Tentang
Nama saya Mohd Ismail Baharudin mengikut kad pengenalan yang di’keluarkan Jabatan Pendaftaran Negara 2 tahun lalu. Saya berumur 21 tahun & lahir pada Ogos 1985. Semestinya saya berada dalam lingkungan manusia Leo. Lahir dalam keluarga sederhana dengan seorang abah & seorang emak serta 3 adik. Saya anak sulung.
Ketika ini, saya sedang mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Universiti Sains Malaysia. Kini berada di tahun ke-3 & akan menerima ijazah pertama dalam hidup setahun dari sekarang. Saya meminati bidang Kejuruteraan Kimia kerana seorang pensyarah saya di Kolej Matrikulasi menggoda saya supaya mengambil bidang ini jika saya berjaya masuk ke universiti. Pensyarah itu sangat lawa & masih bujang. Kini pensyarah itu entah di’mana.
[Kemaskini 20 Mei 2008 - Aku sudah tamat pengajian dan sedang menganggur - jika itu istilah yang sesuai untuk aku yang bekerja sendiri]
Saya mula menulis ketika di sekolah rendah lagi. Saya menulis untuk buku-buku nota & dinding sekolah. Kawan-kawan saya juga ramai menulis dengan penulisan kreatif begitu. Tetapi sekarang saya tidak menulis di dinding lagi. Ia tidak kool untuk lelaki moden seperti saya. Saya kini menulis di blog. Mohd Ismail dot Com adalah ruang untuk saya menulis apa yang saya rasakan logik & boleh di’terima masyarakat Malaysia.
Saya masih single & available. Tetapi borang permohonan untuk gadis-gadis di’luar sana buat masa ini telah habis & sedang menunggu versi baru.
Mohd Ismail dot Net tiada topik khas yang di’khususkan saya untuk menulis. Tetapi isi kandungannya akan banyak menjurus kepada persekitaran saya & melalui pembacaan saya yang berterusan. Saya suka membaca.
Saya tidak suka kartun, anime mahupun hentai. Itu semua hiburan semata-mata. Saya juga tidak suka’kan Akademi Fantasia & Negara-anda-ian Idol. Saya bukan seorang kaki TV. Saya bukan seorang kaki bola. Saya tidak pernah duduk kedai mamak lebih 35 minit. Saya seorang yang introvert. Saya banyak mengambil dari memberi. Itu seronok!
Terima kasih kerana datang ke’mari. Jika anda membaca sehingga barisan ini, tahniah untuk diri anda.
Bye!

Komentar Terkini