Surat terbuka buat pembaca semua

Kepada semua pembaca yang aku sayangi,

Saat kau tatap entri ini, aku sedang menatap helaian kertas peperiksaan yang perlu aku jawab kurang dari 3 jam. Usaha & penat lelah selama lebih 3 bulan akan terbalas kurang dari 3 jam di dalam Dewan Utama Kampus Kejuruteraan USM yang punya sistem penghawa dingin setanding persekitaran di Kutub Selatan.

Walaubagaimanasekalipun, aku akan tetap berpeluh melihat mereka di’sebelah kiri & kanan menyelesaikan soalan tanpa menghiraukan dunia yang sedang berputar, kepala aku juga.

Pasti juga ketika ini, aku sedang berhempas pulas mengingat kemnali puluhan formula yang diwajibkan untuk aku hafal sedangkan otak aku telah digunakan hampir 22 tahun. Kalau komputer kau berusia 22 tahun, berapa banyak memori yang boleh di’ingat?

Doa’kan aku kawan. Jika mengikut kata orang tua, jika sesuatu doa itu di’aminkan oleh 40 orang, doa itu akan mudah termakbul. Mengikut statistik, MohdIsmail.com di’lawat lebih 1800 kali dengan lebih 500 tempat yang berbeza. Apa’lah kiranya kau lafazkan doa pendek memohon kejayan buat diri aku agar aku boleh terus menulis di sini.

Jika tiada idea, mulakan dengan Bismillah, lafaz’kan saja,

” Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau permudahkan’lah soalan-soalan yang sedang diberikan kepada Mohd Ismail & permudahkan’lah juga dia untuk menjawabnya dengan penuh izin’Mu. Segala puji hanya untuk Kau, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi. Amin.”

Yang sedang sakit kepala,
Mohd Ismail Baharudin
www.mohdismail.com

30 Comments

mael..
itu yang mampu kau lakukan, itulah sebenarnya kudrat yang ada. tawakkal. semoga berjaya. Amin

good luck.. all the best…

mail, dah doa dah untuk ko..yg penting apa yg telah kau usahakan selama ni, semoga segala usaha itu akan membuahkan hasil yg baik. Semoga ko berjaya dan grad on time.

Mail aku doa kan kau akan berjaya dengan cemerlang. Amin… dan terima kasih atas tunjuk ajar kau walau pun kau lebih muda dari aku tapi ilmu kau dalam blogging nii jauh lebih tua dari aku. Nanti kalau ade apa apa aku alak tanya lagi kau yang cemerlang ini ( bodek sikit …. )

anyway goodluck…

yep. sy budak mmu

aku doakan dikau berjaya dgn cemerlang dan terbilang…amin

aku doakan kau mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang ko ambil dan dimakbulkan hajat yang hati ko inginkan.. amin.. ya rab bal ‘alamin.. semoga berjaya!

gud luck mael…:-)

Ingat.Kita belajar bukan untuk menjawab soalan sahaja tetapi untuk mensyukuri nikmat Allah.Semoga berjaya Mohd Ismail.Insya Allah.Kamu boleh lakukan.

..amin! :D
all the bes

all the best ya!
uhuhuhu…
ako musim studi wek nie lah kene sakit itu n ini… huh

Salam.
amin :)
berusahalah :)

Mael, jangan buat kami semua kecewa, berusahalah!! go mael, go go go.. ;p

aku doakan anda berjaya mael..

dan kepada yang lain juga..

aku memahami perit getir seorang mahasiswa

Am dah doa dah, semua berjaya Mohdismail, jawab dengan tenang dan yakin ya

Sbg sorg lecturer aku memahami tekanan prasaan yg ko sdg alami mael. Apatah lg aku juga pernah menjd sorg pelajar USMKKj. Bersabarla, semuanya akan berakhir nnt. gud luck. All the best!

Kalau kau dah cukup usaha, InsyaAllah, kau akan beroleh kejayaan… Diiringi oleh doa-doa kami….

Terima kasih semua!

Aku baru je selesai paper ke-3 dalam masa kurang 48 jam!

Ingat’lah sesiapa yang menjadi pentadbir universiti mana-mana nanti,meletakkan 2 paper dalam satu hari,lebih teruk dalam masa 12 jam tak akan mungkin dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar.

Melingkup lagi ada!

Sekian.

Doa kalian semua buat aku jadi bersemangat untuk amik paper ke 4,Khamis ini.

Terima kasih!

selamat berjaya saudara,

kata pentadbir universiti itu, awak-awak semua ada 3 bulan untuk baca buku, kenapa saat-saat akhir baru nak buka buku. he2x, aku pun sedang dalam minggu-minggu peperiksaan juga.

bukan aku taknak bukak buku…buku yang taknak jumpa aku..

:)

tapi,memang saket la exam begitu…

huu

kesiannya dia sakit kepala. haha. tak apa, semoga berjaya.

dah terlambat ke ? anyway, semoga dapat ingat apa yg dipelajari dan berjaya.

walau sakit skali pom kau perlu berusaha sedaya yg mampu..chayok2

Viramune….

Viramune….