Sup ayam untuk pelayar internet muda
- 32
- Add a Comment
Chicken Soup for Young Internet Surfer = Sup Ayam untuk Pelayar Internet Muda?. Begitu’lah bahasa Inggeris jika terlalu lurus terjemahan’nya. Tapi,itu sahaja paling tepat buat aku. Ada cadangan?
Melayari internet pada usia muda bukan sesuatu yang mudah. Percaya’lah. Jika dalam diri kau kosong tentang internet, macam-macam perkara boleh terjadi. Jadi, hari ini, Mohd Ismail dot Com berbesar hati untuk memberi sedikit panduan kepada adik-adik yang baru mengenal apa itu internet. Pertama sekali, internet adalah keajaiban dunia yang kedua. Ingat sehingga 24 jam selepas adik-adik berkahwin kerana masa itu adik-adik akan kenal keajaiban dunia yang pertama.Sudah.
Aku sering ke CyberCafe untuk menyelesaikan banyak perkara berkaitan internet dengan cepat kerana koneksi(*koneksi=’connection’ ye adik-adik!) internet di kampus aku terlalu lambat. Dan,selalunya aku melakukan kerja-kerja berkaitan memuatnaik(*muatnaik=’upload’) fail-fail besar melalui FTP. Kekerapan begini membuat aku cenderung bertemu dengan pelbagai ragam adik-adik yang baru kenal internet. Di sini aku senarai’kan 2 dari kesilapan biasa adik-adik apabila melayari internet.
1. Menaip URL di kotak carian

Ini paling kerap aku jumpa. Kadang-kadang, kalau ada dua orang berkongsi satu komputer, isu sekecil ini boleh menjadi bahan gaduh. Seorang kata taip’kan di’atas,seorang lagi kata taip’kan di’bawah. Begini adik-adik, adik-adik sepatutnya menaip alamat laman web yang adik-adik nak lawati di atas sana. Seperti di dalam gambar di bawah, bukan seperti gambar di’atas sana. Gambar di atas menunjukkan kesilapan adik-adik menaip alamat laman web di kotak carian Yahoo!. Adik-adik akan tersesat jalan jika berbuat demikian. Bukan’lah kesalahan besar, tetapi ini asas yang adik-adik perlu tahu.

Lagi satu adik-adik,jika adik-adik mendapat alamat berbentuk xxxx @ yahoo.com , ini bukan suatu alamat laman web ya? Aku tak salah’kan adik-adik semua kerana aku pernah terdengar seorang dewasa di stesen radio memberi kenyataan begini;
…lawati’lah saya di cherylsamad @ yahoo.com , saya ada di sana.
Kasihan orang dewasa itu ‘kan adik-adik?
2. Mencari gambar lucah

Image : KennySia.com
Adik-adik, internet sememangnya menyajikan pelbagai maklumat untuk dibaca. Tetapi, jangan’lah gambar lucah yang adik-adik cari. Ibubapa mesti tak suka jika adik-adik berkelakuan begitu. Abang kalian mungkin suka. Untuk pengetahuan semua, aku ada beratus senarai laman web lucah yang aktif di Malaysia siap dengan kata laluan. Jika adik-adik berminat, e-mail aku di’sini & sertakan sekali nombor telefon rumah atau telefon bimbit ibubapa adik-adik supaya mereka dapat bersama memilih laman web lucah mana paling sesuai untuk tatapan bersama.
Sekian. Renung-renung’kan & selamat ber’amal.

32 Comments
shambie adzhan
April 12th, 2007
at 3:13pm
haha betol mael..
ramai yang silap bab emel ni..
contoh : lawati kami di xxxx@xxxx.com
(rtm penah buat macam ni, termasuk si polan diatas)
aku gelak gell..
some ppl still dont know how to differentiate a URI and e-mail address..wth~
Bukan ’sambungan’ ke mael? mengikut apa yang aku belaja la..perkataan koneksi tak wujud dalam kamus dewan edisi 4 ;)
mohdismail
April 12th, 2007
at 3:27pm
saja je tu… he he.. perkataan ciptaan imaginasi gila selepas ambil paper exam.. :)
rtm? kalau aku buat post pasal mistake diaorg berkenaan IT ni, berjela-jela…
:)
*gell tu gila ye? gelak gell=gelak gila?
shambie adzhan
April 12th, 2007
at 3:44pm
a’ah..
gell=gile
orang utara panggil gila2 tu gelong kan?
so ‘gell’ ni derived from ‘gelong’
‘gell’ ni perkataan budak skolah aku dulu :p
rasso
April 12th, 2007
at 4:03pm
tul tu mael….
ako nak tegur pun tak reti.. sebab kat cc tu mereka hebat maen games… ako tak reti.. hahahaha….
chot
April 12th, 2007
at 4:36pm
bagus kelas internet ko ni…
mohdismail
April 12th, 2007
at 4:49pm
owh..gelong rupa’nya!
rasso ~ manyak butut.. mereka suma mmg hebat belaka main game!
chot ~ he he.. lepas ni aku bukak sekolah pulak…
Azhar Ahmad
April 12th, 2007
at 5:12pm
Wahai abang,
Adik bukanlah sengaja membuat sebegitu, ada sebab musababnya.
1. Adik bukanlah bergaduh pasal perkara tu. Adik bergaduh pasal, kawan adik tak nak curi duit mak dia. Yerlah kami nak main internet mana ada duit. Itulah abang2 tak tahu perangai adik-adik.
2. Abang, adik bukanlah cari gambar luch, tetapi ia datang kepada kami!. Apapun, teknik mengambil gambar yang kami ikuti. Ilmu abang, ilmu….
Huhuhuhhyu
mohdismail
April 12th, 2007
at 5:19pm
Ha ha…ilmu.. ye baek’lah adik Azhar. Ha,tu lagi satu, mana diaorg dapat duit berjam-jam duk kat cc pun aku tak tahu…aku paling lama pun tahan sejam je..
adik2 yg lain, jangan ikut Azhar ni ye? :p
So'od
April 12th, 2007
at 6:48pm
pasni buat Gearbox Soup for Old Internet Surfer lak..
aku banyak tak tau nih..
ApOgEE
April 12th, 2007
at 9:47pm
Hehehe… aku pun slalu gak jumpa org yg bergaduh taip url kat search box nih… ;D
ikoko
April 12th, 2007
at 11:36pm
yang second tu yang tatahan tuh.. akakak :))
oh yer.. saya dah hapdet blog saya.. :D
ikoko
April 12th, 2007
at 11:42pm
kadang-kadang takleh nak gelakkan jugak. mungkin diorang jarang guna email-email ni.. jarang online online.. jadi tatabahasa internet pun macam bercelaru sket.. mungkin pengacara tu baca teks je kot.. tambahan dia memang jarang online ke..
payakubor
April 12th, 2007
at 11:53pm
yang baru belajar pasal internet ni patut jadikan google sebagai bestfriend. Tak tahu kita tanya saje Mr Google. Jangan jadikan porn site sbg bestfriend.
Oit..gambar lucah tu sungguh seksi. Buncit itu seksi
siantan77
April 13th, 2007
at 9:22am
teringat first time surfing kat internet..12 tahun lepas.. ada sorang abang tu ajar.
adik.. kalau nak cari apa-apa maklumat taip alamat pergi kat http://yahoo.com .. tekan enter
> lepas tu taip la apa2 yang nak dicari tu kat ruang kosong yang kat sebelah kanan dia tulis “search”.. tekan enter
> lepas tu klik la mana-mana web yang berkenan atau sesuai
oooo…baru la saya tahu.. kalau tak sebelum ni saya main teka-teka je taip alamat macam car.com kat address bar tu kalau nak cari info pasal kereta.
kelakar pulak memikirkan betapa tak cerdiknya daku satu ketika dulu.. walaupun apa yang diajar tu nampak simple sangat.. tapi bagi orang yang memang tak tahu.. besar ertinya..
chot
April 13th, 2007
at 12:02pm
suka sgt ko dgn kenny tu ye..
am
April 13th, 2007
at 2:46pm
yerla… kadang selalu gak tengok orang masukkan url kat tempat carian tu….
ada gak yang menjerit kegembiraan bila url die di letakkan kat tempat carian tu…. gembira sebab katanya dapat ranking pertama carian!!!! bodohla!!!
tekong
April 13th, 2007
at 3:48pm
beli uzap patut kurus la.. apsal kenny tuh gemuk jer.. ahaha
mohdismail
April 13th, 2007
at 5:06pm
ikoko ~ bukan kita niat nak gelak’kan.. tapi tatabahasa memang xleh blah.. he he
tekong ~ kenny tu memang begitu… bagi la pakai ape pun.. :)
chot ~ lawak siot blog dia… takleh tahan.. jadi pembaca setia plak skang..
angel_baik
April 13th, 2007
at 6:27pm
mekasih abg mael. bg tips bernas… ;)
rasso
April 13th, 2007
at 6:36pm
hari tu bila modem kat umah ako kene kilat… buntut ako terasa ingin sangat ker cc… perghhh… ako terasa segan bila amoi yang kiut miut pakai seksi meksi dok sebelah ako jam 3 pagi gitew…. main games yang ganas2… hahahaha
terasa kerdil duduk d cc dengan hanya membuka lembaran pelayar musang api… hahahaa
pluginbaby
April 13th, 2007
at 7:11pm
hahaha.. ade ke patut share dgn family.. good idea anyway
Fath
April 13th, 2007
at 11:12pm
nape blog ni dah tak macam personal blog? mcm blog iklan/adsense dan yang sewaktu dengannya.
mohdismail
April 13th, 2007
at 11:52pm
Fath..blog ni masih seperti personal blog..apa yang aku tulis dalam entry ni pun,berdasarkan pengalaman aku sendiri .. dan,adsense xde pun di sini… baca dulu, kau akan tahu.. :)
NazzNazz
April 14th, 2007
at 3:56pm
haha.
my first ever email was sent to Abah when i was in standard 5. abah was in LA. i asked him to get me some stuff from disneyland. and the email used was fnazirah@hotmail.com.
my first ever keyword used for internet research was through yahoo.com and the keyword was: n’sync.
hehe.
catz
April 14th, 2007
at 5:38pm
mael…nanti pass password dan username kat aku yek..hahaha..
virgobiru
April 14th, 2007
at 6:34pm
agaknye artis2 bukan net savvy la kotttt
huhuhuhu
anasxz
April 16th, 2007
at 4:17pm
tips yang menarik untuk pengguna internet muda..
satu lagi pengguna internet kini taktahu apakah itu link dan apakah itu dwi klik.. selalunya icon di folder diklik dua kali, namun ia turut sama berlaku pada link yang ada pada sesebuah laman web, ia diklik dua kali juga.. sepatutnya satu kali sahaja.
mohdismail
April 16th, 2007
at 6:48pm
anasxz ~ kurang pendedahan mungkin anak-anak muda kita jadi begitu..mereka banyak di’dedahkan dengan games..
aad_lfcfn
April 25th, 2007
at 2:11pm
sayangnya tak ramai minat bloggnig, programming mahupun web designing kt malaysia ni. kesalahan kerajaan bn agaknya kerana tidak menurunkan kos internet (broadband) isp di negara kita.
Emio
April 25th, 2007
at 2:31pm
perkara tersilap taip ini rupanya masih berleluasa rupanya… hehe..berleluasa? semacam jenayah pula aku rasakan..
hal ini mengingatkan aku pada satu drama masa opis tmpt kerja lama aku.. sekitar 1999 dulu..
ada sekor boss ni cam belagak pandai.. cam cth ko tu la cik mael.. taip URL di kekotak carian di Yahoo Search.. sampai bila pun x jumpa..
URL yg ditaip tu pula intranet punya.. mana la nak jumpa..
hmmm..
What schedule is ultram er.
June 14th, 2008
at 2:04am
Ultram-er….
Mg er ultram. Ultram er. Ultram er mg. How people abuse ultram er. Ultram er addicting….
Valtrex.
June 15th, 2008
at 9:49am
Dosage for valtrex….
Which is better valtrex famvir. Valtrex. Side effects of valtrex. Buy valtrex….