Tanya Mail! - Kebenaran di’sebalik perniagaan internet

Selepas entri berkaitan Monsun Biz tempohari, aku gembira apabila ada antara pembaca yang sampai ke’situ terus menghantar e-mail bertanyakan kepastian tentang penipuan dalam Monsun Biz. Jawapan aku senang, ya dan jangan ambil risiko untuk melabur walau seringgit. Hari ini aku ingin tampilkan kebenaran di’sebalik perniagaan internet.

Pertama sekali, ingin aku ingatkan yang aku bukan seorang pakar perniagaan internet. Aku tidak memiliki apa-apa perniagaan yang menggunakan internet sebagai medium. Jauh dalam hati aku, aku masih percaya kepada perniagaan secara konvensional. Tetapi, aku sarankan untuk kau teruskan pembacaan kerana aku adalah antara manusia yang menjadikan internet sebagai makanan ruji selain nasi & ayam. Maka, jika tidak banyak pun, sedikit ilmu boleh aku kongsikan tentang apa sebenarnya di’sebalik sebuah perniagaan internet.

Tiada skim cepat kaya, cepat untung, cepat mewah atau cepat pulangan

Jangan percaya jika ada yang menawarkan satu skim perniagaan yang mengatakan kau akan mendapat keuntungan serta-merta. Konsep sebegitu sebenarnya tidak wujud. Satu-satunya orang yang mendapat untung serta merta adalah orang yang menawarkan konsep begitu kepada orang lain dengan harga tertentu. Kau boleh mulakan perniagaan internet sekarang, tetapi duit atau keuntungan tidak akan datang ‘SEKARANG’. Ingat!

RM XXXX sebulan selepas Y bulan adalah karut semata

Selalu kita dengar, perniagaan internet yang menawarkan pulangan RM5,000 sebulan selepas berniaga selama 3 bulan atau kurang. Jangan mengarut. Kebanyakan perniagaan akan mengalami kerugian pada peringkat awal mereka beroperasi. Malah, ada yang gulung tikar kerana tidak mampu bertahan. Walaupun ada kes menunjukkan sesebuah perniagaan mampu mencatat keuntungan dalam masa yang singkat, tetapi kes tersebut merujuk kepada sebuah syarikat yang mempunyai pelan perniagaan yang kukuh, bukan’nya sistem perniagaan yang di’tawarkan kepada ribuan individu lain.

Formula mudah, kerja = wang

Tiada satu pun perniagaan dalam dunia ini, termasuklah perniagaan internet yang tidak memerlukan kudrat kita untuk bekerja. Jika pun kau peruntukkan 2,3 jam menguruskan perniagaan internet, ia masih memerlukan ruang untuk belajar, membuat kesilapan, belajar & belajar. Tidak juga bermakna dengan bekerja 2,3 jam sehari mampu menjana kemewahan — kebanyakan jutawan bekerja keras di’awal perniagaan mereka. Ini termasuk hanya tidur 4-5 jam setiap hari. Ada berani?

Dan, jangan pernah percaya dengan janji manis skim perniagaan yang menawarkan kemewahan hidup dengan goyang kaki. Satu-satu’nya kemewahan yang kau perolehi jika bergoyang kaki adalah lemak di’badan.

Perniagaan internet adalah sama dengan perniagaan konvensional.

Bermaksud, apa yang kau lihat berlaku dalam perniagaan secara konvensional di’dunia nyata, itulah yang berlaku di’dalam perniagaan internet. Secara asas’nya, jika mahu memulakan perniagaan internet, kau perlu ada produk atau servis untuk di’jual. Dan, kedua kau perlu bijak & strategi yang baik untuk pasarkan apa yang kau tawarkan. Tiada apa yang berbeza dengan berniaga nasi lemak di’pasar malam. Produk kau adalah nasi lemak, dan strategi jualan kau adalah masuk ke pasar malam yang mempunyai ramai pengunjung. Bijak di’sini mungkin merujuk kepada kreativiti kau menarik pelanggan. Sama ‘kan?

Produk untuk di’jual di’internet boleh terdiri dari apa sahaja yang kau terfikirkan. Dari sekecil-kecil pencungkil gigi yang unik sehinggalah servis urusniaga hartanah. Internet hanya satu medium pemasaran untuk produk atau servis yang kau tawarkan. Tiada yang magik di’dunia internet walaupun secara peribadi aku anggap internet adalah ciptaan manusia yang hebat.

Nasihat aku sebagai seorang Mohd Ismail, jangan terlibat dengan apa-apa skim perniagaan internet yang terlalu senang untuk mendapat keuntungan tanpa sebarang kerja. Semua perkara perlukan usaha. Buang air besar pun perlu meneran, inikan pula mahu mencari sesuap rezeki, ye tak?

Popularity: 9% [?]

There Are 41 Responses So Far. »

  1. aku setuju..tapi lain kan dengan pengiklanan….? aku sebenarnya pun teringin nak membuat perniagaan internet,tetapi,aku tiada bahan rujukan yg sahih..maksud aku,aku kene tgk dia buat sendiri….aku kalau bace tulisan suh buat itu ini,aku lemah sikit…kekadang tak sampai ape yang disampaikan…

  2. business ni, apa jenis business pun la.. kalo ade niat nak buat tu, baik terus buat.. sekecil mana pun xpe.. start dr situ, kita akan belaja pelan2.. teori2 utk di’baca ni sekadar memantapkan pemahaman kita tentang business..

    apapun, kene start dulu, kene tersungkur dulu, kene jatuh dulu… baru kita kenal business kita dgn betul.. =)

    satu lagi, jgn takut gagal…

  3. Ayat kau ikhlas tapi kasar. “Buang air besar pun perlu meneran”, lol. Kalau mau berjaya, mesti kreatif. Bercinta pun kene kreatif. Ataupun lebih tepat, cinta itu spontan. Maaf melalut.

    Aku pun same macam kau, maseh lagi pegang pada konvesional. Pada aku, Internat hanya medium. Tapikan, ade ke org kita yg beli barang online tuk produk “lelaki hebat”? Iklan nye bersepah2. Mungkin idea nye, orang malu nk beli kt pasar malam tapi tak malu bile beli di forum. Haha. Kalau kau dah try mael, rekomen aku satu. Gile ah ding dong!

  4. ya.. itu satu produk yg hangat kat internet.. tp berisiko tinggi kepada pembeli.. gila ko nak cuba2.. buat layu nanti, x pasal2… ha ha ha..

    *senang sikit nak bermetafora gitu, kang kalo ade pakcik2 yg baca, senang dia relate dgn kehidupan seharian sebelum gadai tanah nk join bisnes internet…*

  5. make sense..hmm..ai bila ak nk kuar list top comentator nih.ahah

  6. “Buang air besar pun perlu meneran, inikan pula mahu mencari sesuap rezeki”..Yes Mail, aku suka phrase ni.Bagi sesiapa yang rasa perniagaan internet itu mudah, test meneran dulu.Kalau kau dapat meneran tanpa menggunakan tenaga walaupun sedikit, bermakna kau ada talent untuk terlingkup..hahaha

  7. Kalau tiada jatuh,tak jadi lah apa yang dia tu buat.Itu yang aku rasa la.Aku da terlibat dalam benda nih lebih setahun lalu.Tapi dalam 3 4 bulan nih je baru aku dapat hasil.Sebelum aku dapat hasil tu,kebanyakkan duit aku keluar utk bahan bahan keperluan.Labur orang kata.Tapi aku syukur,segala apa yang aku labur tu dulu hanya sebulan sahaja utk aku dapat semua balik,itu pun selepas setahun lebih aku bagai nak gila.

    Aku masih teruskan.Yeahh!!

  8. haha.. sungguh sinis n kreatif ayatmu itu mael. tapi betul gak apa yang kau cuba sampaikan tu. bulan xkan jatuh ke riba. duit xkan datang bergolek. kena usaha baru leh dapat untung. ni x, senang2 je nak untung. last2 diri merana.

    pe kata sesiapa yang minat nak jadi usahawan tu, amik je kursus usahawan. cari ilmu pasal bidang perniagaan ni terlebih dahulu. kalau ada ilmu, x le bodo2 je kena tipu ngan orang. x gitu..?

  9. formula mudah, kerja = wang - saya amat bersetuju dengan yg ini!

  10. Tinggi Betul tahap Peribahasa Ko Tuh. Tapi Aku Nak Tambah Bahawasanya “Perniagaan Internet Adalah Umpama Orang Buasir Yang Meneran Sewaktu Membuang Air Besar”. Haha.. :D=

  11. saya mau jual nasi lemak melalui Internet!

  12. huhu.. nice onemail.. x nak crite ke caner nak increase traffic visitor?

  13. jgn saja peniagaan mjual tubuh di internet makin berleluasa.
    macam kisah si ****** tu.
    haha

  14. perniagaan internet sebenar kat M’sia aku lihat dah makin berkembang…
    ramai student, pekerja gomen, makcik² jual produk diorang kat internet…
    kalau yg skim² karut tu kalau turut berkembang jugak tak tau la, sebab aku tak amik port sgt dengan skim² camtu…

  15. nak bisnes kne mendalami dlu bisnes tu..jangan main taram je..
    Ape bisnes pun leh dapat untung kalu kita mmg dah mendalami bisnes tu & tau & mampu untuk menjadikan bisnes tu berjaya. tapi klu yg kne tipu bulat2 tu lain cerita la..

    p/s : jgn kne tipu.. =|

  16. kalau ingin berjaya dalam bidang skim itu ini. jadi orang pertama, yaitu pembuat skim tersebut. baru masyuk.. dan sebarkan janji manis mu bersama album aishah. insyaAllah senang didunia.

  17. eya mael..aku setuju ngan ko..ade ramai kengkawan aku yg join perniagaan mcm ni..ade gak yg ajak aku join dorang tapi aku tak layan..bila tak layan, dorang wat muka..haha!

  18. betul tu! kalo jadi org yg pertama, mmg masyuk.. aku cadangkan buat skim piramid dengan nama DuitDariLangit.com, then promote gila2.. konfem kaya..

    *dan, masuk neraka.. ha ha*

  19. skim2 karut tu ikut sama berkembang… itu yg aku bengang tu.. buat busuk nama internet je nnt.. susah ar aku nak kejar populariti… ha ha ha

  20. jual nasi lemak segera… dalam tin punya style.. rebus & makan.. ha ha.. jgn tatau, burger keju skang da ade segera punya dalam tin.. kool!

  21. Benar apa ko kata mail. :) berpijak di dunia nyata jika ingin berniaga kerana dugaan sentiasa ada. dan bersedialah untuk jatuh dan pastinya bersedialah juga untuk bangun kembali.

  22. jng jual nasik lemak “beku” sudah la.huhuuhh

  23. satu business je yang aku percaya.. tapi bukan kat internet.. ianya Luxor.. tak pernah dengar? kesian korang.. hehehe.. pakcik kayo!! sape nak join, kontek khai..

  24. bisnes pe tu? ley caye ke.. ada join2 lak..

  25. luxor = sejenis MLM..
    pndai buat marketing buleh r..

  26. loh.ilang selera ak.. hahaha…

  27. info yang menarik…
    aku pon tak percaya..
    bukan mudah nak carik duit…
    sedar la sket..

  28. benar sebenar-benarnya artikel di atas!

    fikir sehabis baik logikal untuk memulakan perniagaan. yang paling penting rancangan (plan) anda tentang sesuatu yang ingin dibuat!

    mael, aku rasa mereka yang tidak tahu buruk baik perlu didedahkan dengan nasihat secara teknikal seperti ini.

  29. untuk mulakan apa2 biz, kita perlu ada modal, pengetahuan dan produk untuk dijual. Kalau nak buat biz kat internet mesti ada laman web sendiri. Setiap biz ada risiko untung dan rugi. jika tak der risiko bukan biz namanya.Pengalaman sy buat biz , apa yg paling sukar ialah menjual produk pertama. biz bukan untuk untuk main-main, jika anda serius barulah boleh buat.

  30. perniagaan internet tak sama dengan buat duit dengan internet…. ada beza tu kan?

  31. list top comment tu rotate setiap minggu… maka kena aktifkan diri setiap minggu daaa… mengejar depa yang lain… komen laaa banyak mana yang nak… lagi pun komen balas pun ada… bagi aje laa komen mana yang berpatutan… pastinya ngetop punya…

  32. kalo dah beku rebus aje laaa… minum laa macam dugrow…

  33. duityangterbang dot com lagi bagus… terbanglahduitaku dot com memang gempak satu malaya… daftar ahli 5 henggit sorang … gerenti memang cepat sakan dapat duit…

  34. dari itu marilah kita buat seminar www duitterbangdaripoket dot com ..

    cara2 untuk menghapuskan sebanyk mungkin duit dari poket atau duit dari saudara mara terdekat…

  35. salam gie..aku ada idea cuma tak terlaksana lagi..cuba try yg nie http://vangardx.net/blog/small-business-idea-selling-movie-ticket/

  36. salam..kool gila idea ko bagi.. he he.. boleh la sapa yang duk dekat ngan cinema tu, buat duit dengan laptop yang ada.. kita sediakan perkhidmatan membeli masa =)

  37. Mael, Hang semakin serius skang sejak2 nak grad ni..gerun plak aku..kui kui kui

  38. First Terima Kasih kepada owner blog ni
    saudara Ismail aka Mail :D Kerana kesudian anda
    melawat blog laling..

    Untuk entry ni laling ingin berkongsi bagaimana anda boleh menvariasikan perniagaan internet dengan macam benda dengan lebih kreatif berasaskan principle business itu sendiri as long ada demand you offer then come to transaction of profit of money.Ia juga boleh jadi menambah nilai barang yang percuma tak berguna untuk diniagakan macam membeli scrap komputer CPU etc yg didalamnya ada emas untuk di extract keluar.

    Then menjual jongkong emas 2kg bernilai RM160,000 sebulan dari aktiviti ini diluar pemikiran laling.Satu kisah kejayaan orang Melayu glokal.

  39. laling - berkenaan lawatan aku ke blog Laling, aku tidak cari 3GP.. ha ha ha..

    tp Laling, dlm sebiji komputer, ada berapa gram emas utk kita extract? huu.. boleh jugak kita wat kira2 bape banyak cpu kene ade utk dapat 2kg emas.. =)

  40. Hi Mail..
    CPU memang sikit tapi motherboard kilang yang guna robot sistem ada banyak emas..alah ni semua berasas konsep sikit2 lelama jadi bukit..

  41. owh.. emas tu dalam motherboard eh? hehe.. kat locker aku ni ade sebijik motherboard lama.. nak? hehe

Post a Response