Ingat Ko Ader Mintak Aku Buat Script Dulu. Ahaks.. Terlupe Plak.. Ko Still Nak Bende Tu?

Ye la…cam na boleh terpikir benda cam nie…memang bagus utk byk blogger….
Aku pulak sentiasa ada je idea nak tulis…tapi masalah nya aku tak cukup masa…so, kekadang tak sempat update.

Macam mana kalau ada topik yang kita tak suka, atau tak sesuai untuk tatapan umum. adakah ia akan berada kat dlm kotak tu? Boleh ke kita delete je certain2 topic cadangan?

ko kata ‘2008 akan menjanjikan dunia blog yg lebih meriah!’… yeah, aku tunggu lebih banyak hasil anak tempatan…

wah semakin banyak widgets + plugins2…apa kata kalo kita wat bulan tanpa plugins…ahahah tgk apa jadi..wakakak

ko suke buat mende lain dari yang lain. orang lain sebok taruk chat panel. ko gak kool! cayalah mael. Go Zarina An Julie

mael ko memang kool,ader jer benda2 baru yg cepat ko explore,ko memang best, membuat aku terfikir, mcm mana cepat sgt informasi ko dpt dan macam mana ko mencari idea untuk menulis

aku tak pernah tertinggal untuk mengikuti blog ko, bru je sampai dari dubai terus bukak blog ko, dkt dubai pun aku masih akses blog ko…

5 star untuk ko

Mael, hang ni memang cool la. Aku asyik terpikir mende ni dari dulu, skali nampak lak solution die… Thanks bro. gua try nanti

pendapat aku, blog aku sukati aku nak tulis.. boleh? hehehe…

dan jika ramai orang buat undian pun, belom tentu artikel kita tulis tu menarik minat untuk orang baca… lainlah kalau si ismael ni yang menulis..

so kesimpulannya, tulis mengikut kata hati.. bukan menurut undian.. jika undian ade 5 topik, 20 vote topik 1, 30 vote topik 2 dan 10 vote topik 3. Jika topik 2 yang dipilih, si pengundi vote 1 dan 3 tak puas hati… so lebih baik biar orang masuk untuk baca dengan sukarelanya..

pendapat aku je…ape pon idea skribit ni mmg cool…

yeee… sokong khai… ikot suka hati… yang penting ikhlas gitu… :-P

Jumaat depan mail nak pegi langkawi…

jom kita order coklat sama mail…dia dapat duit JPA RM5300 minggu depan..

adik manis? hehehe comell

Thanks For Sharing.

Buat je sume post yang orang nak tu.. macam pembaca bagi idea kat kita ape nak tulis.. macam tu takdelah yang tak berpuas hati..

ok aku dah vote photo xxx zue ann julie hehe