Sudah tiga, mahu empat
- 25
- Add a Comment

Gatal sudah jari aku mahu menulis di’sini. Sebelum subuh tadi aku cuit sedikit theme Revolution ini supaya ia tidak kelihatan magazine sangat. Dan, sekarang aku mahu menulis sesuatu tentang rakyat Malaysia yang tamak mengalahkan kucing kelaparan.
Malaysia beberapa hari ini gempar dengan berita seorang lelaki berusia berusia 57 tahun bernama Mohamad Nor Awang mahu berkahwin lagi. Lelaki ini yang sudah mempunyai 3 orang isteri bekerja sebagai seorang pemandu lori, mempunyai bengkel kereta sendiri, perniagaan penjualan getah beku & ladang kepala sawit seluah 0.8 hektar ini mahu berkahwin lagi.
Kesemua pekerjaan beliau kecuali pemandu lori berpendapatan RM1,500 sebulan di’nyatakan kepada media & mahkamah hanya selepas mahkamah menafikan hak lelaki ini untuk berkahwin lagi. Aku boleh kata ini satu taktik baik punya oleh lelaki ini semata-mata untuk berkahwin lagi. Mungkin dia berfikir, dengan pendapatan RM3,500 sebulan, mahkamah akan membenarkan beliau berkahwin lagi.
RM3,500 masih tidak cukup bang untuk beristeri empat. Kejap, satu pun aku rasa tidak cukup dalam keadaan dunia sekarang yang berhadapan kenaikan harga barang bagai gila.
Bagi aku, untuk beristeri lebih dari satu, seorang lelaki itu sepatutnya berkemampuan untuk menyara keluarga’nya tanpa si isteri-isteri keluar bekerja untuk ‘membantu’ suami. Jika si isteri masih keluar bekerja, aku kira lelaki itu hanya mampu dari segi ‘yang lain’. Kalau betul mampu.
Si perempuan yang ke’empat ini pun satu perangai juga, sudah tahu lelaki itu sudah beristeri tiga, dia jugak yang kau mahukan separuh mati. Ramai lagi di’luar sana yang masih boleh di’harap. Baca ‘Di’sebalik Cinta Seorang Suami Orang‘ yang aku tulis tidak lama dahulu. Fikir-fikirkan masa hadapan diri sendiri & mahkamah syariah, mereka banyak kes lain yang hendak di’selesaikan.
Cait poodah!

25 Comments
MK
May 19th, 2008
at 6:31am
ah.. baru relaks sket theme skarang. kalau magazine sgt, konpius..
Mohd Ismail
May 19th, 2008
at 6:34am
gimme five la MK.. bini banyak2 pun boleh konfius apa.. ha ha
Truckster
May 19th, 2008
at 7:33am
satu perkataan lepas aku baca berita tu mnggu lepas…ialah “BULLSHIT”
cait poooodaaahhhhh skali lg
Fahmishah
May 19th, 2008
at 7:50am
ukur baju di badan sendiri dahulu!
KNizam
May 19th, 2008
at 8:14am
hehe aku lagi suka theme ni.
eh ada tak theme cam ni yang boleh sesuka hari tukar2 header. aku nak 3 column tapi nak ada header image function kat dashboard.
puas aku carik x jumpa2. hehe :)
shambie adzhan
May 19th, 2008
at 9:26am
aku tak ingin jadi perempuan kedua, tiga atau empat! uissh minta dijauhkan dari lelaki-lelaki gatal ini…
MK
May 19th, 2008
at 10:35am
aku nak tau gak samada isteri2 dia yang skarang ni bekerja ke tak. aku setuju ngan ko, yang isteri2 tak sepatutye dibebankan utk bekerja
bisnes ada tiga empat, bini pun nak ada tiga empat. dah 57 tahun dah aki wei.. taw la anda takde menopause
rohaizad
May 19th, 2008
at 10:56am
rumah kata pergi, kubur kata mari….
aku rasa dari kahwin banyak, baik simpan duit untuk pelajaran anak-anak!
p.s: untung siapa dapat aku :) heh heh heh
zool
May 19th, 2008
at 11:40am
Rileklah Mail…
Pakcik tu romeo…
lagi pun kalau dah perempuan tu nak biarlah……
Kita ni yang patut carik…
Takkan tak rasa tercabar kot…
Huhuhuhuuhu
saffa
May 19th, 2008
at 12:23pm
mmg x kenal erti bsyukur nih! tak sedar diri etc. (sorry.. ter’emo lak)
pelik betul org2 zaman sekarang ni kan? hurm..
to shambie adzhan: yea2.. mintak2 lar djauhkan..
mohd ghufran
May 19th, 2008
at 1:20pm
Salam mael sila check inbox ko pasal bayaran iklan teks tuh dah masuk 3 hari aku bayar nie ko xbalas pun email aku.
Mohd Ismail
May 19th, 2008
at 2:09pm
[off-topic]
3K2 yang ko pakai tu boleh di’customize.. tp header image dia tukar2 guna manual la.. hehe =)
Mohd Ismail
May 19th, 2008
at 2:10pm
tercabar la jugak.. haha.. satu pun x dapat jadi isteri lagi ni.. ni kan pulak nak empat.. ha ha =)
Mohd Ismail
May 19th, 2008
at 2:11pm
ye saffa.. kamu pun doalah mintak di’jauh2kan.. x seronok berkongsi kasih ni.. he he
Mohd Ismail
May 19th, 2008
at 2:11pm
salam Ghufran.. maaf kerana lambat reply email ko & upkan link.. =) email sudah aku reply, link sudah aku up.. thanks!
hanep
May 19th, 2008
at 2:51pm
pompuan slalunya mudah termakan kata si lelaki, terutama suami orang. mula-mula mmg xnk, tapi bila da termakan pujuk rayu, segalanya mungkin..
bagi aku, dalam kes ni, fikirkan anak2 sei.. anak sorang dua boleh lagi,.. tapi katakan dah anak 10 orang 1 bini, 4 bini = 40 orang. kalo gaji rm4000 sebulan pon boleh kasi nafkah rm10 je sebulan kat anak2. tu belum masuk bini, sara kos hidup sdiri, rokok, minyak kete, beras lagi tu..
chait poodahh!!
titan
May 19th, 2008
at 6:34pm
Erk..sekarang ni pun awek lebih satu pun dah pening kepala. Inikan plak nanti dah kawin. Penin. Penin..
syuxx
May 19th, 2008
at 7:34pm
akibat banyaak sangat minum tongkat ali. haha
Rjuna
May 19th, 2008
at 9:50pm
Kasihan nak kahwin 4, mahkamah tak bagi, bagi aku biarlah diorang kawen, 3 Bini dah bagi izin, harta boleh cari, sebenarnya bila dah berkahwin rezeki banyak datang
Muka tak hensem takpe, janji POWER hahaha
hanep
May 19th, 2008
at 11:11pm
uish.. aku sebagai lelaki,, neutral
NoktahHitam
May 20th, 2008
at 1:03am
Kalau bini die dah support decision die, biarkan je la.
Masalahnya timbul bile campur tgn mahkamah syariah. Kalau dah diputuskan die tidak layak, aku rase die patut pertimbangkan keputusan mahkamah. Adalah lebih baik kalau die kahwin je. Elakkan maksiat. Bukan bini2 die yg lain tak keje.. haih..
periuk nasik orang mane la kite tahu, berkerak atau tidak.
shambie adzhan
May 20th, 2008
at 2:02pm
sejak masuk alam bekerja ni, ada je lelaki2 miang (yg aku yakin suami orang) asyik menelefon tak kira masa.
aku memang tak melayan.. lagi jelik ada la! pastu ade pulak yg jenis tak paham bahasa.. dok menelefon 4-5kali sehari, walhal aku tak pernah jawab panggilan nye, usahkan balas msg~
sakit hati!
zaki blogjer
May 23rd, 2008
at 11:53am
Ada 3 sbb aku rasa
Aku rasa, pakcik nih ayat power.
Pastu 3 org bini dia tak larat nak layan dia dah, so diorang setuju je la
Yg last, klu mmg dh jodoh dia, nk buek mcmana lgi
abdfatah
June 10th, 2008
at 10:14pm
sudah ada 3,sudah dapat empat… apa nak dikata kalo sudah dapat…
abdfatah
June 10th, 2008
at 10:17pm
lain cerita aaaa kalo bini ada empat lepas tu bini pulak yang tanggung laki… lagi tak best aaaaa….