Tahun Ini Kita Tidak Merdeka, Yay!

Entri kali ini berbaur seperti aku seorang yang patriotik & cintakan negara, Realitinya, jika di’takdirkan Malaysia berperang (yang mana aku yakin TIDAK akan berlaku), aku antara rakyat bertuah pertama melarikan diri. Biar tugas mati untuk negara itu menjadi tanggungjawab mereka yang err.., okay, move on!

Aku sudah hidup selama 23 tahun dan tahun 2008 adalah tahun pertama seingat aku yang mana televisyen tidak ingat akan tarikh kemerdekaan.

Aku mahu senaraikan beberapa perkara yang stereotipikal orang kita & media lakukan menjelang 31 Ogos tetapi tidak wujud tahun ini.

  1. Iklan kemerdekaan penuh artistik & penghayatan dari Petronas.
  2. Kempen kibarkan Jalur Gemilang.
  3. Penjualan Jalur Gemilang secara besar-besaran.
  4. Pertandingan reka logo & tema hari kebangsaan.
  5. Pengumuman logo & tema hari kebangsaan.
  6. Kereta Proton penuh dengan Jalur Gemilang.

Kau lihat sekeliling, semua itu tiada. Aku bertuah kerana di’beri peluang untuk merekabentuk poster & banner untuk acara sambutan kemerdekaan Bandar Baru Bangi, jika tidak, aku sendiri tidak akan perasan yang bulan ini kita perlu sambut merdeka.

Hilang sudah semangat kemerdekaan dalam rakyat Malaysia? Atau itu juga perlu kita serahkan kepada abang tentera?

Sedikit cerita peribadi

Aku akan menghadiri konvokesyen pertama aku Jumaat ini. Aku sebenarnya tak berapa into bab-bab konvokesyen ni sebab aku percaya majlis itu semuanya fake semata-mata. Aku tidak akan terima ijazah hasil keringat 4 tahun aku di’atas pentas & dari tangan orang yang selayaknya, aku akan terima dari tangan kerani di’pejabat penuh sesak keesokan harinya.

Apapun, jika kau mahu hadiahkan bunga plastik & teddy bear buatan China untuk aku, aku sedia terima. Hadiah tipikal, tetapi apa lagi yang kau boleh berikan di hari konvokesyen? Mazda RX-8?

50 Comments

waaah.. dah nak graduate~ tahniah!

thanks! bunga & teddy bear?

betul lah apa yang kau katakan mael!! baru aku perasan. apa yang menyebabkan terjadi perkara ini!?

tahniah .. selamat bergraduasi !!!

aku hanya mampu memberi ucapan tahniah . nak mazda beli sendiri r … :P

@megat kerajaan sibuk cari calon tuk pilihanraya kecil permatang pauh.. ha ha.. *kibar bendera sendiri2 je la*

@oDiN thanks! kalo mazda ni xde tax kerajaan 100%, konfem aku beli da.. ha ha ha

Sebab suma orang sibuk puasa Syaaban. Pasni Ramadhan lak. Jadi kurang sikitlah suasana merdeka tahun ni.

Kalau ditakdirkan Malaysia berperang, biarlah aku mati di sini dari lari ke negara orang. Biarlah mati demi agama dan negara.

Enjoy your convocation. Fake or not, it is your interpretation of what happens. You can choose to look down on the misery road; but you too, can always choose to look up the bright blue sky.

memang aku tidak nampak 6 perkara yang ko senaraikan buat masa ni..klu ada pun, mungkin ia tidak se”kecoh” tahun-tahun sebelum ini..merdeka sudah tidak ada erti kali..:-(

Dan tahniah di atas tamatnya belajar dan bakal terima ijazah..aku jeles ni Mael..

Pertama kerajaan pandang ke arah piliharaya kecil..penting tu walaupun kecil..

Kedua kerajaan pandang pada sukan di beijing, atlet dapat emas RM1juta kerajaan bagi

Ketiga Petronas nak cover line keuntungan yang diperolehi, tu iklan tak semeriah sebelum ni

Keempat bajet bendera Malaysia, disalurkan ke bajet bendera parti

Kelima 31 merdeka, enjoy gila-gila..1 dah posa, jd alim plak…

Pilihlah mana satu jawapan di atas yang agak-agak tepat..

hurm,mungkin akan tersempak di dtsp kala aku sibuk membeli belah di tapak konvo nanti. anyway congrat’s!

Merdeka, aku tetap ingat……hehe =)

Tapi suasana merdeka kali ni pasti berbeza. Bukan jalur gemilang je, dacing dengan bulan pasti turut bersama.

Oh, selamat bergraduasi Mail. Mesti banyak bunga yang ko terima nanti. ;)

Ala ko pegi konvo tu untuk jumpa teman2 lama ko n bergambar kenangan..
Nanti dah tua2 ko tenung2 balik gambar mesti ko senyum bangga..
Boleh cerita ngan cucu2 ko..

tahniah la bro!
dapat status apa eh? graduan? siswazah?

kat IPT aku cari makan ni ada nampak kelibat RX-8 kaler silver…
jeles gak tgk keta tu…

aku dah perasan minggu lepas sebab iklan petronas tak disiarkan langsung, cuma hatiku berkata minggu ini pasti ada kempen hari kemerdekaan. tapi sehingga kau tulis entri ini, keadaan masih tahi.

ps: mungkin pemimpin kita dok sibuk dengan pilihanraya dan kes-kes konpirasi hinggakan lupa nak war-warkan kempen kemerdekaan ni. cess…

pernah terbaca akan iklan petronas yang kali ini dihasilkan oleh afdlin shauki.. setelah sekian lama yasmin ahmad yang buat..

mungkin ada.. tunggu dan lihat sajalah..

Mail, ko nak bunga tayar ker ataupun bunga telur?
Kalau nak bunga telur, kasi tunjuk sketlah calon isteri tuh kat sini. Kalau nak bunga tayar, itu boleh diusahakan, tapi kalau nak bunga untuk konvokesyen, Kedai Bunga Ah Lok kat hujung simpang tu ha banyak.

Apa-apa pun, semua itu tak lebih dari sekadar kenangan satu hari dalam hidup. Yang penting adalah kehidupan yang sebenar selepas bunga itu dilepaskan dari tangan kita.

Selamat bekerja ! :)

ko dah merdeka la tuh mael bila ko dah graduate….haha…dalam erti kata lain dlm hidup ko, ko dah merdeka unt satu stage kehidupan ko….

uishhhh….betul ker nih

lg satu bapa depa charge unt gambar graduate ko….

seigt aku, kempen akan mula tengah bulan ogos dan berakhir tengah bulan sept.. tengah bulan sept tuh kalo tak silap aku ulangtahun penubuhan Malaysia dan sekaligus kemerdekaan sabah dan sarawak..

tema dierang dah lancarkan bulan lepas kalo tak silap aku.. tema nye “Perpaduan Teras Kejayaan” dan pertandingan reka logo dierang tutup awal bulan ogos ari tuh.. dah ada penyampaian hadiah dah pon.. lagu tema taun ni Pak Ngah yang buat..

bajet utk sambutan kali ni dikurangkan sebyk 50% kepada RM20juta.. sbb tuh tak meriah kot.. ko boleh baca disini.. http://www.bharian.com.my/Saturday/Nasional/20080808234547/Article/index_html

*congrats sbb ko dah grad.. ko turun ke bangi? boleh kita jumpe.. tak jauh dari rumah aku.. huhu.. tp aku tak merdeka sbb aku kene keje hampir setiap hari bulan neh.. weekend pon dah tak wujud dlm diari idup aku.. hahaha.. sedey nye.. huhu

Salam…

Pasal Merdeka. Memang hambar tahun nih.. Sibuk pasal minyak/Anwar/lompat parti/by election permatang pauh…
semua politik tak habis2..

Aku nak cari logo Merdeka tahun ni haram nak jumpa. Sempena Promosi Broadband Merdeka 2008 kat laman web aku, aku tempek logo yg lama. Merdeka 50 tahun..

p/s: Agaknya hanya laman web aku yg ada peringatan mengenai Merdeka 2008. Jangan sampai masuk bulan puasa pun ada yg terlupa. Bukan lagi Melayu mudah lupa.. Tapi satu Malaya sudah lupa!

hafiz, aku dah lama carik logo merdeka utk blog aku.. tp dierang blom lancarkan logo.. so aku tunggu sampai dierang lancarkan.. aku tak penah lupe benda2 mcm ni.. huhu

waa, selamat bergraduasi!
nah, bunga
@-}–

lalalaa~

hahaha..
bajet kurang… nazak sangat ke?
Minyak dah naik…Untung Petronas berbillion..
Mungkin gara2 hasil dr 4 negeri dah terlepas ke PR..
Itulah sebelum PRU berhabis kempen dan iklan macam2 dalam media perdana.. duit rakyat gak yg lebur.
Ramai orang gomen mengharap ada bonus tahun ni..
Putih mana lagi la.. Nasib aku bukan keja gomen..
Tunggu je la Bajet 2008 nanti

@mrkay owh.. patut la x meriah.. bajet da kurang.. ha ha..

*aku x turun bangi, diaorg cuma outsource aku je..*

@hafiz salam.. kerajaan banyak fikir mende lain skang ni.. lupa da hari bersejarah.. bukan la aku mintak buat besar2an, at least kita ade la rasa bulan merdeka.. tp tahun ni xde lgsung..

@MK tapi kalau bg betul2 ijazah tu atas pentas kan best.. biar setel smua sebelum konvo.. lebih manis utk aku.. apapun, aku still pegi..

@wizurai aku tatau apa status yg kau maksudkan yg penting aku sudah grad.. ha ha.. laju la kafe ko kalo konvo nnt..

Malaysia ada masuk Olympic ek? Apsal aku tengok kat tv tak ada pun muka2 malaysia? Hoho…

tahniah bro! gedup gedap dah abih semua nya.. sila la sambung master.. haha..

@WaWa ni wawa uk ke wawa baru ni? ha ha.. ade la org malaysia kat olimpik.. check jadual.. *tp x menang apa2 lg pun.. sedih*

@bob aaa.. master tu letak on hold dulu.. skang ni tgh 50-50.. ha ha

tahniah tahniah . cayala bro. semoga mencapai kejayaan nanti dalam apa jua bidang pekerjaan yg diambil nanti

tahniah. akhirnya kau grade jua..

Bulan kemerdekaan di sambut dari 15 Ogos - 15 September. Mungkin kot esok perasmian bulan kemerdekaan. Tapi, mungkin juga tak meriah sebab 1 September dah puasa.

Tema Tahun Ini:
Perpaduan Teras Kejayaan

1. orang malaysia buat silent protest, sbb ada politician jadikan bulan merdeka bukan bulan cintakan negara, tapi bulan cintakan pemimpin secara membuta tuli.
2. pak menteri yang pandai tu dah tukar kementerian, tinggal pak menteri yang sorang lagi tu jaga kementerian warisan. tepung dulu pun tak terjaga…
3. selamat tamat belajar.

inilah dia jawapan yang pasti untuk tidak dapat menyambut hari merdeka untuk kali ini…

—-

“Pertama kerajaan pandang ke arah piliharaya kecil..penting tu walaupun kecil..

Kedua kerajaan pandang pada sukan di beijing, atlet dapat emas RM1juta kerajaan bagi

Ketiga Petronas nak cover line keuntungan yang diperolehi, tu iklan tak semeriah sebelum ni

Keempat bajet bendera Malaysia, disalurkan ke bajet bendera parti

Kelima 31 merdeka, enjoy gila-gila..1 dah posa, jd alim plak…

Pilihlah mana satu jawapan di atas yang agak-agak tepat..”

—-
bajet tak cukup banyak berbanding tahun sebelumnya…

minyak naik punya pasal daaa…

aku sudah lama perasan..itu pasal aku cuba beri kemeriahan dengan cuba membuat contest tentang merdeka…ah…tiada iklan merdeka..cukup bosan…owh,mael,lagu n logo sudah ada..cuma sama ada kita tak dengar atau tidak dihebahkan…maybe diorang pakai sistem tender kot sekarang.

yesh, aku pun lupa nak renew domain!!! tahniah fendyzaidan.com. ada sapa sapa nak sponsor? hahhahaa…

ko kat usm? call la aku siut. ko mmg la mail. sombong.

yela…nabieel…

kat hostel limkokwing ni, ade sorang cina indon duk pakai mazda rx8 warna merah.. hari2 parking sbeleh motor aku.. hohoho.. warna dah sama.. tapi aku motor dia kereta… rx8 pula lagi.. cheh!! jeles ~

oh ye, kau tahu kan mael bajet sambutan merdeka tahun ni dikurangkan kepada 20 juta berbanding 40 juta selalunya.. dan aku dapat rasakan semua orang mogok takmo beli bendera dek kerana duit bendera semua nak guna untuk isi minyak.. amik ko… penangan yg sbenarnya wujud tetapi tidak begitu ketara..

Motto hari kebangsaan apa ye tahun ni?

‘Keranamu Malaysia” lagi ke..

untuk kali ke 8000ribu

tak tak, “Kerana mu Anwar”

keranamu pilihanraya ler..

Walaupun tak merdeka namun hati mesti sentiasa teguh mempertahankan kemerdekaan..

Patriotik tak ayat aku??

ermmm maybe kerajaan kita or rakyat sibuk ambil tahu pasal benda lain seperti kes anuar….ismail..jom jadi penulis di kongsiblog.com

memang iklan kat tv takde lagi…tapi kat paper melambak2..tu iklan yang promosi jualan RM51 KHAS UNTUK MERDEKA KE 51..supplier aku pun dok sibuk kasi jualan murah sempena merdeka..sampai separuh gak diskaun diorang bagi..masyuuukkkk..

sempena minyak NAK TURUN ni, adakah rebet yg wajib kita dapat akan di TURUN jugak atau TAK DAK langsung?

@rizq minyak akan turun.. harga global tgh turun mendadak.. then subsidi tu x pasti la plak.. baik tuntut cepat2.. ha ha..

tahniah mael !

semalam masa aku attend adik aku nyer konvo kat utm, aku confue kejap. dulu bukan ker guna perkataan “graduan”. sekarang dah tukar kepada “graduat” plak eh… hehe

tahniah para graduat sekalian ! hehe

aku pula.. siap pelik.. nape ada orang pasang bendera..

lupa 31ogos adalah hari kemerdekaan.. :P heh.. bleh ke camtu..

apa pun, selamat bergraduasi.. :)

enjoy the moment. bukan selalu pun konvo, ye tak. :)

bulan lapan tahun ni tak macam tahun-tahun lepas. sibuk dengan olimpik, pilihan raya, konspirasi politik. sampaikan sambutan kemerdekaan terpaksa memberi laluan kepada perkara-perkara ni.
walau bagaimanapun tarikh keramat 31 ogos tu tak la dilupakan. iklan merdeka dah pun disiarkan di tv.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

tema yang sangat sesuai untuk tahun ni…

Bagus jugak la tak disambut..
sebab malam esoknya tu puasa..
better pegi masjid semayang tarawih..:D

Aku beranak2 je dah medeka, apa itu medeka pun cikgu yg ajar. Jadi medeka tu pada aku so and so je lah. Meriah tak meriah tak penting. Cuma satu aku heran, kita org malaysia mcm2 nak sambut. Terutama hiburan cepat je sambut. Suruhan Tuhan tak berapa nk sambut. Jadi ..entah lah, pandai2 lah . Anyway tahniah for your convo. Aku dah 39 tahun tak convo2 pun, bukan apa tak penah masuk U pun hehehe..

Leave a Comment