Tips penjimatan petrol (secara realistik)

Petrol akan naik lagi. Itu satu kepastian yang akan terjadi bila-bila masa dari sekarang. Kerajaan sudah memberikan hint-hint seperti pengkajian semula pemberian subsidi. Media-media sudah mula menyiarkan artikel tentang kenaikan harga petrol dunia yang tidak boleh di’bendung lagi. Hari ini, setong minyak petrol berada pada harga USD$135+. Kita tidak akan berada lama dalam harga yang kita nikmati sekarang. Suka atau tidak, harga bahan bakar utama dunia ini akan meningkat.

Untuk mengatasi kenaikan harga minyak petrol yang sudah seperti makanan ruji masyarakat Malaysia, perlbagai pihak mula memberikan cadangan untuk berjimat dengan penggunaan petrol. Antara cadangan yang agak merepek dari sudut pandangan aku;

  • Jangan Guna Penghawa Dingin - Malaysia adalah panas. Genting Highland pun sekarang sudah makin panas. Tips ini berguna kalau kau duduk di’Switzerland (mungkin).
  • Berkongsi kenderaan - Jika rumah sebelah-sebelah, kerja satu pejabat, masing-masing bujang boleh ‘lah brader. Dulu, pernah hot trend kongsi kereta, tapi tidak kekal lama kerana faktor itu’lah.
  • Naik basikal - Ada ‘lah satu Menteri tu beri cadangan. Memetik kata Ustaz Akhil Hayy, “kalau naik basikal, itu zaman Jepun… ini zaman millenium..”.

Semua cadangan di’atas sebenarnya meragut keselesaan kita apabila menggunakan kereta. Di’sini aku cadangkan beberapa tips aku tahu yang boleh menjimatkan petrol dan dalam masa yang sama tidak menghilangkan keselesaan kita menaiki kenderaan kesayangan.

  1. Periksa angin tayar. Aku tidak tahu di’tempat lain bagaimana, tetapi di’tempat tinggal aku sekarang jika aku ke’kedai tayar dan meminta mereka periksa kondisi angin tayar aku, mereka akan lakukan secara percuma. Aku nasihatkan jangan pandai-pandai pam tayar sendiri di stesen minyak melainkan kau betul-betul tahu tekanan angin yang bagaimana paling optimum untuk tayar. Minta yang pakar periksa & lebih best, ia percuma. Fakta - Tekanan angin tayar turun 2 psi akan menaikkan penggunaan petrol sebanyak 1%.
  2. Jangan memandu lebih 100km/h. Ini ayah aku yang ajar dahulu, bila aku memandu dan dia ada di’tepi dia akan selalu ingatkan jangan lebih 100km/h. Bila aku ada kereta sendiri, aku suka bantai sehingga 130km/h. Akibat’nya aku sendiri rasa yang enjin kereta akan makan lebih minyak dengan kelajuan lebih 100km/h. Pandu dengan sederhana & itu sebenarnya lebih selesa.
  3. Pakai kereta bila perlu sahaja. Semasa aku praktikal (dan itulah satu-satunya pengalaman aku dalam bidang pekerjaan), ketika waktu lunch, ramai antara pekerja di’sana cenderung untuk makan di’luar berbanding kafeteria di’dalam. Itu sesuatu yang tidak perlu bagi aku. “Mail, kami kongsi naik kereta ramai..”. Jika kereta orang lain, bagus. Kalau kereta kau sendiri, kasihan. Tergamak’kah kau nak minta share penggunaan petrol dari mereka yang menumpang? Jika boleh, makan di’kawasan yang paling dekat. Makanan di’kafeteria juga lebih murah & kau boleh masuk pejabat on-time.
  4. Jangan memecut dengan tergesa-gesa. Ini selalu terjadi kepada Kancil Turbo di’lampu trafik. Kasihan aku melihat mereka yang mahu meraih perhatian dengan memecut dengan tergesa-gesa selepas lampu hijau. Bunyi deruman agak sedap (baca:bingit), tetapi tidak laju mana pun. Tambahan, memecut dengan mengejut begitu akan menyebabkan enjin kereta makan lebih petrol. Kau bayar lebih semata-mata untuk perhatian tidak seberapa. Petrol naik, kau bising-bising. Kasihan.
  5. Keluarkan beban yang berlebihan. Pak Su aku yang kini berada di’Ampang antara manusia yang kalau boleh satu rumah mahu sumbat ke’dalam but kereta. Kasut, raket tenis, topi keselamatan, peralatan kerja, paperwork, buku teks & stokin bergulung-gulung antara barang yang sentiasa ada di’dalam but kereta beliau. Faktanya, beban yang lebih akan menggunakan petrol yang lebih. Jika lebih kecil kereta, lebih tinggi kesan beban itu atas penggunaan petrol. Keluarkan apa yang tidak perlu, dan itukan lebih selesa.
  6. Jangan memandu dengan tergesa-gesa. Ini satu cara pemanduan yang gopoh seperti dunia sudah mahu kiamat dan kerap terjadi di’bandar-bandar besar. Brek mengejut, tukar gear secara melulu & pecutan tidak konsisten antara contoh pemanduan yang tergesa-gesa. Pemanduan yang agresif begini akan mengurangkan jarak kilometer untuk setiap liter petrol sebanyak 33% (bergantung kepada keadaan, boleh jadi lebih tinggi).

Penjimatan petrol bukan sahaja dapat menjimatkan minyak, tetapi juga membantu menjaga alam sekitar (stereotaip). Tetapi, itulah kenyataan’nya. Mula kecil dan kau akan rasa impak besarnya kemudian hari.

82 Comments

“jgn memandu dengan tergesa-gesa”..ya inilah yang aku selalu buat…menukar gear sesuka hati..dan kepada pemandu diluar sana,jgn suka brek sesuka hati,panas hati orang yang hobinya adlah menekan brek banyak kali…ko tau tak,brek+brek+brek menyebabkan minyak juga ter’efek’?…

adegan brek dgn kerap ni selalu aku tgk terjadi kat kaum Hawa.. ha ha.. panas gak hati kalau duk belakang diaorg ni, dgn kita2 sekali kene brek.. haha

mael, kalau dekat lebuhraya kita ikut blakang lori jimat petrol tak..?

aku selalu memandu 110 di lebuhraya..tak jimat laa aku..hee~

ermm camne pulak dengan penggunaan fuel saver, fuel addict tuh. boleh percaya ke.. paper hal good tips…

belakang lori jimat petrol tu aku tak pasti.. tp risiko nak cium bontot lori mmg ada.. ha ha =)

*dulu aku mcm ko, bawak msti at least 100, kalo x rasa lembap.. tp skang 80-90 pun da ok, rasa lebih relaks.. lg pun itu highway..*

tak pernah pakai sbb kurang percaya.. mungkin betul mungkin tak.. kalau nak tahu, ada baik cuba ye tak? =p

aku ada tonton satu siri rancangan Mythbuster dan mereka telah buktikan jika ikut belakang lori boleh menjimatkan petrol.

cepat-cepatlah aplikasikan teknologi minyak kepala sawit.

*mungkin ada konspirasi mengapa di lambat-lambatkan teknologi ini, kerajaan mahu kaut keuntungan dahulu, kalau tak rugi lah kerajaan.fikiran jahat

ada link YouTube bro? he he.. nak Google malas la pulak.. ha ha.. info menarik ni..

asyik naik je harga minyak ni ehh.. naik naik naik!
apa kata GAJI pulak NAIK?! *ye tak?

aku slalu bawak 120, nak kejar kan PUNCH machine, uish.. makan minyak eh~ lain kali bangun la awal2 ek..xde la menggelabah bawak cam nak terbang~ hehe :D

Ini Amerika jahanam tu punya pasal la. Asik nak perang je depa x fikir negara lain. Tapi kalau Iran berjaya teruskan agenda mereka boleh jadi minyak turun sedikit. Selagi Amerika tu halang Iran selagi tu harga minyak semakin meningkat tiap hari.

Naik gaji! memang patut tapi kena berpada-pada juga. Rugi kalau naik org zaman sekarang kurang pengalaman dan tak tahu nak buat kerja. Tu dah menyusahkan lagi. Cth dlm kerajaan. Ramai sgt org muda cepat naik tapi pengalaman yg kurang. Itula inila.. birokrasi la

Haha tak kira kaum hawa ke kaum adam, dua-dua sama. Kaum hawa suka main brek. Kaum adam pula suka main minyak. Seelok-eloknya bawa kereta dgn berhemah. Kalau agak nak berhenti tu jgn la tekan minyak lebih-lebih, lagi bagus kalau lepaskan dan biar kereta jadi perlahan sendiri, pada masa yg sama bila dah sampai garisan penamat tidak la perlu membrek secara lebihan.. save brek save minyak. Kalau awek pandang mesti dia kata jejaka ini macho la.. halus je :P

ikot bontot lori mungkin sebab nak mencurik angin..kereta dapat kurangkan rempuhan angin,lalu mengurangkan geseran pada body kereta lantas menyebabkan penggunaan minyak berkurangan..ahahah…aku main tibai aje..sape pandai,watkan rumus yer.

beban berat kenderaan menambah lagi minyak yg diperlukan…
sebab tu jgn beli kereta besar tapi kapasiti enjin ciput… sebagai contoh, katakan kereta seberat 1 tan menggunakan enjin 1.3 atau 1.5… tentu kereta yg enjin 1.3 kuat teguk minyak..

oh ya, ada yg kata kereta auto lebih kuat teguk minyak… ada betul?

kalau dlm need for speed dinamakan drafting

betul!
ketaku skrg walaupun 1.1 tp minyaknye same je ngn wira bapak aku yg 1.5.
baik pakai wira.

*nota:2-2 kete adalah auto. tapi ketaku lebih pickup berbanding wira.

bertukar la dari transmisi automatik ke manual, sure jimat minyak dan servis kerera

Kalau Macam Tu Kena Pakai Kereta Yang guna Air atau Solar.. Lagi Murah Dan Jimat.. Tapi Mahal Nak Belinya.. haha..

Aku risau harga minyak naik. Tapi aku risau lagi kalau simpanan petroleum dalam dunia ni habis. Cepatla jumpe alternatif lain, bahan bakar sebaik petroleum atau lebih baik yang juga lebih mesra alam. Kalau jumpa alternatif lain, yang bagusnya petroleum ada pesaing. Mungkin atau tidak harga minyak akan turun?

Kalau tak silap dulu dah ada orang cipta enjin yang sesuai untuk minyak kelapa sawit. Tapi kenapa tak dikomersilkan.

C’mon engineers!

oh ya, gunalah NGV…
lebih murah!!!!

mail aku tak tau idea aku ni ok ke tak…idea ni simple jer pon. ELAKKAN isi minyak pada waktu tengahari. Sebabnya minyak petrol ni cepat meruap ketika cuaca panas. Akibatnye, minyak yang kite isi akan kurang dari yang sepatutnya.

Kalau nak isi minyak…amalkan isi minyak pada waktu malam or ketika cuaca sejuk…adios

untuk penjimatan petrol yang luar biasa, gunakanlah motosikal…
haha..

aku ade jugak dgr tips ni nuarX, tp x praktikkan pun sebab isi minyak tak tentu masa.. ha ha =)

orang lain yang lebih tersusun rutin hidupnya boleh cuba kot..

tempat aku (parit buntar) da ada stesen ngv.. cukup duit aku nak convert enjin.. he he =) murah woo ngv.. jeles ngan teksi2..

malaysia sendiri itu hari ada orang cipta bahan bakar dr air je.. then senyap2 gitu, tak dgr citer da.. he he.. baru2 ni member aku sendiri generate biodiesel dr minyak masak (kalau korang baca paper, 2,3 kali muka dia kuar).. ;p

*da kene tangkap dengan amerika kot..*

yep.. auto mmg la sgt terasa teguk minyak dia.. masa mak aku beli kereta auto dulu, ayah aku bebel2 siap pasal enjin dia makan minyak.. mak aku mmg nak auto je.. senang.. he he

Alamak, aku takde kereta la pulak Mail. Kalau tak, dah lama aku amalkan tips-tips dari ko ni… =)

Tips penjimatan petrol untuk motosikal takde ke Mail? Ramai mat-mat rempit yang nak tau ni. Penunggang motor pun panas gak ni kalau harga minyak naik lagi. :) (hoho, gunakan motosikal itupun satu tips penjimatan, kan?)

actually tips berapa pressure nak pakai masa pam angin tayar tuh dah ada kat sebelah seat tuh. cuba check sekali manual masa beli kereta. hehe

haha. samalah mael. Aku paling tension klu kene follow belakang keta yg dipandu oleh pempuan. Aku tak kata diorang bawak tak ok. Tapi 99% yg bawak hampeh..

makan megi pn boleh jimatkan minyak
tak pecaya ?
haha aku dh buktikan
slalu tiap2 mlm aku kuar makan kt kedai
tp pas aku amalkan megi tetiap mlm
minyak aku x mkn bnyk!
best

Ada satu tips lagi…
Isi minyak waktu malam..
Sebab kalau waktu petang minyak akan cepat meruap..
jadi rugi lah beberapa mililiter..

Satu lagi janganlah membazir pegi jalan2 tak tentu arah.. Baik duduk umah buat apa2 yang mendatangkan duit..
Blog ke, jual buku online ker, menternak katak ke,…he hehe

Alamak tak perasan plak dah ada orang beritau pasal tips isi minyak malam.. Huhuhuhuhu…

pakai SMART car. jimat minyak, tapi kete lak mahal. huhhu

Hmm . Aku tak pernah tutup tingkap kalau drive . Memang jimat . Tapi waktu malam sajalah .

Mael , bila mau drive sampai rumah aku?. Haha.

Aku rase naik basikal paling cost-effective. Aku rasa kagum di UK nih, memang ramai yang naik basikal pergi kerja. Tidaklah mengayuh basikal dengan memakai kemeja semua, tapi diorang pakai proper gear bila naik basikal, dengan short ketat, helmet, dan baju florescent. Sampai pejabat baru tukar baju kerja.

Tapi di Msia jarang sekali kita tgk orang pergi kerja naik basikal.Dan salah satu sebab utamanya, adalah berkaitan dengan safety.

Aku sendiri tak tergak-agak untuk naik basikal jika tempat kerja aku within 3-5km dari rumah aku.(cakap senang dari buat nih..hehehe)

Tips yang baik untuk menjimatkan minyak petrol.Tapi aku rasa 80 km/h adalah kelajuan yang ideal untuk minyak yang lebih ekonomi.

hehehe……ini tips beli petrol…link download…sesiapa yang rajin boleh buat study case…mgkn yang berkelulusan engineering ke atau yang berkaitan boleh jer buat.

Ni link download report tips beli petrol..hehehe

Download Tips Petrol.

Petronas kena tambah lebih banyak lagi stesen yg ada NGV…
kat Klang Valley je pun berapa kerat aje yg ada…
lebih banyak stesen, maka lebih byk yg akan guna NGV sebagai bahan bakar…

sampai pejabat dan bau badan kau kuat kerana malaysia ni kan panas..peluh keluar dengan bestnya..ahaha

ko boleh mail lakukan mail.hehe. kalau hidup berdisiplin. ape2 pon jadi :)

susah rasenye nak praktikkan naik basikal ke tempat kerja di M’sia ni. Sebabnya kebanyakan orang M’sia tak tinggal berdekatan dgn tempat kerja. Lagiupun kat Msia ni takde musim sejuk. Musim panas ada :)

anda di saman..anda memandu sehingga 130km/j..cayalah mail!

1. Isi minyak awal pagi dan malam
2. isi minyak jangan tekan nozzel kuat…ambik yang slow punyer.
3. Jangan pecut
4. jangan guna gear tinggi

hehehe

Pakai Kancil CJ7.. Memang Jimat. Hahaha..

tip-tip menarik! setuju dengan tip-tip yang diberikan. mungkin ramai yang tidak tahu kondisi kenderaan juga main peranan dalam penjimatan minyak.

kenderaan hendaklah selalu diservis juga untuk mengelakkan daripada enjin menjadi berat.

Naik jee motor…. isi minyak RM3 jee satu hari , lepas tu kereta bagi bini bawak , kan jimat petrol … haaa haaa itu yang aku buat . Kalau tak mau beratus jugak buit minyak . Kompani aku bagi RM 70 sebulan untuk duit parking tapi aku pakai motor jee jadi parking free, aku guna duit tu isi minyak motor sebulan . Sebeb tu laa pertol melambung pun aku tak kesah beb….

haa…ini yang perlu kita fikirkan sendiri…

mail ada beras, dia boleh masak sendiri daripada beli nasi yang dah siap dimasak kerana lebih jimat. ok..

kita ada minyak kenapa nak mahal pulak..adakah ni tektik pasar malam yang bila masa org semua pakat2 naik harga..kita pun turut jugak…

negara kita tak dak minyak ke? sapa2 sini org brunei boleh tak tlong cerita brp harga minyak anda sebanyak satu liter? atau mereka yang menetap luar daripada malaysia. mesir, england,sui? tlg bgtau kt aku yang masih dlam malaysia!

cmon laa..petrol xkan habis la..percaya laa dunia akhir zaman..manusia akan berebut emas hitam (minyak) tak silap aku bru2 nih malaysia dah jumpa telaga minyak yang bru..

bkn jahat tapi kretif…aku suka dgn cara ini..cari untung dulu..pastu baru bg jalan kt org…

teknik drafting itu untuk profesional..bg sapa yang naik moto..cucuk je angin blakg bas mesti selamat..bas selalu speed dia tak brake byk..

ya2..dlm mythbuster ada buktikan myth ikut blakang lori dpt buktikan penjimatan petrol..myth tersebut comfirm..

ooohhh..ye ek? xsmpt plak tgk episod tu. hurmm..meh wat kempen ikot bontot lori! :D

oh ya! jgn gnkan aircond dlm keta.. :D
walopon asap lori berkepul2 kat dpn tu :P

*kalu nak gn gak,berpada2 la.. *

kena buat bilik mandi kat opis utk pkerja mandi pas kayuh basikal ngan jayanya :P

pakai shell, lebih kilometer..jgn pakai petronas..minyak die evaporate.
aku pakai 1.6 mmg trasa laa minyak cpat turun. tapi aritue aku ade pakai satu produk, k-fuel saver. mmg save laa..tkde laa minyak tu turun cpat sgt..setiap 30 liter pakai sebijik jer..selain tue blh pakai injection or compress kan air tu..secara tk lgsg leh contribute jimat minyak

hahahahahaha kalo BN menang besar PRU12 dulu bulan 4 lepas dah naik dah harga minyak……skang xberani nak naik2kan lg beb, tengah kaji mengkaji dulu..wakakak

menyenaraikan apa yg perlu dilakukan mmg mudah tp nak melakukannya payah…setakat ini aku hanya bole buat ‘car pool’ je…

Lagi satu, orang cakap, kalau boleh, isi minyak pagi-pagi buta. Time tu, pressure minyak tinggi sebab baru tambah.Nanti minyak boleh dapat lebih.Bapak aku pun cakap macam tu.

*kenapa ler aku amik lesen kereta dulu?* hahaha

Teknik ni penah aku buat ketika bawak moto dari Shah Alam ke Melaka..
Tapi risiko nya ada

Salam Ismail… ini first time Abg Bear ke mari… nice blog, dah lama juga rupanya memblog…

Terima kasih atas tips di atas… abg bear paling suka bab jangan memandu melebihi 100km/jam… wahhh… dah kalau boleh Abg tanak gunakan aircond semasa memandu nanti.. biar alami..

Thanks again

Improve pengangkutan awam, supaya lagi ramai org minat naik bas, lrt dan komuter. Dan tak terimpit mcm sardin

kalo aku plak jarang guna aircond……aircond ni memang makan minyak

Melaka nanti nak buat aerorail..
Dapatlah kurangkan kegunaan minyak..
HUhuhuhuhu.. Er nak gi meeting naik bas.. Camne??

berapa jarak dengan lori la pulak yang nak diambil kira baru formula tu berkesan?

selalu bukak tingkap pasal isap rokok….so,aku pon jarang bukak ekon

Tips jimat minyak? Guna je LRT. Save parking & minyak.

Beli kereta berCC rendah.

Lagi satu, kau kate tips jimat minyak, tp macam lebih kepada utk yg berkereta sahaja? Motor camne? (aku rase laju ke pelan, same byk je motor makan)

tips yang sangat berguna..selain menjimatkan minyak keta juga dapat menyelamatkan nyawa…tq..

hehe.. motor aku tak berapa pasti la plak.. =) selalu bermain dgn kereta je.. rasanya’lah, motor lebih jimat banding ngan naik kete.. untung sape pakai moto..

tp panas seh.. plus habuk2 lagi kat luar sana.. aku, aku la.. mmg x selesa dlm keadaan gitu.. =p

yeah.. selamat datang abg Bear.. aku teringat satu filem animasi tu yang adik badek bear, lupa da aku apa tajuk dia.. hehe =)

lepas kaji2 ni, aku rasa konfem minyak akan naik.. mesti naik punya.. satu dunia tengah garu kepala sekang ni.. bukan takat makanan naik, harga minyak pun nak naik..

hamjadah!

standard la tu.. x perlu dipertikaikan.. kalau 99% wanita kau kata hampeh bawak kereta, aku nak katakan yang 1% lagi tu, adalah mak aku sahaje.. boleh?

tip jimat minyak dari aku:
sila guna kenderaan awam.. itukan kata kerajaan kita yang x pernah pun naik kenderaan awam pergi kerja.. naik tahu la dia macamana terseksa nya jiwa dan raga..

time diorang, habiskan minyak polis trafik sampai belas belas buah motor follow.. time dia lalu semua kena ketepi.. aku x puas hati betul la!!

tips ntuk motor, jangan pakai 125zr gi kerja.. selain minyak makan kuat, risiko keluar opis tinggal abuk motor sangat tinggi.. motor terbang ke mana tak tahu la.. haiyaa.. hehe

ok let me rephrase my statement. im worried that we will come to a point where the oil reserves will not be sufficient to cover the demand.

“the US Geological Survey estimates the amount of oil that is still to be found at about 3 trillions, three times the oil reserves known today. But it is not clear if “all” that oil can actually be pumped to the surface and therefore used.” - scaruffi

“percaya laa dunia akhir zaman..manusia akan berebut emas hitam (minyak)” - ini anda maksudkan bahawa pada akhir zaman manusia berebutkan emas hitam atau anda maksudkan akhir zaman akan berlaku tak lama lagi, maka kita tak perlu fikirkan akan tak cukupnya simpanan minyak untuk memenuhi permintaan? maaf mungkin ayat di atas dipetik drpd ayat al-Quran. nanti saya kaji dulu.

oops ade lagi..

mungkin oil reserve kita ni boleh bertahan satu abad lagi, tp the price of oil will increase no doubt because the reserves are getting scarce.

sebabtu la bagusnya kalau ade alternatif lain, supaya ada persaingan and eventually the price may be lowered.

it’s also good that if we have renewable alternatives which is more environmental friendly, because it is proven that massive burning of fuel leads to global warming.

ps: thanks for the ignition. otherwise i wont bother to find out.

tips2 yang biasa tetapi jarang kita praktikkan… :D

TQ!

aku kan, tak berani nak naik kereta kalau yang drive tu pompuan. baik aku je yang drive… hu~

tertengok 1 iklan kat muka depan sinar harian.

petua menjimatkan minyak :
1.pam tayar secukupnya
2.jangan terlebih muatan
3.berkongsi kereta
4.atau BELILAH VIVA (perodua)

sesuai betul iklan tu dengan entri ni =P

ye aku sgt setuju dan itulah yg aku amalkan tiap kali balik kampung. dpt kurangkan rintangan angin memang bagus, tp agak bahaya bg mereka yg jenis kurang alert dgn break

thanks for the info ;)

perhatian. minyak kena naiklah sebab lepas ni kereta hybrid akan dikeluarkan. strategi pemasaran. maka dengan itu org akan tukar kereta hybrid lebih jimat minyak dan lebih tidak mencemar alam. itu lah politiknya. bayangkan bila dah kurang org beli minyak maka kadar. pembelian akan kurang. so penyelesaian buat harga minyak lebih mahal. penggunaan NGV jika ada risiko mainan harga mereka ni. bila dah banyak permintaan maka naiklah harga

sejarah

1998 Dr Stehn Meyer, Pakar telah menemui kaedah menguraikan H20 kepada gas terbakar hydrogen2 dan oksigen 1 pembantu pembakaran. malangnya ia dibunuh kerana penemuannya akan membankrapkan kompeni minyak dan syarikat kereta. oleh itu, dendam keturunannya akan membongkarka teknologi ini. agar ia jadi pengetahuan umum dari membiarkan semua orang tertipu dengan Dajjal yang menjual api dan air ni. lawati http://tenagair.co.cc

terokai dan kuasai serta kongsi dan buat duit!!!

Leave a Comment