Tanya Mail! RM1,000 & hidup di’kota besar
- 51
- Add a Comment

Lama sudah bukan aku tak bikin entri di’bawah kategori Tanya Mail! Email yang aku terima dari seseorang bernama Lydia, 23 dari kota besar Pulau Pinang, aku sendiri kurang pasti dari bahagian mana Pulau Pinang datang’nya Lydia, tetapi dari no. IP yang aku terima, Lydia berada di’bahagian pulau dan bukan’nya di’tanah besar. Lydia kemukakan soalan begini untuk aku, struktur ayat telah di’ubah untuk memudahkan pemahaman kalian, ayat yang Lydia kemukakan agak berterabur & aneh
Apakah pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan lebih RM1,000 kepada seorang fresh graduate lulusan universiti dalam bidang pengurusan di Pulau Pinang atau kota-kota besar lain & boleh’kah seseorang itu hidup dengan selesa berbekalkan RM1,000 sebulan di’sebuah kota besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru mahupun Pulau Pinang sendiri?
Aku tiada jawapan untuk ini. Soalan begini lebih molek jika di’tinggalkan untuk kalian, pembaca bijak bistari menjawab berdasarkan keadaan ekonomi & situasi semasa negara kita. Lydia, lagi 24 jam aku yakin, kau akan peroleh jawapan dari rakyat Malaysia yang rajin berfikir. Sekarang, ruangan ini bernama Tanya Pembaca Mail! Ha ha. Ayuh kawan-kawan, tolong Lydia dengan persoalan hidup beliau.
Aku ada kelas. Aku sangat sibuk ketika ini sperti layak’nya Perdana Menteri yang kita cintai. Media semalam mengeluarkan tajuk berita ‘Penulis Blog Pengecut’. Damn! Tulis’lah tajuk detail sikit,’Penulis Blog Politik Pengecut’. Itu yang betul.

51 Comments
muhdzahari
August 20th, 2007
at 1:43pm
mungkin mereka hanya tahu yang blog hanya untuk berpolitik..
mael berpolitik ke..berjiwang?
haha..
Fahmishah
August 20th, 2007
at 2:08pm
apakah?secara umumnya pengecut?…cakap saja kerja mereka…tp ntah2 org yg cakap tu lagi pengecut..
Rjuna
August 20th, 2007
at 2:20pm
fresh graduate-bidang pengurusan-gaji rm1000.
boleh jika anda menggunakan pengangkutan awam, or naik skuter ke pejabat, jangan beli kereta, kerana sudah pasti kekasih/bos anda mampu menumpangkannya
selalunya gaji rm1000 hanyalah permulaan, ia hanya dugaan pertama anda di dunia pekerjaan, tunjukkan minat anda rajin bekerja, datang tepat masanya, prestasi syarikat juga pasti meningkat, kerja anda diperhatikan pihak pengurusan, dan anda berpotensi dinaikkan gaji pada masa akan datang
beckzaidan
August 20th, 2007
at 2:23pm
dah dah. biasa la paper. semua nak jual je. tabloid dha byk dah… ahahhaa… spekulasi semua tu, tuduhan tanpa asas dan sipi sipi je kena org yg sebebnarnya diaorang carik…
berbalik kepada soklan lidia tadi, rm1000 untuk hidup sebulan? huhu, kerani pun dah gaji tinggi dari seribu masuk elaun COLA semua.
saya tidak tahu kerja apa, tetapi pengurusan boleh masuk entry level. dengan rm1000 untuk hidup di kota besar? boleh. naik kenderaan awam dgn pas bulanan, makan rm10 sehari, tiada hutang kad credit, tiada hutang PTPTN, tiada duit utk ibu, tiada duit utk membeli belah sesuka suki, dan sbgnya. insyaAllah ada bagi rm100-200 di hujung bulan.
tapi kalau lulusan universiti graduan ijazah, aku rasa, elok mula dengan kerja kerja entry level yang bergaji paling tinggi rm1500. tulisi dlm resume anda bahawa gaji yg diminta sebanyak itu.
kalau anda meminta lebih dari itu, tetapi mempunyai pointer setaraf atas paras hidung dlm air, cukup bernafas sahaja, lupakan, dan tidak perlu tunggu respon dari syarikat berkenaan (kecuali syarikat jualan langsung, jual dalam tepon, atau bekerja di luar negara yang byk sgt diiklankan di surat kahabr dengan tajuk EKSEKUTIF POST), mungkin diaorang akan reply la. tapi jgn letak harapan yang tinggi.
jgn memilih kerja, kerja dulu apa yang boleh. takkan nak tunggu kerja yg hebat sahaja kot. takkan nak hantar resume pun nak mintak duit setem kat emak? huhu~ bisa tak kena? bisa tak, sapa terasa? aku dulu sblm dpt kerja best, smpt kerja pasar malam, 7 eleven, dan angkat guni padi ko tau?
lebih afdal, kahwin. minta suami bagi rm1000 sebulan untuk belanja rumah, beresssssssss….
untuk pengetahuan, aku bekerja di PENANG, dan aku hanya memerlukan rm500 sebulan untuk belanja mkn, minyak, dan segala bagai. tapi itu selepas ditolak semua sewa rumah, hutang dan ptptn, duit emak dan sbgnya… boleh je hidup. disiplin. itu key dia. ahahha…
sekian, entry blog di blog orang lain pada kali ini…
esok saja…
chot
August 20th, 2007
at 2:36pm
mana cukup dgn RM1000 di KL…aku parking keta di klcc sehari RM8 hinggit. makan nak murah g wisma central sebelah pelita tu..koman2 pagi dan tghari RM12…umah sewa aku terpaksa cari di area nilai..pasal murah beb!
abdfatah
August 20th, 2007
at 2:44pm
hahaha… mari kita tulis banyak2 entri pasal “penulis blog pengecut”
entahlah kalu setakat nak cakap dan nak tulis boleh laaa…
habis tu orang yang membuat laporan dalam media itu bukan pengecut jugak ke?
apa dia? citer pasal rm1000 sebulan? atau rm1000 seminggu? kalo rm1000 sebulan apa yang dapat diberikan kpd diri kita. kita hanya banyak memberikan duit itu kpd orang lain.
kepada penulis blog contohnya… wuahahhahaaa…
ataupun kpd TNB, kita beri lagi kpd tuan rumah sewa, bil air, parking kereta, bil telefon dan pelbagai macam lagi pemberian ikhlas kita kepda orang lain yang menyempitkan hidup kita.
ia akan berterusan setiap hari… maka takkan sedikitpun tidak ada pemberian untuk diri kita sendiri? berapa lama dah kita kerja dan berapa lama kalo dah berniaga…
hulurkan duit itu kepada orang lain… jawapan yang cukup mudah.
emptyspace
August 20th, 2007
at 3:28pm
penulis blog pengecut? bila mereka specified penulis blog, ia merangkumi semua blogger.. Jangan kerana salah penulis blog politik buat hal.. kami blogger lain terlibat sama..
gaji RM1000 utk seorang perempuan sudah mencukupi untuk hidup di bandaraya Johor Bahru. tapi cukup itu sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. jika belum ada pasangan dan komintmen lain maka rm1000 lebih mencukupi
n3dmax
August 20th, 2007
at 3:59pm
askum, aku nk tnye sket, kalo aku nk join group happypeople media nih bleh x????
mixterr
August 20th, 2007
at 4:38pm
Di kuala lumpur RM1000 sebulan.cukup mmg cukup, tetapi kene pandai berjimat. makan kene jaga, masak sendiri atau pilih kedai yg harga berpatutan.. sewa rumah agk mahal di KL. rumah paling ok pon Rm300 sebulan. paling kuat pon habis 700 hingga 800 sebulan termasuk tambang, mkn da lenlain.Yg penting diri tu la kene berhati hati. Godaan byk di KL. jgn selalu gi merayau di shopping plak.. kang ade je nak beli. Duit kalo di kejar xkan kemana? melain diri sendiri bijak menggunakannya.
Rm1000 hingga RM1200 mungkin bole, tp kalo lebih susahla. Di office kakak aku, fresh graduate dr luar negara baru bergajikan 1200 di sykt Sunrise Bhd. mmg btol pointer kene bagus. dan pengalaman adalah sgt penting. kalo xde pengalaman, tunjukan minat anda. kalo mcm aku kene la portfolio bgus.
jgn terlalu memilih kerja. kerja dahulu yg mana ada. dptkan pengalaman dahulu..
khai
August 20th, 2007
at 4:42pm
gaji RM1000 di KL? eh.. ape pulak tak cukup… cukup tuu….. cukup cukup makan!! hahaha… x yah la KL.. why KL.. tempat lain takde kerja ke.. KL ni maintenance tinggi.. mmg tak boleh belah!!
pasal bloger pengecut tu, aku rasa pemberita tu juga pasti mempunyai sebuah blog.. ya, dialah raja segala pengecut!! tahniah!!
Fahmi
August 20th, 2007
at 5:03pm
Gaji RM1000 cukup je…Kena pandai urus kewangan le. Kalu gaji RM 5000 pun asyik hutang sana hutang sini. Enjoy sana enjoy sini. Sampai bila pun tak cukup.
sankai
August 20th, 2007
at 5:11pm
1000 ekk.?? bergantung kepada berapa banyak perut ko tanggung…kalu takat duit emak 2-3 ratus tu bleh lagi..tapi kalu ada awek tu pepaham jer la..hehhheehhhee…
and yes..betul cakap beck..disipline….
WaWa
August 20th, 2007
at 5:36pm
aku setuju. mana cukup rm1000 di kl. lain la kalo lydia tu mengaplikasikan idea beck atau rjuna yg ckp, naik bas atau komuter, makan rm10 sehari, tak ada duit ptptn, tak bagi duit dgn mak bapak, DAN x membelanja duit tu untuk shopping di OU atau KLCC atau MV. kalo dgn rm1000 sebulan nak mimpi bawa kereta, hoho lupakan. dengan duit minyak lagi, duit tol lagi, duit parking keta lagi.. haha..
beckzaidan
August 20th, 2007
at 7:30pm
ahaha, lagi lagi kalau awek tak duduk satu negeri ngan ko plak. adus… ahahaha…
ahaha, KL, JB, PENANG. overrated sial. kalau aku ada kerja di kampung, seperti bertani atau family aku ada tanah, aku nak usahakan dari kerja mkn gaji yang takde penghujung ni. ahhaha…
sapa nak menantu rajin buat cucuk tanam ni, sila carik aku. kepada awek awek yang punya tanah keluarga yang perlu diusahakan, sila contact aku juga… asalkan korang lawa atleast mcm maya karin, ATLEAST!!!
faidhi
August 20th, 2007
at 9:03pm
kehadapan dan kebelakang mail yang dikasihi .. huhuhh .. boleh tak patik ingin mengetahui .. apakah nama theme wp yang tuan hamba gunekan .. patik amat2 berminat utk menggunakannya .. lalallaa
hvm
August 20th, 2007
at 9:16pm
uh, mael sekarang berjiwang rasanya… lihatlah entri beliau sebelum ini.
hvm
August 20th, 2007
at 9:19pm
RM1,000.00 in KL equal to RM2500.00 in kampung. Better stay at kampung. If you don’t normally suffer, better don’t cuz with RM1k a month, it’s really hard to live :-(
edt83
August 20th, 2007
at 9:31pm
mm…actually kalau dikira betul2 mmg RM1000 ni ckup utk kerja dan idup di KL… kerana aku dlu pernah jek dpt elaun hanya RM500 … dan masih ble idup…ble enjoy..then aku pkir kalau gaji aku naik..i mean da dpt gaji ble aa banje2 lebih2 skit..da dpt gaji still duit cukup2 mkn..+ enjoy..huhu..then gaji naik..pon situasi masih sama…kenapa?
hehe…sbb aku tak pernah puas…semakin byk duit semakin byk berbelanja, mkn…minum…enjoy…ahhaha..
hafreze
August 20th, 2007
at 9:47pm
rm 1000 kat bandar besar? aku rasa mmg sgt tk cukup. pasal sewa umah due bilik kat kl jerk dh bape kan..pastue..makan minum lg…
tp..klu pandai caranya..
sewa umah 2 bilik..share ngan member dlm 4 org..
makan minum masak sendrik..
naek bas or lrt or jalan kaki
topup bajet 50 jer sbulan
dan sebagainyer
p/s: aku nie pandai jerk nk kire2..tp diri sendrik pn overload..hahaha
Wizurai
August 20th, 2007
at 10:40pm
boleh kalau ko tinggal bersama family, tidak mempunyai kekasih, tidak perlu mebayar ansuran kereta, tidak payah bayar balik pinjaman pelajaran…
banyak betul yg tidak… tapi, memang boleh… pandai² la… bacalah buku pengurusan kewangan jugak yer…
draxter
August 20th, 2007
at 10:42pm
Kalau rasa cukup tu, memang orang tu bijak. Aku sekarang pun duduk rumah kampung sekejap. Gaji 800, rumah dan makan free, hu hu. Cukuplah tu
zaki
August 21st, 2007
at 12:13am
besar kerak besar lah belanja, kecil kerak kecillah belanja…all depend on us…no matter where we stay.
khai
August 21st, 2007
at 12:21am
dia tempah khas dari si bob… setahu aku le.. jahatnye aku tolong jawabkan…. hahaha.. theme dari bob ni mmg best.. selesa.. x sakit mata dan lebih profesional tampaknya…
Qai
August 21st, 2007
at 1:32am
Kalau Kiter Seorang Yang Cermat Bebelanja RM1000 Pada Saya Tidak Ada Masalah Hidup Sebagai Seorang Lone Ranger. Kunci Utama Pada Saya Adalah Ramaikan Member ‘Sekaki’. Tujuannya Bukan Untuk Pinjam Meminjam Duit, Tetapi Adalah Untuk Cover Mengcover Macam Contoh Sewa Rumah, Bil² Bagai & Lain² Hal. Walaupun Nampak Tak Logik Tapi Sebenarnya Tetap Ada Orang Yang Boleh Hidup Dengan Nilai Sebegitu. Cuma Nasihat Saya Jangan Menggunakan Kad Kredit Daripada Bank Yang Mengamalkan Sistem Riba. Itu Sudah Cukup.
Gaji Bagi Seorang Fresh Graduat Bagi Saya Paling Minima Kita Boleh Fight Adalah Rm1500 Ke Atas. Tiada Masalah Dari Segi Pointer Jika Kita Ada Kaedah Komunikasi & Soft Skills Yang Berkesan. Interview Adalah Segala²nya. Bukan Pointer Di Atas Kertas. Ini Adalah Berdasarkan Pada Pengalaman Saya.
Dah Macam Entri Dah Mael Oi. Ko La Yang Suruh Kitorang Jawab Kat Sini. Haaa…
hafreze
August 21st, 2007
at 2:13am
bro, saya baru jer update entry psl anti smoking..so ade relatekan ngan bro nyer article…blh erk..
nashrex
August 21st, 2007
at 7:16am
dulu aku keje di jb. position mmg utk lepasan diploma. dan gaji aku brape ko tau? RM750.00. blom tolak Socso lg tuh.. nasib baik tmpang rumah org. dpt laaa kumpul sket, tp live takde laaa..
beckzaidan
August 21st, 2007
at 8:37am
dude, aku kerja 7eleven dulu, rm700 je. sesak dude. ahaha, aku duk area puchong. sakit gak la. tapi itupun untuk senang pergi interview area KL. cukup la bayar duit sewa rumah, dan duit mkn dan duit transport nak gik interview tu. huhu~
nasihat aku kat sini adalah disiplin la sekali lagi. niat kena kuat. tekad kena tekad. pepaham la kaum hawa ni, ada je nak ditambah dlm almari tu setiap bulan. mcm lelaki plak, tak selalu beli baju kemeja kerja, dlm 3 bulan baru la nak merasa pakai baju baru. kan?
wuhu…
bob
August 21st, 2007
at 8:44am
mana bole jadi!!. (RM)(Pengecut)
saharman
August 21st, 2007
at 8:59am
Bayar sewa rumah RM 500, bayar kereta RM 515 ni dah RM 1015 dah …. mana cukup RM 1000 ni, tapi masa aku mula kerja kat KL dulu gaji aku RM 915 je…. boleh pulak survive, cuma perut aku masa tu tak lah se seksi sekarang ni…huuu….huu….
adila
August 21st, 2007
at 10:37am
huhu…kalau untuk sorang maybe cukup la…tu pun kena berjiamt tahap karma…tahan diri dari shopping, makan yang terlebih sedap…masak sendiri menjamin anda dapat simpan sikit dari duit gaji tu…dan, yang penting, jangan la dok berlagak banyak duit…nanti hutang keliling pinggang…
teringat masa kerja jadi RA kat UKM dulu, starting RM800 jer, sewa rumah RM150, makan, minum…bla-bla….akhirnya, abah tolong bank in
edt83
August 21st, 2007
at 10:59am
aa…ditambah duit hosting + duit domain nk kena baya… lagi laa duit topup…banje kawan2..banje awek…duit minyak(naik lagi ke?) minyak masak pon naik…
aku rasa makin gaji kita naik…makin barang naik…then …x ckup2 aa gaji aku hahaha
sankai
August 21st, 2007
at 11:49am
ya..ya….kalu makan gaji, kita tak nampak mana duit itu habis..nak menyimpan.?? kalu gaji 10k mungkin la ada simpanan…hahhhaha….
beckzaidan
August 21st, 2007
at 12:32pm
duit domain, duit hosting free. ahahhaa… :) minyak tak pakai byk, rm5 je seminggu. awek jumpa sekali je sebulan, top up rm30 sebulan sekali topup…
oh indahnya alam sebagai bujang.
untung mereka mereka yang bekerja dan duduk dengan mak ayah… uuuu…
hafreze
August 21st, 2007
at 12:53pm
tp jeles gak kat bdk2 ipts skang..kat tempat aku ade 2 org pakai mazda rx8…perghh..mak bapak dieorg keje ape pn aku tau sure..so, camne nak jimat kalu lifestyle mmg high..ehek3
n3dmax
August 21st, 2007
at 12:56pm
dunia hari ini bgiku kalau hnye dgn gaji RM 1000 & hidup di Kuala Lumpur, mmg tidak mencukupi…
topup sne cni…apetah lgi gaji RM 1000, kerja pun lum tntu dpt….
emmacommey
August 21st, 2007
at 12:56pm
he3…awk kne tag…sila lawati page sy utk maklumat lanjut…
musnazdotnet
August 21st, 2007
at 1:26pm
hmm… daripada soalan lydia tu, jawapan saya ialah…. TAK BOLEH! unless, tak payah bayar duit tempat tinggal dan transport! yeah!
zool
August 21st, 2007
at 2:11pm
sebenarnya saya tak layak untuk menyatakan pendapat tapi pada pandangan saya terpulang kepada keupayaan anda berjimat dan mencari sumber pendapatan sampingan..
Terpulanglah kepada anda membuat keputusan,…
Noorizam Shah
August 21st, 2007
at 2:47pm
cukup2 makan ker? cukup2 10 hari jer? hehehehe..
apa2 pun layan!!!
catz
August 21st, 2007
at 5:36pm
bulan 11 nanti genap setahun aku tinggal di shah alam dgn purata pendapatan RM500 sebulan (bekerja sendiri). syukur masih cukup makan,sewa umah, bil,beli brg branded dan mampu bg mkn kucing dan kura2 juga.La..la..wahai kawan duit byk manapun tidak akan cukup jika berbelanja tanpa ukur poket sendiri.
Mohd Ismail
August 21st, 2007
at 6:35pm
terima kasih sajalah yang mampu aku ucapkan kepada semua pandangan yang kalian lontarkan untuk persoalan Lydia kali ini.. aku harap beliau membaca dan boleh membuat pertimbangan sendiri tentang hidup beliau..
aku tunggu e-mail respon dari Lydia.. he he :)
Mohd Ismail
August 21st, 2007
at 6:37pm
page mana ni emma yang comel? tinggalkan la barang satu URL buat reference… hehe
Mohd Ismail
August 21st, 2007
at 6:39pm
ya.. disiplin.. key paling penting di’sini adalah disiplin sesorang itu dalam menguruskan wang yang dia ada.. :)
terima kasih Beck, kau memang komentator sosial yang bagus!
Mohd Ismail
August 21st, 2007
at 6:40pm
Faidhi, theme wordpress aku yang ini di’reka khas oleh Bob dari BlogOhBlog… dia ade sediakan banyak theme wordpress yang mirip2 theme aku ini.. try la usya..
Mohd Ismail
August 21st, 2007
at 6:41pm
wa’salam… email aku n3dmax.. kita sembang lanjut sikit..*ko bukan ade blog ke sebelum ni? nape tak tinggal url?
Mohd Ismail
August 21st, 2007
at 6:42pm
kepada Lydia.. baca komentar yang ini baik2 & meresap ke dalam dada.. kalian semua juga.. ingat!
disiplin itu penting… terima kasih sekali lagi Beck!
azwanhadzree
August 21st, 2007
at 10:52pm
RM1000, wooo! sikitnya bagi seorang degree graduate walaupun baru bermula,.Mungkin kau perlu tukar kerja dulu? ha..ha..ha.. macam nak cari kerja senangkan.
Anyway, kalau RM1000 tu bersih, masih boleh hidup tapi kau perlu melupakan beberapa benda yang nampak penting tapi yang tak penting sebenarnya. Perlukah kau K810i sedangkan yang J series itu sudah mencukupi?
Perlukah kau menyewa sebuah rumah, sedangkan kau hanya mampu berkongsi bilik?
Itu contoh saje ya. Mungkin kau berkata : it’s easier said than done, tapi aku pernah melaluinya.
titan
August 22nd, 2007
at 1:06pm
Jimat penting. Menabung pun penting. Paling penting. Cari duit tiap2 bulan. Yang dah kawin. Duit mesti ada. Ada mulut nak makan tu..
catz
August 22nd, 2007
at 5:12pm
hehehe..aku degree graduate yg masih hold byrn balik pinjaman..erm..mereka juga kena fhm peluang belajar tidak sebyk peluang pekerjaan. Apa guna impian utk melahirkan graduate berprestij jika akhirnya semua graduate ni bekerja utk cukup mkn tanpa mengira bidang. Sungguh kesian malaysia di mata antarabangsa.
penyemak
August 24th, 2007
at 9:16am
Kalau rm1000 duduk kat bandar besar, memang tak cukup - gerenti! Satu cara nak dapat income lebih, kerja utk kompeni multinasional - mcm saya. You kene berani dan of course boleh speaking. Saya hanya budak kpg - tapi berani. Kenapa takut? Saya grad lokal - ijazah dari utm jb. Belum selesai pengajian ada kompeni org putih dari s’pore datang cari org. So beranikan diri - attend interview. Alhamdulillah ok. Whats interesting dia tak minat sgt tanya pasal akademik. Dia cari individual yg berkemampuan bekerja tanpa constant supervision. Antara point yg menolong saya ialah saya biasa kerje keras masa kat kpg di dusun keluarga - sendirian. So gaji mula saya dapat usd1250++. And that was 15 years ago. Over time…banyaklah review dan kenaikan. Looking back, saya rasa bertuah kerana berani. Dah banyak negara saya lawat dan lihat. And what makes it is so sweet is i was just a kampung boy who has never been away from my kampung further than 20km (where my school is…)
So what im saying to you is, be brave. Jangan jadi pengecut. Work for international company!!
(bukan nak berlagak ye…cuma nak kongsi experience)
hafifi
August 27th, 2007
at 11:49pm
susah nak hidup la 1000 dok kl sebulan.. baik pk rm1000000 ke..