Tips: Elakkan Penipuan Di Maybank2U

Maybank2u

Hello internet! Kawan kepada seorang kawan baru-baru ini telah kehilangan RM2,000 melalui Maybank2U yang tidak pernah dia daftar. Ini ada sedikit tips dari apa yang aku tahu buat mereka yang memiliki akaun Maybank & sayangkan duit hasil titik peluh.

#1 Jika anda tiada akaun online Maybank2U, baik anda ke ATM sekarang & daftar walaupun anda tidak menggunakan’nya. Ada kemungkinan orang lain (orang dalam.. mungkin) yang akan daftarkan bagi pihak anda tanpa pengetahuan.

#2 Segala transaksi melalui Maybank2U akan menjalani satu proses pengesahan kod yang di’hantar ke telefon bimbit empunya akaun. Jika anda daftar Maybank2U, segala transaksi akan anda ketahui.

#3 Maybank2U walaupun sebuah kemudahan online, ia tidak pernah di’hubungkan dengan e-mail empunya akaun. Anda ada hak untuk tidak memberi e-mail kepada pihak bank jika di’minta. Nyatakan anda lebih senang di’hubungi menerusi telefon jika apa-apa hal.

#4 Tidak ada sesiapa dari Maybank yang boleh memberikan arahan kepada anda untuk memasukkan username & password dengan menghubungi anda melalui e-mail atau telefon. Anda akan di’panggil ke cawangan Maybank berdekatan jika ada apa-apa masalah berkaitan akaun.

#5 Anda boleh login akaun Maybank2u di alamat www.maybank2u.com.my sahaja. Lain-lain daripada itu, jangan percaya atau anda sedang sukarela menyerahkan duit kepada penjenayah internet.

#6 Hubungi 1-300-88-6688 jika anda rasa was-was dengan kesahihan e-mail yang anda terima berkaitan Maybank. Double-check orang kampung aku kata.

#7 Jangan guna Maybank. Heh. Tidak’lah, CIMB & mana-mana bank juga mempunyai masalah yang sama cuma bilangan’nya kurang. Yang penting kesedaran diri kita tentang bagaimana sistem ini berjalan.

Selamat berhujung minggu yang panjang kawan-kawan. Jangan terlalu ralit dengan internet ya, keluar & berjalan’lah melihat alam.

Comments

55 Comments so far. Leave a comment below.
  1. Mael! kalau aku letak I’m first kat sini jugak, boleh tak?

  2. hampir setiap hari, bulan lepas aku terima phishing email dari ‘maybank’ aku report kat mycert.org.my aje.

  3. @azwan itu la.. padahal kita xpernah bg email pun kat org maybank.. still, ada org yg boleh terpedaya.. kajian kata 1% dari e-mail spam akan ada respon.. bayangkan la..

  4. kita guna teknik azwan..thirrrrrrdd!!! hahaha..aku suka untuk tak mengehebahkan online bank kegemaran aku…

    orang terpedaya sebab tidak menyedari penipuan yang berlaku.aku rasa ia sebahagian dari repons otak bila kita nampak email pelik dari bank (kononnya lah)cepat-cepat respons pada email tersebut..

  5. Syam,

    2 kali akaun Mayban2u aku kena block sebab ada orang cuba pecha masuk ke akaun aku. ciss. ingat aku ni sekaya robert kwok ka?

    tapi sbb aku busy dan tak punya masa untuk unbloc akaun dgn pergi ke cawangan maybank, aku telefon saja Maybank Careline dan mereka bantu aku unblock dengan sangat pantas. yang best awek operator punya suara sangat mencairkan. hahaha.

    tentang kehilangan duit, selalunya mangsa phishing sbb diorang tak lihat url betul-betul. aku faham kebanyakan rakyat kita masih sangat buta IT.

    ps: si azwan ni, sampai ke blog mael dia nak main I’m first

  6. aku sendiri tak reti dah nak cakap mcm mana.. byk sgt cara yg simple nak tipu org malaysia ni.. paling senang, guna cara tawarkan duit byk2.. aku rasa org bijak pandai pon ramai kene tipu.. gomen atau mana2 NGO kene buat kempen besar-besaran.. aku teringin nak buat kempen mcm tuh.. tp tak berkemampuan..

  7. hoa…2k ilang tanpa dia daftar dalam mabank2u?agaknya dia pernah soh orang lain cucukkan duit kat bank,lalu rakan itu daftarkan ke no telefon sendiri..pastu balik,guna sahaja maybank2u..kan..

  8. ooo…selalu dapat email tapi delete…ingat ke selamat dah.

    esok nak kena p register kat ATM lah… yg selalu dpt ni rasanya akaun simpanan sebab akaun semasa mmg aktif maybank2u tapi guna email lain.

  9. mmg bahaya la benda ni…sian kat yg tak register tu…tak pasal-pasal duit hilang mcm tu je…

  10. @syam, mmg perlu rakyat malaysia ni celik IT…dapat lah kurangkan kejadian mcm ni…takde la terus nak klik ke link yg diberi dlm email tu sbb menggelabah bila baca email akaun akan digantung kalau tidak buat seperti yg disarankan pihak penipu tu…

  11. Syam,

    @firdee banyak blog yang ceritakan pasal phishing dan cara nak kesannya. cuma Malaysia terlalu sinonim dengan MySpace & Friendster. Kurang yang mahu ambil tahu tentang phishing dan lain-lain berkenaan teknologi IT.

    No wonder masih ramai boleh kena tipu.

    ps: Kita adalah antara golongan yang beruntung sebab punya ilmu yang bawa kita keluar dari lembah kejahilan

  12. Aku pun ader dapat email ni. Aku tau sbb dulu aku staff MBB. So kalau dia blok pun peduli aper, bukan tak boleh bukak baru. Ramai yang tak tau bab ni. Dia blok pin jer sedangkan MBB boleh bagi kau ID baru , aper nak heran. Betul kata Syam kenapa la senang di perbodoh2kan.

  13. aku pun dah penat nak mendelete spam untuk pengesahan akaun maybank2u dalam email aku tu.. padalah aku tak de pun akaun maybank.. apesal nak suh aku buat pengesahan plak.. sengal.. hahaha..!!

  14. Khai,

    pelik.. kenapa ada lagi yang “letak otak kat lutut” sampai boleh terkena penipuan dari email ni. semacam mana real nya pon email yg diorang hantar tu, ada jugak ye manusia yang boleh tertipu?

    Ini kes manusia tak guna sebab malas nak baca apa yg maybank2u tulis kat homepage mereka.. buta pula tu nak nengok URL masa nak login walaupun dah dipesan berjuta kali oleh maybank2u sendiri..

    dan TAC itu camana pun hanya kita sorang akan tahu dalam dunia ni. Bodoh apa maybank suruh customer send sms TAC tu atau masukkan TAC tu disebuah laman khas.. hurm, agak x logik bagi aku kenapa ada yg boleh tertipu..

    dah kene tipu? padanlah muka.. haha..

    pstt: sinis gila komen aku.. huhu

  15. buat masa ni aku menggunakan bankislam.biz pasal ptptn aku masuk ikut bank islam.. bile keje nanti br plan nk wat maybank2u tp bila dh byk kes2 psl maybank2u ni rs cam maleh je nk wat akaun maybank..

  16. owh?baru tahu pasal ni.thanks for sharing bro!

  17. tidak semua org tau apa itu scam, penipuan dan seangkatan dengan nya…tidak boleh salahkan juga kan, yang penting, kepada yang bijak pandai tu, kenalah selalu rajin bagi teknik serta hebahkan sekiranya ada cara terbaru dalam kes2 macam nie….jangan kita asyik salahkan mereka yang tidak pandai saja, tapi salahkan mereka yang pandai tetapi hanya tau menyalahkan mereka yang tidak pandai..

    neway, nice info. kudos for you mael.

  18. Yang penting, orang itu sendiri jangan terpedaya dengan email2 yang dihantar dan juga link2 yang diberikan untuk mengakses ke akaun di Maybank2U. Bookmark terus url Maybank2U supaya mudah dan lebih selamat.

  19. alhamdulillah.. syukur semuanya ok buat masa ni

  20. @bdfabregas aku pun masa blaja dulu guna bankislam.. tp semenjak keje, kosong da bank islam aku.. he he =)

    @sankai kalo rajin, submit tulisan aku ni ke Digg.. hehe =) thanks btw..

    @khai blog ko ramai follower, buat community service sikit.. letak post peringatan mcm ni.. =)

  21. @nikillas kalau gmail, mmg diaorg cekap filter email2 scam mcm ni.. gunakan la gmail tanpa was-was

    @syam & firdee dan menjadi t’jawab kita org2 yg tahu ni beritahu kepada mereka yg tidak tahu.. he he

  22. aku pun penah dpt email scam m2u..
    padahal aku tak penah ada akaun m2u ataupun akaun maybank..
    pelik betul scammer tu..

  23. ni yang takut jugak ni. tp, alhamdulillah, setakat ni, x kena lagi. hmm. cuak2.

  24. ika,

    paling senang simpan duit dalam rumah sendiri. walaupun berkepuk-kepuk. kalau hilang tanggung sendiri. salahkan pencuri sahaja dan sistem keselamatan sendiri. tak perlu salahkan bank. oh! saya juga ada akaun bank. tetiba komen macam ni huhu =P

  25. eh, bapak aku baru forward aku email dia dapat dari kononnya Maybank2u.com. Dia suruh check account sebab banyak phising berlaku. Siap letak lagi link web site maybank2u yang nampak sungguh original. Tapi bila click link tu, dia bawak kat mirror site yang sebijik cam maybank2u (termasuk security highlight url). yang berbeza dekat belakang url maybank yang biasa ada tambahan beberapa perkataan. Kawan bapak aku terpedaya. Nasib baik dia tergerak hati nak call maybank. lepas tu dia kena tukar pin number smua ar. agak susah..

  26. kalau dapat email macam tu. abaikan ajela..

  27. sibuk,

    semakin canggih IT semakin power penipuan….huhuhuhu

  28. Sekarang ini semua kerja bergantung kepada komputer/ IT. Penjenayah pun sudah semakin canggih dalam operasi mereka. Memang kita perlu sangat sangat sangat berhati-hati dan kita juga perlu ada ilmu berkaitan IT walaupun kita bukan dari bidang IT. Sama-samalah kita mengajar orang di sekeliling kita supaya mereka juga celik IT dan tidak lah akan menjadi mangsa penjenayah siber ini =)

  29. zool,

    Hm.. aku kalau tengok emel maybank terus delete je..
    Setakat ini maybank2u aku masih tiada apa2 walaupun aku selalu buat transaksi.
    APahal pun selalu berhati-hati..
    Jahatnya orang dalam ek.. Senang je curi duit orang.. tak takut api neraka ke

  30. jj,

    aku sgat stuju ngan kau mail pasal bblogstarz. pengurusan blogstarz patut jujur . kesian kat anak2 melayu yg masuk ngan harapan dpt duit cepat danlumayan padahal kena taja org baru dpt duit . sistem langsung x de kualiti . ini bisness kejap je aku rasa kenapa bangsa laian tak de sebab dia orang cerdik. bangsa melayu tahu sikit pasal web n it tahu sistem money game tak sabar nak kaya tamak bangsa sendiri jadi mangsa patut kena lebih ikhlas .. ingat wlaupun matlamat asal ok tapi kalau sistem dan cara perlaksanaan kurang betul keliru paktikalnya x betul lain dari dijangkakan baik reverse laa aku sokong kau ismail dedahka lagi war warkan utk kebaikan generasi kita

  31. erm aku rasa 10 thn lagipun masih ada yg tertipu sbb apa..fanatik pada benda ni dan bile ada yg menegur depa ckp kita dengki..kawan aku rugi berapa ribu erk dlm 2k gak thn 2006 dulu..masa tu kami tgh pi cuti ke melaka tetiba dia dpt call pasal no dia terpilih semasa cabutan bertuah AF. dpt rm50k kot konon2nya..aku nasihatkan depa pakat2 ejek aku ckp aku dengki..huh amik ko hilang duit..menyusahkan aku gak kena pi teman report kat balai.

  32. tak daftar maybank2u bleh hilang duit dari maybank2u ke? macam kes makcik hilang duit tekun yang kuar suratkabau dulu. nih mesti kerja orang dalam punya angkara.

    jom reramai daftar maybank2u.

  33. aku selalu dengar pasal phising email ni.. apsal aku tak pernah dapat?

  34. fuad,

    “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (At-Nahl 16:125)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

  35. Jangan simpan duit dalam bank!! mari kita boikot bank. Anda pasti gembira duit selalu ada di depan mata..hehehe

  36. ejon,

    kebanyakkan tertipu apabila mereka mendapat emel bahawa terdapat masalah dalam security server.

    macam mana bleh tertipu?
    didalam emel, terdapat link maybank2u.com.my, tetapi bila dihoverkan link tersebut, kuar link lain. Ramai yg tak perasan dan kasi TAC kepada scam tersebut/

    bagaimana utk melepaskan geram kepada scammer tersebut?
    tiap kali anda dpt emel camtu, terus bukak website tu, dan gunakan ayat carut2 pada login dan password serta tac tersebut. hahaha

    p/s: lama tak jenguk blog ni, last skali jenguk waktu ko pakai theme foliage. haha

  37. abang mail.. thanx for d useful info ittewww..

  38. Aku pun pernah dapat 2/3 kali email suruh update Maybank2u ni.. Tapi aku dah tahu dah taktik phishing ni.. sebab kita ni bukan buta IT lagi.. yg kesian makcik2 dan pakcik2 yang baru belajar guna internet dan email lah.. selalu terkena..

  39. Sewaktu makan di sebuah restoren bersama seorang kawan wanita (bukan girlfriend okeeyyy!!), beliau menerima satu panggilan telefon menyatakan beliau telah memenangi peraduan daripada celcom berjumlah RM10,000. Si pemanggil meminta no akaun dan bermacam lagi. Yang kawan aku ni pulak ragu² sebab dia kata dulu ade jugak dier masuk peraduan celcom. So die pon nak test la dengan ikutje arahan daripada si pemanggil dengan pergi ke ATM lepas makan.

    Seperti dipukau orang tu minta no pin ATM pun dia bagi. Tapi memandangkan akaun bank tu jumlah didalamnya adalah bernilai RM20.00 dia pun tak kesah la sangat. Tetapi setelah rasa lain macam keesokannya pun dia menutup akaun bank itu & register akaun lain. Tak ke kerja jahanam namanya itu.

    Moral of the story : Jangan masuk sebarang peraduan. Hahaha..

  40. trust no online email from any bank. senang je kan

  41. kebanyakan sistem terbaik yang membabitkan sekuriti online menggunakan

    “https:// ”

    sila pastikan ada huruf “s” selepas http

  42. mohd ismail,u ni bukan stereopikal tapi gila tahap kritikal
    Macam ni kau nak jatuhkan kami,,,mimpi jauhhh-jauh….

  43. Tak Abis² Lagi Blogstarz Ni.

    Dah Kaya Blum ??

  44. entri ini menakutkan, haha.

  45. @anakpenyu hi anakpenyu.. comel la nickname u.. =) mesti comel mcm orgnya.. ha ha

    @gadismanis nak juga pakai nama gadis.. ha ha =) betul tu.. web yg secure selalunya akan bermula dengan https://blabla.. ’s’ itu penting..

    @qaiyum padan muka sedas ngan org yg memukau tu.. kan da kena akaun ada 20ringgit.. hehe.. kalo buat report tu lg sedap, biar dia rasa x berbaloi.. ha ha

  46. erk? ada lagi kehangatan blogstaz? hehe…
    ape la…

  47. Bro aku dapat info ttg ni gak.Yang pasti mmg pihak bank takkan hantar sms untuk masukkan username dan pswd.Biasa kalu org bank tepon pun dia akan suruh gi bank utk settelkan ape2 je masalah.

  48. blosgstarz? anak penyu mana pulak yang terlepas pandang ni? cantik lagi ayu agaknya… wahai anak penyu. jika dah tak suka blog mael usah lagi terhegeh-hegeh di sini. dah kaya ke belum? sila lagukannya sebagaimana lagu dah kahwin ke belum?

    dah kaya ke belum anak penyu blogstarz?

    alahai anak penyu blogstarz…. elakkan dari terpedaya dengan blogstarz online. hihi

  49. hehe. jangan guna maybank. lagi simple. hehe..

  50. biasanya aku tengok kat url tu. betul atau tak. tapi kekadang, browser aku dah wat bising bgtau yg tu phishing punye site..

  51. apai,

    alooo mail ,minggu lps membe aku pon baru hilang 2k gak ,past dia g kat bank bt report yang duit dia hilang ,tp yang peliknyee maybank tak leh kesan bila duit t kuar ,akaun mana dia tranferr ,t yang jd gaduh besar ari tu ,so sampi skrang pihak maybank lom dapat kesan lagi , PENING PENING `,SISTEM DAH CANGGIH PONN LAGI BYAK HAL ,ADOOOYAIII ,

  52. key,

    dah ramai berlaku macam ni..tapi kenapa bank tiada yang nak tanggungjawab..bank tiada insuran ke? apa tindakan bank?

    kalau macam ni orang celik IT kena pergi jumpa doktor buang ingatannya pasal IT..supaya duit tidak hilang..

  53. salam,
    betul tue.aku pun ada dapat email dari maybank2u gak.tapi aku tak buka pun,sebab isu maybank bagi email nie pernah hangat sebelum nie.then,maybank secara terbuka bagi tahu yang dia orang tak pernah langsung bagi email kat sesapapun pelanggan dia orang kalau ada apa2 informasi atau perkara penting mengenai akaun bank.sebab maybank akan terus telefon ke empunya phone atau hantar surat saja.tak pernah email…..sekali lagi….maybank tak pernah email.
    lagi nak buat kelaka,bukan takat kat email yahoo aku jer yang dia orang anto maybank2u punya email suruh aktif akaun,email terbaru aku pun dapat gak.tak ke pelik tu.
    maybank tak amik apa2 tindakan ke?tak cuba betul2 siasat?

  54. you have a rapid server

  55. budakCooL,

    salam… korang suma ade perasan x? dlm byk2 kes penipuan… Maybank yg selalu byk kes kehilangan duit…..jrg kita dgr kes bank Islam…CIMB.. standart carted..dan lain2. dan salah satu kenapa ialah, lambang Maybank ialah Harimau.. hahaha. memang kuat gigt duit org.

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?