Terjah! Langkawi 2008

svgallery=terjah
Di’atas, aku bina satu galeri mudah menggunakan Simpleviewer untuk Wordpress bagi memudahkan mood kalian untuk melihat foto tanpa scroll mouse ke’bawah berulang-ulang kali. Kiri & kanan yang sangat mengujakan hati.

Kalau kau cari foto helang besar ataupun signboard Makam Mahsuri, kau takkan ketemu di’sini. Rombongan Terjah! Langkawi 2008 tidak sesekali mengamalkan sikap stereotaip pelancong luar ke Langkawi yang rata-rata akan ke tempat-tempat biasa. Dua tempat besar yang kami pergi hanya’lah Pantai Cenang & Oriental Village di’mana terletaknya kereta kabel selain pekan Kuah yang menjadi destinasi syurga abadi kaum Hawa.

Perbelanjaan

Seperti yang aku katakan sebelum ini, perbelanjaan kami di’sana tidak termasuk aktiviti makan & membeli-belah hanyalah sekitar RM150. Di’sini aku senaraikan harga yang kami kutip dari setiap seorang peserta dalam Terjah! Langkawi 2008. Rombongan adalah seramai 21 orang yang mana kesemuanya adalah pelajar Jurusan Kejuruteraan USM.

  • Kereta sewa (Toyota Avanza & Nissan Vanette) + petrol - RM22
  • Pengangkutan USM-Kuala Kedah + petrol - RM15
  • Feri Kuala Kedah-Jeti Kuah - RM46
  • Penginapan 3 hari 2 malam - RM29
  • Kereta kabel - RM15
  • Island Hopping - RM20
  • Jumlah besar = RM147.00 seorang

Murah ‘kan jika pergi beramai-ramai? Keseronokan juga berganda. Dan, oh ya, kami masing membayar RM7 untuk sessi BBQ yang membuatkan perut kekenyangan maksima. Berbiji-biji lagi bebola pelbagai perisa yang tidak terhabis. BBQ ini juga kami aturkan sendiri. Lebih menarik lagi, perancangan untuk BBQ hanya bermula beberapa jam sebelum malam menjelma. Ini’lah erti terjah sebenar.

Wanita ratu beli-belah

Ini adalah sesuatu yang tidak dapat di’nafikan sejak wujudnya istilah beli-belah. Aku menjadi kaget dengan keterujaan rakan-rakan perempuan membeli-belah sepanjang di’Langkawi. 5 minit pertama menjejakkan kaki di Jeti Kuah, mereka telah memiliki topi & cermin mata versi pelancong mereka sendiri. Jeti Kuah, sangat berubah sejak kali terakhir aku ke’sana beberapa tahun yang dulu.

Semangat membeli-belah yang ada dalam diri mereka hanya luntur ketika berada di kawasan yang tidak mempunyai kedai. Misal’nya di Pulau Dayang Bunting, di puncak Gunung Machincang, di Pantai Beras Basah & di’dalam van. Jangan bagi mata wanita melihat kedai di’Langkawi, aku rasa orang kedai di’Langkawi ada pakai guna-guna untuk tarik duit. Lagi-lagi kat Idaman Suri, apa gila set 3 frying pan hanya RM12. Kedai biasa menjual t-shirt putih Langkawi dengan harga RM10 untuk 3 helai, mereka menjadi gila memilih tanpa sedar. Aku ketawa kecil di’belakang tiang sambil melihat awek bertudung di’kedai sebelah menyusun barisan tin Carlsberg. Air tin Carlsberg 325mL RM1.90, air mineral 1.5L RM2.00, apa kes?

Kereta kabel & Lompat Pulau Pulau

Tahu berapa tinggi KLCC? 432 meter. Tahu berapa tinggi kami naik dengan kereta kabel di’Langkawi, 705 meter. Berada di’atas sana, tidak semena-mena aku terasa KLCC sangat rendah dan mampu aku pijak-pijak. Untuk naik setinggi itu, kereta kabel yang membawa kami memberikan satu perasaan cuak yang tak pernah aku rasa. Muka memang macho, tapi muka aku dah siap kering darah. Dari kereta kabel pandang ke’bawah, dengan angin bertiup tak menentu, aku terbayangkan semua wajah orang yang aku sayang. Kalau’lah gondola kami ni jatuh…iskk! Aku belum kahwin. Pemandangan di’atas, aku tak mahu cerita, kau pergi sendiri. Aku rasa sangat berbaloi hulurkan RM15 untuk menikmati indah ciptaan Tuhan 705 meter dari aras laut.

Puas bermain di’atas sana, esok’nya kami memulakan hari dengan melompat dari pulau ke pulau. Tidak banyak mana pun pulau yang kami singgah, dua sahaja. Pulau Dayang Bunting & Pantai Beras Basah. Ini pengalaman pertama aku menaiki speed boat dengan cutting racing. Abang yang jaga program ni beritahu aku, harga enjin seketul di’belakang bot berharga RM40,000. Enjin tersebut berkuasa 200HP V6, cukup untuk buat kami mabuk terayun kepala sehingga hari ini. Island hopping adalah sesuatu yang perlu di’cuba. RM20 yang kami bayar adalah harga negotiate salah seorang dari kami yang menjadi kroni tauke di’sana.

Kesimpulan

Aku puas. Aku nampak muka mereka dalam Terjah! Langkawi 2008 ini juga kepuasan. Lebih-lebih lagi kaum Hawa yang membeli-belah sehingga penuh kereta yang kami bawa pulang. Tidak mengapa’lah, bukan selalupun mereka menjadi begitu, ke selalu? Kepada mereka yang belum pernah ke Langkawi, atau sudah bertahun-tahun tidak ke Langkawi, aku cadang’kan untuk datang ke’sini & nikmati barisan pasir, pulau & awek berbikini yang indah-indah belaka.

46 Comments

wah hebat percutian ko mail. poklah tu 150 tuk 3 hari 2 malam, ko g islang hoping tu die bawak g mana?? tak g snorkling ke? kayak bnyak lagi aktiviti pantai yang ko patut buat ni mail.. camne lah naik cabel car langkwai ni, macam naik cabel car genting tak??

isk.. kalo ikutkan hati, semua aktiviti pantai aku nak buat.. banana boat, jet ski, para sailing semua2 la.. haha.. tp budget mengekang segalanya.. ha ha ha

*cable car Langkawi lebih thrill!* ha ha =p

Betul Tu…Murahnya sewa Kat Sana..Bukan Ari Cuti Kot..

ye jugak.. tp chalet byk penuh da.. he he :) itupun naseb baik ade bilik kosong tuk kami :)

Seronoknya!

Langkawi nantikan kedatangan ku.

eh kirenye percutian ni memang terjah la.. kan langkawi tu.. huh sanggup ye ambik risiko kalau tak de tempat tidur aiYOk

nak gi bile tu??

ada package ke?

selalukan.. kut sesape ada taukan package pe best gi langkawi.. rekemen kan..plz.

ko terjah langkawi memang best la mail

teruja lak aku nak gi untuk honeymoon,langkawi tunggu kedatangan ku

Mael,

Kalau ikut ko lah:

1. Berapa hari yang sesuai untuk spend time kat sana?

2. Berapa pulak RM yang elok di budgetkan….taknak lah low budget sgt…Kira siap dgn shopping dan beli belah dan ole-ole…?

Aku ni nak bawak satu family (5 org) + maid sorang… :)

betul tu, snorkling tu yang paling syiok…rasa kena spend more time and more money…he he

honeymoon kat lgkawi mmg best.. sila pick hotel yg betul2 ngadap pantai.. byk je hotel low budget yg lawa2 view dia.. kene pandai carik ;p

selamat berhoneymoon =)

he he.. kalo ikut aku yg belum berkeluarga ni ;p

1. 4-5 hari molek.. island hopping akan makan sehari.. shopping sehari.. aktiviti pantai buat 2 kali petang.. fuhh..

2. kalo RM aku tak berani nak suggest sebab ko berfamily.. aku xde anak bini.. ha ha.. *ko kan baru dapat bonus* ;p

Gile sempoi kelas ko mael. Dak kelas aku nk pegi makan mlm pun tekedek2. Kecoh nk mkn mane. Jauh siakap dari api la klu nk terjah. Tapi nnti aku pegi jln, aku amek gamba awek berbikini, tempatan! hahaha.

wah..memang ppuan ratu membeli belah.setuju2

owh satu lg,..bile nk kawen mail?
duit tgh bnyk ni.leh join mijie :)

tu lah..skrg ni tgh2 survey, harap2nya dapat tmpt yg boleh membuatkan aku selesa untuk poket seluar aku
:)

Aduh jeles tol, ok aku tandakan dalam wishlist aku, kalau ada ruang dan waktu ku lawat Langkawi, dulu pernah pergi sekali, time tu cable car tak siap lagi, lawat tempat2 biasa je cam tempat buat minyak gamat, beras terbakar, makam mahsuri,underwaterworld, dan shopping perkara wajib golongan wanita.

canggih aplikasi galeri tuh hehe

Wah.. Rindunye Nak Snorkeling. Rindu Pulau Dan Rindu Laut Tenang. Hehe..

Manenye Ko Punye Galeri Mudah Tu Mael? Takde Pon.. Nak Gambo..

Eh.. Ade. Lambat Loading Pulak. Huhu.. :D=

er.. nk no contact leh? pengangkutan, penginapan, pemkanan, dan lain2 yg berkaitan :P

muahaha.. soalan cepu emas.. eh solan ni kalo wat main tagging ok tak? yeah mael.. apakah jawapan anda?

bila2? kita p sesama blogger ni? mcm menarik je cadagn sy ni. next week sy dh start cuti mid sem. ha .. amcam mael? haha confrim ko dh bosan kan? :P

wahh..bestnye cuti2 ke Langkawi :) jelesnye! nak ikot gak :P Gambar yg num 18 tu is my favourite!

p/s: simple viewer nie cara yg best utk paparkan gambar la. I like :D

wah wah wah.. enjoy sakan tak hengat dunia.. hurm, kau dekat mael dengan p. langkawi.. kalau dari KL ni nak ke sana, jauh lari bajet untuk tambang jer… alahai..

kali terakhir aku jejak kaki di sana masa darjah 5.. 9 tahun yang lalu..

pasti banyak dah berubah.. oh rindunya pada langkawi..

“I cannot find the gallery’s xml file: wp-content/photos/terjah/gallery.xml”

uu.. ada error plak… tak dapat nak tengok gambar >_<

hehe perr sikit lagi leh jadi duta langkawi ;)

Mail, ni kos untuk percutian orang bujang, kalau yang dah berfamily mau melambung kos tu…. nikmati la kebujangan kau puas puas…

he he.. ok je kat sini.. kalo ade prob, try refresh ye? =)

serius byk berubah.. skang ni makin maju & berteknologi tinggi… haha.. tp baju awek2 kat sana makin singkat, pelik aku.. :p

itu la pasal Saharman.. skang ni la nak lasak2 dan enjoy puas.. nnt kalo da kawen, stamina boleh hilang nak panjat2.. nak terkinja2.. ha ha ha :)

Laa.. aku ingat ko menmen jek kate ni blog ko. Rupenye betul heh? haha.. (aku ade copy link paste picture ct pakai tudung kat kmm)

Aku dgn 4 orang kwan2 aku ingat nak g Langkawi gak 1 Feb ni. Before smua balik k rumah masing2. Budget tak termasuk makanan adalah rm150 sorang. Ko rase cukup tak? huh

RM150 sorang tuk rombongan 4 org boleh menjadi nyata kalo ko pandai carik penginapan & pengangkutan murah2~ he he

mael, ko jadi agensi pelancongan kaw kaw punya murah amacam? ramai kelaparan langkawai ni. hahahaa.. termasuk lah ahib… :P

tu pun sejenis teknologi mael. ko jgn xtau. baju yang fabriknye akan mengecil dn menyingkat kalau dipandang berulang kali. canggih kn? blh terbakar klu tgk.

kat aku, gallery atas tu keluar bila masuk page.php .. tapi kat index.php, sama la masalahnye macam sembangkomputer tu.. keluar tulisan error tu je..

aku pon nak pasang la plugin tu.. untuk tunjuk 125zr ku nanti.. harharhar..

ensem la kawan ko yg baju putih tu.. kalau aku gay, mesti aku suh ko kim salam kat dia.. hahaha..

ha ha ha.. ko nak aku smpaikan salam betul ke Khai? ha ha..

kelaparan langkawi? ha ha.. aneh tu bunyi’nya.. aku mana pandai nak jadi tour guide ni ahib.. yg aku pi ni pun, jadi bidan terjun je.. ha ha ha

Mak aii. GIla jeles aku tengok ko cite. Dulu aku masa kat sabah pun selalu gak masuk pulau sana sini. Tapi sejak dah grade nih. Malas plak aku rasa..huhu..

bestnya jenjalan..nie cuti semester nie..blh la plan

Berapa buah beg roda ko beli mail? Berapa kilo coklat ko bawak balik? :D

aku buat resource planning ka satu langkawi sem 2 sem lepas..sumer tempah aku jelajah…makan mase seminggu gak…aku suke sgt island hoping tu…basah kuyup aku…memula brader tu rileks je..sekali tekan trotel,melambung bebudak dalam speed bot tu..hahaha…

btw “please enjoy the fresh air” ..siot je

Wow! The plugin is cool! Yang Langkawi tu tak heran… dah dua kali lompat pulau! Haha!