Tips menulis untuk yang terlalu sibuk

Sejak awal penglibatan aku dalam dunia menulis blog, rakan-rakan blog ramai yang datang & pergi. Tidak kurang juga yang menggunakan status hiatus untuk berhenti menulis buat sementara. Selalu juga aku terjumpa dengan entri blog yang berbunyi seperti ini

Maaf kerana lama tidak update kerana kucing saya patah kaki & saya tidak punya idea untuk menulis entri.

Satu perkara yang perlu di’ketahui oleh mana-mana penulis blog, sekali kau meletakkan ayat sebegitu, kau akan cenderung untuk meletakkan’nya lagi di masa hadapan. Di’tempat praktikal yang aku jalani sekarang, supervisor aku mengatakan, dalam apa-apa hal, jika sesuatu yang sementara itu kerap terjadi, ia akan menjadi sesuatu yang tetap.

Temporary is permanent.

Jika kau serius menulis blog, kau tidak akan kekeringan idea. Walaupun hidup kau hanya berkisar tentang kau makan, tidur & bermain dengan kucing. Pasti ada sesuatu yang buat kau terfikir untuk menulis.  Di’sini, ada beberapa cadangan jika kau dengan tiba-tiba menghadapi mental block yang teramat sangat.

  1. Buat entri yang penuh dengan link-link menarik. Ini akan menjadi mudah jika kau menggunakan RSS untuk membaca banyak blog dalam sehari. Aku, membaca lebih 100 RSS Feed setiap hari & kebanyakan idea aku untuk menulis datang dari sana. Walaupun aku sibuk dengan praktikal.
  2. Minta pembaca bertanya. Kata’kan kau mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu misal’nya penggunaan CSS, minta pembaca untuk bertanya soalan dalam ruangan komentar. Nescaya, esok kau akan ada sesuatu untuk di’tulis.
  3. Buat entri video dari YouTube. Ini cara paling simple untuk menulis entri. Masuk YouTube & cari’lah satu video yang betul-betul menarik perhatian & relevan pada waktu itu untuk di’paparkan kepada pengunjung. Ambil kod HTML, copy & paste & BANG! Entri kau siap kurang dari 3 minit.
  4. Menulis tentang isu semasa. Ambil headlines akhbar-akhbar hari ini yang menarik & tulis’kan pandangan peribadi tentang apa yang di’perkatakan. Tidak kisah’lah berita tentang Maya Karin putus cinta atau PKNS Selangor tidak berpuashati dengan pengadil, selagi berita itu relevan dengan isi kandungan blog kau, terus’kan. Jangan sesekali copy & paste bulat-bulat isi kandungan berita tersebut. Itu tidak beretika.
  5. Hargai pembaca dengan meletak’kan link. Jika hari ini kau tidak punya idea untuk menulis, apa kata kau singgah ke blog-blog rakan yang lain yang membaca blog kau & cari entri mereka yang relevan. Senarai’kan link dari pembaca akan menimbulkan satu rasa cinta baru dalam hubungan sesama penulis blog. Woot!

Pokok’nya disini, tiada sebab untuk kau malas untuk menulis jika kekurangan idea. 5 idea di’atas akan meningkatkan kredibiliti kau sebagai penulis blog yang serius & memberi nilai kepada pembaca walaupun dengan entri yang pendek & ringkas. Ayuh menulis sehingga tua!

33 Comments

btol2…kalau kita selalu pakai ’sori x lama update’ nanti jadi ketagih plak nak tinggalkan blog kesepian.mael..ko ada YM ? aku nye awat x jadi plugin komen ni?

ni .. macam aku lah ni

btw En Ismail, makin bertambah lah traffic kau hari ini kerana post kau mengenai advertlets 31 lebih baik dari nuffnang ada dlm newsletter advertlets yang terbaru.

tahniah :)

aku kat ofis tak boleh YM bro.. boleh, tapi diaorg monitor :) he he.. apa masalah? e-mail aku seh..

baru bukak email, baru perasan ade link ke’sini, patut la tiba2 ramai yang tak pernah sampai sini, tetiba ada.. he he.. Advertlets Rocks!

aku rasa minggu ni minggu tutorial la.hari2.. aku belajar…besh2..tq bro

aku ade tny pembaca aku ape beza blog aku yg dulu dgn skg. dia kata dia lg suka yg dulu psl aku byk tulis ttg diri aku sndr. skg ni dia kata, dh la jrg update, tak byk pula tu tulis psl diri aku. haha. ade gak org nk tau cerita idop aku nih.

erm.. aku selalu praktikkan menulis ttg isu2 semasa kalo kekeringan idea. :) yg lain2, wpon ade idea, tp aku tgk mood gak. gile aa aku nih.

yep.. dulu pun aku begitu :) ada beberapa orang yang berminat mahu mengetahui kisah peibadi & hidup kita.. kemungkinan juga dia adalah penulis blog yang menulis kisah peribadi..

tapi, penulisan jenis peribadi ni selalunya bukan jenis entri yang relevan untuk sepanjang masa.. paling lama seminggu & minggu depan cerita kau akan berlainan :)

ada hati mesti jadi beb, walaupun takde mood :) he he

Tahniah mael atas tulisankau yang berupa tutorial. Sungguh bermakna bagi aku dan juga kaum kerabat aku. Harap harap kau tak akan dapat Mental Blok untuk meneruskan tulisan berupa tutorial. Sesungguh nya ilmu mu itu memberi manafaat kepada ramai orang. TQ

ya. jangan jadikan takde mood sbg alasan. :p

aku masih tercari-cari mahu menulis berdasarkan apa. peribadi atau sesuatu yang berinformasi . :-?

haha..sekali terkena batang hidung aku yg mancung ni..O_o . InsyaAllah lepas ni aku tak buat lagi Mael..Aku sudah tobat..

aku menulis selagi nyawa dikandung badan je.. huhuh.. tiap ari aku update except bila aku pegi vacation atau aku kong.. heheh.. ari ni aku rasa mcm nak kong :D btw, aku mmg suka menulis!

senyap senyap jer.. meebo.com kan ader…

Thanks again.. kengkadang nak pecah pale pon ade sebab nak pk nak letak entri ape???huhuh..

kamu semakin kerap menggunakan perkataan cinta mutakhir ini. ada apa dengan cinta? adakah kau ketemu cinta baru? ataupun adakah cinta lama kau telah kembali?

oh ya, entri ini menarik sekali. tp aku juga suda kangen sama entri mengenai diri kamu sendiri.

be yourself bro!…tulis apa yg engkau minat.

Salam..
Mail sesungguhnya kau memang berbakat dalam bidang penulisan. Setiap tulisan kau bukan kosong bahkan walau lawak sekalipun masih ada maksud yang tersirat disebalik perkongsian ilmu yang kau berikan. Aku bersyukur mail, kau ditakdirkan mempunyai bakat ini…

tq.. yeah.. nampaknya aku perlukan imej aku yg tersendiri. yg penting tulis berdasarkan minat.. :D

errk.. rasa cam terkena kat batang idung saya plak.. heh

tentang diri sendiri? ya.. akan datang.. lebih seronok jika aku compile’kan nanti :)

cinta? heh.. cinta sudah menjadi perkara no.7 terpenting dalam hidup aku.. ha ha

salam kembali alicalok :)
kau juga punya bakat.. 101pictures kalau dikembangkan bisa jadi laman tutorial yang baik :)

keep it up!

:)

nway, terima kasih..

adeh.. berapa banyak batang hidung da terkena hari ni.. revolusi2!

yep..minat & hati perlu ada.. ada hati mesti jadi beb :)

apa? apa? tak terasa pun.. hehehe

betul2..apa yg ko list kan tu mmg aku tgh aplikasikan…

Betul tu mail. Aku kadang kala kehabisan idea. Aku prefer buat photoblog. Picture describe a thousand words.

Ok, teruskan tips tips yang menarik nie.

mael…ko dah ibarat artis di dunia siber..menjadi tumpuan ramai…hehe:)

gd luck bro!

wah, satu lagi post menarik dari mail. Mail, jom join aku, cypher and amanz buat mblogger versi ke-2. Expand post nie ke. Post ni dah menarik dah nie..

Terima kasih kerana memberi idea kepada saya utk mencari idea. Mekasih.. :-)

Ini first time aku masuk blog ni. Tak sangka ada blog yang best macam ni!!! Dan student chemical engineering pulak tu….

I just wish i can start blogging earlier, as early as my undergraduate student live!!!

Anyway, great tips you have there. Keep it up.

Nanti nak kerja chemical engineer atau nak jadi full time blogger atau ada plan lain?

wassallam

aku rasa cam penah baca artikel ni suatu ketika dahulu….
tapi dalam BI :)

terima kasih… artikel yang bagus… saat kehilangan arah untuk menulis, kita dapat berfikir sejenak untuk mencari topik-topik lain..

ha ha….aku paham-paham……