Terima kasih semua!
- 47
- Add a Comment

Sampai kita sekali lagi ke penghujung bulan dan kali ini giliran bulan Julai menutup tirai. Seperti biasa, aku akan menulis satu entri khas khusus untuk merangkumkan segala’nya yang berlaku dalam bulan Julai & sedikit gambaran tentang apa yang akan di’hidangkan kepada kalian Ogos ini.
Kita mulakan dengan Komentator Teraktif Julai 2007. Tahniah kepada Abd Fatah yang berjaya merangkul gelaran Komentator Teraktif untuk bulan Julai sekaligus menerima hadiah tajaan,sekali lagi, adik manis kita, Fawari yang di’bawakan khas dari di’mana beliau berada sekarang bernilai lebih RM100. Abd Fatah, anda akan di’hubungi melalui e-mail.
Jika di’lihatkan pada jumlah komentar yang di’berikan pada bulan Julai, jumlah komentar yang aku terima naik 2.8 kali ganda dari yang aku terima bulan sebelum’nya. Satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan penglibatan pembaca dalam memberikan komentar adalah pertandingan Komentator Teraktif yang aku jalankan setiap bulan. Walaupun kali ini, baru kali kedua aku memberikan sesuatu sebagai ganjaran, tetapi kesan dari pertandingan ini sangat positif. Untuk bulan Ogos, aku masih belum ada sebarang penaja, jika ada yang berminat untuk menaja, sekecil-kecil hadiah pun akan aku terima & penaja akan menerima pakej pengiklanan berkesan di’Mohd Ismail dot Com.
Julai juga menyaksikan Mohd Ismail dot Com menerima komentar ke-5,000 yang datang’nya dari saudara Affuan. Tiada hadiah di’sediakan, tetapi terima kasih untuk Affuan yang menjadikan’nya 5,000 dan semua yang membina angka ini, dan terus meningkat.
Tiadk ketinggalan juga terima kasih buat Adila, Mixterr, Aarin, Wizurai, Fahmishah, Yattie, Zaki Yamani, Azwan Hadzree, Nuzul Hayat & semua yang meninggalkan komentar walaupun satu. Terima kasih juga buat mereka yang datang membaca & mereka yang membaca dari pembaca RSS. Datang la sini, join kami.
Apa yang ada di’bulan Ogos?
Ogos adalah bulan keputeraan aku. Ha ha. Maka segalanya akan menjadi istimewa sepanjang bulan ini. Di’mulakan dengan kemasukan rasmi Persetankan ke’dalam keluarga HappyPeople Media, peralihan kini berada dalam fasa terakhir untuk menyelesaikan beberapa masalah teknikal yang melibatkan hosting. Ini bukan situasi Google menculik laman-laman berpotensi untuk melebarkan pengaruh, ini lebih kepada kolabrasi sekumpulan anak-anak muda yang mahu melihat internet di’gunakan dengan lebih baik. Selamat datang kepada semua warga Persetankan & kalian harus ke’sana ucapkan selamat datang serta melibatkan diri dalam satu-satunya situs yang berorientasikan foto kreatif terulung di’Malaysia. Oh yeah!
Somewhere in August also, aku akan mengadakan kemunculan perdana buat pertama kali’nya di’sini. Tunggu. Ini akan menjadi entri paling ditunggu-tunggu oleh semua pembaca di’sini & orang-orang di’HappyPeople Media sendiri belum pernah melihat aku secara fizikal mahupun foto. Ha ha. Siapa mahu menjadi penaja untuk entri tersebut sebagai hadiah hari keputeraan aku?
Dan, bulan Ogos juga akan menyaksikan produk pertama dari HappyPeople Media akan menemui kalian. Projek yang bermula dari idea hujung minggu ini kini hampir menjadi kenyataan. PCMalaya akan menjadi tanda semangat setiakawan & cita-cita tinggi yang di’kongsi oleh para blogger. Kita mahu lihat internet di’gunakan dengan lebih murni & bermakna. Aku akan menjemput beberapa blogger untuk soft-opening sebelum membuat pelancaran rasmi. Tinggalkan ‘PCMalaya Rocks!’ di’bahagian komentar di’bawah jika berminat. Ada aku bagitahu yang teaser page untuk PCMalaya dah naik?
Akhir sekali, aku mahu tahu, jika aku mahu mengadakan perjumpaan blogger Melayu di’Kuala Lumpur, berapa ramai antara kalian yang boleh turut serta. Aku maksudkan perjumpaan yang besar & meriah serta di’taja. Aku perlukan ramai blogger & pembaca untuk merealisasikan. Kita kasi penuh Kuala Lumpur dengan blogger. Siapa mahu?

47 Comments
affuan
August 1st, 2007
at 11:16am
Bertuah sungguh aku rasa. Kui3. Waa.. Bila nak buat gathering tu Mael? Sanggup aku tinggal kerja jap turun KL kalo betol2 jadi. Bila lagi nak bersua muka? Kan? Kan?
vangardx
August 1st, 2007
at 11:35am
olla olla..singgah jap..tgh jem komputer aku buat hal..nie gara2 pendrive sape ntah..
kalau betul la nak buat gath kat kl..aku nak join nak join.
saharman
August 1st, 2007
at 12:04pm
OK PC Malaya Rocks, kalau kena dengan masa dan aku tak kena outstation tu , aku join sama gathering tu…aku tinggal dekat Selayang jee dan 5 hari seminggu meredah KL dari utara ke selatan ke Technology Park Bukit Jalil mencari rezeki untuk anak ( Mhariz.com ) & isteri dan meredah hujan laa pulak sekarang nii setiap petang utk balik ke Selayang.Insyaallah aku akan join gathering tu…. kau jangan laa pakai topeng Amuk pulak masa tuu….
abdfatah
August 1st, 2007
at 12:10pm
terima kasih daun keladi. bulan depan belum tentu dapat lagi… nantilah saya fikirkan untuk membuat tajaan jika ada. ada sesuatu yang akan difikirkan untuk top komentator di sini… jeng jeng jeng…
wait and see…
mixterr
August 1st, 2007
at 12:15pm
wah nak wat gath ke.. bagus tu aku pon nak join gak?? tp aku nak yg meriah k..
kaSyah
August 1st, 2007
at 1:14pm
buat gathering ke..bole, tapi jgn semuanya laki sudah…nanti aku keras sorang2..
draxter
August 1st, 2007
at 1:47pm
Wow bulan ogos yang best bg ko, semakin sibuk nak merdeka ni. Gath tu nak ikut.
musnazdotnet
August 1st, 2007
at 3:01pm
Fuh, hebat la misi dan visi Mael nih. Bila baca entry Mael kali nih, terlintas pulak difikiran yang Mael ni adalah blogger alternative. Saya pon tak sure apa maksudnya, hu hu…. neway, berminat jugak saya nak jadi penaja untuk bulan nih! apa syarat dan kriteria minimanya? hu hu (YM saya ek! tq)
*untuk gath blogger m’sia tuh, saya tak dapat join, duk kuching maa… duit advertlets belom masyuk lagi, ho ho
angel_baik
August 1st, 2007
at 3:36pm
kenapa kat kl?
Fahmishah
August 1st, 2007
at 3:39pm
hahaha…adakah engkau lelaki lembut?jgn riso..semua lelaki di situ keras2..
Fahmishah
August 1st, 2007
at 3:40pm
aku mahu juga…nak nak….dapat t-shirt free tak?
Fahmishah
August 1st, 2007
at 3:41pm
nak join….dapat t-shirt free tak?
ejump
August 1st, 2007
at 4:17pm
ok tuh mael! pls include my name… nak kena plan awal tuh untuk apply leave..
famia
August 1st, 2007
at 5:12pm
yey. agustus dtg lagik.
bape ribulan hari kejadian ko wahai cek east.
WaWa
August 1st, 2007
at 5:35pm
PC Malaya Rocks. :)
bali
August 1st, 2007
at 5:38pm
yer pc malaya rock the world hehe.
azwanhadzree
August 1st, 2007
at 5:56pm
Ya betul, azwanhadzree rocks .. eehhh.. kau suruh aku kata azwanhadzree rocks ke pcmalaya … nanti aku baca lagi sekali .. wakakakakaka…
Mail, kau buat di KL or Penang, kalau kena dengan jadual aku, aku kan kesana. lebih2 lagi kalau makanan disponsor sepenuhnya
oklah, kau punya pasal PCMalaya Rocks!
abdfatah
August 1st, 2007
at 6:20pm
rock lagi macho mael bersama pcmalayanya itu.. pasnih bleh lah buat tempahan baju t untuk pcmalaya rock mael ituuu…
Duez
August 1st, 2007
at 6:55pm
PC Malaya Rocks!!
Komuniti blogger melayu…best tuh..jom semua join..haha
senok
August 1st, 2007
at 7:47pm
mmg aku dah mula jatuh cinta ngan blog main nie..
erm blog nie seakan-akan blog PaulStamatiou, idola ko ke mail?
aku nak join gak komuniti blogger melayu…haha
Ashrufzz
August 1st, 2007
at 8:38pm
PC Fair start Jumaat ni..boleh la kasi shopping gathering terus..haha..
edt83
August 1st, 2007
at 8:51pm
PC Malaya Rocks…and aku mahu terlibat dalam perjumpaan blogger melayu terbesar ini…ade lucky draw x?
Mohd Ismail
August 1st, 2007
at 10:27pm
ha ha.. laucky draw aku tak boleh janji.. :)kalau style bawak hadiah masing2 then tukar2 boleh? ala.. mcm kat sekolah dulu2.. ;p
Mohd Ismail
August 1st, 2007
at 10:31pm
ada ye iras2? ha ha..kebetulan mungkin *ayat stereotaip*.. aku mmg peminat dia & aku tahu aku akan jumpa dia satu hari nnt.. pasti! ha ha
Mohd Ismail
August 1st, 2007
at 10:33pm
cik famia tahu dah kan? senyap2 ye… aku dengan cik famia lahir satu bulan mengambang yg sama woo.. best kan? ha ha
Mohd Ismail
August 1st, 2007
at 10:37pm
nak apply leave?*terharu*.. konfem kalo jadi, aku masuk’kan ko.. aku pun tara hal nak turun KL beratus kilometer.. :) yeah!
Mohd Ismail
August 1st, 2007
at 10:39pm
ade je kalo ko boleh carikan penaja t’shirt rasmi gathering ni.. :) ada berani nak contact sponsor?he he
Mohd Ismail
August 1st, 2007
at 10:40pm
sebab kebanyakan blogger kita berada di’sekitar sana.. aku tak pasti kalau buat di’penang, akan ramai yg turun.. kawan2, ada yg boleh turun penang instead of aku turun kl? :)
Mohd Ismail
August 1st, 2007
at 10:45pm
jangan semuanya lelaki? apa maksud sebenar ko? ayat ko macam menunjukkan yg ko ni gadis sunti.. ha ha.. turun..turun.. tak kira la penuh lelaki ke ape ke.. :)
Mohd Ismail
August 1st, 2007
at 10:46pm
ha ha.. aku takdenya pakai topeng bagai.. muka gua lagi hensem dari topeng Amuk, malah Bandi Amuk itu sendiri..
kalo datang nnt, bawak la Hariz tu sekali, manusia termuda yang ada blog.. he he :)
Mohd Ismail
August 1st, 2007
at 10:48pm
di’mana lokasi ko ni skang Affuan? he he.. insyaAllah kalau Tuhan mengizinkan perjumpaan muhibbah kita ni.. akan terlaksana & semua akan berpeluang bersua muka.. he he..*juga beramas mesra.. ha ha
Wizurai
August 1st, 2007
at 11:07pm
PC Malaya Rocks!!!
oh ya, bulan Ogos ni banyak ye aktiviti² yg meriah kan?
famia
August 2nd, 2007
at 12:16am
haha.
sesunggohnye… warga agustus ni adela misteri di balek tabir nusantara…
ko buat la gathering ke ape bagai tu..
untong2 boley aku dtg ke ape ke..
pastu menyamar jd orang lain…
:p
Mohd Ismail
August 2nd, 2007
at 12:32am
ha ha.. aku akan check sorang2 yg ade kat situ, termasukla lelaki, kalo cik famia tidak tampil memperkenalkan diri cik famia & nami si putih melepak.. ha ha :)
bawak juga kakeno.. ambil gambar aku guna kakeno!
kaklong
August 2nd, 2007
at 1:40am
Wah, your blog has a huge reader base and very informative! Congratulations on your achievements! =) I’ve tagged you so that all of us can know more about you http://www.kaklong.net/?p=298 . =)
jbon
August 2nd, 2007
at 1:48am
Hi~ I’ve been introduced by kaklong about you~
Congrats!! U’ve been passed on a prestigous award! A schmooze award! Come n check it out in my blog to learn more about it! http://www.jbon007.net
flisterz
August 2nd, 2007
at 1:49am
waaah macam menarik je gathering tu. tp jauh la pulak KL. lagipun busy. adeh. nnt buat full report eh mail!
edt83
August 2nd, 2007
at 9:40am
huhu…ramai ni nak join…aku assume dekat 100 org konfem …trus jadi aa nih..hahah…
tuka2 adiah pon ok gk…tp..aku takut ade ramai x bawa lak…
p/s - penah aku gathering..memula janji smua bawa..then ade x bawa…tak syok aa(aku tak bawa)
Nazirah Ashari
August 2nd, 2007
at 1:42pm
kemunculan terulung? hahahahahah.
gila poyo exposure ko ni.
whatever pun good luck ar… ure no longer the mysterious man. hahahahahahaa.
Mohd Ismail
August 2nd, 2007
at 1:44pm
haih.. mahu popular mesti’lah kene menjadi poyo..
kau orang media bukan?kau mesti tahu teknik menjadi poyo untuk popular…ha ha :)
tunggu.. tunggu..
beckzaidan
August 2nd, 2007
at 2:09pm
PCMALAYAROCKS!!!…
buat kat penang oi. ahahhaa. senang bagi aku yg dah muak dgn KL. senang bagi kita la mail… ahahha… perjumpaan para bloggers, pasti aku rasa kekok, pastikan tidak semuanya lelaki seperti kata rakan kita di atas. dengan sapa kita mau cari jodoh? kalau bukan dengan blogger hawa. ahahaha… mari blogger hawa. saya masih available…!!! ahahahha
dan terima kasih kepada HappyPeopleMedia kerana sanggup kutip geng geng jahat Persetankan.com untuk dibuat kawan. ahahhaa…
Mohd Ismail
August 2nd, 2007
at 4:47pm
mmg mudah la tuk kita beck.. tp ramai yang bermastautin kat KL dan sekitarnya.. ha ha.. nnt kita gerak sekali la kalo jadi buat kat KL.. leh amik Flisterz sekali kat UTP.. :)
ha ha.. kami juga geng-geng menghampiri jahat.. takpe.. kasi balance la.. kan kan?
shambie adzhan
August 2nd, 2007
at 7:26pm
wahh.. ada gath ke? kalau jadi aku nak join :p
if area KL la..
(padahal slalu jadik silent reader je aku ni)
huhu… best gak swap2 hadiah!
jom buat Gathering plus swapping gifts and ideas~ wo0t!!!
Josh Lim
August 3rd, 2007
at 1:00am
Saudara,
Saya ada beberapa idea untuk mendapat lebih banyak komentator di blog anda. Mungkin kamu boleh buat satu peraduan, di mana komentator aktif dapat hadiah, dalam beberapa kategori. Misalnya:
- Komentator yang paling aktif
Hadiah: iPod Video, dengan video eklusif Mohd Ismail berjoget-joget riang gembira
- Komentator wanita yang paling aktif
Hadiah: Makan malam dengan Mohd Ismail di restoran mahal
- Komentator yang paling “kualiti komen”
Hadiah: Dapat iklan percuma di MohdIsmail.com
- Komentator yang buat terbanyak komen bodoh
Hadiah: Kena ketuk kepala secara persendirian dari Mohd Ismail
Ada lagi suggestion tak?
Btw, itu perjumpaan blogger Melayu, untuk semangat muhibbah untuk kebaikan rakyat jelata saya mencadangkan bahawa perjumpaan itu dibuka bukan kepada kaum Melayu saja, tetapi juga mereka yang “berblogging” dalam Bahasa Malaysia :)
Mohd Ismail
August 3rd, 2007
at 2:08am
oh Josh Lim… andainya saya punya wang berkepuk-kepuk & akaun bank sekukuh Bill Gates atau akaun Josh Lim.. alangkah gembiranya saya untuk menaja sebiji iPod Video sebagai hadiah komentator teraktif… pembaca di’sini pasti suka.. saya tahu.. tapi Josh.. he he
———-
idea yang bagus, lebih-lebih lagi yang kedua itu, saya suka… ha ha.. jika di’takdirkan Amber Chia menjadi pemenang.. alahai.. tak tido malam beb!
Josh, ada contact Amber Chia.. dia sangat menawan.. ha ha
———-
perjumpaan itu, saya pun rasa perkara yang sama, bila di’fikirkan balik, kemungkinan besar akan mewujudkan ruang antara blogger berlainan bangsa.. seperti kata Josh, apa kata kita open sahaja.. tetapi perjumpaan kali ini akan di’jalankan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.. dan memberi tumpuan kepada komuniti penulis dalam Bahasa Melayu..
is there any different between Bahasa Malaysia & Bahasa Melayu? konfius la pulak…
edt83
August 3rd, 2007
at 3:37am
huhu andainya komentator yg teraktif akan dpt ipod video…huhu menarek sungguh..bulan depan..apakata ps3 pula…:D… n smua ni akan jadi kenyataan sekiranya Josh Lim sponsor…kan mail…
abdfatah
August 5th, 2007
at 10:15pm
huhuu…. kalo begini punya popular. nampaknya takleh jadi top komentator laa. kena jadi top sponsortator pulak laaa. cadangan yang menarik tu… kalo dapat pc sebijik lagi best jugak. wah! dapat pc? t-shirt pc malaya laaa…
berapa banyak jenis kategori komen yang akan mael perkenalkan nanti…?