Tanya Mail! Hubungan dengan blogger & pembaca

mr-bean2.jpg

Entri ini adalah kesinambungan entri semalam yang menjawab pertanyaan dari Izwan Zakaria. Dalam entri sebelum ini aku pamer’kan beberapa tips yang boleh di’praktikkan untuk meningkatkan aktiviti pembaca di’blog kalian semua. Hari ini, kita sambung dengan bagaimana mahu meningkatkan kualiti hubungan antara blogger & pembaca.

Take note, itu aku letak’kan kualiti di’dalam hubungan, bermakna di’sini, semua orang boleh mewujudkan hubungan, tetapi tidak semua orang boleh mewujudkan hubungan yang berkualiti. Bagaimana mahu mewujudkan hubungan yang berkualiti dengan sesama blogger & pembaca. Seperti biasa, untuk memudahkan kaedah pembacaan kalian di’sini, aku hurai’kan entri ini dalam bentuk point.

  • Hormati hak blogger & pembaca - Ini adalah sesuatu yang paling penting lebih-lebih lagi untuk kita masyarakat Malaysia. Layan’lah blogger & pembaca sepertimana kau mahu di’layan oleh orang lain. Jangan menulis sesuatu yang buruk berkenaan blogger atau pembaca. Kritik itu boleh, tetapi memburuk-buruk’kan sesama kita adalah sesuatu yang tidak boleh di’terima untuk mewujudkan hubungan yang berkualiti.
  • Sentiasa berinteraksi - Jangan duduk diam. Kalau kau mahu’kan hubungan yang berkualiti, kau perlu sentiasa berinteraksi dengan blogger & pembaca lain’nya. Sesama blogger, mungkin kau boleh berinteraksi melalui Yahoo Messenger untuk berbicara hal-hal berkaitan dunia luar blog. Dengan pembaca, ruangan komentar adalah medium terbaik. Jawab setiap pertanyaan, jangan pernah merasa letih melayan karenah mereka, orang Malaysia suka di’layan. Pembaca selalu kanan, kita selalu kiri. (*customer always right)
  • Beri’kan kredit bila perlu - Jika ada antara blogger atau pembaca yang memberi idea untuk kau menulis sesebuah entri, jangan kedekut untuk letak’kan kredit yang sepatutnya untuk individu tersebut. Aku banyak terjumpa kes di’mana blogger yang menulis hasil dari idea blog lain, tetapi tidak memberikan kredit waima satu link ke blog tersebut. Ini sesuatu yang memalukan & boleh di’kategorikan sebagai mencuri idea. Apa salah’nya letak’kan satu link dan kau akan terima seorang rakan baru dalam dunia blog. Itu’kan lebih baik.
  • Bertukar link - Bertukar link sesama blogger bermaksud kau membina hubungan sesama blogger. Jangan segan untuk meminta pertukaran link dengan blogger yang kau kenal. Walaupun sekecil mana blog mereka, kau tidak akan tahu sepuluh tahun lagi mungkin blog kecil ini akan menjadi blog yang besar, masa itu jangan menyesal kerana dulu kau memandang rendah blog mereka. Oh ya, jangan bertukar link semata-mata, lawat ke blog mereka untuk memastikan hubungan yang terjalin lebih berkualiti. Siapa mahu tukar link dengan aku?
  • Jadi profesional - Maksud’nya di’sini, bina hubungan yang di’dasari dengan sifat yang profesional. Blogger tiada beza’nya dengan kerja-kerja lain di’luar sana. Jika kita mahu blogger atau pembaca melihat kita sebagai seorang yang boleh di’anggap sahabat yang baik, tunjuk’kan sifat profesional yang tinggi sepanjang hubungan kau dengan mereka. Jangan mengata mereka di’blog orang lain atau memberi reputasi buruk kepada mereka kepada blogger/pembaca lain.

Setelah kalian yang sekian lama berhubungan dengan aku melalui Mohd Ismail dot Com habis membaca entri ini, bagaimana penilaian kalian tentang hubungan kita? He he.

Semalam aku menerima satu e-mail dari individu yang menggelarkan diri beliau Wan bertanya’kan pandangan aku terhadap ekonomi & politik negara. Alahai bro, aku bukan pakar ekonomi mahupun penganalisa politik, aku penulis blog. Sila’lah tanya soalan yang berkaitan dengan blog. Boleh ye?

Jika mahu aku jawab juga, aku boleh beribadat dengan tenang, aku cukup makan, aku ada tempat tidur, aku ada tempat belajar, aku ada koneksi(?) internet, aku ada orang-orang yang sayang aku, itu aku rasa tanda yang cukup besar untuk menyatakan ekonomi & politik negara kita sangat molek. Boleh begitu?

73 Comments

ko tanya boleh gitu?
kalau aku kata tak boleh bagaimana?
wakakaka…..

aku setuju dengan pendapat dan tips-tips ko tentang bagaimana untuk mewujudkan hubungan berkualiti antara blogger(s) dan pembaca. 100%. tapi aku tak bersetuju dengan pendapat kau tentang ekonomi & politik negara. haha. cumanya aku rasa tak sesuai tempat ni kalau aku terangkan kenapa aku tak setuju. nanti jadi satu entri pula. :p dan aku rasa, individu yang mahu dikenali dengan nama Wan itu cuma mahu menguji kau saja. hehe.

Betul la aku rasa dia nak test kau je kot Mail, belum pernah aku baca tentang eko dan politik dalam blog kau ni, tapi kalau pasal ekonomi sendiri tu ade la kot.

Mail, tukar link dengan aku jom…

tq dengan Mr Bean tu bro…cool

permintaan telah dipenuhi - ini adalah contoh hubungan berkualiti

bukan senang nak cari gambar kalau tidak dengan usaha

semoga kau rajin menulis sehingga akhir nafas

nanti aku tulis dalam blog aku

wah…bukan main seronok anak saya menatap Mr Bean. Tapi ada persoalan yang sukar dijawab…Bu, naper Mr Bean dalam pc tak ada mulut?dia tak makan ke? dalam tv ada mulut…

anyway, komunikasi dan hubungan baik sesama blogger adalah penting untuk lebih mendekatkan kita…rasa macam dah lama jer keanal mael.com ni yer…

Anda seorang blogger yang profesional,

err kita sahabat karib kan (ewah-ewah)

aku rasa camtu jugak… si Wan tu saje nak test ko la Mail…
kalau nak cerita pasal ekonomi & politik dlm satu entry cukup ke? paling koman pun kena terbit berjilid² buku…

hah, cakap pasal bertukar link, bila kita nak bertukar link mael hehehehe….

akhirnye mael tunjuk gak muka dia kat blog ni.. hakhaks…

neway thanks for info.. aku rasa x lama lagi mesti akan keluar satu majalah bertajuk MohdIsmailDotCom .. huhuhu.. penuh dengan hujah2 si mail ni….

kihkih… mael ni bacok kat blog ( i mean banyak menulis), adakah orangnye sama bila diluar.. rasanya, mesti beliau seorang yang pendiam…

betulkah?

mungkin la jugak.. jauh sekali panggang dari api’nya jika nak aku menulis tentang ekonomi & politik.. he he

okeh jom… link kau sudah naik di rantaian dengan gilang gemilang…

insyaAllah… doakan aku akan menulis sampai bila2.. he he..

:) mr bean itu aku google saja dengan image.. itu saje yang fit nak masuk sini.. ngeh3

adeh.. mulut’nya dah di’kerat la dik.. mr.bean dah takde mulut.. lagipun dia ‘kan tak bercakap.. ;p

semua semua semua semua sahabat karib aku… ngeh3..

okeh.. naik sudah :) kau naik’kan link aku yg permanent kat blog ko ye?

ha ha ha.. aku takmo keluarkan majalah Khai.. aku nak keluar dalam majalah.. MajalahPC ke.. Maskulin ke.. ha ha..

heh.. tidak lah diam sangat aku ni.. bercakap bila perlu sahaja.. :) menulis memang keperluan aku.. tak gitu?

mana muka dia? kat atas tu ke? hakhakhak…

huhu….aku akan cuba folo tips ko ni mael…huhu..:P…aku pon mahu popular dgn blog..:D

Tak sangka pula ada juga yang bertanyakan tentang ekonomi pada kau. Aku rasa kau ni dah jadi pakar rujuk dah sekarang. Apa apa pun aku harap kau maintain dengan corak penulisan kau sekarang dan teruskan dengan pertanyaan berkenaan blog, internet dan teknologi tu.Good luck …..eeerrr kenapa Sodium Cloride guna lambang NaCl ( Ni soalan Kimia ).

wahahhahha….aku jumpa satu link yang ada tunjuk gambar mohd ismail…..ni bukan cerita sensasi…dan ini bukan rekaan…..rupanya mail seorang peminat encik ismail seorang peminat muse ekk.???

sori…tertaip 2 x sebab excited….wahaahhaha~

ngeh3.. memandangkan aku seorang budak kimia, maka malu’lah jika aku tidak mencuba untuk menjawab soalan berikut.. ;p

Sodium chloride adalah unsur yang sama dengan Natrium chloride.. maka’nya NaCl itu present Natrium chloride :)

gambar aku? gambar rupa paras aku ke sankai? mana ko jumpa tu.. nak jugak aku tahu.. he he

ye tak yer jugak la mail.nak test ko kot…

aku dah cakap kan…kau seorang peminat muse…jadi mesti kau sendiri ingat di mana kau ambil gambar itu…

p/s ini berdasarkan caption pada gambar itu sendiri…dan jgn risau..aku hanya dedahkan bila aku dah bersedia utk berkongsi 3/4 daripada populariti mohdismail-dot-com….wahahahahahaa…

thanks for the info.. ade harapan menjadi professional blogger nie..hehhee.. mail mcm ne pagerank leh jatuh dan mcm ne nak naikkan semula? kau tahu tu?? bg tahu aku cepat..

sejujurnya.. tiada siapa yang tahu bagaimana pagerank Google ni berfungsi untuk menentukan kedudukan kita.. sistem algoritma dia terlalu kompleks sampai’kan pakar2 SEO jadi pening untuk memanipulasikan sistem pagerank ni.. bagaimana nak naik atau turun’kan aku sendiri tak tahu…

kalau kau atau sesiapa mahu tahu sedikit sebanyak berkaitan Pagerank Google, baca Google PageRank: What Do We Know About It?

Harap membantu, yey!

wah..tak tahu lak ada soalan kimia di sini?

Cara mail menjawab rasa cam guru lak..

mukaa Mr.bean sangatlah terkejut..terkejut tgk mail kut..

Tip2 yg diberikan amatlah berguna..Dah lama saya letak link mail kat blog saya, tapi tak perna minta izin tuan punya blog lagi..so hari ini saya nak umumkan…

Err…saya boleh minta tukar berlink lagi ker?

Assalamualaikum,

Saudara Mohd Ismail

Saja dtg bertandang ke blog anda, erm terkini dan banyak yg boleh dipelajari, syabas.

Salam kenal dari akak

sgt berguna…. goo..go…go….

soklan gitu kena jawab dengan kesyukuran yang teramat sangat laaa… dan dah tentu anda memang patut bersyukur kerana dapat makan pakai dengan selesa dan menggunakan internet dengan jayanya…

cuba mael bawak gambo orang2 afrika sana sekadar membawa tulang belulang semata-mata lantaran kebuluran…

memang patut anda bersyukur lantaran dapat guna internet…

pakar2 SEO pon pening ke.. patutla aku da lame kaji xjumpe jugak caranya.. web tu aku dah pernah masuk dah pernah bace le.. sebab aku masih mengkaji bende tuu

haha… idea yang bagus jugak tu mael. cuba mael blend ekonomi dan politik tu jadi satu entri yang memberikan panduan kpd ramai orang.

alaaa blend macam entri2 yang dah biasa dibuat ini. bukan 100% tetapi mengikut kesesuaian blog ini kalo nak bicara bab tersebut…

gunakan kreativiti…

haha… mr bean takdak gigi daaaa… gigi dia kena services tu.

Pasal PR ni, aku tahu macammana nak dapatkan PR3 dlm 3 bulan, tried and tested on 2 blogs. lebih drp tu, masih belajar :)

Ismail, comel gambar kau :).

Anyway, aku pun muskil, kenapa En Wan tu tanya kau soalan begitu sedangkan kau tak pernah bercerita mengenainya.

oh, btw wan di atas tidak ada kena mengena dengan azwanhadzree

ya..semua yang ko terangkan dari semalam memang betul2 belaka.. ko memberi dulu baru ko akan menerima.

aku masih igt masa aku awal2 berblog dulu.. siapa mahu tahu ‘kasyah’. sape la budak kasyah ni. baru nak berblog..macam bagus je kasyah ni…hahaha.

tapi sebagai junior aku cuba respek mereka2 yg senior cam ko ni.. baru la boleh menjalin hubungan yg berkualiti..haha

tapi aku memang suka kritik..memang besh…hahahaha

mael selamat ber study ye kat sana. jgn lupa tangkap gambar junior usm.. boleh sharing2 gmbr budak utm…hahaha

dah semakin bagus ayat2 karangan ko tu…ko dah boleh jadi penulis diruangan akhbar atau majalah lepas ni plak mail..

hoho..budak kimia rupanya…
sodium tu nama lama…nak bagi glmour sket, dorang tukar ke nama Natrium….
kan mael…???

sekarang baru 11july ..top komen hampir 100.huhu..banyaknye. teringat dulu masa aku ngan azwanhadzree lawan..kejap naik kejap turun..huhu seronok

seronok gak…terasa bahangnya…
korang tak berapi ke dengan Malaysia lawan Cina malam tadi?
ada keluhan kekecewaan yang dipaparkan di blog
http://www.shahdila.com
betapa rasa diri diperdayakan dengan janji2 kosong pemain dan juru latih…negara Asia lain menang jer…
ops, sori mael, pasal bola la pulak…

hayyo. en mael…
mana poi nyer komen den tadi…bukan main berjela lagi…tapi bila submit, tak do pun.

ramai giler yg mengomen ko skrg.. takot aku masuk sini

memang seronok kasyah…paling teruja bila nengok nama kita kat bawah kan???

sape tengok Malaysia lawan cina malam tadi?
ada komen dan kritikan pedas yang menyinga di
http://www.shahdila.com
negara Asia lain semua menang, tapi mengapa Malaysia….
ops, sori Mael…pasal bola la pulak

ayyo mael…rasanya den tau naper komen tu tak kuar!!!
kalau macam ni kuar tak….

kepada mereka yang tak berpuashati dengan Malaysia lawan CIna malam tadi…jom nengok komen pedas dan berapi di blog saya

aku dah lama letak link ko mael hehehe… terima kasih ya bah ;-)

tumpang lalu jap yer mael,
kepada pembaca blog mael…
ada saper2 guna hosting dari netkl?
server dia down ke?
sebab dari tadi lagi tak leh masuk blog…

oiit.. sankai.. kita kan kawan2.. jom2 share gambar esklusif.. haha..

ha ha.. ko ade kenal mana2 editor Chot? kenal’kan aku.. he he.. aku mahu masuk magazine! ;p

*berkenaan projek kita tu.. aku letak dalam hiatus dulu.. akan ada, tetapi ambil masa sikit..

kool bro.. masuk je sini.. orang2 sini tak makan orang.. ;p

kawan2.. hari ni bilik aku takleh access e-mail aku sendiri.. hapekejadah’nya aku tak tahu.. maka’nya aktiviti membalas e-mail petang ini terpaksa aku tangguh’kan sampai aku boleh access balik..

internet yang ku’kasihi.. owh!

aku tidak tahu gambar abg mael begitu popular….kalu ianya se eksklusif dan mampu memberikan aku 3/4 populariti mohdismail-dot-com,aku bersedia menukar csankai-dot-org sebagai salah satu “metro” malaysia….waahhahhaaha..

hoih.. budak2 junior usm kali mmg ngancam hoo.. makin rajen gua nak pegi joging hari2..

ha ha..

Hamek ko popular betul dah website ko ni..komen berderet2!

Itu buktinyer benar kenyataan artikel di atas

I’m on netkl, so far ok je masuk blog. Dari pagi sampai sekarang ni hah.

ya.. aku masih ingat. aku tewas kerana malam jumaat :)

tiap kali bce blog ko nie musti xhenggat nk bg komen…asek sgt…

Mail, nape tak update blog kau lagi ni. Baca blog kau macam menghirup oksigen tau, sehari tak dapat tak tidur malam aku…

hikhik.. baru balik makan.. sudah kenyang.. edit2 sikit entri draft td.. dan sekarang sudah boleh di’baca.. ;p

*aku tidak letak’kan bomoh di’setiap entri aku.. claim yg mengatakan tidak dapat tidur malam itu mungkin di’sebabkan masalah lain.. he he

aku suka ayat kat ‘ bertukar link’ tu, walaupun aku dah lama add link kau, sebagai seorang blogger baru sememangnya aku segan nak minta tukar link dgn kau, blogger yang popular lagi tip top di msia nih.

tapi dgn ayat keramat kau tu, maka hari ni aku tanpa rasa malu dan segan silu lagi berkata:
“mail…jom tukar link!!” :)

owhh.. aku tak letak link ko lagi ye? alahai maaf’lah ali sihatsokmo..kau pejam mata kejap.. jeng3.. sudah aku naik’kan…

hi,saya ialah newb..

pertam kali masuk blog ini..dan terus suka…
dan bahagian ini saya suka baca sebab ada kata kata bertukar link..
jadi boleh la bertukar link dgn Mohd Ismail..:)

selamat datang sarajdie.. heh! seperti biasa.. link yang di’pinta sudah bertukar tangan.. terima kasih & sila dtg lagi.. ;p

oooo mau tukau link jugaklah kalo gitu… meh la tukau link sedikit cuma…

kat sini memang berderet setiap hari. tertunggu2 entri yang seterusnya… maka berduyunlah datang tak kira lama atau baru… tua atau mudaaaaa….

lepas nih hang bleh laa jadikan junior ko nanti penulis sambilan bila dah ada family nanti. bila mael nak kawen haaaa?

dan sentiasa doakan mael bleh menulis untuk sepanjang hayatnya…selagi terdaya. macam mana yer bila mael dah berusia nanti?

haha… bleh buat entry pasal usia pulak.. wahhaha…

bila saya tua nanti… di manakah saya?

Hallo salam kenal..

Tukar link memang bermanfaat dan untuk menjaga agar link kita masih aktif di site orang, biasanya aku menggunakan service gratis dari http://www.TradeLinkAd.com
Free Reciprocal Link Checker guna memastikan semua link exchange aku aktif (Tidak broken link).
Daripada mengunjungi site orang satu persatu. Di sini bisa check 10 linkechange aku sekali search.

salam kenal Arif.. nama ko mcm nama adik aku.. he he

terima kasih untuk info ni.. akan aku cuba try test tengok bagaimana ye?:)

Assalamualaikum… 1st time kasi komen kat blog En. Mail nih! perghh…. saya ni baru je jadi blogger tak sampai 2 minggu pon… selain khai scukz, En. Mail adalah blogger idola saya lah. Jom tukao link? saya dah add kat blogroll saya dah, he he :) tq