Tag: Gambar mereka ketika kecil
- 64
- Add a Comment

Na’ah, aku pasti tiada siapa yang mahu berdoa sebegitu. Aku terima tag ini dari Chot & Ikoko beberapa hari yang lepas & sebenarnya aku masih berhutang tag dengan beberapa orang penulis blog yang lain.
Tag ini secara ringkas mahu penulis blog memaparkan wajah mereka ketika kecil. Tidak kira la umur berapa, sekira’nya boleh di’consider masih kecil & kanak-kanak.
Aku sebenarnya tidak mampu untuk menjawab tag ini oleh kerana aku tidak mempunyai sebarang foto yang menunjukkan aku masih kecil. Foto yang pertama seingat aku, aku sudah sedia besar begini. Aku kurang pasti samada aku lahir sebagai bayi atau remaja, tetapi yang nyata, aku tidak punya sebarang foto ketika kecil. Malam tadi, aku tanya’kan buat kali terakhir kepada mak di’rumah (Hi Mak!), jawapan’nya memang tiada.
Mak kata,”Kita mana ada kamera, sampai’la Along umur berapa ye yang kita naik Cameron Highland tu?”
Aku jawab,”3 tahun 11 bulan…”
Mak aku ketawa,”Ye la tu… 3 tahun 11 bulan dah pandai tunjuk jalan kat Abah.”
Maka, untuk meleraikan sumpahan tag yang di’turunkan ke’atas aku, aku bariskan wajah-wajah selebriti tempatan tanah air & antarabangsa ketika mereka masih kecil & muda remaja. Owh, mereka sangat cute. Lihat, 2 selebriti pertama memiliki fesyen rambut yang serupa. Adik beradik’kah?
Jika ada antara selebriti di’dalam gambar di’bawah membaca entri ini, let me know, saya dah print satu versi khas untuk anda tandatangan sebagai kenang-kenangan atau untuk di’lelong di eBay 20 tahun lagi. Yay!


64 Comments
kaSyah
June 27th, 2007
at 9:55am
aku mahu gambar ko masa kecil bro..haha.
banyak betul selebriti tanah air masuk list skali ni…. :P
Saharman
June 27th, 2007
at 10:00am
Mail, kalau tak de gambar ko masa kecik tu , masa muda remaja pun boleh laa. Sebab sekarang nii aku bayangkan kau macam mamat “Micheal Scofield” dalam “Prison Break ” tu wakaka wakaka…
aarin
June 27th, 2007
at 10:01am
foto 3 thn 11 bln pun kira ok juga..masa sek kan ada tangkap ramai2 sekelas, itu pun boleh juga….
Saya pun nak berharap seperti little girl kat atas tu..
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 10:05am
ha ha ha.. jauh sangat panggang dari api malap’nya.. usah mencuba bayangkan muka aku seperti Michael Scofield, lebih molek bayangkan aku seperti Ahmad Busu atau Sabri Yunus.. yay!
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 10:09am
iskk.. sebenarnya aku naik cameron tu umur dah 13+.. tak’kan la 3 tahun da pandai tunjuk jalan.. ;p
adila
June 27th, 2007
at 10:15am
ingatkan ada terselit gambar tuan nyer blog :(
kalau tak der yang doa macam tu, mungkin ada yang berharapan macam tu….
kekadang terfikir gak nak kenal kengkawan alam maya nih…mana la tau kot sekampung macam kasyah dan azwan tu…selisih bahu pun tak kenal…ntah2 pernah jumpa dan borak or orang sebelah kot…
p/s- mohdismail dan yang lain2 dah tau pasal kempen doa 2Julai ni?jangan lupa sertai yer…untuk kesejahteraan umat islam seduania…untuk mereka yang menderita di sana..boleh jenguk kat sini http://www.shahdila.com
pastu boleh la promote kat blog yang sambutannya hangat ni…terhangat di pasaran????
manchurr
June 27th, 2007
at 10:36am
hahahaha bloggers malaysia pun ade.. xtahan! hehe ko suruh org lukis je la gambar kecik ko..
CypherHackz
June 27th, 2007
at 10:47am
gambar aku telah diletakkan tanpa pengetahuan aku. dengan ini, anda telah diberikan notis amaran yang pertama. esok naik mahkamah jam 12 tengah malam. milahahaha…
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 10:56am
ha ha ha..takmo datang.. mahkamah apenye malam2 buta.. :) btw, untuk suka-suka saja.. & memberi wajah comel kau sedikit populariti.. ;p
jangan marah ye..
Rjuna
June 27th, 2007
at 11:28am
alah bro nanti kami tahu juga wajah anda, mari mengupah paparazzi.
bob
June 27th, 2007
at 11:36am
ya la mail, kasi tunjuk sket kejantanan wajah ko. haha
Saharman
June 27th, 2007
at 11:38am
Sapa sapa yang ade gambar Mail tu , post kan laa dalam blog kau orang. Biar satu Malaya dapat tengok. Aku konferm ramai yang tak sabar sabar nak tengok nii… huu huu ….
abdfatah
June 27th, 2007
at 11:57am
looo buat apo tengok muka mael? muka mael macam muka mael laaa…. wahahhaa…
abdfatah
June 27th, 2007
at 11:59am
muka hang macam muka kru adik beradik agaknya…
ini sesi meneka wajah muka mael pulak… hohoho.
muka yang berseri2 agaknya… ceria lagi gumbira ..
abah
June 27th, 2007
at 12:08pm
Apekah???! *kejar bawak pen dan kertas
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 12:36pm
he he.. bikin aku tersenyum la kalian ni.. :) ye ye.. nanti aku letak gambar aku sendiri.. err.. esok ke.. lusa ke.. minggu depan ke.. err.. paparazi tak di’perlukan rasanya..
azwanhadzree
June 27th, 2007
at 12:41pm
Alasan aje tu
shutterspeaks
June 27th, 2007
at 12:44pm
dude, xkan xde kot… sure ada punya… ko ni malu2 la pulak.
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 12:46pm
ha ha.. serius takde.. :) tiada pembohongan mahupun putarbelit aku rangkumkan dalam entri ini.. ;p
Qai
June 27th, 2007
at 1:19pm
Sapo Nak Gambo En Ismail Leh Mintak Kat Aku. Aku Jual Sekeping Dalam RM4300. Terdapat Pelbagai Versi MohdIsmail Ketika Remajanya. Pelbagai Versi & Gaya. Versi Bayi Macam Kate Mael Memang Tak Wujud Pon. Jangan Mintak! Hehe..
Boley Mael? Keuntungan Kita Share La.. Huhu.
flisterz
June 27th, 2007
at 1:28pm
hahah gambar aku pun ade :D
aku igtkan ko jawab tag ni, ade la gmbr. haha harapan pudar
aman
June 27th, 2007
at 1:31pm
mana gambor ko..?
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 1:33pm
ha ha ha.. boleh2.. 70% aku punya.. balance ko amik..
ha ha.. aku punya banyak gambar di’salah satu social web popular sekitar tahun 2003/2004. kebanyakan’nya gambar ketika aku di’matrikulasi.. ha ha.. hint2! baru aku check tadi, ia masih ada sehingga sekarang…kalo rajin carik..
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 1:35pm
gambar aku? hik.. ade tu kat atas.. ko usya baik2.. kalo xde, maksudnya dah tamat tempoh la gambar aku tu.. cuba lain kali ye?
;p
Yattie
June 27th, 2007
at 1:40pm
haha.permintaan nk tgk muka mail makin meningkat..
tp mail ttp nyorok2 dlm selimut lagi..haha
aku pun dah bygkn ko mcm Michael Scofield tu..
Irdzra
June 27th, 2007
at 1:41pm
ceh..dia tak letak pun gambar dia :P
malu ek mail ?
chot
June 27th, 2007
at 2:15pm
siot la…ada2 je ko ni mail…ahhahaah
mana foto ko? gmbar masa kecik pun kedekut…
dinswok
June 27th, 2007
at 2:21pm
nasib baik ko tak hamek gambar aku. Haha!!
nashrex
June 27th, 2007
at 3:02pm
memula aku prasan nama ‘artgeex’.. macam pernah dgr nama sorang blogger.. skali aku teliti satu2.. aahhh!! gambo aku pun ada!! caish!!
*ko ni.. low profile sangat!!!
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 3:17pm
kool nash kool.. he he ;p janji esok ke.. lusa ke.. aku tak low profile da.. aku akan berusaha untuk menjadi seperti Kenny Sia(*aku tak janji, cuma motivate diri sendiri - Chika)…
peace bro!
لن رسسو
June 27th, 2007
at 3:20pm
Mael….
gambo ayu aku ada di sini….huhuhu
لن رسسو
June 27th, 2007
at 3:25pm
nak otograf ke? ahahahaha…
tanda tangan saya jawi.. eceeceehhh… :p
chot
June 27th, 2007
at 3:49pm
mail, aku ingat nak ciplak idea ko ni utk gang2 aku yg menjwb tag aku tempoh hari..bole punya kan..
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 3:56pm
tara hal.. rakan2 penulis blog mahu berkira apa.. haha ;p gua siap rembat gambar lu lagi.. ha ha..silakan, aku mahu tengok..
*lala la la
mixterr
June 27th, 2007
at 4:03pm
mail gambr sekolah pon xde ke?? letak je gamabar sekolah yg reramai then letak tick yg menandakan itu kau.. jgn la ckp xde.. heheh tiap tiap sekolah mesti ade gambr sekelas…. time sekolah rendah aku kene byr 60 sen tak silap kene beli gamabr tu..cikgu kate wajib kene beli… uhuhhh
xylene
June 27th, 2007
at 4:09pm
sapa nak gmbr mael? aku ader banyak…mcm2 gaya ader…tgh tido pon ader…tgh siap nak g mandi pon ader…sapa nak angkat tangan
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 4:15pm
ada ye sekolah rendah dulu? mungkin la.. tapi memang haram aku tak simpan waima sekeping pun, aku tak reti nilai sentimental masa tu.. sekarang2 ni je.. ha ha.. maka’nya, memang xde..
nanti aku up latest punya.. err.. esok ke.. lusa ke.. ;p
Fahmishah
June 27th, 2007
at 4:46pm
aku nak aku nak..anyway ricky martin tu macam slenge’ je aku tgk mase kecik2
Kumprinx
June 27th, 2007
at 4:58pm
Tak guna marilyn manson muka masa kecik bapak selenge.
chika lagi sekali
June 27th, 2007
at 7:51pm
semua superstar hollywood ni tak comel langsong masa kecik.
rafie
June 27th, 2007
at 7:53pm
wow…terima kasih kawan. Banyak lagi yang masih aku perlu pelajari, tambahan pula aku buat website guna bahasa inggeris kan…Aduh..
Tunjuk ajar dari kamu adalah sangat dihargai. Kalau rajin tu jemput la komen sekadar sepatah perkataan memadai. Aku akan terus sokong mohdismail[dot]com ni.
Keep it up
BAGAK
June 27th, 2007
at 8:27pm
bahasa inggeris lah boleh cari makan
sekeliling dunia orang baca
kalau bahasa malaysia…sekitar nusantara jer yang baca
Artgeex
June 27th, 2007
at 8:42pm
siapa pernah dengar kinda-ceramah Marilyn Manson dekat YouTUbe, i would say he is a good modern-philosopher, walaupun bukan ‘pembangkit’
Yang paling atas no 2 dari kiri tu kembar Angelina Jolie uhuhuhuhu
minci
June 27th, 2007
at 8:55pm
betulll.. aku pun.. haha
Zik
June 27th, 2007
at 9:19pm
Hahak! gambar g-pren kau pun jadi la..
peace bro :P
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 9:22pm
Zik, ko kat Korea ye? apa bikin sana? ha ha.. gelfren, ape tu? ha ha ha
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 9:24pm
ha ha ha.. artgeex, tak kira, rambut kamu menunjukkan yang kamu kembar Leornado Di’Caprio.. :)
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 9:25pm
betul seperti kata bagak tu Rafie :) mulakan dengan bahasa Inggeris, bagus untuk esok2.. ;p
aku juga akan terus sokong RafieAlam.com… yeah!
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 9:27pm
baik’lah cik chika, sesungguhnya kamu mmg comel ketika kecil.. *kawan2, cik chika kita sangat comel ketika kecil, berkunjung la ke blog beliau, lebih2 lagi kepada sesiapa bernama Hafiz.. ha ha ha
nota.kematian
June 27th, 2007
at 10:01pm
yang paling comel ialah gambar budak perempuan di banner bahagian atas ni…
Irdzra
June 27th, 2007
at 10:39pm
yosh..akhirnye rafie berjaya meng-set up kan blog dia..aku sungguh berbangga dengan rafie..
Wizurai
June 27th, 2007
at 10:48pm
huhuhu… gambar tuan punya blog xde ganti gambar selebriti pun jadi la…
chika lagi sekali
June 27th, 2007
at 11:05pm
oooo… ang tolong carik bdk ‘hafiz’ tu eh. tak pe lah. tak berminat sgt nak buat ‘jejak kasih’. aaahah…
rafie
June 27th, 2007
at 11:25pm
ermm…mcm mane aku nk berterima kasih kt Irdzra ni eh….Dia yang banyak bantu aku yang zero dari hari aku register….terimakasih Junior hehehe…
tekong
June 28th, 2007
at 12:05am
paling tak tahan ucapan gambar pertama tuh.. berikan peluang melihat wajahmu hahah.
btw encik mohdismail.. tolong promotekan event ini boleh ? ini link² yg berkaitan mengenai International Islamic Fair 2007. pakai gambar ke video ape smer leh je :D
http://nazri.flavert.com/2007/06/27/international-islamic-fair-2007/
http://www.iis.org.my/
http://iif4ummah.com/main.shtml
thanks in advance yaaa :)
Zik
June 28th, 2007
at 12:43am
erkkk kantoi! haha proxy jer (larik.. larik..) :P
“ha ha.. gelfren, ape tu? ha ha ha”
wahahaaa..
g-pren tukar jadi ‘gel’fren..
kira faham laa tu ha ha..
shutterspeaks
June 28th, 2007
at 2:11am
alahaii… apa nak buat bro. xpelah, ko postlah gambo2 ko zaman muda remaja he2x. xdelah aku terbayang muka intelek pecah penjara jekk…
ikoko
June 29th, 2007
at 7:33pm
tandatangan saya pun jawi jugek. :P
khai
June 30th, 2007
at 2:23am
korang sume jgn terkejut bila ismail tunjuk muka dia nanti… sbb korang sure akan ingat dia tipu sebab honestly, muka dia macam Adam AF2.. huhu…
Mohd Ismail
June 30th, 2007
at 10:09am
ha ha ha.. xde makna’nya adam af2.. muka gua macam sabri yunus + ahmad busu beb.. melayu sejati!
abdfatah
July 1st, 2007
at 1:52am
muka mael macam mana yer? cuba buat gambaran muka mael yang macam ac mizal… malik noor kaa, saiful apek?
wahid? wahahahaha…. hihihi….
abdfatah
July 1st, 2007
at 11:52am
gambo hang begi kiut posing laaa dengan spek mata yang besau tu. memang bergaya sakan pakai spek mato besau… wahahha…
cukuplah untuk hari ini sepuluh komen sahaja. esok lusa 10 komen lagi daaa…
selamat maju jaya. sekian terima kasih.
psssst… ada masa sambung komen lagi, sekejap lagi…
abdfatah
July 5th, 2007
at 1:52am
mari semua sini… anda semua yang ada di sana. mari kita pakat2 lukis gambo mael masa kecik. gambo mael masa kecik macam mana heh? gemuk ke kurush?
wahaha…
abdfatah
July 6th, 2007
at 2:29am
Hafiz je? nama lain tak boleh nak kunjung ke?
masa kecik laa semuanya comel nak cubit2, nak dokong? wahaha… habis tu takkan dah besau nak dokong lagi…
makan buah dokong boleh laaa… hahhaa