Terima Kasih Semua!

Terima Kasih Semua!

Sebulan sekali, aku akan menulis entri khusus buat semua yang terlibat dalam memeriah’kan Mohd Ismail dot Com sepanjang 30 hari. Kali ini giliran Mei 2007.

Pertama sekali, terima kasih kepada semua, semua, semua pembaca yang baru atau yang telah lama kenal Mohd Ismail dot Com. Setiap saat kehadiran kalian di’sini buat aku terus hidup untuk menulis.

Seperti di’janjikan, salah seorang dari Komentator Teraktif Mei 2007 dengan jumlah komentar terbanyak akan menerima habuan dari bjx.store & Karikatur4U.com. Berikut adalah senarai 10 orang komentator teraktif untuk sepanjang bulan Mei 2007 setakat jam 9.34 malam;

  1. Kasyah(74)
  2. AzwanHadzree(67)
  3. Fahmishah(48)
  4. Shutterspeaks(31)
  5. Azhar Ahmad(27)
  6. Flisterz(24)
  7. Nazirah(22)
  8. Chot(21)
  9. Wizurai(19)
  10. Kamarul(17)

Terima kasih juga kepada semua pembaca yang memberi komentar walaupun satu, aku sangat sangat menghargai’nya lebih dari aku menghargai 1,000 spam. Kepada silent reader, aku tahu kau ada di’sana, datang ke sini senyap-senyap sahaja. Ha ha. Terima kasih juga.

Kepada penaja utama Mohd Ismail dot Com untuk bulan Mei 2007, Shambie Adzhan dari bjx.store & juga Karikatur4U.com, terima kasih kerana sudi menaja hadiah Komentator Teraktif Mei 2007. Aku ingin bekerjasama lagi dengan kalian di’masa hadapan jika di’izinkan.

Kepada penaja iklan, ResepiKu.com selaku pengiklan sulung yang berurusan terus di Mohd Ismail dot Com.Penaja melalui Advertlets, Exabytes, Amob, MYeG & MindValley. Penaja dari Nuffnang, Kurnia Insurance. Kalian semua memberikan sesuatu yang bernilai buat aku sepanjang Mei ini, terima kasih yang teramat sangat.

Bulan hadapan, aku belum menjanjikan apa-apa untuk Komentator Teraktif, tetapi yang pasti, akan ada satu pertandingan mini yang akan berlangsung seminggu atau dua yang akan menawarkan wang tunai terus ke akaun bank kalian. Stay tuned.

Dan sekali lagi, terima kasih yang teramat sangat. Aku berharap bulan hadapan akan lebih lebih baik dari bulan ini.

*ada sesiapa yang tertinggal?oh ya, di’atas itu Wan Khairol Norhaizan.Dia tidak memiliki sebarang telefon bimbit. Sekian.

32 Comments

Wah..nampaknya bulan depan ada pertandingan lagi ke? hehe..

anyway tq bro. :D

Tahniah Kasyah! Tunggu e-mail dari pihak penaja ye? :) postkan muka kartun ko nanti.. mahu tengok :)

malu la bro… :”>

tahniah kasyah!
aku akan cuba bertanding utk bulan depan. haha :)
n tahniah mohdismail.com. semakin maju. x rugi aku bookmark blog ni dulu. sgt menarik. :)

hee pegi melihat sunset ye mael. hehe

kawan2.. flisterz ada design baru untuk blog dia, kalian perlu ke sana & katakan wow! :)

yep.. melihat sunset yang hampir2 tenggelam… ha ha

haha..tahniah kepada pemenang..mael, kalau aku nak jadi penaja boleh? tapi aku cuma boleh taja sticker custom made sahaja.. :) emel aku kalau berminat.. :)

menarik tu.. custom made design sendiri ke? tunggu email aku… he he

wah..congrats congrats kasyah..

ya..cuma berikan aku design, dan aku akan memotong dengan penuh kasih sayang..hahaha.. ^__^

hahaha…
x sangka aku pun dlm senarai…
sebenarnya aku suka jd silent reader tanpa meninggalkan sebarang jejak…

hari kedua aku masuk blog ni….dan aku memang impress dgn blog ko ni mail….dan aku pun rasa privilege sebab dah kenal ko dulu in person before jumpa blog ko nie…..

i’m now one of your fans!!!

you go bro….spermtastic job….

sama-sama.. memang tk rugi subscribe | lawat blog ko sebab rajin kongsi ilmu t’utamanya dalam bidang blogging ni. thanks for all the tips!

terima kasih selagi lagi dan lagi berkati-kati sama-sama.

salam, uih.. terkejut ana.. hehe.. sejak ana stop kejap menulis nih.. dah mcm2 dah jadi kat blog nih.. syabas sodiqi.. teruskan usaha anda.. sorry lama x singgah sini..

salam..
sama-sama mael..terima kasih kerana menghargai kami seperti mana kami menghargai kau dan blog kau.. Tak kisah la mail..hadiah tak penting.. yang penting kita dapat bertukar-tukar fikiran, ilmu dan mengukuhkan lagi silaturrahim antara kita semua..
Steady Mail..

wah bulan mei dah pergi…Jun dah tiba…mari kita sama2 memeriahkan ruangan komentar kat blog ni…tahniah kasyah

hoho. tahniah kasyah. :)
erkk.. sepotong ayat utk silent reader tu aku terasa mcm kena gak ke batang hidung sendiri. tapi dulu la, dulu. hehe. skrg tiap2 hari pun aku bagi komen. :p

wah dapat iklan free dr mohdismail.com. haha terima kasih :)

kalau dulu saya pun malas nak mengomen, just baca jer..
tapi bila sedar keberkesanan dan kuasa komen yang sebenar…segalanya dah berubah..tangan ni dah gatal jer nak mengomen..tambah lagi bila ada competition macam ni kan…seronok gak

aku pun amat menghargainya….

aku bagi komen bile rasa perlu je. he3. kalau saja2 je bagi komen takde la. tak best. btw next hadiah ape ye? hu3.

belum ditentukan.. tapi insyaAllah jika ada penaja yang mahu menaja, akan ada habuan :) pertandingan mini itu tetap ada.. :)

kalau kau datang sini, membaca sahaja… itu masih ok.. aku suka bila ada orang mahu membaca apa aku tulis :)

komentar itu kan satu hadiah buat aku? ha ha

ha ha.. itu dulu Wawa.. sekarang kau aktif juga.. ada lagi tu beberapa orang silent reader.. aku tahu.. he he

terima kasih kerana sentiasa mengisi hari-hari aku dgn informasi yg aku tak perlu susah2 cari kat tmpt lain.. terima kasih juga kerana menjadi simbol kegigihan dan aspirasi remaja Melayu.. sumbangan kpd community ada pelbagai cara.. dan kamu dgn cara kamu.. dan cara kamu efektif dan bermakna.. akhir kata, terima kasih!

wahhh! bagus beno blog ni.. ma’el ni mmg best ler huhuh nak wat pertandingan lagi? dpt ganjaran? huhu xleh lepaskan ni hehe

“terima kasih juga kerana menjadi simbol kegigihan dan aspirasi remaja Melayu”

oh ho.. sama2.. tapi’nya aku tidak terjun di Kutub Utara, tidak panjat Gunung Everest, tidak berenang Lautan Pasifik.. belum boleh jadi aspirasi.. :)

tunggu aku buat rekod menulis blog secara live dari pejabat rasmi Perdana Menteri.. haa ha.. idea gila!

hoho.. x perlu buat tu semua (kata kunci: perlu).. kamu patut sedar bahawa ramai yg menyegani blog kamu ni (kata kunci: patut).. dan ramai yg menjadikan kamu inspirasi utk membuka blog sdiri, utk menyebar informasi di dunia tanpa batasan ini.. haaa itu kan dah cukup bagus! one good deed leads to another.. spt pahala seorg guru yg menurunkan ilmu kpd muridnya lalu muridnya menurunkan kpd org lain.. haaa berantai2 kebaikan yg kamu dah lakukan :)
terjun di Kutub Utara apa implikasinya kpd masyarakat? oh tolong, aku x nampak apa2 kesan positifnya..

tahniah le buat ko mael sebab dalam Mei ni banyak aku pelajari dan banyak juga manfaat yang engkau dapat.syabas n teruskan ya!

1. aku suke singgah ke blog ni.
2. aku suke membace blog ni.
3. maaf kerana jarang memberikan komentar. mungkin aku salah seorang silent reader. :D
4. aku sgt menyegani blog ini :D

Nama ku terpampang di sini .. yeah!

hi kasyah, i just came back from a long holiday!

saya akan hantar email kepada awak asap!
congrats!