Spam, aku menang!
- 12
- Add a Comment
Ha ha. Aku menang! Padan dengan muka spammer yang sangat kurang ajar & aku rasa tak pernah pergi sekolah.
Spam cenderung untuk datang ke entri yang sudah terindeks di enjin carian. Maka dengan itu, 99% spam yang hadir di Mohd Ismail dot Com menyerang entri-entri popular dahulu kala.
Hari ini aku pasang satu plugin yang bernama Auto Shut Off yang mana beliau akan bertindak menutup ruangan komen selepas sesebuah entri itu ke’udara selama 21 hari. Aku pun tak mengerti mengapa default setting meletak’kan 21 hari, mungkin itu angka keramat bagi pencipta’nya atau ada rahsia SEO di’sebaliknya. Ah. Lantak, sekarang spam sudah boleh main jauh-jauh.
Kalau kalian mahu pasang plugin ni, pergi ke Auto Shut Off, copy & paste code yang di’beri pada Notepad & save sebagaimana yang di’beritahu. Upload ke directory /plugins dan activate di Dashboard. Bam! Entri-entri berusia lebih 21 hari akan kebal spam.
Spam proof? Ilmu kebal spam? Ha ha. Blog juga punya ilmu kebal tersendiri.
UPDATE: Patut’lah entri ni hanya ada 2 komentar, aku dengan sengal’nya meletakkan status entri ini sebagai Private!

12 Comments
mixterr
June 12th, 2007
at 5:46pm
yerker mail gempak la..patutla tadi aku nak komen takleh.. bagus ni leh pasang kat blog aku..
Kasyah
June 12th, 2007
at 6:07pm
bagus benar la mende ni…nampaknya blog ko makin popular bukan sahaja dengan yang masuk dgn diundang, tak diundang pun makin banyak..hehe :D
WaWa
June 13th, 2007
at 10:01am
bagus la. aku pon rimas tgk komen2 spam yg byk kat sidebar blog ko ni. hoho.
Mohd Ismail
June 13th, 2007
at 10:42am
annoying kan? dengan word ntah apa2.. tak baik untuk kanak2 betul.. ha ha
abdfatah
June 13th, 2007
at 12:08pm
memang makin popular laa… ada satu yang terlepas ari tu… tapi tak tau kat mana? tertanya2 jugak nape bleh terlepas gitu je…
abdfatah
June 13th, 2007
at 12:11pm
haha… reply utk diri sendiri… memang boleh main jauh-jauh laa. bagus juga jika dah kebal setelah ke udara selama 21 hari. mesti ada kes kenapa 21 hari… tempoh bertenang namanya agaknya…
sekian terima kasih
azwanhadzree
June 13th, 2007
at 9:01pm
spam karma pun ada fungsi ni, so aku rasa tak perlulah aku guna plugin ni. so far sejak aku guna spam karma, takde le nampak terlepas lagi, tapi pernah dulu komen kenkawan yg di katakan spam. tak tahu kenapa.
aman
June 13th, 2007
at 9:34pm
abis, pas 21 ari takleh nak komen ar yerk..?
mohdismail
June 13th, 2007
at 9:42pm
haa.. dia akan close ruangan komentar.. dengan kejamnya! ha ha
mohdismail
June 13th, 2007
at 9:43pm
aku tutup terus.. he he.. selalunya lepas 21 hari, mmg takde sape da nak komen entri aku.. spam je.. :)
Azhar Ahmad`
June 14th, 2007
at 8:01am
Hummm… saya gunakan spam karma dan akismet. Serentak. Dan hasilnya…. Tiada lagi spam yang degil!!!
Mohd Ismail
June 14th, 2007
at 10:30am
spamkarma akan aku letak juga, ada bocor gak ni skit2.. spam durjana!